Tangan Dikembalikan Ganjaran Sedekah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pada suatu hari, seorang penggemis berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perutnya. Akhirnya dia sampai ke sebuah istana yang sudah tentunya mempunyai limpahan makanan yang enak-enak.

Pengemis itu memberi salam, lantas dijawab oleh seorang gadis dengan suara yang lemah-lembut. Dari perhiasan dan tertib pakaiannya, jelaslah kepada pengemis tersebut bahawa gadis itu bukanlah sembarangan orang, malah dialah puteri raja pada ketika itu.

ayo-bersedekah2

Pengemis itu pasrah kepada Allah Taala. Lantas dia meminta sedikit makanan daripada puteri tersebut. Puteri tersebut terus menuju ke dapur istana dan mengambil roti yang baru sahaja dikeluarkan dari pemanasnya. Alangkah mulianya hati puteri tersebut, berbeza dengan sikap ayahnya yang apabila nampak sahaja kejadian itu lantas memotong tangan anaknya tanpa merasa belas kasihan.

Akibat dari peristiwa itu, puteri tersebut telah dihalau dari istana. Namun tiada rasa sedikit kesal dihatinya, malahan kini dia berasa sangat bebas. Namun begitu kehidupannya pula dalam serba kekurangan. Kini puteri itu pula yang terpaksa mengemis untuk mendapatkan makanan dari orang lain.

Kebetulan pada hari itu dia telah mengunjungi rumah kepunyaan wanita yang pernah mengemis di istananya pada suatu ketika dahulu.

Pada mulanya wanita tersebut tidak dapat mengenali puteri itu kerana pakaian dan mukanya yang tidak terurus. Wanita tersebut mempelawa puteri itu masuk ke dalam rumahnya lalu diberikan pakaian yang bersih pada puteri tersebut dan diajak untuk tinggal bersamanya.

Dalam tempoh itulah wanita tersebut dapat mengenali wajah puteri itu dengan lebih jelas. Dia amat menghargai akan pertolongan yang telah puteri itu berikan sewaktu ia di himpit kesusahan. Kini wanita itu berhajat dengan menyatakan hasratnya untuk mengahwinkan anaknya dengan anak lelakinya.

yuk-sedekah1

Setelah selamat diijabkabilkan, tibalah masanya untuk kedua-dua mempelai makan bersama pada malam pertama mereka. Demi tidak mahu mengecewakan suaminya kerana kecacatan yang dialaminya, puteri tersebut telah menggunakan tangan kirinya untuk menyuap makanan ke dalam mulut suaminya. Lalu perbuatannya itu ditegur oleh suaminya. Puteri cuba memberikan pelbagai alasan agar tidak menampakkan sebarang kekurangan didepan suaminya.

Pada saat itulah munculnya satu suara yang menyeru puteri tersebut untuk mengeluarkan tangan kanannya kerana Allah Taala telah memberikannya semula tangannya sebagai balasan kepada sifat pemurahnya suatu ketika dahulu.

Alangkah gembiranya puteri itu yang telah mendapat dua hadiah amat berharga daripada Allah Taala. Begitulah besar dan tingginya martabat orang-orang yang suka bersedekah di jalanNYA akan mendapat kebaikan yang setimpal atas perbuatannya kelak.

Sumber: Kisah teladan: Bahagian 9. Siri Sebaik-Baik Wanita Di Alam Semesta.

Share

Bagaimana Imam Malik Dididik

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.

Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:

“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”

Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu Imam Malik pun berkata:

“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk berjaya dalam nyanyian.”

Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya ketika ia berkata:

“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”

Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.

kartun 8

“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”

Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak. Kemudian Imam Malik berkata:

“Habis, apa yang patut saya lakukan?”

“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan ilmu.” kata ibunya.

Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya datang.

“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”

Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.

“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat pada ketika itu.”

Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:

“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.

Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam bidangnya.

“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu sebelum ilmunya.” Kata ibunya.

Sumber:anakkusayang.com

Share

Kisah Dogeng Sekapur Sireh Rakyat Istana

Salam pagi untuk semua :)

Suri ram, ram , ram suri ram..ram..ram suriramku yang manis..Aduhai…

Gedebuk!

