Belut Elektrik Part III

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masa semakin laju berharap entri ini akan berakhir dengan endingnya. Teman sudah puas mencari belut elektrik rasanya makan masa seminggu lebih huhu..

Seperti yang di janjikan posting kali ini Suri garapkan kesemua persoalan yang sering bermian di fikiran blogger, pembaca setia di belog ini. Pertanyaan dalam beberapa entri yang lepas sebahagian blogger masih berteka-teki:-

  1. Saya penggemar sup/panggang belut.. Belut ini boleh dimakan tak?
  2. Belut elektrik ini boleh di guna pakai untuk waktu terdesak tak (seandainya bekalan elektrik terputus dirumah) ?

Namun begitu Suri pun tidak berani hendak mengiakannya komen sahabat atau sebaliknya sebab semasa Suri research methodology tidak jumpalah pula  jawapan tersebut uhu. Jadi kira jawapan a.k.a komen Suri pada entri yang lepas itu menjawab sekadar apa yang Suri tahu dan jumpa sahajalah ye heeee..

Tidak mahu bercerita panjang apa kata kawan-kawan meneroka jawapan Suri seperti di bawah:-

Gambar atas mi sup belut elektrik!

Saya penggemar sup/panggang belut.. Belut ini boleh dimakan tak?

  • Ya. Sudah tentu belut elektrik boleh di makan  dalam pelbagai variasi. Biasanya sup belut ini dihidangkan dengan beberapa menu seperti contoh mi sup atau makanan sushi di Jepun.
  • Berminat boleh oder di sini http://electriceelsushiblog.com/?p=245

 

Belut elektrik ini boleh di guna pakai untuk waktu terdesak tak (seandainya bekalan elektrik terputus dirumah) ?

 -Berakhirlah sudah sukatan bab belut Palajaran habis-

Share

Mari Geleng Kiri Dan Kanan, Jemurnya Jangan Lupa

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Yahoo.com! “hari ini hari sabtu! Aku mahu buat pusingnya seperti hula hop! Deh, aku cam belut baru di lepaskan tuannya aja kerana tuan kasihankan aku sebab aku ini cekeding makanya aku lepas ibarat burung terbangnya bebas :)

Eh, baik sungguh hati manusia ini bisa lepaskan aku sih hee..”

Loh, apasal cerita pasal belut? hii tiada kait- mengait langsung dengan tajuk entri di atas haaaa. Apalah Suri ini penat jer aku baca huhu..

Suri tengah seronok membalas komen sementara tangan lincah menekan butang keyboard Suri di sapa oleh seorang tamu musin..musin sambil anak membuat lenggok tanggan dalam cerita hantu mak limah. Deh dia memang minat cerita tulah. hurmm..

“Tengok ini leher dan bahu saya sakit..”

“Mau tidurnya ngak enak..tidurnya puas aku musing kiri, musing kanan teros aku jaga sampai pagi..”

Ya, ngak nyaman sih..katanya.

Suri diam sambil memikirkan.. Kok kamu tidur salah bantal yah? haaaa..geli pulak tangan menaip butang-butang keyboard laptop dengan girang di hati.

Dulu-dulukan bila bahu dan leher sakit kita sering mengeluh sesal bila tidurnya tidak puas. Ini Semua gara-gara:-

