Mengapa Sukar Menerima Aku Seadanya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Andai aku pandai menyanyi tua muda miskin dan kaya tentu  suasana gembira mendegar suara merdua bagai puluh perindu banyak orang rindu..

Yes i am back!

Betapa sukarnya meramal hati orang apa lagi orang yang cuba kita merapatkan diri dengan dia. Hati ini pula bagai di carik-cari mengatakan sukarkah penerimaan dia terhadap aku?

Manusia memang sukar untuk menerima diri kita seadanya. Apatah lagi memaksa dalam bercinta atau menikmati kasih sayang dari dua hati tanpa menerima sebarang syarat itu adalah mustahil sama sekali. Bagaimana rasanya ingin menarik diri darinya walhal dalam hakikat kitab cinta ada nama dia yang terukir indah dalam hati..

Ah, aku ini syok sendiri! sebab itu aku bisa menyanyi menalunkan denai irama yang berkecamuk dalam diri..

  • Dalam perhubungan tidak kira sama ada anda sedang di lambung ombak pasang surut dalam rumah tangga apatah lagi dalam percintaan baik buruknya si dia di mata anda. Anda harus menerima dia dengan seadanya.
  • Kita juga tidak berhak mengatakan tindakan seseorang itu naif sungguhpun dia begitu anda sebagai insan yang rapat dengannya seharusnya memberikan dia sokongan mahupun dorongan untuk di berubah kepada yang sebaiknya sedaya dia mampu
  • Terkadang orang ada cakap rupa paras itu tidak begitu penting. Namun ada pula berselang cerita harta tu lebih berkuasa untuk mendapatkan segala-galanya. Tapi hakikatnya agama itulah yang di cari dalam membentuk peribadi keluarga yang bahagia. Yang mana satu pilihan anda? pilihlah secara sederhana kerana sifat manusia itu memang ada hak untuk mendapatkan semua tapi yang selalunya terjadi apa yang kita beria sangat tu yang selalu tak dapat hee.. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada di depan mata. Dari menunggu satu perkara yang ajaib berlaku itu tidak mungkin jua tanpa usaha :)

  • Sukarnya andai anda telah buat yang terbaik untuk dia. Andai di congak dari segi masa, bantun yang di hulurkan sudah cukup mentotalkan anda layak untuk bersama denganya. Dia buat tidak nampak atau sengaja menyakitkan hati anda atau anda merupakan tempat dia melepas segala saat susah atau melupakan anda di saat dia senang. Apa kata anda melupakan dia untuk beberapa detik waktu. Senang cerita tanpa sms, tanpa menelefon dia, tanpa segala ancaman anasir yang boleh mendekatkan anda dari dia. Lihat apa respon dia pada anda. Jika dia diam juga baik lupakan sahaja dari anda menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku saat ku harus bersabar dan trus bersabar menantikan kehadiran dirimu entah sampai kapan aku harus.. :P
  • Last fikir untuk mendapat jawapan kesekian kalinya bertemu dia dan minta dia berikan jawaoan yang pasti siapakah anda di sisi dia. Dengarkan detik itu kata-kata hikmahnya dan buatlah keputusan untuk melenyapkan dia terus dari ingatan. Biasanya dari riak air muka kita akan tahu jawapan itu dari si dia. Sama ada hubungan itu mampu bertahan atau sebaliknya.
  • Jika saat yang getir untuk selangkah ke gerbang perkahwinan alangkah indanya hidup ini jika anda mendapatkan petunjuk dariNYA. Lakukan solat istiharah untuk mendapat pilihan yang terbaik sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk anda.
Share

Natural Love

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Makin lama ditinggalkan bukan serasa menjauh tapi makin dekat! Kalau bunyinya cinta memang dasarnya begitu. Apalagi jika baru berkahwin mahu sahaja di pisahkan jangan sekali. Ini semua gara-gara cinta bila tiada depan mata rindu bagai segunung lautan dalam katanya sanggup di daki walhal itu semua kiasan kata-kata melakar cinta memujuk hati agar cinta yang di ingini menjadi milik kita.

Bukan mudah jatuh cinta kalu kena pula berkali-kali putusnya cinta. Bukan mudah untuk melupakan cinta lama, andai dapat cinta baharu. Jika sudah jatuh cinta pula bukan mudah nak di lepaskan ragu-ragu bisakah kita mendaptkan sebaik dari dia sebelum ini.

