Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Ikuti kisah ini sebagai pengajaran pada yang bercinta atau bakal dicintai. Nukilan ini telah Suri lakarkan hasil dari pertemuan dengan seseorang. Bukan untuk meraih simpati tapi mencuba berkongsi masalah yang dihadapi dan memberikan kekuatan buat sahabat kita yang kini lelah kerana cinta.
Namaku Mayang Sari. Pernah mengulit cinta bersama seseorang yang bergelar lelaki. Tahun demi tahun percintaan yang terjalin membuatkan diriku amat menyanyagi dia. Dalam hati berkata cukuplah dia dalam hidupku dan dialah jua yang terakhir buatku..
Cinta pada pandangan pertama membuatkan kehidupanku berubah hanya kerana CINTA dan kerana Mayang Sari seorang yang penyabar itulah diriku yang sebenar. Segala penggorbanan yang pernahku lakukan padanya ikhlas dari lubuk hatiku. Tapi sayang kasih dan cinta yang ku semi selama ini dibalas dengan kata bagai di bawa angin yang lalu..

Memanglah benar kata orang andai kekasih hati berkata itu ini secara totalnya kita amat mudah mempercayainya. Hata itu adalah perkara yang di tipu tanpa kita ketahui apa sebabnya. Dan itulah perkara yang ku alami selama lima tahun mengenali hati dan budinya aku tertipu..
Saat tembelang yang di simpan sekian lama meletup jua akhirnya takala semua perkara yang pernah dia sampaikan padaku selama lima tahun semuanya tipu belaka hasil dari lekuk bibirnya dia bangga kerana memperdayakanku selama ini.
Antaranya dia sanggup menggunakan nama ibu dan bapanya sendiri untuk menipu diriku, sanggup jua menggadaikan perkataan hidup dan mati demi nyawanya sendiri. Hanya kerana dia tahu bahawa diriku selalu sabar dengan setiap tingkahnya.
Satu ketika dia pengsan dan tidak semena-mena aku mendapatkannya dengan harapan yang hampa segalanya mengecewakanku..
..Saat dia diseranga asma dan mengatakan dia dalam keadaan kritikal dia membuatkan diriku ingin rebah kebumi. Namunku kuatkan hati dengan mencari penawar ubatnya sana-sini, mentelaah buku-buku yang berkaitan dengan sakit yang dihidapinya..

Andainya kutulis semua bait-bait duka kami rasanya tak terdayaku coretkannya disini..
Maafkan diriku aku tidak berdaya melawan semua ini hanya kerana aku jua manusia biasa..aku takut dengan bayang cinta untuk kali kedua namunku gagahkan diri untuk terus menongkah kehidupan ini..
Oh, Tuhan berilahku kekuatan untuk pulih seperti sedia-kala tanpa ada rasa CINTA ini ..
Apakah salahku kau buatku begini..kerana kesabaranku kau mengujiku dengan penipuanmu. Semoga dirimu bahagian bersama yang tercinta.
Terima kasih atas keegoanmu melukai hati ini akanku bawa pergi jauh dari pandanganmu..