Makanan Merangsang Seks_18sx

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Laman mahligai mengetuk kembali…

Saban waktu mencuba mencari sumber ilmu yang baru untuk tatapan suami isteri agar pelayaran yang di bina kekal bahagian hendaknya. Ada beberapan laman dan buku yang masih sempat Suri ingat bagi meningkatkan kualiti seks pasangan suami isteri.

Makan cokelat.

Di dalamnya mengandungi phenylethylamine sejenis zat kimia yang mampu menghasilkan perasaan euphoria dan kebahagiaan dengan melepaskan dopamine, bahan kimia ke otak yang juga di temui ketika seseorang itu mengalami orgasme.

Mengambil makanan sihat.

Mengamalkan diet dengan seimbang dengan memperbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran sebenarnya mempengaruhi kehidupan seksual seseorang. Ini kerana pengambilan makan sebegini mampu membantu merendahkan tingkat kolesterol, yang biasanya menghalangi aliran darah ke tempat-tempat penting dalam sistem tubuh manusia.

Bukan itu sahaja malahan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan. Kegemukan pula sebenarnya mampu mempengaruhi rendahnya tahap testosterone seseorang itu.

Jauhi alkohol

Sudah terang dalam islam itu sendiri melarang pengambilan minuman  alkohol.  Bagi yang mengambil atau meminum minuman ini dalam jumlah yang banyak ia sebenarnya mampu untuk menghalang fungsi seksual anda dengan baik. Bukan itu sahaja malahan perilaku peminum ini juga boleh bertindak di luar kawal dan kemudiannya akan berakhir dengan keburukan seperti pergaduhan, memukul dan sebagainya.

Kebaikan madu.

Manfaat pada kaum hawa. Ini kerana zat yang terdapat pada madu terdiri daripada sumber mineral boron di mana ia berupaya untuk membantu tubuh seseorang itu memanfaatkan estrogen, hormon asas seksual wanita tersebut. Justeru itu pengambilannya memungkinkan pasangan anda akan bertahan lebih lama dalam aktivit seksual.

Ghairah dengan tiram.

Tiram memiliki kandungan zink yang tinggi, yang diperlukan dalam penghasilan testosterone dan juga sperma.

Hangatnya halia.

Selain di kenali sebagai perangsang sistem peredaran darah dalam tubuh manusia, halia juga di katakan mampu menambah aliran darah  terus ke alat kelamin.

Share

Oh Abang..Oh Sayang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

11.21PM..

Uh.. terlewat hari ini update blog huhuhu.. seharian fokus pada kerja pejabat amat memenatkan. Kepala sakit tidak terhingga ibarat tukul mengetuk paku berkali-kali benamnya si paku tidaklah juga, rupa-rupanya si paku tumpul, si tukul pulak bersaiz kecil..

Hakikatnya badan Suri terlalu letih 100% setelah naik turun bas ke tempat kerja huhu. Bahu teman kiri kanan sakit + lenguh. Teman tak larat nak membawa laptop ke tempat kerja saban hari sampai bilakah jadi begini tidaklah teman ketahui sampai bila.

“Erk..rasa nak menyayikan sebuah lagu untuk kamu Kumpulan Lela ar pulak bertajuk sampai bila.” Di antara kita akukah yang bersalah Hinggakan kau pergi tanpa kata-kata Mungkinkah caraku melukakan hatimu Maafkanlah daku oh sayangku.. haa apasal aku pi merepek pulak ni..

Sepatu tinggi teman campakkan dalam rak kasut.  Teman pi kerja pakai sandel mudah jejak bumi ngeee..

Baiklah kita tolak tepi cerita tu ni nak buat kajian sikit ah kau ni Suri tak berhabis-habis dengan kajian hidupan laut  pada pasangan yang telah berkahwin berapa kerapkah anda menghantar  khidmat pesanan ringkas pada pasangan anda berbaur kata pujian, usikan or gurauan?

  1. Tidak pernah sekalipun =Uh..ker memang tiada perasaan langsung..
  2. Jarang-jarang = Tengok keadaan jika rasa perlu.
  3. Setahun hanya sekali =Kemungkinan sambutan hari lahirnya atau ulangtahun perkahwinan sebab sambutanya hanya setahun sekali.
  4. Tidak penting = sebab dia sudah menjadi hak milik kita, buat apa nak berayat kias bagai.
  5. Berjauhan =Bila jauh salah sorang dari kami akan menggunakan khidmat ini.
  6. Aku tidak romantik!
  7. Tidak menentu = Bila ingat, ada masa free, rasa rindu, saja ingin mengusik hantarkan sahaja tanpa mengira di mana, bila..