Ah malas mahu bicara kayaknya aku bigung kerana cinta. Pokoknya selagi kita tidak menanam benih cinta, di jaga dengan sebaiknya mana mungkin antara dua mendustai cinta yer tak? Jom selongkar bersama-sama Suri bagaimana mencari cinta secara natural.

  • Senyumlah. Bukan sesukar mana pun. Senyuman yang ikhlas buat hati yang memandang akan rasa sejuk seketika. Walau dalam hati gundah-gulana hakikatnya anda baru sahaja lepas begang pagi tadi bersama rakan serumah anda gara-gara kawan tidak mengikut giliran untuk masuk  bilik mandi dia pulak main ikut langkah bendul.

  • Sekali pandang walah terus jatuh cinta. Yelah tahu korang ini mudah jauh cinta. Asal cantik mulalah hati mudah cair seperti cerita sonata musim salju..atau semusim antum in my heart hee… Ingatlah sikit jika memandang si dia cukuplah melihatnya sekali. Jika menolehnya lebih dari dua kali tu dah lain maknanya. Silap haribulan mata kemana kaki dok cecah longkah besak haa..Jadi sila jaga mata-mata anda =).
  • Lihat dia membawa buku. Masakan membiarkan sahaja dia mengendong buku sorang-sorang kalau rajin anda pula meminta keizinan meyandangkan beg si dia ke bahu anda. Pasti ia akan membuatkan si dia ketawa. Ini tidak korang boleh tanya awak nak kemana? ADUH!! dah tentu dia mahu masuk kuliah ker, pergi Perpustakaan ker.. jumpa tok iman ker, pergi kelas masak-memasak ker ingat jangan bertanya akan soalan yang bodoh! Itu semua soklan sudah lapok hiii..
  • Pada si dara anda jangan katakan dia cantik! Tapi katakan sedap mata yang memandang. Perhatikan jika anda mengatakan begitu pada si dia siaplah dalam masa beberapa jam nanti dia akan segera minta kebenaran untuk ke tandas. Paling tidak akan mengeluarkan cermin ajaibnya dalam tas tagannya. Lagi bagus anda mengatakan saya suka cara anda dengan seadanya. Membawa maksud cantik tidaklah terlalu penting . Yang wajar anda ingin tahu siapa diri dia yang sebenarnya. Tidak perlu menjadi orang lain untuk lebih cantik dari sebelumnya.
  • Ingin dekat rasa takut, baik guna orang ketiga untuk minta nombor telefon si dia. Apa kes? Guna khidmat begini bukankah beranikan diri bersemuka itu lebih baik. Biar ketemu depan mata barulah si dia tahu bahawa anda benar-benar menaruh minat pada si dia. Be gentlemen please..
  • Selalunya orang akan bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas. Ah..korang tidak rasa bosan ker asyik bersms jer? Sesekali cuba jadi kedekut sikit denga wang asyik bertopup sepanjang sesi perkenalan. Cuba kalu terserempak dengan dia dan berjumpa tu bertanya khbar bukan ke bagus. Bertegur sapa secara berdepan sebenarnya mampu untuk kita mengetahui sama ada orang yang di depan tu dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Selalunya sms tidak nampak si dia sihat atau sebaliknya. Tapi secara live jika dia tidak sihat boleh sahaja anda membawa dia ke klinik. Itupun harus di minta kebenaran sama ibu dan bapanya juga hee..

  • Selalunya lagu di tujukan khas untuk si dia. Sekarang apa kata coretkan sesuatu dalam gubuk hati korang tu dah hasilkan karya untuk dia. Ingat jangan cedok mana-mana tulisan yang pasti ia harus hasil tulisan tangan anda dan daya kreatif idea datang dari hati. Barulah rsa semulajadi cinta tu nampak gempak.  Original lebih di hargai berbanding di ambil dari mana-mana sumber hee.
  • Jika ingin rasa cinta di kekal pada kebaikan dan seterusnya adalah lebih baik di ikat dengan tali pertunangan dan berkahwin secepat yang mungkin. Itu kebih afdal dari bercinta lama-lama kekal ke penghujung belum tentu lagi. Bukan apa takut-taku di buat boleh yang tidak di jangka oleh akal dan nafsu. Oleh itu apa lagi susunlah langkah, beranikan diri minta ibu bapa datang merisik cepat-cepat sebelum lewat nanti si dia di kebas orang. Ingat jangan bawak lari anak dara orang sudahlah.

