Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Berhubung dengan entri semalam “Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part 1 kini perjumpaan tersebut telah berakhir semalam. Si isteri telah menjumpai suaminya kembali. Subhanallah, Walhamdulillah,suami sahabat ku Siti Al’Izzah dah selamat ditemui.Syukran buat do’a dari semua.
Siti Al’Izzah:
 Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa.suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru(keliru dari sudut masa)…terima kasih kalian.saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..
Share

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor Mbfpc kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.
Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.
Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.
Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) – 0126059997
Salwa (Isteri) – 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)
Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.

Sekian, harap maklum.

Share

Kellie’s Castle Bhg I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Istana Kellie atau Kellie’s Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikutm reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.


Kellies

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak.

Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama (“bisnes venture”) dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.  Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.

1122528478_99f306a046

Gambar Willian Kellie Smith_Sumber:http://www.flickr.com/photos/11522343@N08/1122528478/

Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan ‘sedang dibina’ telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

kel16

Gambar Agnes, Scotland_Sumber: http://borneotip.blogspot.com

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama.

Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman – sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.

#Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.

#Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.

Sumber: Google & Wiki

Share

Derhaka Kepada Anak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Nukilan ini adalah hasil dari penulisan salah seorang sahabat bloger bernama Cik Nurfatimahz a.k.a Puteri yang merupakan salah seorang pemenang contes cahaya cinta.com edisi 2010 tahun lepas. Ayuh sama-sama kita menyusuri bacaan penulisan beliau seperti dibawah.

Derhaka kepada anak. Pernahkan anda mendengarnya? Jangan disangka hanya ibubapa yang mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh anak-anak. Anak-anak juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh ibubapa mereka. Sudahkah kita menunaikan hak anak-anak kita?

Seringkali kita mendengar, anak tidak mahu menurut kehendak ibubapa. Bila permasalahan ini timbul, yang disalahkan ialah anak. Anak degil, anak itu, anak ini. Pernahkan terfikir, mengapa anak itu tidak mendengar kata? Mengapa anak itu memberontak?

Kurangnya masa yang berkualiti yang diluangkan bersama anak, membuatkan anak merasa jauh dari ibubapa. Masa yang ber-kuantiti sahaja tidak cukup. Yang penting adalah layanan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa. Bagaimana kita melayan anak kita?

Gaya bicara ibubapa, bagaimana menegur jikalau anak melakukan kesalahan. Tengking? Herdik? Pukul? Maki hamun? Perli? Kalau begitulah caranya, pasti anak itu tidak akan ‘memahami’ kehendak atau teguran kita. Sebaliknya kita hanya menambah kesakitan di dalam jiwanya dan membuat dia akan semakin memberontak di dalam hati. Apakah salahnya jika berbicara dengan baik kepada mereka?

Cakap-cakap ada mengatakan bahawa di dalam sesebuah keluarga (adik-beradik), pasti (kebanyakan,) ada salah seorang di antara mereka yang lain (baca: kurang baik) dari yang lain. Sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tidak dapat dipastikan. Jikalau hal ini benar sekalipun, jangan menyalahkan anak itu, sebaliknya siapa yang mendidik anak tersebut sehingga dia menjadi begitu?

Pilih kasih. Benar, hati manusia tidak akan terlepas dari berlaku tidak adil. Tidak salah jika ibubapa menyayangi seorang anaknya melebihi anak-anak yang lain, akan tetapi yang menjadi kesalahan adalah apabila tahap perbezaan sayang itu ditunjukkan.

Anak yang ini dibenarkan buat apa sahaja, tetapi anak yang satu lagi, ini tak boleh, itu tak boleh. Walhal, apa yang ingin dilakukan oleh anak yang kedua itu adalah sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak yang pertama.

Contoh, anak pertama mahu motorsikal. Kita beri. Anak kedua juga mahu, kenapa tidak boleh? Kadang-kadang mereka (dia) tidak menyuarakan hasrat mereka kerana takutnya mereka kepada ibubapa mereka. Takut. Kita mahu anak kita hormati kita atau takuti kita?