Jatuh ar pulak jalan tak pakai spek lagi terus tersungkur. Lalu jatuh bakulku terlangkup bergolekanlah buah-buah pinang bertebaran di dada pasir..

Suri!! ko kenapa tuh!..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~..

Dizaman pemerintahan Raja Hung Voung yang ketiga, tinggallah seorang pembesar bernama Cao. Dia mempunyai dua orang anak lelaki bernama Tan dan Lang. Kedua anak lelaki itu seperti bersaudara kembar.

Hung Vuong

Bentuk badan dan paras mereka sangat serupa. Kedua mereka sama-sama kacak dan sama-sama tampan. Mereka mempunyai bulu kening yang lebat, hidung yang mancung dan mata yang bulat lagi bersinar-sinar. Selain dari persamaan yang terdapat pada kedua beradik itu, mereka juga saling kasih mengasihi diantara satu dengan yang lain.

Malangnya Pembesar Cao dan isterinya telah meninggal dunia. Tinggallah mereka dalam keadaan yatim piatu. Kematian kedua ibu bapa mereka tidaklah dapat mengurangi kehendak-kehendak mereka itu. Untuk mengelakkan penderitaan-penderitaan akibat dari kemalangan itu, mereka telah mengambil keputusan hendak meninggalkan rumah, pergi ke tempat lain untuk mencari kerja.

Kebetulan telah ditakdirkan Tuhan, tempat pertama yang mereka pergi ialah ke rumah Hakim Luu, salah seorang sahabat karib orang tua mereka. Hakim Luu menyambut mereka dengan mesra sekali di rumahnya yang besar itu. Dipeliharanya mereka seperti anak kandungnya sendiri, kerana Hakim Luu tidak mempunyai anak lelaki. Dia hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja. Kulitnya seperti kapas dan parasnya cantik seperti bulan purnama.

Untuk menambah erat rasa kasih sayang dan persaudaraan di antara ketiga mereka itu, terniatlah dihatinya hendak mengahwinkan salah seorang dari anak lelaki itu dengan anak perempuannya. Sebenarnya, kedua beradik itu secara diam-diam telah mencintai anak perempuan Hakim Luu itu. Mereka tertarik akan kecantikan dan tingkahlakunya yang lemah lembut. Walaupun demikian, kedua-dua mereka itu enggan mengahwini anak perempuan Hakim Luu. Masing-masing mendesak supaya orang lain sahaja yang mengahwininya. Oleh kerana susah hendak mendapat persetujuan diantara mereka, maka Hakim Luu yang bijaksana itu pun menjalankan ikhtiar untuk mengetahui siapakah diantara mereka yang lebih tua.

02_hungvuong

Oleh Hakim itu, lalu disuruhnya menyediakan makanan dengan hanya meletakkan sepasang sepit sahaja. Apabila mereka duduk hendak makan, Lang pun mengambil penyepit yang sepasang itu, lalu diserahkannya kepada Tan dengan tertibnya. Tan menerima pemberian Lang seperti biasa sahaja. Dengan perbuatan itu, tahulah Hakim Luu bahawa Tan adalah yang tua dan telah terpilih untuk menjadi pasangan anak perempuannya yang tunggal itu.

Tan merasa dirinya orang yang paling bahagia sekali di dunia ini. Dia benar-benar mencintai tunangnya dan berikrar hendak sehidup semati. Tan leka sekali dengan tunangnya. Dia mengarang syair-syair percintaan yang melukiskan kebahagiannya dan menyanyikannya lagu itu. Oleh kerana terlalu asyiknya dia, maka terlupalah dia kepada adiknya Lang.

Selepas perkahwinan abangnya itu, perasaan cinta Lang kepada gadis yang sekarang telah menjadi kakak iparnya itu pun mulai hilang. Dia telah menerima keputusan itu kerana baginya kebahagiaan abangnya adalah kebahagiaannya juga. Lama kelamaan sedarlah dia bahawa Tan telah berubah terhadapnya. Kemesraan Tan tidak seperti dahulu lagi.

Tinggallah Lang seorang diri di biliknya dalam kesepian. Dia berdiam diri sahaja dan tidak bergerak-gerak. Sambil itu dia menunggu kalau-kalau ada sesuatu tanda persaudaraan dari abangnya. Tetapi semuanya hampa belaka. Alangkah sedihnya dia ketika mengenangkan sikap abangnya yang tidak mahu mempedulikannya lagi.