Semua boleh jadi jika ingin memikat cinta. Yang pasti gunakan akal bukan guna NAFSU!

Share

Bila Hati Tidak Menahan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Wah amat sempit ruang untuk Suri berblog semakin hari kerja semakin menggunung tinggilah sangat. Rasa ingin di daki namun hati memikirkan nanti aku bisa jatuh. Lalu siapa yang ingin nyambuti aku heeee….

Beginilah kepenatan Suri selama hampir sebulan..

Pang!! Berkhayal lagi aku nampaknya.. Kerja terlalu banyak maka itu agak sukar Suri memberikan sedikit fokus pada blog. Walaubagaimanapun ada masa sedikit akan Suri masuk celah-celah komen bloger yang lain. Itu sudah pasti :) .

Bebalik pada topik di atas hati tidak menahan jiwa pulak kacau bilau. Ini bagi kes berat pada anda yang tidak atau belum berkahwin ar..tidak boleh cakap berkahwin juga sebab nanti ada yang bilang saya sudah kawin tapi nikah sahaja belum lagi. Haa nampak tak impak terlalu maksima sehingga kata-kata begitu mudah sangat di lontarkan oleh golongan yang tidak berfikiran atas paras normal huhu.. Andai ada belajar agama rasanya patutkah kalian tahu apa makna berkahwin dan bujang.

Lelaki dan wanita bahaya andai berdua..

Nafsu. Itulah yang di kurniakan oleh Tuhan hadiah untuk insan yang bergelar manusia. Jika di bezakan dengan binatang sudah pastilah mereka tiada di sifatkan seperti semulia manusia. Itulah hebatnya manusia bila ada nafsu semua perkara ingin di turuti tapi lupa syaitan itu selalu menyoroti kita dari belakang. Andai anda seorang yang bijak maka pasti andalah juara.

  • Sentiasalah berdoa pada Allah s.w.t. selalu kerana doalah penguat bicara manusia kepada penciptaNYA.
  • Puasalah menahan diri dari melakukan sesuatu perkara yang tidak di ingini. Puasa juga menahan seseorang itu dari memperbanyakkan melakukan perkara kebaikan dan jauhi dari larangan.

Menghadiri kuliah subuh atau majlis-majlis ilmu.

  • Mendekatkan diri ke masjid atau surau. Mencuba menghadirkan diri pada kuliah mana-mana kawasan kampung atau mana-mana taman perumahan.
  • Menghadiri majlis keramaian seperti menghadiri kenduri kawin, majlis bercukur, bergotong- royong, berzanji dan sebagainya.
  • Aktifkan diri bersukan seperti berbasikal, berjoging dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti ini segala masa yang terluang akan di isi dengan sebaiknya berbanding terperuk duduk diam baik di buat sesuatu yang bermanfaat untuk tubuh bagus juga.
  • Jauhi hidup anda dari berpasangan sekiranya anda belum bersedia ke arah perkahwinan yang benar-benar serius! Membawa maksud menjalinkan hubungan dengan berlainan jantina antara lelaki dan perempuan. Sebab di takuti batas iman yang tebal makin lama akan kian menyust bila mengikut rentak naluri syaitan.
  • Jangan sesekali menyimpan, menonton aksi -aksi yang tidak elok kerana potensi untuk mendekatkan diri kepada melakukan maksiat dan sebagainya tinggi. Dugaan yang paling hebat sekarang dunia muka buku, iklan televisyen huhu..
  • Solat taubat selalu sebab kita memang tidak terlepas dari pandangan mata melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Membaca Al- Quran.

  • Ambil wuduk dan bacalah surah an nas dan fahamilah setiap isi maksud ayat yang tersirat. Insyallah akan dapat mengawal nafsu tersebut.
  • Cara Suri amalkan dalam keluarga sampai sekarang. Andai kalangan sahabat punyai kakak atau adik perempuan galakkan pada mereka memakai baju dalam bilik air bukan dalam bilik mereka. Jangan sesekali  keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban sepertinya orang tidak cukup kain! Tidak kira di mana adik, kakak perempuan anda sama ada dia telah berkahwin atau tidak hal ini perlu disiplinkan dalam kehidupan. Insyallah lama-lama ia akan menjadi kebiasaan jua.

Berkahwin mampu menghalang dari melakukan perbuatan zina.