  • Tidur lebih dari satu bantal di kepala. Orang tidur satu bantal yang dia tidur sampai dua bijik bantal. Rasanya bantal tu nipis dan tidak empuk kot heeee.
  • Ataupun tidurnya asyik sebelah badan sahaja (mengiring sebelah). Sudah enak tidur belah kanan maka sebelah kanan sahajalah kita tidur. Mengapa kita tidak tidur sekejap landing time belah kira sekejap belah kanan? Bukan ke bahagikan sama bahagian tu bagus hee.. Erk bukan bermadu ye en abang hii.. Ini mu tidur lagu tu juga sebab tu tangan terkadang hang, bahu sakit-sakit, leher rasa sengal-sengal huhu..
  • Ataupun tidur pada bantal yang isinya didalamnya kekabunya tebal. Memanglah sakit bahu namanya. Begini, bila bantal tidak sama level dengan bahu, tenguk dan kepala maka ia membuatkan postur badan kita rasa tidak selesa dan akan berasa sakit.
  • Kata mak Suri bantal di atas kepala letaknya di atas kepala bukan di kaki untuk di kepit! Membawa maksud nanti sakit kepala bila tidur pakai bantal itu.Selalu kena marah bila tidur rumah nenek. Siapa berani buat begini nahaslah batang penyapu dia humbankan cucu-cucu dia termasuk Suri hii..
  • Kurang mengamalkan senaman.
  • Terlalu lama duduk menegak apabila mengadap komputer dalam tempoh masa yang agak lama tanpa melakukan senaman  ringan-ringan.
  • Cuba elakkan tidur pada tilam yang lembut atau terlalu nipis. Badan mudah rasa sakit atau sengal-sengal badan.
  • Waktu siang tidak boleh main peluk bantal nanti miang! Tu yang bila bantal di buat sepak terajang masa main dalam bilik terus malamnya tak boleh tidur. Malam-malam mengadu sakit bahu huhu..

Cara-cara menangani masalah tersebut.

  • Ambil bantal-bantal tersebut dan jemur bawah terik mata hari kasi hilang debu atau kuman sekiranya bantal itu di buat main campak-campak masa dalam bilik hii..
  • Bantal yang telah di jemur di tepuk beberapa kali kemudian berselawat sambil membelasah bantal tersebut pada bahu si pesakit yang tidak boleh tidur.
  • Lakukan geleng kepala kiri dan juga kanan beberapa kali.
  • Tidak sembuh juga dapatkan rawatan yoko-yoko made in Jepun.
  • Tukang urut yang bertauliah untuk betulkan sistem urat anda.

Deh..suri mau masok tdolah

 

Share

Sekeras Batu Berlekuk Jua Akhirnya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hujung minggu tidak pernah sunyi walau sekali ia tetap di cemari oleh kehadiran penduduk disekitar taman perumahan. Ada yang datang berteleku di atas permaidani rumpunan hijau bagi menjalani sesi gambar perkahwinan,  ada pula berdiri satu tempat sambil melayarkan sang leyang sehinggan menaik ke awanan biru. Berkelah sambil bercerita perihal kehidupan, tidak lupa pula mengusik sesama-sendiri.

http://hasnidaomar.blogspot.com

Itu antara sebahagian lagak mereka. Tapi Suri tidak pula sebaliknya kami asyik menghabiskan aktiviti petang tersebut dengan berjoging mengelilingi satu taman botani. Andai penat kami berhenti dan duduk di ceruk hutan kecil dan meredupkan diri. Sambil-sambil menghabiskan saki-baki air di teguk sedikit demi sedikit.

Sebuah keluarga india datang dan bersukan pada peralatan yang disediakan di situ. Anak yang lain elok sahaja tingkahnya. Namun yang berusia yang berusia dalam lingkungan empat tahun agaknya kelihatan begitu leka dengan satu permainan senaman menghayun kaki ini. Sehinggakan seorang kanak-kanak melayu ini persis mengending pada kanak-kanak india.

Selesai bersenam Suri duduk sambil tersenyum di sisi keluarga india. Masa itu jugalah si ibu bising melihat tingkah anaknya seperti tidak mahu bertolak – ansur pada orang di sekelilingnya. Lama benar si ibu bersabar. Sampaikan ibu berkata pada Suri susahnya menjaga anak begini dalam nada yang kesal.

Dalam beberapa jam berikutnya si anak pun selesai bermain dan mula mencari peralatan sukan yang lain di situ. Lalu kanak-kanak melayu pun teruja untuk mencuba senaman hayunan kaki. Benarlah kata orang sekeras batu akhirnya berlekuk jua..