  • Sedar atau tidak kuasa sms sebenarnya mampu membuatkan mood seseorang  yang down ceria kembali. Lihat juga sms apa yang pasangan anda hantar.
  • Andai 10 kali anda menghantar sms yang sama pada pasangan anda tidak mungkin dia akan mengatakan anda hilang idea hakikatnya 10 pesanan sms akan di ingat sampai bila-bila sebab sudah 10 kali anda menghantar sms yang sama sudah pasti si dia akan mengingat setiap bait didalamnya. Lebih-lebih lagi sms yang berstatus manja atau pujian.
  • Walau jauh berbatu-batu tak perlu kira sebutir rindu pada batu di bibir jalan raya tapi sms yang hadir sebagai pengganti diri sudah cukup mengkhabarkan bahawa orang di sini rindu orang di sana.
  • Pilihan anda nombor berapa? atau sesiapa yang ingin menambah perasa dalam entri ini sila beri maklum balas di ruang komen.
  • Merajuk gunakan sahaja sms untuk memujuk pasangan anda pasti keadaan akan reda kembali.
  • Pengucapan maaf satu perkataan yang agak sukar untuk di ucap oleh kaum adam. Tapi jangan tidak tahu ada juga kaum hawa yang kadangkala hanginnya tidak menentu, asyik nak menang sahaja. Campakkan  sahaja sms berkias maaf pasti kekilafan akan mula padam dalam diri.

Katak pisang katak puru,
Adakah katak & pisang sepupu?
Jangan perasan atau terharu,
Bukan nak ucap kata rindu,
cuma nak ucap selamat malam to U.

Share

Cara Ubati Perasaan Rindu

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Syukur Alhamdulillah hari ini suami balik adeh rindu ar pulak 4 hari tidak bertemua muka haaaaa..

Kalau rindu kata orang sebut nama.. Mak yang cakap..

Kalau teramat rindu sangat baik call jer.. Bila ayah berseloroh..

Kalau rindu lagi aku bisa tapek ini gambar kat blog huhu…. ini jawapan dariku..

Indahnya perasaan rindu itu Tuhan kurniakan pada kita semua sebagai umatnya lebih-lebih lagi yang telah mendirikan rumahtangga :)

Pupuklah rasa rindu dengan pasangan anda sebaiknya bukan ucapan sahaja tapi dengan perbuatan.

Pernahkan anda merasa rindu pada seseorang? Sila nyatakan ia di ruang komen.. =)

Daaa Suri nak balik, tunggu bas pastu kayuh basikal sambil nyanyi dengan girang hii..

Share

Cara Menawan Hati Pasangan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Entri ini Suri hadkan pada yang berumahtangga sahaja hee.. If yang nak melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi pasti aja kalian boleh menuntut ilmu tu di medan perang ni eeee.. Hurm bagi yang muda belia baik kalian baca sambil lalu sahaja heee..

Sebuah rumahtangga yang bahagian pasti ada nilai-nilai yang selalu mereka terapkan dalam seharian kehidupan mereka. Apakah rahsia-rahsia kebahagian mereka. Ingin tahu lebih lanjut ayuh jejak penulisan Suri yang seterusnya.

  • Peluk dan ciumlah pasangan anda kerana pasangan yang sering melakukan begini akan membuatkan hati pasangan anda merasa damai tiap kali di peluk erat pasti kasih yang bersemi akan mekar seiringan dengan ketulusna hati dan tanggungjawab.
  • Usiklah pasangan anda takala dia sedang rancak berkata-kata. Anda apa lagi kuislah pipi pasangan anda, or hidungnya. Lepas itu larilah hee. Bukan ke manis cara gurawan sebegitu heeee..
  • Urutlah pasangan anda tanpa di pinta. Bukankah ia merupakan salah satu perkara yang menyenangkan hati pasangan anda. Jika pasangan anda meminta seolah-olah anda akan beranggapan diri anda persis tukang urut ar pulak hee. Sambil mengurut sambil beristfar bukan ke bagus janglah asyik bercerita hal rumahtangga sahaja bosan deh..