  • Cukup segalanya berkahwinlah dengan segera. Memang wang menjadi masalah tapi fikirkan pula jika lambat berkahwin di takuti ketelanjuran perbuatan akan memakan diri sendiri. Biarlah majlis sederhana yang penting akad nikah. Ingat syaitan akan sering marasuk kita bila-bila masa dia perlu.

Firman Allah dalam Surah Yusuf:53 “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan.”

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf:22 “Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata.”

p/s: Entri permintaan dari pembaca setia blog.

Share

Adni Kau Pergi.. Part III

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Suri menggambil masa begitu lama untuk menghabiskan coretan ini. Ikutkan hati semahunya menangis..Tidak mampu untuk di kata cuma bacaan yang mampu Suri hidangkan untuk kalian menerusi kisah Adni. Berat yang menanggung.. rentan juga mendegarnya..

“Selalunya cinta itu akan hadir bila saat tiba masanya. Ini bukan kerana mereka bercinta tapi mereka hanya kawan. Si pecinta pula Izam ego tidak jujur dalam perhubungan. Aku di beri ruang untuk kenal dia. Walau tidak lama namun bagi aku kehadiran dia umpama hujan yg membasahi tubuhku yang gersang..

Cinta kami cinta hanya kawan…. namun perjumpaan terhenti di sini buat selama-lamanya”

Pertemuan kedua di ulit lagi.. Adni ingin berjumpa aku dan Izam area Melaka. Jangankan dia yang mengelurkan duit tidak sama sekali aku yang tanggung semua itu. Sangkaan kami pertemuan itu berjaya kami menemuinya tapi gagal lagi.

Hatiku sering bertanya mengapa? Rupanya Adni menelefonku dia ingin berjumpa dengaku. Riak di wajah Izam buat begang di birai mukanya. Dan sekali lagi dia menuduhku kawan tikam belakang. Naik cemuh aku mengatakan aku dan Adni hanya teman biasa sahaja. Kehadiranku hanya untuk menyatukan kalian berdua dan pernggorbananku selama ini kau anggap penghinaan.

Argahh!! jiwa termanti di situ aku mendogak jam bersilih ganti setelah baguan dari pembaringan kaki lima. Kerana cintanya pada Adni aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan Izam tidak anggap aku merampas dia dari Adni..

Masa silih berganti Adni tidak dapat aku ketemui sejak dari peristiwa perjumpaan itu.. Cuma aku ketahui Adni kemalangan jalan raya. Itupun melalui panggilan dari dia. Sebagaimana kedua ibu bapanya dan adiknya kemalangan suatu ketika dahulu..kali ini kejadian yang sama berlaku padanya lagi sekali..

Adni adakah ini Suratan atau kebetulan..?? Adni..

Suatu petang yang mendamaikan Adni menelefoku. Katanya ingin biskut raya dari aku. Aku nampak bayang Adni dari jauh sebab dia tidak membenarkan aku dekat atau menghampirinya. Kiranya kami bercakap melalui telefon dari jauh dia masih nampak kelibat warna baju dan tubuhku terkaku disini.

Masih segar dalam ingatan kami berborak begitu lama. Walaupun dia jauh dari pandaganku aku tahu dia gembira tika dia melambaikan tangan padaku. Ah, tidka dapat jeguk dari dekat tidak apa yang pentinga ku tahu itu Adni. Adni cakap sekarang dia ada bersama mak dia.

Eerk.. aku pelik sebab setahu aku arwah maknya sudah pun meninggal dunia semasa Adni kecil lagi. Bukankah kejadian itu meragut nyawa sekeluarganya dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lampau. Cuma Adni sahaja yang terselamat..

Gerun, kaki aku terketar saat itu..

Hari itu pun tiba aku membawakan begitu banyak biskut raya untuk dia. Apalagi segala persiapan aku laksana untuk menggembiran hati seorang kawan. Aku tahu dia baru sahaja sembuh dari pembedahan bahagian kepala sebanyak empat kali!

Detik yang di tunggu kami berjumpa tapi lagak langkahku terasa sumbang. Kuih yang ku bawa menghempas ke bumi, mataku berpusar ligat teringatkan akan janjinya dahulu padaku untuk bertamu dia pada hari ini. 1/10/2010 bersaman hari jumaat Adni telah pergi menghembuskan nafas yang terakhir..

Tidak!!!!