Dalam hatinya dia berkata: “Beginilah nasibku yang malang. Abangku sendiri tidak lagi menyayangi aku. Apalah gunanya aku tunggu di sini? Tidak siapa pun yang mempedulikan diriku. Labih baik aku pergi sahaja dari sini.”

Lang pun meninggalkan rumah itu dengan segera, kerana dia tidak tahan lagi menanggung kesedihan. Setelah beberapa tahun mendaki gunung, menyeberangi sungai dan paya, akhirnya sampailah dia ke tepi sebuah lautan yang luas. Ketika itu berhembuslah angin. Hari sudah hampir malam. Lang pun mencari-cari tempat di sekitar itu untuknya bermalam. Malangnya tidak ada sebuah tempat pun yang ditemuinya.

Oleh kerana malam itu terlalu gelap, tidaklah dapat dia bergerak dari situ. Perutnya sangat lapar, tekaknya terlalu haus, sedangkan tubuhnya terlalu lesu dan tak berdaya lagi. Dia pun duduklah di atas rumput meratapi nasibnya. Akhirnya dia pun matilah. Mayatnya bertukar menjadi sebuah batu kapur yang putih.

sirih_pinang_cov

Sumber:http://www.mesra.net

Apabila Tan sedar adiknya telah melarikan diri dari rumahnya, maka dia pun merasa menyesal. Dengan perasaan yang sedih dan pilu, dia pun pergilah mencari adiknya. Setelah beberapa lamanya dia berjalan melalui hutan rimba, mendaki gunung dan mengharungi paya yang dilalu oleh adiknya, maka dia pun sampailah ke tepi pantai lautan yang biru itu. Oleh kerana terlalu letih, dia pun duduk tepi pantai itu, lalu menangis tidak berhenti-hentinya. Akhirnya dia pun mati di situ dan bertukar menjadi pokok pinang.

Isteri Tan yang di rumah telah puas menunggu kepulangan suaminya. Akhirnya dia pun keluar pergi mencari suaminya yang sanyat dikasihinya itu. Dia pun berjalanlah tidak berhenti-hentinya. Akhirnya dia pun sampailah pula ke tepi pantai tempat suaminya mati itu. Oleh kerana tersangat letih dan tak berdaya hendak meneruskan perjalanannya, dia pun bersandarlah di pokok pinang di tepi pantai itu lalu menangis. Dia menangis tidak berhenti-hentinya dan akhirnya dia pun rebah lalu mati.

Seperti mayat kedua beradik itu, maka mayatnya pun bertukar menjadi pokok sirih dan melilit di pokok pinang itu. Sempena mengingati mereka, maka penduduk di tempat itu kemudiannya telah mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai mengingati ketiga-tiga manusia yang saling cinta mencintai itu.

Sumber: Yulis Haji Alwi, Keluarga, April 1989

Nota: Sebenarnya banyak lagi kupasan “Disebalik Tepak Sireh & Adat Resam Melayu” yang hendak Suri kongsikan pada semua. Insyallah lain hari Suri akan postingkan ia satu -persatu :)

Share

The Sphinx of Giza Part II

Salam pagi untuk semua..

Semalam kita mempelajari sedikt ilmu tentang latar belakang pembinaan Sphinx. Harini ini pula Suri bawakan satu video youtube “Mystery of the Sphinx -- Simulation (music Fritz Heede)” mengikut pemerhatian mereka tentang pembinaan The Sphinx of Giza bermula dari pembinaan Sphinx sehinggalah akhirnya ia siap dibentuk.

Dan yang terakhir sekali sebagai penutup tirai posting “The Sphinx of Giza Part II” Suri lampirkan serba-sedikit tentang gambar yang berkaitan dengan Sphinx. Semoga sahabat enjoy dengan posting Suri kali ini :) .