  • Bukalah telinga anda untuk mendegar segala bebelan pasangan anda. Ingat tanpa bebelan tu sebenarnya tidak mungkin sampai sekarang anda akan menjadi lebih baik dari sebelum ini hee.. Lihat sebagai salah salah satu contoh sahaja, tingkah-laku anda sebelum mengenali pasangan anda mesti anda seorang yang berat tulang dalam membantu dia menguruskan kerja-kerja rumah. Nah sekarang anda rajin. Maka sikap sebegitu harus di banggakan kerana bebelan dia kepada anda ternyata tidak sia-sia malah membuahkan hasil bukan. Itu menandakan bebelan pasangan anda ada kebaikannya dalam kehidupan anda dan pasangan.
  • Ketawa dan beringatlah selalu. Dalam rumahtangga pasti ada hilai tawa. Jangan katakan duka tapi harus beringat setiap laluan yang duka itu sebenarnya penawar untuk menemui sebuah kebahagiaan. Biar ketawa dan berigat tapi jangan ketawa lupa atas apa yang telah di harungi bersama-sama. Pasangan yang ketawa dan beringat biasanya mereka-mereka ini akan meniti kehidupan dengan lebih berhati-hati sebab mereka tahu kehidupan ynag dahulu banyak mengajar mereka tentang  kesukaran, kehidupan di jalani dengan penuh kesabaran.
  • Jagalah makan ,minum hatta pakaian pasangan anda sebaik yang mungkin. Biarlah air tangan masakan anda menitis di masakan tapi bukan pada air tangan yang lain. Kasih sayang seorang pecinta akan meresap rasa itu pada setiap aura masakan yang dihidangkan. Penyediaan kelengkapan adalah kewibawaan seorang insan ibarat menyediakan diri anda ke medan perang. Besiap dan bertungkus-lumuslah dalam setiap perkara yang baik itu amat-amat di senangi olehNYA. Pahala usah di kira sebab ia sedia menanti untuk di timbang sahaja.

Semoga sedikit tips ini membantu anda diluar sana lebih romantis lagi bersama dengan pasangan masing. :)

Share

Luka Itu Sembuh Jua Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masihkah sahabatku ingat akan kisah Luka Itu Sembuh Jua Part I pada entri Suri yang lepas hasil tulisan sahabat Muhammad Qayyim. Seperti yang dijanjikan ikuti sambungan kisah suami isteri ini selanjutnya.
Apakah kesudahannya..bersama atau membawa haluan masing-masing sama-sama kita menyorotinya bersama-sama.
Bukan tidak mampu..
Zainab begitu beriya-iya tetapi Jamal tidak begitu. Bukan dia tidak mampu untuk membeli tilam seumpama itu, cuma keadaan kewangan belum mengizinkan dan masih ada hutang yang perlu diselesaikan segera.Malam itu dia tidur lebih awal dari biasa kerana keletihan selepas menolong membaiki kereta seorang kawan pada petangnya.
Berkali-kali Zainab mengejutkan sambil mengingatkan bahawa kalau tilam itu tidak dikutip hingga pagi esok, ia akan diangkut oleh pekerja-pekerja pengangkut sampah Dewan Bandaraya. Setiap kali digerakkan, setiap  kali itu pula Jamal merungut dan marah-marah dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Keesokannya apabila dikejutkan oleh Zainab untuk bangkit sembahyang Subuh, dia terjaga dalam keadaan hati yang masih mendongkol. Sebaik-baik sahaja diberitahu oleh Zainab bahawa dia telah keluar rumah dan mengambil sendiri tilam merah jambu itu dari tong sampah, Jamal serta-merta naik darah. Dia rasa benar-benar tercabar.
Terdetik dihati Jamal, tak patut Zainab keluar rumah tanpa izin darinya. Bukankah dia suaminya? Zainab telah membelakangkannya! Tidak terfikir pula di benaknya untuk bertanya lebih lanjut, lebih-lebih lagi untuj berlapang dada dan memberi peluang kepada Zainab untuk bercakap sepatah dua kata.
Atas pertimbangan akal bawah sedar yang dipengaruhi nafsu, Jamal terus sahaja melafazkan talak. Serta-merta itu juga darah menyirap naik kemukanya. Dia tahu dia telah terlanjur. Tapi kata-kata yang telah dilafazkan itu tidak boleh ditarik balik.
Talak sudah jatuh!
Keesokan malamnya, Jamal bersama Abang Harun dan Sabri keluar dengan kereta Proton Wira milik Sabri. Abang Harun memandu, Jamal duduk di sebelah pemandu dan Sabri di bahagian belakang, Mereka pusing-pusing bandar Kuala Lumpur tanpa destinasi yang pasti. Agenda pentingnya adalah untuk menyelesaikan masalah Jamal dan bekas isterinya. Perbincangan dalam kenderaan membuatkan fikiran dan jiwa jadi hidup, tidak tegang dan kaku.
Sabri mengingatkan bahawa masalah yang menimpa Jamal ada rangkaian-ramgkaiannya. Kisah sebuah tilam terbuang yang membawa kepada perpisahannya dengan Zainab, cuma sebab-musabab sahaja. Umpama putung bara api yang telah lama bernyala, bila dicucuh minyak tanah terus menyemarak.