Aku terduduk, tersentap jantung hatiku..Oh Tuhan, mengapa aku tidak di beri ruang untuk bertamu Adni…Pemergian Adni aku ratapi..Bukan aku tidak melukut ke rumah dia tapi keluarga adik beradik awrah mak Adni tidak membenarkan aku melihat wajahnya buat kali terakhir.

Dan sehingga saat ini hanya gambar melalui facebook menjadi kenanga..Tiada jawapan yang aku temui mengapa saat itu aku tidak di beri izin menatap wajahnya..rasanya umpama mimpi dalam mimpi cerita ini berlaku..

“Buku cinta Adni sudahku tutup namun klon Adni datang menghampiri..Ikuti kisah ini pada episod akan datang..”

Untuk empuya diri pembaca setia tu..Kisah anda sesuai dengan lagu ini..

 

Share

Awalan Dan Akhiran

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pin.. Pin. Kepom..pon.pon..

Selamat tengahari cik. Lalu sepucuk surat mula berpindah ke perkarangan tuan empunya.. Hati berdetik senyum. Walhal semenjak petang kelmarin aku menunggu warkah buat si dia haaa.. Persis gadis sunti tidak menahu apa itu malu aku mengetip bibir umpama menggigit kuku..

Emak dari ceruk dapur perasan akan tingkah si dara walhal aku tahu macamlah emak tidak pernah ada pengalaman seperti itu. Erk! Apa cakap ini?  Dolo-dulu mak tiada guna surat cinta tapi lain punya cerita hiii..

Aku duduk satu tempat. Port terbagus dan paling tercun dalam bilik muhaa.. Sambil bantal panjang aku golek-golek lunyai surat tidak juga. Dari batang huruf konsona aku baca sampai ke penghujung deraian ayat wsaalam.

Pecah kaca pecah gelas,

Sudah baca tolong balas!

Ayat cinta memang begitu rasa meluat buat aku berlagu hii..kenangan dulu memang tidak rentan untuk aku renyuk dan lumatkan ..

Bilakah pertama kali dan terakhir anda mendapat surat cinta dari seseorang? Masa darjah berapa? Tingkatan??

Kredit gambar: http://www.akalemosi.com

p/s: Selamat berhujung minggu semua. Tunggu jejak Suri di laman blog korang yer. Btw thnks sapa jejak.komen sini.

Share

Bahaya Bila Aku Termakan Budi vs Dia Jatuh Hati

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah makan ker belum? Ada dengar-dengar tak mahu makan sebab rajuk dik kerana cinta. Ada pula tegar tak mahu makan ubat pun satu hal eii..kejam bebenar si cinta ini amik cinta pastu kita simpan dalam almari dan sangkutkan pakai penyangkut baju hee.. time pakai kita letak dalam hati balik, waktu hari sakit kita simpan dalam almari semula..

EH, Apa merepek ini? Maka hati Suri tertanya-tanya apalah ada pada cinta klu budi yang dia hendak tapi anda tahu dia sudah ada? Bagus sahaja cinta itu kalian simpan dalam peti dan campakkan dia dari laut. Arghhhh!! kejamnya Suri!!!

Mari duduk mengkaji dekat-dekat permasalah yang Suri dapat dari Zon Bercinta. Naik haru juga memikirkanya sedar dengan tidak baru November ini Suri berkesempatan memberi perhatian pada masalah kawan kita ini. Jom ikuti isi hatinya dibawah.

floria on said: Edit

Macam mana kalau dah banyak sangat terhutang budi dgn orang ?? Suami orang pulak tu…Ku sangka ikhlas membantu … rupanya menaruh hati padaku…

Nak ditinggal, dikata tak berbudi, sampai sanggup merajuk membawa diri berhari2. Nak diturut pula.. menghancurkan hati si isteri dan anak2.. lagipun tidak wujud cinta dihati ini.. :sad:

Salam sejahtera..