 

 

sphinx_hypothetical01

sphinx14

 The Sphinx and the Great Pyramid of Cheops

sphinx13

 Sphinx under sunbeams

sphinx11

 after from Ramesses II time, in front of Dream Stela

sphinx09

 Sphinx face, with migrating pidgeons

sphinx08

 Sphinx paw and thutmosis IV dream stela

sphinx10

Thutmosis IV dream steal datail

sphinxtale

sphinx07

Sphinx rear view of tail

Lagi gambar: http://www.dirjournal.com/info/photo-tour-egypt/

Pstt!! Suri memang suka sejarah nak2 sejarah peradaban dunia yang tingkatan 4 dan 5 tu. Kalau Suri baca beberapa kali pun tak kisah heee..Pasal sejarah Jepun masuk Malaya tu apa kurangnya best jugak ;) . Maaflah kalu ada sapa2 yang kurang berminat bab sejarah ni. Bagi Suri sebab minat maka itu Suri buat dia sampi ber “Part I dan II” :)

Share

Secebis Kisah Buat Pedoman

As-salam untuk semua sahabatku..

Dikesempatan ini ingin Suri nukilkan sebuah kisah. Mungkin ada antara kita yang pernah terbaca, sebab Suri dapat pun melalui email yang dikirimkan. Suri sendiri, lebih dari dua kali membacanya kerana terkesan di hati.

Entah benar atau tidak kisah ini…wallahu’alam. Mungkin ada fakta yang boleh dipertikaikan, namun apa yang ingin saya kongsikan adalah pengajaran disebalik kisah ini. So…selamat membaca…!

Dikisahkan sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun, Ita panggilan manjanya.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar ibu dan bapanya melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?

Happy_Father__s_Day__Papa__by_jacemoore

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !…saya tak tahu Tuan..!“. “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri pula.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak  yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.

 Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat  menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis terisak-isak keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya. Sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi makan panadol tu“, balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik  tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik…pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

cryingChild[1]

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..!” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya  tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan beransur hilang, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama“, katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti hysteria. Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis….!

Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya…!

Akhir kalam…Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukannya untuk melepaskan geram dan kemarahan anda..

krdt:http://untukhariesok.blogspot.com

Share

Tewas Di Malam Valentine

Sejauh manapun hubungan CINTA itu..

Jaganlah sesekali ia  dicemari dengan noda-noda yang  HITAM

Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine’s Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.

Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui ‘chatting’ di Internet.

Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.

Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.

Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.

Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.

Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine’s ini bersama sang kekasihnya.

Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.

Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini…?

Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi…patutkah dilakukannya kepada Linda?

Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud,

“Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali.”

Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya,

“Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan.”

Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak…

Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.

Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine’s, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.

ban_casal13

Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.

Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan ‘sesuatu’ yang akan berlaku malam ini, dan….

TOK! TOK!! TOKKK!!!
TOK! TOK!! TOK!!!

 

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.

ASSALAMUALAIKUM!
ASSALAMUALAIKUMM!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.

“Waalaikumsalam…siapa tu?” jawab Malek memberanikan diri.

“Ini JAIS…boleh tolong buka pintu tak?” jawab suara dari luar.

JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.

“Habislah aku malam ini,” Malek berasa hendak menangis.

Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.

“JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!” suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.

“You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey,” kata Malek tergagap-gagap.

Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.

“Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?” tanya Malek terketar-ketar…

“Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?” tanya pemuda itu semula pada Malek.

“Err…siapa nama kau tadi?” tanya Malek sekali lagi.

“Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?”

“Err…takde apa-apa,” jawab Malek perlahan.

Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya…

Moral ceritanya…

Janganlah terpedaya dengan hasutan kawan-kawan yang ajak melakukan maksiat, supaya anda tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rosak seperti mereka. Takutlah pada dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pelaku maksiat.

Kalau cita-cita anda hendak melakukan maksiat tiba-tiba terkantoi, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan anda.

(klau ada pembaca yang kurang senang terhadap cerita ini.maaflah ye..)
 

Sumber : email daripada syarizal (tlk gong, port klang)

Share

Tragedi 1 SEPT 1994

TRAGEDI 1 SEPT 1994- KISAH BENAR
Rasanya dah lama draft ini diambil dari blog http://www.hanan.com.my tapi entah bilalah Suri nak persembahkan pada semua Suri tak tetapkan waktunya lagi. Tapi hari ini barulah tergerak hati untuk berkongsikan kisah yang penuh dengan keinsafan ini kepada anda semua.