 

“Saya dah bertemu Zainab. Dari cakap-cakapnya tadi, ternyata Zainab masih tidak berubah hati terhadap kau. Hatinya masih pada kau,” beritahu Sabri.
Cuma, pesan Sabri, masalah itu biarlah selesai sampai ke akar umbinya supaya tak berulang. Katanya, hidup sebagai suami isteri memang tak lepas dari salah dan silap. Tapi kesalahan dan kesilapan itu bukannya kita sengaja menempah. Sebab itu, katanya, kita perlu berhati-hati dalam sikap, tindak-tanduk dan kata-kata. Kena saling manjaga perasaan dan hormat-menghormati. Paling penting, mesti ada rasa kasih-mengasihi. Kalau kita mahu orang kasih pada kita, Kita mesti pandai memberi kasih kepada orang lain juga.Kasih sayang tidak cukup sekadar disimpan di hati tapi sekali-sekala perlu ditunjukkan juga dalam sikap dan kata-kata.
“Hari ini krisisi rumahtangga banyak terjadi kerana suami isteri hanya mahu disayangi tapi tidak cuba menyanyangi. Masing-masing hanya tahu menerima dan tak tahu memberi. Hanya mahu orang jaga perasaannya, diri sendiri tidak mahu cuba jaga perasaan orang lain,” ujar Sabri.
Marah macam mana pun kita pada isteri, jangan sampau terkeluar perkataan yang tak sepatutnya,” Sabri memgingatkan lagi. “Lebih-lebih lagi jangan mudah-mudah mengancam untuk bercerai.”
Entah berapa kali berjauh hati…
Entah sudah berapa kali Zainab berjauh hati dengan Jamal kerana sikap dan kata-katanya. Rumahtanggan mereka sentiasa berkocak dan tegang. Kesilapan kecil yang dilakukan Zainab sudah cukup untuk membuatkan Jamal naik darah dan tersinggung. Dia akan menengking dan mengherdik malah mengancam.
Rupa-rupanya ancaman yang telalu kerap itu membuatkan Zainab jadi lali. Mungkin sebab itu dia boleh bersikap cekal dengan kejadian pagi semalam. Seolah-olah jiwanya sudah bersedia menghadapi kemungkinan itu.
Bahagia dan derita, susah dan senang, mesra dan tegang, semuanya itu ibarat ‘iklim’ dalam kehidupan berumahtangga,” ujar Sabri lagi.
Cuaca tak selalunya cerah, langit tak selalunya indah, tidak pula hujan memanjang atau kemarau selau. Begitu juga dalam rumahtangga, tak selalunya senang dan bahagia. Sekali-sekala tiba saat susah, saat derita, saat tegang, kenalah kita terima dengan berlapang dada. Itulah perubahan iklim dalam rumahtangga yang tidak dapat kita elak.”
Lampu di ruang tamu masih menyala ketika Jamak tiba dirumahnya hampir pukul 12 malam itu.
Nab, boleh izinkan abang masuk?” Jamal bersuara separuh berbisik setelah memberi salam.
“Masuklah,” balas Zainab dari dalam. Lembut.

 

Jamal berasa lega kerana penerimaan Zainab terhadap lafaz rujuk yang dituturkannya dalam pertemuan di hadapan Ustaz Lukman petang tadi, benar-benar dari hati yang rela. Ustaz Lukman, penceramah bertauliah yang sering dijemput mentampaikan kuliah di pejabat tempat Jamal berkerja, telah menjadi saksi ketika Jamal menuturkan lafaz rujuk ke atas Zainab untuk mengesahkan semula hubungan mereka sebagai suami isteri.
“Nab, maafkan abang atas kekasaran abang selama ini.”
“Nab juga bersalah. Belum dapat taat sepenuhnya pada abang. Maafkan Nab…”
“Abang maafkan. Sama-samalah kita baiki diri.”
Jamal merapati kedua-duanya anaknya yang masih kecil. Dicium dahi kedua-duanya/ Selepas itu  matanya mencari tilam berwarna merah jambu.
“Tilam yang Nab kutip tu Nab sorok dibawah rumah. Nab tak bawa masuk, takut abang tak setuju.”
Jamal tersenyum, kemudian mengeluarkan bungkusan kecil dari poket seluarnya.
“Ini hadiah untuk Nab”
“Hadiah apa pulak?” Zainab menyambut bungkusan itu lalu mengucapkan sebagai tanda menghargai pemberian Jamal.
“Hadiah kasih sayang!” sahut Jamal.
Malam itu, Jamal dan Zainab mengisi perbualan dengan mengimbau pengalaman manis waktu mereka mula-mula disatukan dahulu. Mengingati pengalaman awal itu manjadikan hati mereka terhibur. Pengalaman-pengalaman itu menjadi penawar kepada luka yang baru sahaja sembuh. Sedar-sedar pukul 2 pagi ketika masing-masing bersedia untuk tidur.
Susah nak lena, bang. Kenapa ya? soal Zainab sambil memandang Jamal dalam kesuraman lampu bilik tidur mereka.
“Nab masih ingat tilam itu lagi ke?” usik Jamal.
“Taklah…”
“Lupakanlah tilam itu. Dapat gaji hujung bulan ini, Insyallah abang beli tilam baru. Lagipun barang dari hasil titik peluh sendiri lebih puas memakainya,” janji Jamal sambil tersenyum.
P/S:Hari Khamis 25/8/2011 teka-teki akan di tutup.Bagi sesiapa yang belum meneka masih ada masa lagi untuk mencuba.