Suri mohon maaf sahabat floria atas kelewatan memberi respon akan permasalahan anda. Insyallah semoga saranan dan pendapat Suri dan juga respon dari rakan-rakan lain akan dapat membantu  floria mengatasi masalah tersebut dengan tenang.
Floria memanglah sukar bila hati berkata begitu tapi hakikatnya jika anda sudah ketahui dia suami orang, punyai anak-anak lebih baik anda lupakan dia sahaja mungkin itu adalah salah satu cara yang terbaik untuk dia melupakan anda. Itu sebab orang berkata-kata kenal hati budi jangan sampai tergaidai hati bila dah terlekat jiwa salah seorang bukan ke susah nak membuang jauh tapi mujur anda tidak sampai ke tahap ada hati terhadap dia.Di sini Suri berikan beberapa cadangan supaya dia tidak mengganggu kehidupan anda lagi.
  • Tukarlah no telefon anda kepada sim kad yang baru.
  • Sekiranya dia mengetahui di mana lokasi anda bekerja adalah lebih baik anda berhati-hati dari ketemu dia, cari arah jalan lain supaya anda tidak terserempak dengan dia.
  • Waspada sekiranya anda mendapat panggilan masuk dari luar yang menelefon ke pejabat anda. Kemungkinan dia yang menelefon anda, lelaki begini jika dilayan makin ligat dia mencari anda.
  • Baik menjauh cuma terangkan pada dia yang anda bakal berkahwin or bertunang. Bagi alasan yang muhasabah pastikan alasan tersebut tiada dolak -dari dari pihak dia.
  • Lelaki makin di layan makin merenyam hiii.. ah, tapi tak semua huuu.. Gunakan akal yang bijak dan berani untuk bersemuka dengan dia nyatakan anda tidak akan sesekali mengambil risiko untuk mengugat ketenteraman rumah tangga orang.
  • Jika perlu pulangkan balik barang-barang, ataupun wang yang pernah dia beri pada anda suatu ketika dahulu. Mana tahu dalam pemberian tu ada makna huhu. Pulang dan gantikan sahaja. Hati orang kita sukar nak menduga jadi dari termakan budi baik berikan pada tuannya kembali.
Sekiranya kita memberi ruang hati pada orang lain pasti jiwa kita akan lebih bermakna dari serahkan pada yang tidak sepatutnya. Fikirkan dalam-dalam sebelum dia melanjutkan hubungan dengan anda lebih serius lagi itu pasti akan banyak hati anak-anak kecil akan hancur malah hati si isteri bakal retak.
Keputusan semua tangan anda maka buatlah sebaik yang boleh. Semoga anda berjaya atasi masalah ini dengan sebaiknya.
Share

Adni Kau Pergi.. Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Adni  yang bertubuh kecil..menginjak lima tahun itu mula menyusun langkah satu persatu. Entah mana hala tuju dia sendiri pun celaru. Walupun penat hari yang panas bahang tubuh tetap merasai terjahannya. Beg yang disandang terlalu berat untuk Adni menongkah batas-batas jalan raya. Hati yang mendegar keluhan penat dan lelah itu tidak pernah mengeluh namun menguntum senyum berharap perjalanannya nanti akan bertamu penghujungnya..

Suatu hari Adni kelaparan entah datang dari mana aura untuk mencuri  sepeket roti di sebuah kedai runcit. Tiba-tiba Adni tersentak tanpa bicara. Subahanallah kasih yang Maha suci mempertemukan Adni dengan rakan sekelas tadikanya suatu ketika dahulu. Adni dipelawa olah rakannya Armani untuk berteduh di rumahnya untuk seketika waktu. Bagi Adni keluarga Armani begitu baik sekali layanannya terhadap Adni. Dapat aku bayangkan sudah pasti Adni ada menyimpan rasa cemburu di dasar hatinya. Manakan tidak sebab dua kasih yang dia cinta suatu ketika dahulu telah pergi menemui ilahi.

Pagi yang indah Adni bangun rasa segan tinggal lama dirumah orang terasa diri begitu kerdil sekali. Armani..kehidupannya sugguh bahagia ada ibu ada ayah dan punyai adik beradik yang begitu ramai. Walaupun jiwa yang melihat kian tercuit gelak kebahagiann mereka namun Adni tegaskan dalam diri bukankah kebahagian..kedukaan..kekecewaan itu milik Dia. Kita hanya meminjamnya sahaja. Tapi aku tahu Adni ralat dengan kebahagian itu.

Adni dibawa ke satu kawasan yang pada aku cukup ramai penghuni di dalamnya. Aku berharap sangat-sangat agar Adni dapat melalui kehidupan yang baru di sana. Sepanjang di sana pasti dia tidak akan keseorangan. Makanan, minuman baik tempat tinggal pasti mereka akan jaga Adni sebaiknya. Insyallah..

