Strawberry Bath Atasi Kulit Terbakar

Salam semua

Sekejap sahaja sudah masuk hari sabtu..

Hurm.. terasa ingin memanjakan diri? mau di ulit bagai tuan puteri hik..hik.. gelilah pula hati mendegarnya. Alahai.. Erm, apa kata kawan-kawan mencuba tips kecantikan Suri kali ini. Ianya khas untuk mengatasi kulit wajah kita yang terbakar akibat pancaran sinaran matahari yang terik.

strawberry-2c
Link: http://www.hiren.info/desktop-wallpapers/other-mix-pictures/strawberry-2c

Tahukah kawan-kawan selain dimakan ia juga mempunyai manfaat untuk memutihkan gigi, mengandungi kandungan vitamin C yang  mampu untuk menghaluskan kulit yang terbakar kerana sinar UV (SUNBURN).

Terfikirkah kawan-kawan biji-biji strawberi juga boleh digunakan sebagai scrub badan. Untuk mengetahui cara-cara tersebut, boleh ikutinya seperti di bawah:-

Bahan-bahanya:-

  1. 2 biji buah strawberi besar
  2. 2 cawan susu
  3. 1 sudu makan kacang badam
  4. 1 senduk makan biji gandum
  5. Air suam tab mandian

u17979835Link: http://www.fotosearch.com

Cara penyediaannya:-

  1. Masukkan kesemua bahan tersebut dalam mesin pengisar dan kisar sehingga semua bahan tersebut hancur dan sebati.
  2. Setelah itu larutkan ia kedalam tab mandian air suam yang telah disediakan tadi.
  3. Berendamlah dalam tab mandian tersebut sambil menggosokkan ia keseluruhan badan anda.

Haa.. apalagi jom ar kita mencuba sesuatu perkara yang baru ;)

Share

Pesona Warna Rossetto Labbra

Salam semua..

Entri ni khas untuk kaum hawa ;) .

Tapi kalu untuk kaum adam nak membacanya dan menjadikannya sebagai sumber ilmu apalah salahnya. Malah di alu-alaukan :) .. Manalah tahu lepas ni si dia akan lebih menyanyangi anda lagi hiii..

lipstik-logo

Baiklah.. Jom kita semak apakah yang Suri bawa bekala ilmu hari ini untuk sahabat semua ;) .

Tahukah sahabat semua warna lipstik yang berbeza-beza sebenarnya mempunyai satu kuasa yang menakjubkan. Ini kerana setiap warna mampu menampilkan wajah anda tampil berbeza dan akan tampak segar sekiranya anda bijak memilih lipstik dan menggunakan mengikutm struktur kulit wajah anda.

 

Berikut adalah sebahagian dari senarai tersebut:-

  • Merah jambu.
  • Akan membuatkan wajah anda kelihatan segar dan sesuai digunakan oleh semua jenis warna kulit.

 

  • Jingga.
  • Akan menjadikan wajah seseorang  itu lebih kelihatan eksotik dan sesuai digunakan oleh semua jenis warna kulit.

 

  • Coklat.
  • Akan membuatkan wajah seseorang individu tampak natural dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.

lipstik

  • Nude.
  • Bisa membuatkan wajah seseorang itu kelihatan pucat dan ia hanya sesuai untuk mereka yang berkulit putih atau sawo matang sahaja.

 

  • Plum.
  • Akan membuatkan wajah seseorang itu kelihatan “dingin” dan di gambarkan juga agak misteri. Sesuai pada mereka yang berkulit putih sahaja.

 

  • Merah.
  • Akan membuatkan wajah kelihatan lebih matang dan hanya sesuai bagi mereka yang berkulit putih.

 

Uik..tak semua perempuan suka pakai lipstik tau..hanya sebahagian sahaja yang berminat dengan benda alah ni… Suri tetiba pulak nak beli lipstik baru #$%!~?

 

p/s:Tunggu ya nanti Suri akan ke blog kawan2 semula. Tq semua sebab sudi jejak ke blog hamba yang serba kekurangan ni..

Artikel berkaitan: http://cahayacinta.com/?s=warna+lipstik

Share

Kenali Jenis-Jenis Rambut

Salam pagi.. ;) :)

Apa khabar sahabatku semua? Semoga kesihatan kalian dalam keadaan baik – baik hendaknya. Jika sebaliknya Suri cadangkan agar sahabat pergi ke klinik jumpa doktor ya.

Rasanya sudah lama Suri tak kongsikan tentang penjagaan diri dalam laman blog inikan. Hurm.. harini Suri nak mengajak sahabat-sahabat semua mengenali jenis-jenis rambut kita.

hair-color-washi

Jenis-jenis rambut manusia terbahagia kepada 4 bahagian:-

  1. Jenis rambut yang berminyak
  2. Jenis rambut yang kering
  3. Jenis rambut yang normal
  4. Jenis rambut yang berkombinasi

 

Huraian mengenai ciri-ciri dan permasalahan  rambut anda:-

Jenis rambut yang berminyak

Ciri-cirinya: Seperti rambut terus-menerus leper, kelihatan sedikit berminyak, tidak mengembang tetapi seakan berkumpul-kumpul di bahagian akar rambut. Selain daripada itu rambut yang jenis begini juga mudah sekali menjadi kotor dan melekit disebabkan tekstur rambutnya yang berminyak dan mudah melekat pada bahan-bahan di sekelilingnya.

Penyebabnya: Di dapati pada permukaan kulit kepala inilah terjadinya kelenjar akan bermula aktif dalam penghasilan minyak secara berlebihan. Hal yang lain juga mungkin terjadi akibat daripada tekanan yang di alami oleh seseorang, kekurangan zat, dan vitamin, tubuh anda yang terlalu mudah menghasilkan peluh dari badan di samping faktor keturunan juga turut mempengaruhi kejadian sebegini.