 

Share

Cara Memulihkan Kembali Hubungan Setelah Curang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Sudah baca entri yang sebelum ini, kali ini Suri singkap pula cara-cara untuk memulihkan kembali hubungan suami isteri yang telah dingin sebuku ais di kutub utara.

Lihat ais agak lama ia mengeras bila terpana pancaran sang mentari dengan mudahnya ia mencairkan diri menjadi air. Walaupun agak berabad menyusutkan diri namun sedar dengan tidak  lambat -laun ais yang membukit itu pasti akan roboh jua.

tdhfetkn

Inikan kita manusia andai satu hati sudah memujuk maka apalah salahnya sekiranya kita menyongsong ketepi untuk beralah jua.. Sampai bila kita harus berkeras kepala..

Tidak mahu membuang masa apa kata kita sama-sama semak beberapa point dibawah yang mungkin boleh menjadikan sebahagian dari panduan sahabat semua untuk menenangkan kembali keadaan yang sedia tegang pada nilai ph yang natural :-

  • Perkara yang wajib anda lakukan  adalah menghentikan kebiasaan perilaku buruk anda kerana anda tidak boleh hidup dalam hubungan jika kaki sebelah anda berada di luar pintu. Jauhilah dari kepura-puraan kerana  ianya tidak akan membawakan kebahagiaan dalam rumahtangga anda.
  • Duduk berbincanglah secara baik dan kenal pasti masalah tersebut sehingga ke akar umbinya.
  • Bersedilah menerima tanggungjawab di atas masalah yang telah berlaku meskipun mungkin hati anda mengatakan ia tidak adil.
  • Lahirkanlah keinginan dalam diri dan berjanjilah pada pasangan anda bahawa kecurangan yang telah anda cipatakn itu tidak akan berulang lagi.

remoteImage.jsp

  • Sebagai langkah untuk masa  hadapan, kedua -dua pasangan warjalah membina tanggungjawab yang baik  dalam membina dasar hubungan yang baru.
  • Amat digalakkan sekiranya hubungan yang menghadapi masalah memcuba mendapat bantuan daripada  ahli terapi perkahwinan bagi membantu mengembalikan hubungan tersebut ke landasan yang betul.
  • Kembalikan kepercayaan pada pasagan anda secara berpering-peringkat. Insyallah segalanya akan bertapak di hatinya semula.
  • Ingat, tidak begitu mudah untuk mengawal hubungan setelah terjadinya kecurangan kerana  wajar  apabila menuju kebaikan akan juga mengalami pasang surutnya sesebuah ikatan itu.

Indahnya rasa cinta itu jika kita benar-benar faham akan erti hidup berkeluarga dalam islam itu sendri, tapi alangkah gagalnya seseorang itu jika tidak bijak menghargainya atas apa yang telah dikurniakan untuknya dalam kehidupan. Nescaya dia benar-benar orang yang rugi…

Share

Cara Bijak Atasi Konflik Rumahtangga

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Adat dalam sesebuah perkahwinan ada pasang surutnya.. Mana ada yang manis belaka yang tawar..kelat di telan wajar diterima agar ia menjadi sebagai titik dalam hati bahawa setiap yang berlaku itu kadang kala beralas untuk memantapkan institusi rumahtangga.

Pertengkaran kadangkala membuatkan kita merasa cemuh dengan apa yang berlaku. Walaupun ia perkara kecil sengaja di besar-besarkan. Walha perkara itu bisa aja di bincangkan dari hati ke hati jika kena pada kuah dan nasi keatasnya pasti keenakan nasi yang bakal di jamah rasa kuah itu akan diserap jua :) .

148592_176170465728415_100000063882829_617853_1569454_n

Pagi sabtu yang santai ini Suri sediakan tips untuk anda diluar sana cara-cara bagaimana menangani konflik dalam rumahtangga. Moga-moga empat ibu yang di berikan akan mampu mengharmonikan rumahtanggan anda kembali.

Niat

Perbetulkan niat anda untuk menangani masalah konflik. Cuba tangani masalah tersebut dengan rasional dan ingatkan diri bahawa setiap masalah yang dihadapi akan ada jalan penyelesaiannya.

Masing-masing harus mempunyai niat tulus untuk menyelsaikan masalah yang dihadapi dan bukan kerana sebab-sebab tertentu anda berpura-pura memaafkan pasangan anda. Sematkan dalam diri selalu setiap niat yang baik jika di lakukan demi kebaikan rumahtangga pasti kebahagian dalam hati akan membuatkan anda tersenyum sendiri.