Ambillah sedikit waktu untuk anda membetulkan posisi kedudukan badan anda kepada yang lebih selesa sebab kisah yang bakal di coretkan ini agak terlalu panjang. Selamat membaca :)

ibu-menyusui

Nuarii menulis:
“Saya ingin berkongsi satu kisah yang saya dapat dari teman saya. Kisah ini merupakan kisah benar yang dibawa dari Sandakan mengenai seorang gadis yang menderhaka kepada ibunya hanya kerana ingin menyambut Hari Kemerdekaan dan diberi balasan di dunia lagi… Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua betapa besarnya kuasa Allah serta betapa kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa kita. Kerana Allah tidak pernah melupakan janjinya akan pembalasan pahala dan dosa terhadap hamba-hambanya.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan kearah mereka.

” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,”saya menyapa.
” Haaa?San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,” jawab saya.
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

ibu-dan-anak

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung,
” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak bolehkeluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi “. ” Kenapa jadi macam tu ? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 saja mak !” gadis itu membentak. ” Mana emak ada duit. minta dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

“Maaak?kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 saja !” si gadis berkata.
” Tak ada ,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta?” belum pun habis
ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, ” Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mahu dengar ! ”

” Kalau emak ada du…? ” ibunya menyambung ,tapi belum pun habis kata-katanya, sigadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .
” Saida..Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

soulderoffortune

Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.

Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; ” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai
dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis
berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
ibu-dan-anak-di-aceh1

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni..tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah?Kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. ” Tolong saya ayah, tolong saya?Kenapa jadi macam ni ayah ? ” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

P1020037

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu saja? kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat. Aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter dari kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt?Raie?Raie..Psstt,” saya memanggil. Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. ” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh . Keluarga dia saja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap saja. Bolehlah?”saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

sad_mom_and_kid

” Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Di
tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini. Aku bertaubat. Aku insaf?”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

kubur

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka…

..Semoga Allah mengampunkan dosanya.. Dan semoga kita semua mati dalam keredhaanNya… Amin!

Share

Malu VS Seksi

Cerita ini memang berkenaan dengan orang yang sedang hidup yang pasti akan mati. Cerita ini milik mesrarakyat.wordpress.com

Seorang ibu membawa anak perempuannya. Comel sambil memakai tudungnya. Ketika menunggu bas di stesen, datang seorang wanita yang seksi dengan memakai skirt sependek peha. Melihatkan seorang anak kecil yang comel bertudung, lalu wanita itu menegur :

Wanita seksi: Tak panas ker adik pakai tudung tu?

Anak kecil : Mak kata, panas lagi api neraka.
Merah padam muka wanita tersebut. Mungkin ‘terasa’ kepedasan kata-kata anak kecil tersebut.

Si kecil molek pula mengajukan soalan…

Anak kecil : Ee, malulah nampak peha.

skirt-300x300
Wanita seksi : Ala, inilah kecantikan dan mahkota seorang wanita, adik

Anak kecil : Jadi, kenapa akak tak buka aje baju dan skirt. Barulah orang nampak ‘mahkota’ akak kan?

Wanita seksi : Malu lah akak, dik

Anak kecil : Tau pula akak malu. Ayah adik kata, orang yang tak tau malu pada Allah, dia akan berani buat apa sahaja.
Kali kedua merah padam lagi muka wanita tersebut.

Memandangkan si anak kecil tadi seperti memenangi suasana dan keadaan, dengan darah yang menyirap, dia berkata :

Wanita seksi : Celaka punya budak! Pergi la main jauh-jauh. Syuh, jangan ganggu urusan orang tua la!

Anak kecil : Kesian, akak dah tua rupanya. Mulut akak jahatnya. Tak baik tau..

Wanita seksi : @#$%%*()__!@#

kartun-cun
Anak kecil : Ibu, kenapa akak tu marah?

Si ibu tidak menjawab soalan anaknya. Dia hanya mampu tersenyum melihat kelibat anaknya. Sejuk perut ibu mengandung!

Moral dari kisah tersebut :
1. Tutup aurat adalah perintah Allah dan kita sebagai manusianya adalah wajib untuk memenuhi syariat tersebut.

