Bisul !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel!

Sungguhpun penyakit ini mudah berlaku pada kanak-kanak dan golongan dewasa ia juga berpotensi berskala besar dihidap oleh jangkitan atau masalah jika seseorang itu penghidap diabetes, amino yang terjejas, penghidap HIV, tercedera serta imuniti yang rendah pada sistem kanak-kanak dan warga tua.

Amnya bakteria yang biasa yang dapat di kaitkan dengan penyakit bisul ini dikenali dengan nama Staphylococcus Aerues. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan.

Peringkat awal jangkitan bisul:-

Celluties_pada bahagian mata.

  • Cellulites – sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga. Urm..kulit kita membengkak..mengelembung.

Peringkat lebih serius jangkitan bisul:-

  • Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi, sifatnya berlekuk, kelihatan isinya hitam akibat cebisan nanah kering dalamnya.

Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Sumber: gambar google, kombinasi pusat maklumat rakyat & berita harian.

 

Share

Kenali Simptom Hidung Berdarah Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Semalam Suri ada berikan dua jenis keadaan apabila hidung berdarah. Untuk menjelaskan bagaimana ia berlaku kawan-kawan boleh lihat lampiran seperti di bawah:-

  1. Gambar pertama: Hidung berdarah keluar dari depan.
  2. Gambar kedua: Hidung berdarah keluar dari belakang.

http://www.hughston.com/hha/a.nosebleed.htm

Hep!! kacau daun betullah banyak sangat iklan hari ini. Bos pula datang sepertinya dia tahu Suri sedang update blog huhu… Ok kita sambung

Langkah-langkah menghentikan pendarahan dalam hidung:-

  1. Picit bahagian lembut hidung anda iaitu tulang rawan dengan ibu jari dan jari telunjuk.
  2. Mulakan bernafas melalui mulut. Ulangi langkah ini selama 10 minit tanpa berhenti.
  3. Jangan sesekali baring. Sebaliknya bangun dan bongkokkan badan ke hadapan. Akan tetapi jangan pula mendogak ke atas di khuatiri darah mengalir mengikut  arah kerongkong.
  4. Bersihakn darah dengan menggunakan tisu atau kain yang lembab supaya kesan darah dapat di bersihkan dengan sempurna.
  5. Sediakan ais.  Hancurkan ia di dalam kain yang bersih. Tekapkan bunjut kain tersebut ke atas tulang hidung. Ini bagi tujuan untuk menghentikan darah mengalir terus dalam daerah hidung.

Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-

  • Banyakkan minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
  • Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka  kembali.
  • Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
  • Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
  • Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  • Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.

 Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-

  • Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat.
  • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Rawatan pemberhentian hidung berdarah dilakukan

Share

Kenali Simptom Hidung Berdarah Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Dahulu masa Suri kecil-kecil suka sangat main basikal tengah matahari terik. Lepas berbasikal kita akan main kawin-kawin haaa. Paling tidak pun main pondok-pondok. Namun jangan di sangka permainan kami yang rancak tiba-tiba salah seorang dari kami hidungnya mengeluarkan darah pekat dan merah.

Andi hidung kau berdarah.. Kami leka bermain mak-mak, bapak-bapak terhenti. Ayok??? tak tahu hidung kau berdarah kata Suri. Kami kaget berhenti bermain. Aku saat itu memikirkan mungkin badannya panas tu sebabnya darahnya keluar melalui hidung heeee..

Bagaimana hidung seseorang itu boleh mengeluarkan darah?

  • Hidung kita boleh mengeluarkan darah apabila terdapat saluran darah kecil berada dalam hidung mulai pecah.
  • Kejadian ini berlaku apabila kedudukan saluran darah seseorang itu begitu hampir dengan permukaan. Masalah ini akan berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari. Walaubagaimanapun tidak semua individu mengalami situasi tersebut.

Apakah punca-punca hidung mengeluarkan darah?