Lemah-Lembut

Tidak kiralah siapa yang memulakannya dahulu tapi penyudahnya bagi mengakhiri sebuah pertengkaran salah seorang dari anda harus berlembut. Lontarkan ton bernada rendah pada pasangan anda dan cubalah mengawal emosi dengan sebaik yang mungkin. Selepas itu anda pintalah pasangan anda mengutarakan segala keluh-kesahnya tanpa bernada kritik, tanpa rasa marah yang teramat sangat. Insyallah pasangan anda akan lebih mudah bercerita sekiranya anda berlembut padanya.

Alas dengan humor

Berbicara dengan kata-kata humor, mencium dahinya atau mengucup pipinya, pasti akan membuatkan pasangan anda sedikit terkedu. Air yang tiba-tiba panas menggelegak tadi kini suhunya telah turun secara mendadak :) . Ek..kedengarannay agak keterlaluan bukan tapi itulah tindakan di luar jangkaan yang kadang-kala membuahkan hasil ;) .

46206_107707755953319_100001422845738_67450_7229135_n1

Beralih Sejenak

Salah seorang dari anda harus memberikan tumpun pada perkaral lain. Lakukan kerja seperti biasa namun begitu cuba fokuskan perkara yang anda benar-benar minat Insyallah ia tidak akan mengecewakan anda. Setelah keadaan kembli reda maka duduklah berbincang bersama-sama dan cuba cari jalan penyelesain dengan cara yang baik.

Sebagai entri penutup Suri layarkan lagu youtube kumpulan Kopratasa bertajuk Permata Untuk Isteri buat semua.

Sekian tamatlah kelas kita pada hujung minggu ini :)

Share

Sabar Mampu Memantapkan Institusi Rumahtangga

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Saat cinta bertamu terasa hadirnya dalam diri ingin hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat..

Jika dahulu boleh sahaja kita menjaga dan menahan titik sabar kita kepadanya. Sehinggakan gerak tingkah laku kita pun kita tegar berubah demi menjaga hatinya..hatta pada tutur bahasa juga amat lembut di susun kata..

angrySumber: http://www.fanpop.com/

Tapi mengapa setelah lama berkahwin semuanya hilang seri keindahannya.. Asal lambat ..mudalah kita panas hati..hilang kawalan kesabaran..Mengapa..kenapa?

Berikut Suri berikan 3 tips kesabaran yang perlu ada pada diri seseorang muslimin dan muslimat yang sejati. Moga-moga tips yang diberikan akan mampu memantapkan bahtera atau diri kita kembali.

  • Laksanakanlah segala suruhanNYA dengan hati yang penuh keikhlasan. Berbuat baiklah sesama manusia dan janganlah sesekali meninggalkan solat lima waktu sehari semalam. Kerana ia mempu melatih diri kita menjadi manusia yang sabar dan taat padaNYA.

  • Jauhikan diri dan sabarkan ia dari melakukan sebarang kejahatan yang dilarang dalam islam seperti contoh melakukan maksiat, minum minuman keras, pengambilan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Dan sentiasalah beringat bahawa syaitan dan nafsu sentiasa menghasut kita untuk melakukan keburukan pada lembah yang hina lagi keji. Lantaran itu kita mesti kuatkan iman dan sabar akan segala tipu daya tersebut.

sabar

  • Ada waktu kehidupan kita bahagian dan ada tikanya kehidupan kita teramat pedih dan sukar untuk di bicarakan.. Tapi ingatlah roda yang berputar akan tiba masaya nanti ia merubah segalanya. Tahankan diri untuk menerima segala dugaan dan musibah dariNYA. Ingatlah yang datang itu hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA. Sabar itu perlu kerana ia adalah kunci sebahagian daripada iman.

“Allah tidak membani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa),”Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.

Ya Tuhan kami,janganlah Engkau beban kami dengan bebanan sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami pikulkan.Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka bantulah kami menghadapi orang-orang kafir.”


Share

Rindu Yang Terlarang..

Salam semua..

Luahan dari seorang pembaca setia di blog ini. Berharap sahabat semua tidak keberatan meninggalkan komen di blog ini serangkap dua kata. Segala pandangan anda amatlah Suri hargai.

Nama samaranku Qis. Qis telah berumahtangga selama 20 tahun. Namun sepanjang tempoh perkahwinan tersebut kami masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. Allah.. mungkin rezeki itu belum berpihak pada kami lagi. Hati dan perasaan Qis terhadap suami mula tawar akibat sikap suami yang kurang memberikan perhatian pada Qis..

Sepertimana yang semua  sedari fenomena muka buku di alam maya, Qis juga tidak ketinggalan mempunyai akaun muka buku.Selama bermuka buku,Qis begitu berhati-hati menerima kawan-kawan lama mahupun yang baru.