Kehendak mereka, kemahuan mereka, kita menafikan. Suara hati mereka tidak diendahkan. Malah acap kali mereka dilayan dengan nada kasar, malah bermasam muka. Pernahkan kita berfikir perasaan mereka bagaimana? Seburuk mana pun anak itu, mereka tetap mempunyai hak, ibubapa bertanggungjawab kepada mereka. Nafkah, perbelanjaan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan seumpamanya, termasuklah kasih sayang dan perhatian.

Children 0064

Pernah suatu ketika di zaman Khalifah Umar, ada seorang bapa membawa anaknya menghadap Khalifah sambil mengadu supaya anaknya dihukum kerana anaknya menderhaka kepadanya, tidak mendengar kata-katanya dan ingkar arahannya. Lalu berlakulah perbualan diantara si anak dan Khalifah.

Anak: Wahai Khalifah, tidak terdapatkan derhaka seorang bapa kepada anaknya?

Khalifah: Tentunya ada.

Anak: Bagaimanakah ianya berlaku, wahai Khalifah yang disegani?

Khalifah: Apabila hak si anak tidak dipenuhi. Diantaranya ialah mencari perempuan (bakal isteri) yang baik untuk menjadi ibu kepada anak, memberi anak makan daripada rezeki yang halal dan mendidik anak dengan contoh akhlak yang baik.

Anak: Wahai Khalifah. Sesungguhnya ibuku perempuan murahan (pelacur) dan peminum arak. Makanan yang dibawa pulang oleh bapaku pula daripada hasil perjudiannya. Malah, aku sering dilontarkan dengan ucapan maki hamun dan herdik dari mereka.

Sebagai ringkasan, si anak dalam kisah ini tidak dijatuhkan hukuman atas kesalahan menderhaka (tidak menurut perintah) bapanya kerana bapanya itu sendiri terlebih dahulu menderhaka kepada anaknya. Jangan difikir tiada istilah ‘Derhaka kepada anak’.

Kepada ibubapa, bakal ibubapa.. Janganlah kita menjadi ibubapa (atau ketua) yang hanya mahu kata-kata kita didengar, kita juga harus mendengar kata-kata (keperluan) daripada anak-anak.

Layanilah anak-anak dengan kasih dan saksama. Kita mungkin mustahil untuk berlaku adil di dalam memberi kasih sayang, akan tetapi dari segi keperluan mereka, kita wajib berlaku adil dan saksama. Berilah contoh teladan yang baik kepada mereka agar membentuk mereka menjadi baik dihari muka.

Nota: Macam mana orang nak dengar cakap kita, kalau kita tak nak dengar cakap orang?

[Penulisan ini adalah adaptasi daripada ceramah agama yang disiarkan oleh salah sebuah radio tempatan dan diolah smula oleh penulis menggunakan ayat penulis sendiri.]

Share

Melunak Sabar Dalam Berharta

Assalamualaikum semua selamat petang dan salam sejahtera . .

Harini Suri ingin kongsikan hasil tulisan dari Ust. Hamizul Abdul Hamid dalam blog Suri. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak akan dijadikan renungan buat semua.

Ada dua perkara yang sukar dalam dunia ini. Pertama, mentadbir harta dan kedua, mentadbir anak-anak. Jika dirujuk kepada al-Quran dan al-hadis, banyak terdapat peringatan dan ayat-ayat yang menyinggung aspek ini. Di sini, cukuplah kiranya saya pamerkan hanya satu daripadanya.

2205378678_c5b13359cb

Allah SWT berpesan: “Wahai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang merugi,” (al-Munafiqun: 9)

Harta adalah jambatan mencari kemanisan. Orang yang berharta, lazimnya mereka mudah mencapai hajat apa sahaja. Sebutlah, pelosok mana di atas muka bumi Allah yang indah, mereka boleh ke sana dengan banyaknya harta. Sebutlah, apa jenis makanan terenak dan terlazat, mereka boleh mencicipinya dengan banyaknya harta.

Namun, harta adalah sesuatu yang sering menjerat manusia. Jerat harta selalunya halus. Ia tidak seperti jerat sang pelanduk yang seringkali mampu dilihat oleh mata. Jerat harta inilah yang sering menjebak manusia ke lembah noda dan dosa. Qarun sudah pun menjadi buktinya.