  • Bila seseorang itu mengalami selsema yang teruk. Seperti menggembuskan lelehan dengan kuat.
  • Apabila suhu badan terlalu tinggi (panas). Maksud di sini kanak-kanak tidak di galakkan bermain di tengah panas matahari terik.
  • Individu itu menghembuskan nafas dalam nada kuat.
  • Mempunyai tekanan darah tinggi atau kebarangkalian ada sesuatu penyakit ketumbuhan
  • Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak

Tahukah kawan-kawan apabila hidung berdarah ia sebenarnya boleh mengganggu kehidupan seharian.  Lebih menakutkan apabila boleh mengancam nyawa seseorang itu sekiranya darah yang keluar melalui hidung terlalu banyak dan tidak henti-henti!

Di sini Suri senaraikan dua situasi hidung berdarah:-

Hidung berdarah keluar dari depan

  • Darah akan keluar dari bahagian depan hidung dan akan mengalir pada salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali sekiranya pesakit bangun atapun berdiri.

Hidung berdarah keluar dari belakang

  • Apabila darah ia akan mengalir jauh ke dalam hidung lalu mengalir melalui bahagia belakang mulut dan tekak. Keadaan ini tidak mengira pesakit itu sedang berdiri atau bangun.

 Bagaimana cara untuk mengatasi?

  • bersambung..
Share

Manfaat Bicicletă

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selamat tengahari semua.. Baru sahaja selesai masak bujang sambal telur, kacang buncis, ikan goreng, tempoyak bersama sejug air fres oren. Bukan yang makan tu memegang status bujang tapi perasan diri sendiri jer hee..

Petang ini tidak dapat ke Taman Botani, Ipoh tapi baru sahaja selesai berkemas rumah 360 pusingan heee. Twist tak dapat tapi gunakan sahaja mop sebagai alternatif terakhir. Sambil menyongsong ke kiri..ke kanan haa… ;)

Berangan nak beli basikal khas ni macam abang..

Apa aktiviti rakan-rakan untuk hujung minggu ini. Jika Suri petang ini merancang ingin mengayuh basikal dari satu taman ke taman perumahan bersama anak. Dari mengalami sendiri situasi tersebut apa kata mencari manfaat dari berbasikal ini heee..

  • Mengeluarkan peluh toksid dalam badan.
  • Membantu memudahkan seseorang itu tidur lebih lena.
  • Meningkatkan kecerdasan jantung, paru -paru agar dapat memperbaiki sistem pengaliran darah dalam keadaan lebih baik.

Abang Suri.

  • Apabila bersukan kita mampu menjana pemikiran dan otak yang cerdas.
  • Menjadikan mood seseorang itu dalam keadaan tenang, membina keyakinan diri dan sebagainya.
  • Bersenam secara tetap dan mengamalkan makanan yang betul juga mampu untuk memperbaiki masalah kegemukan atau obesity.
  • Ia juga membantu membakar lemak serta kalori dalam tubuh dan menjadikan otot-otot lebih kuat.

haa. nampak muda je klu bersenam nie..

  • Sekiranya aktiviti bersenam secara berkumpulan di lakukan seperti berbasikal bersama-sama rakan, berjoging di taman -taman ia mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Erti kata lain ramai kawan atau kenalan.

Apa lagi jomlah..

Share

Tersorok Di Sebalik Tangan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

cAK! haaa..

Hai kawan..Hari ini Suri nak jadi doktor sekejap..nak apply jawatan jururawat tak dapat alang-alang baik berangan teros ingin jadi doktor jawatan paling tinggi sikit heee.. Doktor Suri ingin memberikan sedikit penerangan tentang kebersihan tangan.

Tahukah kawan-kawan segala apa tindakan yang sering kita buat acapkali kita sering terlupa untuk mencuci tangan terutama:-

  • Selepas menggunakan tandas.
  • Selepas bersin.
  • Selepas menghembus hingus.
  • Selepas memegang binatang peliharaan.
  • Sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
  • Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya.

Mengapa ya? Sebab utamanya di sebalik kedua tapak tangan kita mempunyai bakteria yang tersembunyi.