#Kanak-kanak lagaknya memang begitu heee.. =)

Andaikan orang dewasa bersikap sedemikian rupa apakah pandangan anda ?

Share

Cara Berhadas Kecil Dengan Betul

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bacaan khas untuk sahabat adam, bagi sahabat hawa boleh juga dibaca sebagai tambahan ilmu, if nak tegur anak-anak lelaki, atau pasangan anda apalah salahnya. Bukankah mengingatkan itu satu kebaikan dari meneruskan habit yang kurang molek.

Sucikanlah dirimu dari air kencing kerana sesungguhya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya” . (Hadis Riwayat Ad-Daruquthni).

Bagaimana cara yang betul membuang air kecil/kencing dengan betul:-

  • mencangkung sambil menutup kepala. Syaitan akan kencing di atas kepala yang tidak ditutup.
  • Punggung pula duduk di atas kaki kanan. Tarik seluar atau kain hingga ke paras bawah lutut.
  • Tangan kiri anda menekan sedikit di perut. Tangan kanan diguna untuk tutup kepala.

Tandas yang berbentuk bowl (mangkuk tandas) TIDAK digalakkan pasang di rumah kerana ianya amat sukar digunakan jika mencangkung. Pernah terjadi kes mangkuk tandas pecah selepas seorang perempuan duduk di atasnya ketika hendak membuang air sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.

Tidak dibenarkan kencing sambil berdiri kerana dikhuatiri percikan air kencing terkena pada pakaian sehingga tidak sah solat.

Selepas air kencing berjaya dibuang, picit-picit sikit kemaluan tu sambil goyang-goyang sikit badan sambil berdehem tiga kali supaya sisa-sisa air kencing dapat dikeluarkan sepenuhnya. Barulah masalah kencing tak tos dapat diatasi. Selepas itu, basuh kemaluan dengan air mutlak yang mengalir. Kemudian, keringkan dengan tisu. Akhir sekali sila flush dengan senang hati tanpa rasa bersalah :)

 

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/04/cara-kencing-dalam-islam.html#ixzz1aicSqeTQ

Share

Tiang Pompeii _Kota Maksiat Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta berinteraksi antara satu sama lain.

 

Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

 

Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.

 

Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.
Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.

 

Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

 

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

 

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

 

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

 

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?”. Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.(11:81-83 )

Nota : Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya: Surat Al Anbiyaa’ ayat 74 dan 75, Surat Asy Syu’araa’ ayat 160 – 175, Surat Hud ayat 77 -83, Surat Al Qamar ayat 33 – 39 dan Surat At Tahrim ayat 10.

FAKTA: Pompeii
> Tapak tinggalan Pompeii kini diiktiraf sebagai satu daripada tapak warisan dunia Unesco
> Ketika letusan terjadi, kota Pompeii dianggarkan memiliki penduduk sejumlah 20,000 orang.
> Kebanyakan artifak yang ditemui dalam kerja cari gali ditempatkan di sebuah muzium di Naples.
Kredit: Laman web maya dan google
Share

Raya Dan Merdeka Tahun 2011 Yang Manis

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Yang ini punya gambar tak sama dengan yang belogspot. Raya Melaka dan Kuala Kangsar jauh bezanya he..Sebab keluarga Melaka besar, sini kecil hee..ye ker ahaaa..layan jelah gambar ini.

Lepas solat subuh terjah rumah nek cu_Peace no War

Ini keluarga Suri.

Tapi 3 lagi keluarga tak der salah salah seorangnya Suri sebab beraya di Ipoh heee..

Tahun 2011 Beraya di rumah mak mertua heee. Ada satu keluarga lagi tak mai

Pemandangan hadapan rumah mak lang/pak lang.