Orang yang kurang berharta, maka mereka diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Selalunya, ujian kekurangan harta menyebabkan manusia merasa perit. Namun, keperitan itu bisa dilalui dengan kesabaran dan menjadikan kita lebih ingat kepada Tuhan. Tidak ada makanan, mereka sanggup berlapar. Tiada rumah, mereka sanggup bernaung di bawah kolong jambatan.

images

Tetapi, bagaimana pula dengan ujian banyaknya harta. Ia adalah ujian yang amat menduga. Dalam halus dan tanpa sedar, harta itu adalah ujian sebenarnya. Lalu, berapa ramai pula yang sanggup bersabar menghadapinya? Inilah ujian yang lebih merbahaya.

Sabar dalam banyaknya harta adalah lebih mencabar daripada kurangnya harta. Orang miskin, mereka akan cuba menyesuaikan kehidupan sesuai dengan keadaan kemiskinan diri. Berbanding si kaya, mereka lebih berleluasa menggunakan kekayaan dan hajat akan sering terpenuhi.

Maka, dalam konteks ini ketaatan dalam kemiskinan harta adakalanya lebih lunak dilakukan; berbanding ketaatan dalam kemewahan harta. Ia adalah ujian yang benar-benar menguji iman dan takwa. Adakah orang kaya berkenaan, benar-benar sabar mengendalikan nafsunya hingga harta kekayaannya benar-benar terarah ke jalan yang Allah reda?

Lalu, Imam al-Habib Abdullah al-Haddad, seorang ulama yang diuji dengan kedua belah matanya buta telah menulis di dalam kitabnya, bahawa walau apa pun sekali keadaan kita, miskin mahu pun kaya, hendaklah kita bersabar. Sabar dalam ketaatan ibadah kepada Allah dan sabar dalam meninggalkan maksiat kepada Allah.

Sementara itu, Ibn Ataillah, seorang ulama sufi ada menyatakan: “Bahawasanya Allah SWT mengurniakan ke atas kamu sesuatu kurniaan supaya kamu datang kepada-Nya.”

Ini semua menunjukkan, bahawa keadaan diri yang banyak harta sebenarnya memerlukan kesabaran yang lebih untuk lebih taat, tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bahkan ia adalah anugerah yang sepatutnya memandu kita menjadi hamba yang lebih takwa.

Maka, tidak peliklah kiranya Allah menyatakan: “Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan,” (an-Nahl : 96), kerana sesungguhnya ketaatan dalam kemewahan ternyata lebih menguji keimanan. Demikianlah, melunak sabar dalam berharta. Wallahua’lam.

Renung-renungkanlah..

Share

Job Vacancies

Salam petang untuk semua..

Huar..mataku mula terpejam, tangan tanpa segan silu menutup mulut tanpa dipinta walupun tidak di jemput.  Apadah.. masuk ni dah 3 kali keluar masuk peti ais  tandas lagu tu juga tetap menjadi tabiatku memcuci muka dua ke tiga kali.

Kring!! Kring!!

Bisinglah ko tak senang aku nak buat kerja.. baru nak melayan kenakan nescafe nih… blah..blh… tup.

Sambung menaip kembali…Hari-demi hari Suri memikirkan untuk mencari pengasuh yang baru untuk anak. Sebab pengasuh yang jaga anak Suri tu sudah sarat mengandung.. Mau gak masuk 7 bulan pasni akan terjun masuk bulan 8lah. Adeii…

Difikirkan lepas ini Suri tak mahu hantar anak kat situ lagi. Sebab-musababnya. Selalunya ibu yang ada anak kecil ni akan selalu beri perhatian pada bayi dia. Lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir.

51ybnw7lcjl__ss500_

Habis anak Suri apa cerita? Kasihan member tu dok tunggul sorang-sorang di biau begitu ajer. Orang dalam pantang mana boleh bergerak  begitu sahaja sesuka hati..dont kuat2 bahaya tapi apapun langkah drastik harus di ambil dari sekarang..