Ingat jangan salah faham bakteri ada pelbagai jenis salah satunya bakteri yang baik akan memberi manfaat kepada bidang perubatan, perindustrian dan satu lagi kurang baik akan mendatangkan kesan pada tubuh manusia itu sendiri.

Apalagi jomlah turunkan bacaan di bawah:-

Jenis-jenis bakteria apa pada tangan:-

Salmonella

Bakteria penyebab keracunan makanan. Biasanya tinggal dalam tanah dan sebabkan kekotora.

E. Coli

Tempat najis dan kawasan kotor. Petanda akan di serang dengan sakit perut dan muntah-muntah.

Bacillus Cereus

Penyebab keracunan makanan.

Staphylococcus

Akan menyebabkan perut sakit, rasa loya dan cirit-birit.

Langkah-langkah mencuci tangan dengan sempurna :-

Sekian terima kasih :0

Share

Apa itu Gastrik?

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Lama sudah tidak menjeguk ruang kesihatan. Kali ini Suri ada masa lebih untuk memberi fokus pada subjek entri kali ini. Ramai yang mengadu pada Suri mereka sering merasa pedih pada hulu hati, malahan ada sorang bloger Juan meminta entri gastrik di hasilkan segera. Maaf sebab lambat buat huhu sebab kengkangan masa agak terhad.

Moga-moga sedikit cebisan ilmu ini akan memberi manfaat untuk semua. Lebih baik kita mencegah dari sekarang, dari merawat kemudian pasti akan makan masa begitu lama. Pada yang mengidap penyakit ini Suri harapkan agar kalian segera sembuh seperti sedia kala. Amin.

Apa itu Gastrik?

Gastrik atau dalam istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan ini berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria yang digelar helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Punca utama terjadinya gastrik.

Bayangkan kawasan perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman!

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat-lipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur. Hii macam mesin pengisar ar pulak.

Rembesan asid hidroklorik

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Penyebab lain punca Gastrik

  • Penggambilan secara kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

    Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

    Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
    Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

    Tanda Gastrik

    Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

    * Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
    * Rasa senak, berangin atau pedih
    * Rasa tidak selesa
    * Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
    * Rasa mual (loya) dan muntah
    * Hilang selera makan
    * Berat badan turun (pada peringkat teruk)

    Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

    * Najis menjadi hitam seperti tar
    * Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


    Siapa Yang Berisiko?

    Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

    # Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

    Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

    # Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


    # Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

    i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

    ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

    # Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

    # Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


    Rawatan

    Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

    * Antasid -- bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

    * Antagonis H2 -- berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

    * Perencat pam proton (PPI) -- bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

    Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

  • Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

    Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

    Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

    Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


    * Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

    * Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

    * Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

    * Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

    * Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

    * Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

    * Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

    * Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

LIHAT CARA PINTASAN GASTRIK DILAKUKAN.

Sumber:http://www.sihatselalu.com & Carian google

Share

4 Cara Mudah Membakar Lemak Dalam Badan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pertemuan dengan rakan sekolah banyak meminta Suri cara-cara mudah membakar lemak dalam aktiviti senaman badan. Ikutkan petua sudah di beri pada posting yang lepas. Kali ini Suri bawakan senaman yang paling mudah bagi membenteras lemak.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan mengikut keselesaan ataupun kemampuan anda semua. Bagi yang berkemampuan mungkin ke gym sering menjadi pilihan hati, yang tak boleh lari dari keluarga pula mungkin lebih selesa dan menjimatkan wang jika aktiviti tersebut dilakukan dirumah atau bersama anak-anak.

Apapun pilihan dan kemahuan tetap di tangan anda. Pilihlah yang mana sesuai dan buatlah dengan hati yang gembira tanpa rasa tertekan.

Jumping Jacks

Melompat bicu biasanya dikenali sebagai kelas menjalankan pendidikan sekolah rendah fizikal, tetapi mereka amat berkesan. Latihan ini akan membantu menaikkan kadar degupan jantung anda semasa membuat kerja otot seluruh badan. Melompat bicu bukan sahaja membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan anda, tetapi juga membantu meningkatkan tahap ketahanan anda.