Suatu hari Qis membuka message di inbox. Terlihat ada suapan email tanpa diundang. Sungguh tidak terduga dek akal apabila bekas kekasih  yang menghantar email tersebut. Dia bertanya pada Qis adakah Qis orang yang dicarinya di muka buku itu. Terpukul Qis dengan pertanyaannya, kerana selama bermuka buku…Qis memang pernah membaca ‘wallnya’ tetapi tidak pernah terfikir untuk menyapanya.

Jujur Qis katakan, Qis tidak pernah terfikir dia akan mencari Qis lagi kerana kami telah terpisah selama 20 tahun dan  kini kami di temukan di maya kembali. Sepanjang tempoh itu,kami tidak pernah terserempak atau terjumpa di mana-mana walaupun kami tinggal dalam bandar yang sama dan mungkin mengunjungi tempat membeli belah yang sama.

hening

Qis tahu dia sudahpun berkahwin dan mempunyai anak seramai 4 orang. Namun semenjak kehadirannya membuatkan hati Qis tidak tentu arah. Dahulunya kami pernah bercinta namun tidak pula pernah sesekali memutuskan hubungan itu sama sekali.Rupa-rupanya di antara kami sisa rindu dan kasih masih ada.

Kami bertukar cerita dan episod duka dalam kehidupan masing-masing.Ekoran dari masalah yang Qis hadapi untuk mendapatkan zuriat, dia pula mencadangkan agar Qis mengambil anaknya untuk dijadikan sebagai anak angkat. Cadangannya membuatkan Qis tersentak dan terdiam. Namun Qis berfikiran terbuka mana mungkin ada insan yang sanggup memberikan anak sendiri pada orang lain tanpa sebab musabab yang kukuh melainkan jika ia ada tali persaudaraan sesama keluarga………Sebab Qis tahu jika kami berjumpa pasti akan ada pelbagai rasa dan cerita yang bakal terjadi kelak.

Bantulah Qis dalam menyelesaikan masalah ini. Agar Qis dapat mengisi rasa tawar di hati terhadap suami kembali dan sekaligus dapat mengawal diri ini dari terus berhubungan dengan suami orang. Qis tidak tergamak untuk menguis rumahtangga orang namun begitu keadaan juga telah membuatkan Qis menjadi begini.Bagi Qis,cinta padanya mungkin telah tiada…cuma ada rindu yang tersisa.Tak pernah putus Qis meminta petunjuk dan memanjatkan doa pada Allah swt agar dugaan yang datang melanda ini segera berlalu pergi…Dan…sebenarnya bagi diri Qis sendiri telah ada jawapan yang pasti..cuma Qis mahukan pendapat lain…


Nyanyian Broery Marantika & Dewi- Rindu Yang Terlarang

Share

Panduan Mengambil Hati Mertua

Salam pagi pada semua :)

Harini tergerak hati nak kongsikan beberapa panduan bagaimana cara kita untuk mengambil hati mak mertua. Jeng..jeng..jeng.. tidak kisahlah sama ada sahabat sedang mengikat tali pertunangan, yang telah berkahwin dan yang seangkatan tentera laut dengannya yang pasti bila sudah berkahwin tu semestinya ada mak dan ayah mertua. Dan sebaliknya sekiranya seseorang itu anak yatim  biasanya kita juga akan tetap menghormati mereka sebagai gelaran mak jua ;) .

okanagan-wedding-kissSumber: http://heatherhapeta.blogspot.com/2009/05/best-place-to-get-married.html

Bercerita mengenai kehidupan mak mertua ini kebanyakan kes ada sesetengah dari kita kurang senang dengan mak mertua. Ini kemungkinan atas alasan mak mertua selalu memenangkan menantu yang lain ataupun mak mertua yang cuba mengalwal tiap gerak laku suami anda. Walaubagaimanapun tidak semua perkara di atas berlaku sebab sekarang ini pun masih terdapat juga mak mertua dengan menantu ibarat isi dengan kuku. :)

Ah, cakap memanglah senang dik Suri oit.. kau belum merasa lagi bahananya.. jika dapat mak mertua blah…blah..blah…blah..

Gambar_Mertua

Erk..memang benar kata orang jika ibu kita melayan menantunya dengan sebaiknya seperti anak sendri maka ia akan di timpa balik pada kita kelak. Di mana jika kita berkahwin kelak pasti kita pula akan mendapat mak mertua yang sebaik seperti ibu kita. Anda percaya? Pada pandagan Suri ya, sebab Suri melaluinya dan kebenaran itu ternyata benar-benar berlaku dalam kehidupan kita. Namun tidak kurangnya juga sebaliknya. Apapun itu semua perjalanan dan dugaan masing-masing dalam mengenal keluaraga mentua belah suami atau isteri.