2. Nasihat adalah sebahagian dari kehidupan orang islam

3. Malu sebahagian dari iman.

Pandangan anda bagaimana pula??

Share

Kisah Arnab dan Kura-Kura

Semasa Suri search perihal kura-kura tiba-tiba Suri tertarik akan kisah arnab dan kura-kura ini dari blog saudara genta-rasa.com. Anda ambillah sedikit waktu untuk membacanya..dan akhir sekali cubalah kita fahami apakah maksud yang tersirat disebalik kisah ini. Jadi marilah kita hayati cerita ini bersama-sama.. ;)

kelinci-dan-kura-kura

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.

“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”

“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku sampailah.” Jawab kura-kura.

“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”

“Jangan engkau hina aku arnab.”

“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.

“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.

“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”

“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.

HridesT(R)200x250

Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berihat, dan akhirnya tertiudur.

Namun bagi kura-kura dengan semangat,. Keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan. Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendik ini.

Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.

kurakura

Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkin lebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya.

Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.

Sikap kura-kura yang positif ialah konsisten ataupun istiqomah. Ia tetap meneruskan perlumbaan walau apapun terjadinya. Misalnya, walau ia telah ketinggalan, ia tetap merangkak juga. Inilah sikap istiqomah. Seterusnya, sikap kura-kura ialah sabar. Kura-kura mempunyai kesabaran tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalanan itu terlalu jauh bagi ia sebab memang jauh. Jika dekat, masakan arnab boleh tertidur di tengah jalan. Walaupun begitu, kura-kura mecuba juga. Kura-kura tetap teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan.

Inilah sikap sabar.Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran arnab. Ia tidak mahu dihina. Semua sikap-sikap ini memberi kredit atau kelebihan kepada kura-kura. Dari segi fizikalnya arnab lebih tangkas. Tetapi dari segi fizikal, mental, jiwa dan emosinya, kura-kura lebih stabil.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.

Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupunIQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak committed dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

anti-bullying

Menerusi cerita ini kita tahu Allah swt tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang dihina itu. Seseorang telah menjatuhkan dirinya terlebih dahulu kalau dia menghina orang yang ingin dijatuhkannya dengan penghinaan itu.

Sekiranya kita lihat seseorang itu miskin, ada kelemahan atau kekurangan, maka Allah melarang kita menghina mereka. Sedangkan seseorang yang terang-terangan membuat kejahatan atau penganiayaan, pun masih tidak boleh dipandang hina (mungkin disebabkan kejahilannya). Apa yang hina ialah perbuatannya sahaja bukan orangnya.

Apabila arnab memandang hina kura-kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula, ia membela maruah diri dengan menyahut cabaran arnab itu. Dalam Islam, kalau orang menghina kita, janganlah kita balas dengan melawannya. Sebaliknya, bangunkanlah sikap ingin memajukan diri. Hinaan arnab terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura menghinanya balik, tetapi kura-kura berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan oleh arnab. Ia buktikan bahawa dia sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekuatan dalaman.

mumia

Apa yang boleh kita belajar dalam kehidupan manusia ini ialah apabila seseorang itu mulai ego, dia telah memusnahkan dirinya sendiri. Oleh sebab itu apabila kita lihat sepanjang sejarah, misalnya dalam Al-Quran. Kisah Namrud, Firaun dan semua orang yang ego akan hancur akhirnya. Oleh itu, dalam hidup ini kita tidak boleh ego. Apakah yang dikatakan ego? Antara sifat ego ialah merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Apabila merasakan diri baik, dari sudut perkembangan diri, tidak akan muncul lagi usaha hendak meningkatkan diri. Tidak timbul lagi dorongan untuk berjaya. Bagi kura-kura tadi, apabila menerima cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan sebagainya.

Soalnya sekarang ialah apakah umat Islam boleh mencontohi sifat kura-kura yang istiqomah itu? Memang kita telah ketinggalan dari segi kebendaan dan pensenjataan, namun kita masih punya harga diri, apakah mereka boleh bangun balik dalam bidang ekonomi, politik, sains, hatta dalam bidang ketenteraan sekalipun. Apakah umat Islam bergerak seperti kura-kura, walaupun ketinggalan tetapi masih merangkak dan terus meluru untuk mencapai kemenangan.