Jump Kaki
Berdiri dengan kaki anda bersama-sama dan tangan anda ke bawah di sisi anda. Jump kaki anda daripada yang lebih luas daripada lebar bahu selain dan membawa tangan anda overhed. Segera melompat kaki anda kembali bersama-sama dan membawa tangan anda turun kembali ke kedudukan bermula. Ini adalah salah satu penuh jumping jack. Lakukan senaman ini secara berterusan selama satu minit.

Cardio Kickboxing
Jika anda bukan peminat tinju tradisional, kelas cardio Kickboxing mungkin hanya untuk anda. Format senaman ini akan mempunyai anda menendang, menumbuk, melompat dan berlari semuanya dalam satu senaman. Menurut Majlis Amerika pada Latihan, satu jam Kickboxing terbakar sehingga 450 kalori

Dance Class
Kelas tarian adalah cara yang menyeronokkan untuk menggabungkan aktiviti kardiovaskular ke dalam gaya hidup anda. Hip-hop dan salsa antara bentuk biasa tarian di mana anda belajar bergerak sejuk sambil bekerja ke arah penurunan berat badan. Aerobik kelas tarian hip-hop akan menggabungkan isolations otot dan koreografi untuk campuran hebat tarian dan kecergasan. Tarian zumba juga berasaskan tarian kelas sukan yang baik yang akan anda membakar kalori dan bekerja sehingga peluh.

Share

Jom Lompat Tali

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pengenalan

Jean Barknowseorang wanita Amerika yang pertama telah memperkenalkan aktiviti lompat tali untuk jantung pada tahun 1978 secara besar-besaran melibatkan semua umur dan pada tahun 1981 Paul Smith seorang pakar fisiologi sukan mengesahkan melalui kajian beliau bahawa aktiviti lompat tali untuk jantung yang baik dan mampu membakar lemak dan meningkatkan sistem kardiovaskular dengan lebih bekesan jika dibandingkan dengan aktiviti aerobik yang lain.Kini aktiviti lompat tali diterima luas oleh masyarakat Eropah dan merupakan aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak muda mereka.

Keperluan Asas Lompat Tali1.Tali Skipping
2. Pakaian dan Kasut Sukan Yang Selesa
3. Tempat Yang Sesuai

Permulaan Melompat Tali

-Untuk permulaan, ayunkan tali dan pusing tali di sisi anda. Jika anda sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusing telah mencecah lantai. Jangan melompat terlalu tinggi (˜30cm). Bagi menguatkan otot kaki, anda harus selalu melompat dengan menjengketkan kedua belah kaki dan melompat setempat

-Lakukan sehingga mahir. Jadikan ia menarik dengan mempelbagaikan cara lompatan, menambah muzik dan bermain dengan keluarga dan rakan-rakan.

Cara Lompat Tali Yang Betul dan BerkesanMemanaskan badan—Lakukan senaman ringan untuk memanaskan badan diikuti dengan regangan bagi melonggarkan otot-otot

Panjang tali skipping—Pastikan sukatan tali skipping sesuai dengan ketinggian anda. Pegang kedua-dua belah hujung tali dan pastikan ia berada di bawah ketiak anda. Jika terlalu panjang simpulkan tali tersebut

Cara memegang tali skipping— rapatkan siku ke badan dengan tapak tangan terletak sedikit ke bawah pinggang lebih kurang 20-25cm dari badan