Mak cakap kena hantar budak awal-awal kat mana-mana pengasuh sebab kalu suri hantar anak last minit kat penjagan baru mesti anak tak mahu punya.. kena hantar awal barulah anak akan serasi dengan pengasuh yang baru..

Sambil menghirup nescafe yang panas.. Bak kabus-mambus cinta  tiap suku kata butir -butir bicara mak masih segar bermain ligat dalam ingatanku..

Suatu petang di pangkin rumahku bertemankan pokok kelapa dua ke tiga batang…

“apo ekau susah sangat hantarkan ajer si umairah tu kat omak habis citor”

Adeh mak uik.. mana boleh mak jaoh tuh..den nih hah dok Ipoh, susah hati den. Nanti balik-balik rumah asyik jumpa muka dia jer..boring hati den nanti haa.. sambil tersengih cam siput sodut yang busuk!

Pendapat korang camner plak ek?? :) ;)

Share

Masyarakat Cina & Chopsticks Part I

Salam ceria untuk semua.

Pernahkan sahabat-sahabat melihat kayu penyepit makana cina. Pada kebiasaannya anda akan terlihat kayu penyepit ini semasa mereka menjamah makanan mereka.Tahukah kawan-kawan penyepit kayu ini sebenarnya memang agak sinonim dengan budaya mereka sejak dahulu lagi.

Kayu penyepit ini biasanya disebut sebagai “Kuaizi” dalam bahasa Cina. Manakala sebutan “Zhu” di sebut pada zaman purba. Masyarakat cina telah lama menggunakan kuaizi ini sebagai salah satu peranti makan utama selama lebih daripada 3,000 tahun dahulu.

CHOP

Bukti ini tercatat dalam sebuah buku Liji iaitu (Buku Scottish) yang mana penyepit kayu ini digunakan dalam zaman Dinasti Shang (1600 SM – 1100 SM). Hal itu disampaikan pada shiji (buku sejarah China) by Sima Qian (sekitar 145 SM) bahawa Zhou, raja terakhir Dinasti Shang (sekitar 1100 SM), dengan menggunakan penyepit gading.

Para ahli percaya sejarah dari kayu atau penyepit buluh boleh tarikh untuk sekitar 1,000 tahun lebih awal dari gading chopsticks. Bronze penyepit dicipta di Barat Dinasti Zhou (1100 SM – 771 SM). Sampang penyepit dari Han Barat (206 SM – 24 Masihi) pula ditemui di Mawangdui, China. Manakala penyepit Emas dan perak pula mula menjadi popular di Dinasti Tang (618-907).  Sebilangan mereka percaya bahawa penyepit yang diperbuat dari perak itu sebenarnya boleh mengesan racun dalam sesuatu makanan tersebut. 

Penyepit boleh dikelaskan menjadi lima kumpulan ia berdasarkan kepada bahan yang digunakan untuk membuatnya seperti  kayu, logam, tulang, batu dan sebatian penyepit. Manakala Buluh dan woodchopsticks adalah antara bahan yang paling popular digunakan di rumah kebanyakan negeri China.

chopsticks3a

Berikut adalah perkara yang perlu dielakkan sekiranya anda berhajat untuk menggunakan kayu penyepit ini dalam pelbagai negara, sesiapa yang makan dengan kayu penyepit maka ia perlu mematuhi beberapa pantang-larang berikut:

  • Sungguhpun orang cina memakai penyepit ini sewaktu mereka hendak menjamu selera ,namun mereka tidak akan sesekali memukul/mengetuk, membuat bising, menarik perhatian atau membuat gerak isyarat  kayu penyepit ini dimangkuk makanan mereka sewaktu makan. Mengapa? Ini kerana perilaku tersebut biasanya dilakukan oleh orang yang bergelar pengemis sahaja. Bagi mereka bermain-main dengan kayu penyepit merupakan salah satu tingkah yang amat biadab.
  • Penyepit tidak digunakan untuk mengalihkan pinggan mangkuk.
  • Selalunya, penyepit tidak digunakan untuk tikam-menikam makanan, kecuali menyiat-nyiat makanan yang lebih besar seperti sayur dan kimchi. Adakalanya, benda yang kecil dan sukar dipegang seperti bebola ikan boleh ditikam, tetapi ini tidak diterima oleh golongan tradisional.
  • Penyepit boleh diletakkan pada atas pinggan mangkuk secara melintang agar tidak menyentuh meja. Selain itu, hashioki (alat letak penyepit) juga digunakan untuk menjauhkan hujungnya dari permukaan meja.
  • Penyepit tidak boleh diletakkan berdiri tegak dalam mangkuk berisi nasi atau makanan lain. Mana-mana benda berbentuk batang yang ditegakkan menaik sebegini menyerupai batang colok  yang digunakan sebagai sembahan kepada ahli keluarga yang mennggal dunia; sesetengah upacara pengebumian menentukan hidangan sembahan kepada si mati dengan menggunakan penyepit berdiri tegak.
  • Elakkan dari memakan dari penyepit yang kedua-dua hujungnya tidak sama rata, kerana ini ibarat peribahasa Cina “tiga panjang dua pendek” yang bererti maut.

Pstt!!Sekiranya anda berkesempatan ke luar negara  anda singgalah ke Muzium Shanghai Kuaizi. Ini kerena disana terdapat lebih dari 1,000 pasang penyepit yang pelbagai corak dan bentuk. Theoldest satu daripada Dinasti Tang.

Sumber: Forum Maya&http://www.robsworld.
Share

Memori Kerjayaku..

Salam setitis kasih buat semua.
Entri ini dikeluarkan kembali sebagai menjawab pertanyaan anda pada posting yang lepas apa kerja Suri??.. Dah alang-alang tu bacalah entri ni kalu nak tahu pengalaman Suri berkerja.

Memori tentang pengalama kerjaya..?
ok

Hurm marilah aku ceritakan kisahku disini..Pertama kali aku berkerja di sektor kerajaan hanyalah sebagai seorang pelatih latihan industri sahaja bertempat di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Melaka. Tempat yang seterusnya pula aku berkerja di Syarikat Ms Tech Oil and Gas Sg Udang, Melaka. Disana juga aku berkerja sebagai seorang kerani. Alahai bila latihan industri sudah habis aku pun mula dihantui kebosanan untuk mencari duit yang lebih pula.hu..hu..mana ketidaknya duit elaun sudah kian menyusut..

Yelah kalu kita berkerja sebagai pelatih ini pun tengok pada tempat dan keadaannya juga. Nasib kita baik sesetengah majiakan akan bagi kita gaji pada budak-budak latihan industri, manakala sebahagiannya pula tidak begitu. Adus, cobalah kalau dapat tempat pratikal yang jauh..hum..payah jugak tu. Mahu jugalah hari-hari aku bikin sediakan tambang syiling hari-hari untuk mereka..So aku bernasib baiklah sebab tempat pratikal aku dulu berhampiran dengan rumah sahaja. Kalau nak naik bas pun kira sampai jugaklah destinasi aku kesana. Tapi berhimpitah jawabnya. Ibarat macam duduk dalam tin sardin cap ayam. haha…

wa

Lama jugaklah daku menganggur sambil tanam bunga dan sayur-sayuran kat belakang rumah tu pun dah boleh aku makan hehe..Tanpa membung masa remajaku aku mengambil kursus jahitan pakaian wanita dan lelaki (KEMAS) di sana. Wah, macam-macam jenis jahitan asas yang aku belajar antaranya jahitnya insang pari, jahitan tali rumah butang baju kurung, jahitan tulang belut, jahit mata lalat, jahit kaki lipan dan segala macam jenis jahitanlah..dari bermain benang sampailah ke kun baju..manik pun aku habis ku pulun..dan dalam, masa yang terdekat juga aku sempat belajar sulam reben..itupun belum sempat kubingkaikan lagi..hik..hik..al maklumlah semenjak dah ada si kecik ni..