Holaaaa.. tanpa membuang masa ayuk kita kayuh sampan sehingga mundik ke seberang sana ;)

  • Setiap kali sahabat balik ke rumah mak mertua/ayah mentua bawalah buah tangan sahabat dari sana. Buah tangan tidak semestinya buah-buahan tapi memadailah seperti lauk-pauk yang sahabat masak dari rumah. Paling best lauk – pauk berasal dari negeri sendiri. Macam Suri selalu bawak masak asam pedas ikan pari :) . Bukan apa bagi Suri jika kita masak dari rumah bermakna kita cuba meringankan bebanan mereka untuk masak lauk lebih untuk kita.
  • Selalunyalahkan apabila mak mertua tahu yang kita akan pulang ke rumahnya biasanya mereka akan masak lebih untuk anaknya, cucunya sekali. Jadi dengan rezeki yang sahabat bawa dari rumah sedikit sebanyak akan menyenagkan hatinya dengan ,masakan yang anda masak tu. Erm.. kata mak Suri orang yang jarang balik kampung ni selalunya lauk-pauknya sedap berbanding dengan orang yang selalu kita jumpa dan selalu merasa masakan mereka :)
  • Bagaimana pula sekiranya mak mertua telah tiada tapi ayah mertua ada atau sebaliknya? Haa.. salah satu cara adalah dengan menghiburkan hati mereka. Apa kata waktu hujung minggu atau cuti panjang kita membawa mereka berkelah, bercuti di tempat-tempat yang menarik dan sebagainya.
  • Pasti hati yang kosong akan terasa benar-benar terisi oleh mereka. Bagi yang sudah mempunyai keluarga besar tu sudah tentulah setiap hilaian tawa anak akan meggamitkan keadaan sekeliling. Jangan lupa rakamkan setiap memori manis itu dalam telefon bimbit dan upload picture tersebut dalam blog peribadi :) sebagai dairi diri anda dan sekeluarga :) .

chibi 1

  • Turun padang untuk masak bersama-sama mak mertua. Disinilah kita akan tahu bagaimana cara masakan mak mertua kita memasak dalam menu kegemaran anaknya (suami). Ingat setiap trik yang digunkan dan kemudian sekiranya sahabat berpeluang balik ke kampung lagi jangan malu untuk membawakan hidangan tersebut kepadanya. Pasti dia akan tersenyum bahawa anda benar-benar seorang yang peka pada selera anaknya.
  • Sebaliknya sekiranya sahabat tidak berpelung untuk pulang ke sana lagi maka gunakan masa mak mertua hendak berkunjug ke rumah sahabat, dan masaklah menu makanan tersebut pasti di lekuk bibirnya akan terukir seulas senyuman. Siapa yang tidak sayangkan menantu dik oi andai anda seorang yang bijak menggunakan pelung kekemasan yang sedia ada ;)
  • Andai kita mempunyai rezeki lebih tidak salah sekiranya suami dan isteri sama-sama menghulurkan sejumlah wang saku kepada mereka. Ya, memang diakui mereka ada simpanan sendiri melalui persaraan tapi tahukah sahabat nilai duit yang di beri oleh sahabat tidak sama nilainya dengan wang yang selalu di terimanya oleh kerajaan tiap-tiap bulan.
  • Sebab bagi mereka duit anak tulah berkat mereka dalam menyekolahkan anda sewaktu kecil dahulu. Dan dari duit itulah pada kebiasaanya mereka akan gunakan untuk sedekahkan pada masjid, menyimpannya ke dalam tabung haji dan sebagainya. Bukan itu sahaja jika anda perasan kebanyakan ibu bapa akan menolaknya walaupun ia tidak diminta namun dalam hati mereka amat bersyukr kerana sahabat adalah sebuah keluarga yang pandai dalam mengenang jasa -jasa meraka.Yang pasti akan terluncur doa darinya buat sahabat kelak.
  • Usia akan membataskan seseorang itu dalam melakukan sesuatu hal harian. Biasanya tika usia sudah meningkat akan datang pelbagai penyakit seperti angin dalam badan (sendawa), lenguh sana-sini, lemah sendi lutut dan sebagainya. Apa kata jika sebelum ini sahabat sudah terbiasa melihat brand  minyak angin atau minyak urut mak mertua/bapa mertua gunakan pelung tersebut untuk mencarinya di tempat tinggal sahabat.
  • Pasti ia ada dijual di ceruk kampung atau bandar.Kemudian jadikan ia sebagai pemberian kepada mereka secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pasti setiap kali rasa sakit mula menjamah tubuh mereka akan segera menggunakan ubat yang telah sahabat belikan untuknya. Bukankah itu salah satu cara kita mengambil hati mereka. Jika rajin sahabat digalakkan mengurut mereka tanpa perlu di pita. Pasti hatinya akan lebih bahagia :)

Amacam ada apa-apa lagi yang nak di tambah atau komen? Yuk kongsikannya disini :)

Pstt!! sekiranya anda mempunyai sebarang masalah e-mailkan Suri di surihati_ku@yahoo.com =)

Share