Laman Web Sihat Cergas Ceria

Share

Transformasi KurusTanpa Ubat

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Harini tidak mahu bercerita panjang cuma ingin bagi tips kurus sahaja pada sesiapa yang ingin berdiet secara sihat tanpa makan ubat atau suplemen heee.. Bicara pada atas nama Aizat Amdan pastinya semua orang mengenali beliau dengan salah satu lagu yang amat Suri minati nyanyian Sungai Lui, Lagu Kita
Mencuba menyelongkar apakah rahsia beliau kelihatan kurus dia hanya melakukan senaman lebih kurang 35 minit setiap hari, mengunjungi gym dua kali seminggu, mengambil nasi hanya sekali seminggu, lebihkan makan makanan berasaskan organik dan berserat seperti sayur-sayuran.
Namun setelah malam tadi meliaht dia di skrin tv3 slot Fuhh dia memberitahu pada umum dan Facebooknya anda hanya perlu melakukan senaman selama 30 minit sehari jangan mengelat katanya dan JANGAN makan nasi.

Hasil dari diet tersebut Aizat berjaya menurunkan berat badannya dari 112 kg ke 88 kg.

——————–..

Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh yang manis ini Nik Sayyidah Fatiha Yazid a.k.a Mek Salam Pantai Timur.

Mek berjaya menurunkan berat badan beliau dari 103 kilogram ke 59 kilogram hanya dalam masa 8 bulan. Menerusi temuramah akhbar Utusan ke atas Mek (bertarikh 23 Januari 2008),
rahsia transformasi mek adalah seperti berikut:

“Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”

“Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.”

“Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.”

Ditanya adakah mek pernah mengambil ubat-ubatan untuk kurus, beliau menjawab “Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus”

Sumber:http://sususejat.com & google

Share

Panduan Bagaimana Mengurangkan Kolesterol Dalam Badan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..

Hati makin senang, kerja pun tak adalah banyak mana paling lama pun duduk dikerusi empuk sahaja. Mana tidaknya lemak yang sedia ada mulahlah terkumpu uh..payah-payah desis hatiku..

Tapi bila di fikirkan balik dari duduk tak mendatangkan peluh sesekali apalah salahnya Suri mengambil penyapu dan sapu lantai pejabat, ambil mop Suri lapkan sahaja lantai pejabat. Kalau nak kerja yang tak aci pula kita mopkan sahaja dikawasan tempat duduk sendiri sudahlah haa… Ia membuatkan hatiku tertawa sendiri ;) . Kau pikirku cleaner? Yalah cleaner tempat duduk sendiri tak salah bukan.. :(

Ah..apa merepek panjang berjela pagi-pagi buta ini. Pointnya tak sampai-samapi lagi. Sambil menyusun ayat untuk memahamkan kamu-kamu semua eceh.. :)

Kembali berpijak pada bumi yang nyata. Apa selama ni kau berpijak bumi mana pulak.. ?@#!9$(* Adoi..!

  • Menurut satu kajian yang pernah dijalankan di Universiti Toronto, Kanada, diet yang menyihatkan sebenarnya adalah sumbernya yang mengandungi ikan, oat, kekacang serta daging tanpa lemak boleh membantu mengurangkan masalah arteri tersumbat disebabkan oleh kolesterol ‘jahat’.

potassium-rich-foods

Sumber: Google

  • Mengikut buku yang Suri baca untuk mengurangkan kadar kolesterol kita disarankan memilih produk sapuan roti dan biskut yang mengandungi lemak tidak tepu yang tinggi dan rendah lemak.
  • Makanan yang terbaik disarankan juga mengandungi potassium dan kalsium bagi membantu tubuh seseorang itu mengekalkan tekanan darah yang baik.

Bagaimanakan pula cara untuk mendapatkan bekalan potassium dengan secukupnya?

  • Makanlah makanan yang berbijirin penuh, buah pisang dan pelbagai jenis sayur-sayuran dalam menu harian kita.

Bagaimanakah pula cara untuk mendapatkan bekalan kalsium dengan sebaiknya?

  • Pengambilan produk  tenusu yang rendah lemak berstatus seperti keju atau  susu rendah lemak, dadih dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Hampir dua minggu minum susu dan makan oat rasa macam minum air tanpa gula, makan tiada bubuh garam hee…

Apa menu sarapan pagi kawan-kawan pula? ;)

Share