Ini gabungan antara keluarga anak, cucu, cicit nghee… Selalunya terjah rumah ni lepas solat zohor. Kira makan besar semua keluarga berkumpul rumah ini.

Ini rumah yang kat atas tadi.

Pak lang mak lang memang gemar menanam bunga bagai,sampai kat lapangan sawah dia tanam. Semangat satu Malaysia keliling rumah ada bendera. Pokok pun mau jugakah? Pokok pun sambut merdeka ar.

Taraa! Inilah ayah saya. Serba putih huhu. Mak pi makan hee..

Haa kan dah cakap ada bendera sana sini tu..nampak tak >___<

Kumpulan yang ini pas solat hari raya terus datang rumah alang untuk makan.

Dah makan apa lagi balik bawak perut ke depan ar.

Tamat =)

Share

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Berhubung dengan entri semalam “Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part 1 kini perjumpaan tersebut telah berakhir semalam. Si isteri telah menjumpai suaminya kembali. Subhanallah, Walhamdulillah,suami sahabat ku Siti Al’Izzah dah selamat ditemui.Syukran buat do’a dari semua.
Siti Al’Izzah:
 Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa.suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru(keliru dari sudut masa)…terima kasih kalian.saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..
Share

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor Mbfpc kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.
Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.
Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.
Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) – 0126059997
Salwa (Isteri) – 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)
Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.

Sekian, harap maklum.

Share

Kellie’s Castle Bhg I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Istana Kellie atau Kellie’s Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikutm reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.


Kellies

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak.

Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama (“bisnes venture”) dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.  Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.

1122528478_99f306a046

Gambar Willian Kellie Smith_Sumber:http://www.flickr.com/photos/11522343@N08/1122528478/

Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan ‘sedang dibina’ telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

kel16

Gambar Agnes, Scotland_Sumber: http://borneotip.blogspot.com

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama.

Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman – sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.

#Istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja-pekerjanya seperti wabak Spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya.

#Kisah-kisah misteri di Kellie Castle turut juga menjadi tumpuan, kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya.

Sumber: Google & Wiki

Share

Derhaka Kepada Anak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Nukilan ini adalah hasil dari penulisan salah seorang sahabat bloger bernama Cik Nurfatimahz a.k.a Puteri yang merupakan salah seorang pemenang contes cahaya cinta.com edisi 2010 tahun lepas. Ayuh sama-sama kita menyusuri bacaan penulisan beliau seperti dibawah.

Derhaka kepada anak. Pernahkan anda mendengarnya? Jangan disangka hanya ibubapa yang mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh anak-anak. Anak-anak juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh ibubapa mereka. Sudahkah kita menunaikan hak anak-anak kita?

Seringkali kita mendengar, anak tidak mahu menurut kehendak ibubapa. Bila permasalahan ini timbul, yang disalahkan ialah anak. Anak degil, anak itu, anak ini. Pernahkan terfikir, mengapa anak itu tidak mendengar kata? Mengapa anak itu memberontak?

Kurangnya masa yang berkualiti yang diluangkan bersama anak, membuatkan anak merasa jauh dari ibubapa. Masa yang ber-kuantiti sahaja tidak cukup. Yang penting adalah layanan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa. Bagaimana kita melayan anak kita?

Gaya bicara ibubapa, bagaimana menegur jikalau anak melakukan kesalahan. Tengking? Herdik? Pukul? Maki hamun? Perli? Kalau begitulah caranya, pasti anak itu tidak akan ‘memahami’ kehendak atau teguran kita. Sebaliknya kita hanya menambah kesakitan di dalam jiwanya dan membuat dia akan semakin memberontak di dalam hati. Apakah salahnya jika berbicara dengan baik kepada mereka?

Cakap-cakap ada mengatakan bahawa di dalam sesebuah keluarga (adik-beradik), pasti (kebanyakan,) ada salah seorang di antara mereka yang lain (baca: kurang baik) dari yang lain. Sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tidak dapat dipastikan. Jikalau hal ini benar sekalipun, jangan menyalahkan anak itu, sebaliknya siapa yang mendidik anak tersebut sehingga dia menjadi begitu?