P

Seterusnya aku dapat berkerja di Perfect Food Manufacturing Sdn. Bhd. Syarikat apa lagi kalau bukan syarikat buat biskut Julis. Alah yang duta dia tu Rosyam Nor. Jawatan yang diberikan kepada aku tika itu adalah kerani. Tapi bila hari pertama aku masuk kerja jawatan aku mula ditukarkan kepada QA Qualitu Audit. Adeh..apa nak buat? aku dah tidak ada pilihan melainkan terpaksalah aku menjawat jawatan tersebut demi membayar balik pinjaman pengajianku di Kolej dahulu. Jadi tika time tu turn aku jaga operasi biskut dari petang samapi ke malam kiranya aku adalah kepala dalam semua 4 oven biskut yang berjalan..wah!..ia benar-benar membuatka aku gila kuasa..ha..ha…gila! makan berjenis-jenis cream yang berkawah-kawahlah rentaknya.. ho..ho..jangan tak tahu bila masuk oven satu badan terasa panas loh..bajuku yang putih mahu hari-hari ku gonyoh dengan sabun mandi..Mak aku pun selalu bising-bising sebab tak pernahnya stok sabun kat umah tu tak pernahnya cukup!..Srorry Mum I love U..hik…hik…

hh

Bila dah timba pengalama disana abang sulungku pula mempelawa aku berkerja di ibu kota..
Ko nak tahu jadi apa? jadi penjual baju wanita la..isyh..isyh..boleh tahan jugaklah kerja begini. Mungkin rupaku yang ada maka rezekiku ada disitu. Hoi..hoi..aku angkat bakul sendirilah pula.. tapi sayang aku tak bertahan disana kerana kebanyakan pekerja disana mereka suka curi tulang..huhu..tapi yang syoknya jika aku nak membeli-belah pakaian disana sure aku akan dapat diskaun dari mereka punya. Bukan 10% 20% tapi 30% maa..Mengapa? sebab aku dengan bos waktu tu dah macam kawan rapat daa..korang pernah dengar VPI International tak? ha…kerjanya memaglah amat mudah acapkali kita akan selalu berjumpa dangan borang E dan akan mencari borang E selalu ..tapi tulah gaji kecik apapun kawan-kawan disana memang ada motto untuk hidup satu Malayisa..

Aku terus mencari dan mencari kerja lagi akhirnya aku dapat berkerja disebuah syarikat swasta. Aku dapat berkerja di syarikat ni pun atas sebab terjah dari pintu pejabat ke pintu pejabat yang lain. Alhamdulillah kata hatiku berkata ini mungkin pencarian kerjaku yang terakhir. Semasa sesi ujian dan temuduga tersebut Alhamdulillah semuanya kulalui dengan hati yang senang sekali. Katanya aku berkerja dibahagian kerani. Ek..eleh..aku fikirkan jawatan apalah sampaikan siap ujian semunya. Rupa-rupanya aku diberi kepercayaan berkerja didalam jawatan pembantu akaun..peh, mau pening kepala aku dibuatnya. Aku nie memanglah tak suka sangat bab-bab angka nie sebab hari-hari aku boleh sakit maigren..maka lagi tambahlah power cermin mataku ini..setelah setahun berkerja menimba ilmu disana daku pun mula mencari temapt yang lain pula..

Seterusnya aku menghayunkan langkahku lagi seperti biasa aku terjah pintu pejabat syarikat yang lain pula..sebelum ini bukan aku tak pernah mencari jawatan kosong di dada-dada akhbar..memang aku ada dapat jawatan tu. Tapi selalu tempat yang akan dapat tu jauh dari tempat tinggalku. Okey dipendekkan cerita kebetulan syarikat itu sedang memerlukan pekerja. Macam biasalah ujian excel, words, power point yang harus kujalani. Apa nak dikatakan sudah memang begini rentaknya syarikat cina maka aku pun ikutlah sahaja..selesai temuduga aku diberikan jawatan PA.adeh.. apa nak buat kerja sahajalah..rasanya dalam kerja inilah hatiku banyak bermain emosi dengan orang-orang cina..dan yang paling bosan sekali aku seorang sahajalah pekerja melayu disitu..lama juga daku bertahan adalah sampai setahun lebih.

ka

Namun jodoh sudah mula jemputku lalu ku tinggalkan kerjaya ku disana..walaupun berat tapi terpaksa..sekarang aku merantau dinegeri orang sambil mengikut suami yang tercinta..kerjayaku sekarang adalah pembantu tadbir sistem maklumat..dan daku rasa ini sahajalah tempat akhir aku berkerja melainkan bila dah dapat kerja kerajaan barulah daku berhenti berkhidmat disini..