Setelah lama menghuni di rumah anak-anak yatim akhirnya Adni berjaya mendapat keputusan yang cermerlang dalam sijil pelajaran malaysia. Syukur Alhamdulillah dia mendapat keputusan yang membanggakan juga seisi rumah anak-anak yatim itu. Saat itu bermulalah dia menjalani kehidupan di sebuah Universiti Teknologi Mara  dalam jurusan foundation in mechanical engenering hasil permohonannya yang terdahulu maka dapatlah dia menyambung pelajaran atas pembiayaian syarikat Sime Darby.

Bila hati menjerut rindu sesekali dia akan membawa diri untuk menjeguk adik-adik  dirumah anak yatim. Saat itu juga kami merancang untuk berjumpa dengan dia. Keinginan untuk bertamu dengan Adni bagai bunga bertaburan dalam hati. Izam antara orang yang gembira untuk bertemu Adni. Aku sebagai pak turut mengikut kata tanpa banyak bicara. Sayang perjumpaan yang di rancang gagal. Kata Adni cukuplah saya merenung awak dari jauh. Aku dan Izam pulang dengan perasaan terbanyaklah kecewa.

Oh tidak.. sangkaanku Izam akan berkata mungkin aku tiada rupa, dia malu..tapi tidak sebaliknya Izam mengatakan aku ada hubungan dengan Adni. Sebab itu kami tidak dapat bertemu muka dengan Adni secara face to face. Sehingga saat ini Izam membenci aku. Aku tiada kaitan hal ini dengan dia. Adni tidak mahu berjumpa dalam keadaan saat -saat akhir di tuduhnya aku kawan makan kawan. Kawan jenis apa ini?

Janganlah di salah tafsir akan kehadiran aku Izam. Adni dan aku tiada hubungan yang istimewa kami cuma teman biasa sahaja. Bukankahku katakan pada kamu Izam dia mencintaimu bukan mencintai diriku. Aku ini hanya tempat dia meluahkan rasa sedih, gembira sahaja.

Tapi kau, kau..kau..mempermaikan perasaan dia dalam diam kau tidak sedar!

Dapatkah Izam dan Aku berjumpa dengan Adni sekali lagi..? kau rasa..

Share

Aura Kuat Untuk Menyiapkan Kisah Adni

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Banyak kisah yang bersusun namun rasanya kisah Adni paling kuat dalam benak fikiranku. Rasanya biasa namun semakin dalam di gali semakin takut untuk didengari.

Tuhan itu wujud, roh itu sedia ada semua itu berlagu menjadi dalam relung hatiku. Bagaimana ingin digambarkan memanglah sukar untuk dibicarakan..


Kisah ini terpaksa didahulukan melalui kiriman yang lain mungkin sebab aura kisah ini kuat. Pertama kali menulis begitu panjang namun hasilnya serba tidak menjadi. Sampaikan aku memohon padaNYA dan doa rakan-rakan di rada maya agar memberikan aku kekuatan untuk menulis kisah ini dengan sebaik olahannya.

Aku hanya menulis kerna itulah minatku..Insyallah akan ku cuba memahami apa isi hati seorang hamba Allah ini. Semoga kisah ini akan menjadi ingatan buat kita semua

Share

Adni Kau Pergi.. Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ini adalah kisahku. Bukan aku, bukan kamu tapi biarlah ia rahsia antara aku kau dan dia.. Maafkan aku kerna menjadikan dia sebagai orang perantaraan akan kisah ini kerna sudah terlalu jauh untuk kusimpan akan kisah ini apa daya saat ku temu dia di situ barulah terbuka pintu hatiku untuk meluhkan segalanya pada dia. Dengan ini aku izinkan dia mencoretkan kisah ini dalam koleksi blog beliau.

Aku mempunyai seorang rakan. Ya rakan. Aku mengenalinya hanya kerana aku satu sekolah menegah dengan dia. Kacakkah dia. Bolehlah tahan tapi aku rasa badan aku sekarang ini lebih sasa dari dia hee.. Sebenarnya kami sudah lama berkawan rapat namun perasaan yang sering menghabatkan aku pada dia hanya satu sebab cemburu. Cemburu apa lagi kalau bukan cemburu dalam pelajaranlah. Erk. .hati lelaki bila dapat tahu result spm dia lebih baik dariku. Oh tidak. Rasa mengulit mimpilah aku ingin bersaing dengannya yang serba lengkap pakej flight vvip. Aku ini ibarat gologan sederhana sahaja.