Pilih kasih. Benar, hati manusia tidak akan terlepas dari berlaku tidak adil. Tidak salah jika ibubapa menyayangi seorang anaknya melebihi anak-anak yang lain, akan tetapi yang menjadi kesalahan adalah apabila tahap perbezaan sayang itu ditunjukkan.

Anak yang ini dibenarkan buat apa sahaja, tetapi anak yang satu lagi, ini tak boleh, itu tak boleh. Walhal, apa yang ingin dilakukan oleh anak yang kedua itu adalah sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak yang pertama.

Contoh, anak pertama mahu motorsikal. Kita beri. Anak kedua juga mahu, kenapa tidak boleh? Kadang-kadang mereka (dia) tidak menyuarakan hasrat mereka kerana takutnya mereka kepada ibubapa mereka. Takut. Kita mahu anak kita hormati kita atau takuti kita?

Kehendak mereka, kemahuan mereka, kita menafikan. Suara hati mereka tidak diendahkan. Malah acap kali mereka dilayan dengan nada kasar, malah bermasam muka. Pernahkan kita berfikir perasaan mereka bagaimana? Seburuk mana pun anak itu, mereka tetap mempunyai hak, ibubapa bertanggungjawab kepada mereka. Nafkah, perbelanjaan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan seumpamanya, termasuklah kasih sayang dan perhatian.

Children 0064

Pernah suatu ketika di zaman Khalifah Umar, ada seorang bapa membawa anaknya menghadap Khalifah sambil mengadu supaya anaknya dihukum kerana anaknya menderhaka kepadanya, tidak mendengar kata-katanya dan ingkar arahannya. Lalu berlakulah perbualan diantara si anak dan Khalifah.

Anak: Wahai Khalifah, tidak terdapatkan derhaka seorang bapa kepada anaknya?

Khalifah: Tentunya ada.

Anak: Bagaimanakah ianya berlaku, wahai Khalifah yang disegani?

Khalifah: Apabila hak si anak tidak dipenuhi. Diantaranya ialah mencari perempuan (bakal isteri) yang baik untuk menjadi ibu kepada anak, memberi anak makan daripada rezeki yang halal dan mendidik anak dengan contoh akhlak yang baik.

Anak: Wahai Khalifah. Sesungguhnya ibuku perempuan murahan (pelacur) dan peminum arak. Makanan yang dibawa pulang oleh bapaku pula daripada hasil perjudiannya. Malah, aku sering dilontarkan dengan ucapan maki hamun dan herdik dari mereka.

Sebagai ringkasan, si anak dalam kisah ini tidak dijatuhkan hukuman atas kesalahan menderhaka (tidak menurut perintah) bapanya kerana bapanya itu sendiri terlebih dahulu menderhaka kepada anaknya. Jangan difikir tiada istilah ‘Derhaka kepada anak’.

Kepada ibubapa, bakal ibubapa.. Janganlah kita menjadi ibubapa (atau ketua) yang hanya mahu kata-kata kita didengar, kita juga harus mendengar kata-kata (keperluan) daripada anak-anak.

Layanilah anak-anak dengan kasih dan saksama. Kita mungkin mustahil untuk berlaku adil di dalam memberi kasih sayang, akan tetapi dari segi keperluan mereka, kita wajib berlaku adil dan saksama. Berilah contoh teladan yang baik kepada mereka agar membentuk mereka menjadi baik dihari muka.

Nota: Macam mana orang nak dengar cakap kita, kalau kita tak nak dengar cakap orang?

[Penulisan ini adalah adaptasi daripada ceramah agama yang disiarkan oleh salah sebuah radio tempatan dan diolah smula oleh penulis menggunakan ayat penulis sendiri.]

Share