Dairi Mie 15/1/2010

Share

Ape Ko Dah Tak Ada Kerja Ke??

Salam semua.
Suri rasa semua orang dah masuk tido kala entri di atas embun masih menerjah kesejukan di tubuh korang..

Uik apalagi tarik le selimut kasih tu sebab kat ipoh ni hujan dari petang di bawa lori bajak sampi ke pagi ni. Mataku tidak boleh tidur sekalipun kamu dah bubuh sebotol gam cap gajah. Pasal apa? sebab dari petang badak tadi asyik minum air kopi je hehehe.. :)

Kenapa ko minum air kopi bukan ke sebab smalam kau baru je keluarkan entri tentang kopi? heheHE :)

Hurm..sebab daku dah terbiasa buatkan dia kopi pada waktu-waktu begini. :(

Eh, apadah ko bace ni salah skirp tau tak? hehe..

Okeylah Suri tak mahu nak bermonolong sendiri lagi. Just Suri nak bagi tahu kat kawan -kawan semua yang pepagi buta tepat jam 2.28 pagi Suri g joint kontest “Peraduan Fotogenik (potret)” kat blog http://imesra.com.

Apa syarat-syarat dia:-
Kena letak sekeping gambar Fotogenik kat depan blog tuan tanah tu.

surihatiku

Kemudia mintak baner pada admin untuk di tampal kat blog kita (suri)

Pemenang akan diadili melalui vote. Kiranya vote sapa yang paling tinggi dialah pemenang tersebut.

Rasanya Suri tak berjaya kot. Hurm sebab Suri tengok kebanyakan pic-pic tu vote dia dah nak masuk ke angka 200 tu huhu..tak terkejar cik suri Uik.. :(

Apa-apa pun ini adalah percubaan yang pertama. Kata orang sekadar mencuba dan memeriahkan suasana apalah salahnya. Menang atau kalah tu adat pertandinganlah :)

Kalu kawan-kawan rajin moh le undi Suri ek..hehe mana tahu jejak cinta ku akan menang jua ;) hehehe undi wey, jangan tak undi Suri :) ;)

Maaf blog suri memang tak blh nak link terus ke blog tuan tanah tu sebab wordpress Suri ada msalah link sejak azali lagi huhu..than tu sebab le Suri tulis url jer. Harap semua maklum :(

Share

Dahaga Al- Quran

Salam untuk semua pemaca setia..
Kali ini Suri bawakan nukilan Fauziah Ghazali macam biasalah hampir sebahagian dari tulisan tersebut telah suri upgradkan sendiri mengikut penggayaan Suri. Namun penulisan asal tetap diharagi. Baiklah tanpa membuang masa marilah sama-sama menceduk ilmu ini untuk kebaikan kita bersama.

Membaca Al-Quran sebagai rutin seharian sebenarnya membolehkan kita di ibaratkan seperi meminum setitik air zam-zam di ketika cuaca sedang panas terik ibarat sejengkal di kepala kita laksananya. Habis seteguk, kemudian disambungkan seteguk lagi dan lagi. Setelah kejadian seperti itu berlalu untuk seketika waktu maka, bila datang hausnya lagi di keroncong anak tekak air zam-zamlah di minum untuk kesekian kalinya. Dan begitulah ia berterusan sepanjang hari..

001

Telah menjadi amalan Rasulullah s.a.w., para sahabat, para ulama dan orang-orang yang soleha sejak berzaman-zaman, di sepanjang kehidupan mereka membaca Al-Quran ini adalah merupakan satu rutian harian mereka yang berterusan sepanjang hayat. Apabila setiap kali majlis khatam dilakukan, maka akan disambungkanlah pula lagi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari bacaan Surah suci iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah dan surah -surah yang seterusnya. Dan begitulah surah-surah tersebut berulang-ulang selagi Allah mengizinkan dan selagi hayat di kandung badan.