Hai Izam nampaknya acapkali kau ke rumahku pasti kau akan menceriatakan pengalam manis di Universiti. Iya, iya aku akui aku juga tertarik tapi rasa nak menjerir-jerit ditelingamu ..rasanya bagai  isi perutku mulai melompat -lompat pinta ingin dihamburkan keluar seolah -olah ingin memuntahkan setiap kata-katamu tiap kali kau beceritakan itu ini. Ah..macamlah bagus sangat. Aku budak baik so far aku terpaksalah menadahkan telinga mendegar bebelanmu walau hatiku memberontak. Bagi diriku apa yang ingin dibanggakan tentang koleksi gadis yang kau kenali di sana bagi aku kalu tak setia itu tidak macho bro!

Aku malas nak gaduh.. nanti bertekak dengamu sampai besok pun tarak habis punya.. Kau kan macam-macam orangnya.

Sayang bila belajar masa yang ada di sia-siakan. Berlagak tidak bertempat akhirnya kantoi dalam beberapa subjek. Aku setakat ini biasa sahaja  dengan Bachelor of science (hons) in Hotel & Restaurant Management erk. Tak kan nak bagi tahu maksud dalam bahasa omputih pulak..heee.. Memang benarlah kata mak kalu kita ini tidak menghargai masa tu dengan sebaiknya pasti masa yang lalu akan buat kita menyesal.

Satu hari seorang gadis menelefon Izam. Gadis yang menelefon itu tersalah dail nombor yang sepatutnya. Gadis yang ku beri nama Adni merupakan anak yatim di Johor Baharu. Perkenalan mereka membawakan hubungan itu lebih istimewa dengan menjadi pasangan kekasih seperti gadis dan teruna yang hangat bercinta. Bagi Adni cinta pertamanya ketika usianya 19 tahun inilah cinta, kasih, sayang yang paling bermakna dalam kehidupannya. Kasih itu harus di jaga sebaik mungkin setelah kedua arwah ibu bapa dan abangnya mengalami kemalangan jalan raya ketika umurnya menginjak 5 tahun yang lampau.

Setelah pemergian Adni dia tinggal bersama neneknya namun begitu kehadiran dia dalam keluarga tersebut tidak disenangi malahan segala keperluan asas Adni tidak dapat dijaga dengan sebaiknya. Adni mula membawa hati yang lara dengan melarikan diri kesesuatu tempat.

Siapakah yang bakal Adni jumpa ? kita tunggu jalan ceritanya pada episod akan datang..

 

Share

Kekasih Yang Mencari Jawapan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Agak lama juga komen ini di diperap dalam Zon Lepas Geram. Namun tiada siapa yang berani memberikan respon pada luahan seorang teman ini. Sengaja di biarkan..tapi tiada jawapan..Makanya Suri mengetengahkan ia sebagai topik untuk bual bicara kita pada petang ini.

Ikuti permasalah wanita/gadis tersebut dan sebarang komen dari sahabat semua amatlah Suri alu-alukan.. Rasanya tidak adil sekiranya asyik Suri sahaja yang memberikan respon apa kata kali ini anda sebagai sahabat Suri yang hero anda yang heroin cuba ambil tempat Suri dalam kotak komen kali ini hee..

Suri dah baca sekali lalu harap sahabat yang lain sudi membaca dan membuat kesimpulannya.

Hari itu saya menaiki tren seorang diri dari KB ke Kuala Lumpur. Agak lama duduk didalam tren menyebabkan saya berkeadaan kesejukan. Untuk pengetahuan semua di sebelah saya ada seorang lelaki yang sebaya umur dengan saya.

girl3

Dia lihat saya didalam kesejukan lalu dia menanggalkan baju sejuknya dan diberikan kepada saya. Sepanjang perjalanan tersebut kami banyak bertukat-tukar cerita dari satu topik ke topik yang lain.Namun selepas itu dia juga turut meluahkan rasa hatinya pada saya dengan mengatakan dia amat menyanyangi dan memahami saya.

Tapi masalah sekarang ini saya cuma ingin tahu benarkah di sayangkan saya? kenapa dia tidak menelefon saya selepas kami berpisah di KL Sentral.

Silap saya kerana tidak memiliki no telefon dia. Puas saya cari dia di ruang muka buku tapi hampa tidak ditemui. Terus terang saya katakan saya sudah jatuh cinta padanya, dia baik sangat-sangat pada saya, saya pula rasa diri ini di hargai bila bersama dengan dia waktu tu.

Tolonglah saya..

Share