Ini kerana race atau perlumbaan kita ini masih belum habis. Kini boleh di katakan, mungkin ini baru separuh atau pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, umat Islam tidak boleh cepat mengalah dengan menyangka mereka tidak akan boleh menandingi Barat sebab perlumbaan masih lagi berlansung. Tambahan pula, kita masih tidak tahu lagi hujungnya di mana?

Kisah arnab dan kura ini mempunyai pengajaran yang amat besar. Ertinya umat Islam mesti mempunyai satu sikap yang betul. Di sinilah cabarannya. Unsur yang utama dalam membentuk sikap seseorang ialah keyakinan atau iman seseorang. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kitapun mantap. Kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk mengikut ukuran Tuhan, bukan mengikut ukuran kita.

Ini dorongan yang kuat untuk kita sebab manusia ini akan terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat itu rasa baik dan menguntung, dia akan perbuat. Tetapi jika dia rasa itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Dan yang hendak menentukan baik atau buruk ialah sistem nilai yang ada pada diri ialah keyakinannya.

saya-nak-jadi-anak-soleh

Oleh itu, jika kita boleh iman kita ubah dari goyah kepada mantap, keyakinan diri kita akan mantap, dan ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat. Apabila sistem nilai kuat, dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik adalah tinggi dan dorongan meninggalkan sesuatu yang buruk juga tinggi. Daripada inilah kita akan membentuk sikap yang betul. Maka gabungan keyakinan, nilai, dorongan dan kelakuan (sikap) inilah yang akan membina kekuatan umat Islam semula. Inilah iktibar besar yang boleh kita ambil dari kisah kecil… ceita arnab dan kura-kura!

Share

Gay…oh Gay

Gay: Umat Nabi Lut Ditelan Bumi

DALAM amalan kontemporari, perkataan ‘gay’ biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.

Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis.Perkataan ‘gay’ dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu ‘gai’. Pada peringkat awal, ‘gay’ membawa beberapa pengertian seperti ‘rasa bebas tanpa kerungsingan’, ‘gembira’ atau ‘riang dan suka menunjuk-nunjuk.’

Gay_Marriage_cute

Hari ini, ‘gay’ lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.

Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya.

Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?

Bagaimana Islam melihat situasi ini?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar.

“Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki.

preity-zinta6

“Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka,” katanya.

Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.

Laporan Harian Metro mengenai ‘gay jamban’ baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.

Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.

Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.

Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.

Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

2012-Movie-Stills-014

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.

“Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.” (an-Naml:54-55)

“Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

“Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74) Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)

Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak.

“Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki,” katanya.

Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya.

“Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa.

“Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka perlu diajak dan dibimbing secara khusus,” katanya.

Beliau tidak mempertikaikan kewujudan lelaki lembut dan tidak mempersalahkan mereka kerana perwatakan sedemikian adalah ciptaan Tuhan juga, cuma yang perlu dipastikan ialah tidak terbabit dengan gejala homoseksual.

“Tuhan menjadikan begitu (lembut) tidak boleh menghina mereka. Tidak semua orang lembut melakukan aktiviti macam itu.

“Menjadi masalahnya ialah mereka diperalatkan golongan lelaki bertubuh kasar untuk melepaskan nafsu,” katanya.

Beliau mengajak golongan yang terbabit dengan homoseksual supaya kembali kepada fitrah kemanusiaan dan segera bertaubat kerana dengan taubat, dosa mereka mudah-mudahan diampunkan Allah.

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata secara fitrah setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis.

lg1

“Bagi menjaganya, Islam menganjurkan ikatan perkahwinan. Apabila seorang wanita telah berkahwin, suami mempunyai hak dan tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya,” katanya.

Menurutnya, gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.

“Kecenderungan sedemikian adalah suatu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan. Kegilaan dan ketagihan sedemikian hanya boleh dihilangkan apabila hukuman berat dijatuhkan ke atasnya selain manusia sendiri mengubahnya,” katanya.

Hurm, bagaimana pula dengan pandangan anda? minta tinggalkan komen dibawah ni ya ;)

Oleh:Idris Musa

Share