Dapatkalnlah disimpulkan disini, sekali khatam tidak akan mengurangkan dahaga di jiwa oarang yang cintakan Al-Quran. Jika boleh, setiap titisan air penyegar pembersih kerohanian itu akan mengalir dari benjana iaitu dari kitab suci itu mahu jua ia dihirup sepuas-puasnya.

Dan pada waktu -waktu itu juga anak-anak yang kecil di asuh agar mereka mencintai dan menjiwai ayat-ayat suci Al-Quran secara berulang-ulang kali agar mereka terus mengamalkan ajaran tersebut dan membacaannya sehingga ke akhir hayat mereka jua. Ketahuilah bahawa tidak bermakna sebenarnya takala seseorang itu telah khatam Al-Quran namun sudah katam sekali, terus berhenti mengaji. Akan tetapi ia seharusnya perlu diusahakan pula caranya yang kedua untuk menjadikan seorang tahafiz. Di mana ia boleh menghafal ayat-ayat suci Al-Quran tersebut sengan dengan begitu baik dan lancar sekali.

Pada zaman yang serba moden dan canggih ini kebanyakan dari kita hanya menginginkan sasaran untuk khatam Al-Quran hanya sekali sahaja untuk seumur hidup sebenarnya cara sebegini tidak selari dengan sunnah Nabi s.a.w. Jikalau boleh kita tidak mahu anak-anak yang saban waktu kita sering menghantar ia ke tempat mengaji Al-Quran hasratnya pasti akan terkubur kelak setelah ia bakal habis khatam Al-Quran nanti. Atau dia hanya akan membaca Al-Quran seminggu sekali iaitu takala membaca surah yasin pada hari Jumaat atau bila ada kematian. Wajarkah perkara ini berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang islam dimuka bumi ini.??

Terus apakah yang sepatutnya kita lakukan? Sebaliknya kita haruslah menjadikan Al-Quran tersebut sebagai satu rutin harian kita dalam sehari -hari. Kata Rasulullah s.a.w. takala anak-anak kita dapat sama-sama menyerikan rumah dengan Cahaya Al-Quran.

Kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
“Tetaplah membaca Al-Quran dan mengingati Allah, kerana ia adalah nur untuk kehidupan di dunia ini dan bekalan untuk hari akhirat.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Satu ketika bila ditanya oleh seorang Sahabat tentang amalan yang paling utama, Rasulullah s.a.w. menjawab, “Al-hallul murtahil.”

002

Lalu sahabat itu menyola, “Ya Rasulullah s.a.w, apakah itu “Al-hallul murtahil?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Dia adalah pembaca Al-Quran yang memulakan bacaannya daripada permulaan dan meneruskannya hinggalah sampai pada akhirnya, dan setelah berakhir dia akan berada di permulaannya kembali. Apabila dia berhenti, dia akan menyambungkannya kembali.” (Riwayat: Abu Daud dan AT-Tarmizi)

Inilah istilah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan orang-orang soleh yang selalu membaca Al-Quran tanpa merasa jemu. Ia sebenarnya mencerminkan bahawa kecintaan ilmu mereka terhadap ayat-ayat suci Al-Quran ini sebenarnya merupakan satu anugerah yang besar daripada Allah untuk umatnya yang bijak menghargai dan menghayati isi Al-Quran itu dengan penuh tawquk dan iman didada.

Mengikut riwayat, setiap kali Rasulullah s.a.w. selesai membaca aya-ayat suci Al-Quran sehinggan ke penghujung surah an-Nas iaitu surah yang terakhir baginda akan selalu membaca surah-surah al-Baqarah (memulakan semula bacaan al-Quran dari awal) sehingga ke ‘muflihun’ dan selepas sejurus selepas itu barulah baginda akan mengakhiri bacaa tersebut dengan doa penutup.

Kesimpulanya sebaik-baik kita selesai mambaca ayat-ayat Al-Quran, satu bacaan yang baru hendaklah dimulakan selepas itu dan kemudia di sempurnakan bacaannya. Moga -moga kehidupan kita akan terus dilimpahi Nur Al-Quran sehinggalah ke akhir saat kita di jemput olehNYA dengan membawa bekalan yang benar-benar mencukupi untuk di persembahkan kepadaNYA kelak.

Share