 

Jenis rambut yang kering

Ciri-cirinya: Kelihatan rambut seperti ini tidak bermaya, mudah patah atau pecah – pecah pada hujung pangkal rambutnya.

Penyebabnya:Berkemungkinan seseorang itu sering berenang di dalam air yang mengandungi sumber klorin, atau air laut masin, penggunaan syampu yang tidak sesuai, kerap melalui proses kimia pada rambut seperti mengkeritigkan rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut, memakai produk penataan rambut, sering melakukan blow atau disepit rambut dengan besi panas dan juga faktor keturunan turut mempengaruhi masalah rambut tersebut.

 

Jenis rambut yang normal

Ciri-cirinya:Kelihatan bercahaya, kuat dan tidak mudah patah seperti jenis-jenis rambut yang lain, bertekstur lembut serta mudah untuk didandankan.

Penyebabnya: Kerana faktor keturunan dan juga keadaan pengambilan zat makanan yang baik menjadikan rambut tersebut sihat bermaya.

 b378a8bb388717d2df16557f0f571121

Jenis rambut yang berkombinasi

Ciri-cirinya:Kulit kepala yang berminyak akan tetapi rambutnya bersuktur kering, kelihatan kusam, mudah patah. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila keadaan  rambut jenis ini akan mengalami proses pecah-pecah pada penghujungnya.

Penyebabnya:  Antara penyebab-penyebab utama yang turut menyumbangkan permasalah ini seperti rambut terlalu kerap mengalami proses kimia. Iaitu mengkeretingkan rambut, meluruskan rambut dengan alat pemanas pelurus rambut, pewarna dan sebagainya. Akibatnya hasil dari tindakan tersebuat maka akan menjadikan rambut itu secara tidak langsung akan menjadi kering.

 

Pstt!! Teringat masa dulu-dulu Suri temankan kawan nak luruskan rambut..  Maik aik bau dih ceh memeningkan kepala..terasa sungguh kepalaku ini di mayongkan hihihi… 

Kawan-kawan pernah mewarnakan rambut tak? ;)

Share

Ruler Mga Labi

Salam untuk teman semua.

Cuaca pagi memang menusuk hingga ke tulang ikan sum-sum. Bila air mencecah ke kulit terasa kesejukan bisa menggegarkan bibirku ini. Ceh! apa dah tak der maknanya.. Mandi cepat-cepat segalanya bagai, angkat air sembahyang terus solat gerenti 5 saat selepas itu badan kita akan kembali kepada suhu yang normalkan. Hurm… bukan ke solat tu menggerakkan tubuh kita secara keseluruhannya :) .

Baiklah tak mahu nak berpropaganda lagi harini kita buka buku pelajaran, kita belajar tentang persolekan penggaris bibir.

Bagi kaum hawa perkara ini mungkin dah sehati berdansa dengan lakaran tatarias mereka. Tapi bagi kaum adam kalu anda semua nak tahu apa salahnya. Sekarang zaman dah moden tak salah andai Suri katakan kebanyakan dari jejaka diluar sana tu dah banyak menempa nama dalam dunia fesyen, peragaan, andaman dan sebagainya. Jadi jangan pandang serong pada mereka-mereka semua ni yer hehehe.. ;)

Apa itu penggaris bibir?
Penggaris bibir merupakan satu tatarias berbentuk seperti pensil yang mempunyai pelbagai variasi warna-warna yang menarik mengikut kepadanan keinginan gincu bibir yang ingin di pakai oleh sipemakai agar warna gincu bibir yang digunakan akan tampak lebih menyerlah kepada penggunanya.

a_lip-liner

Penggunaan penggaris bibir juga bukan sahaja digunakan untuk mengelakkan bibir anda dari kelihatan comot tetapi tujuannya untuk menampakkan bibir anda kelihatan penuh, seksi dam mungil!

Apakah cara untuk kelihatan bibir anda nampak kemas?
Cara untuk kelihatan bibir anda nampak kemas sebaiknya anda digalakkan menggunakan warna penggaris bibir yang senada dengan warna gincu bibir anda.

Apakah akan terjadi sekiranya warna gincu yang di gunakan tidak sama dengan warna penggaris bibir?
Sekiranya warna gincu yang di gunakan tidak sama dengan warna penggaris bibir, maka berkemungkinan warna lipstik yang anda pakai akan mulai hilang, manakala tanda penggaris warna yang terang pula akan lebih tampak jelas kelihatan sedangkan lipstik anda pada waktu itu warnanya kian pudar. Sudah tentu ia akan nampak kelakar bukan..

Bagaimanakah cara pemakaian penggaris bibir yang betul?
-Mulakan dari bahagian tengah bibir anda.
-Setelah itu tarik penggaris bibir anda sehingga ke hujung sudut bibir.

tip-lips-new

Apakah cara yang paling sesuai sekiranya saya memiliki jenis bibir yang tebal?
-Sapuan bedak asas hendaklah digunakan sedikit pada bibir anda untuk menutupi bingkai bibir.
-Lakukan garisan dengan pensel bibir di dalam bingkai bibir dan applikasikan gincu anda seperti biasa.

tip-lips-new2

Apakah cara yang paling sesuai sekiranya saya memiliki jenis bibir yang nipis? -
-Anda dikehendaki melakukan garisan dengan pensel bibir di luar bingkai bibir anda.
-Selepas itu applikasikan gincu anda dengan sedikit tambahkan gloss pada bahagian tengah bibir.

Apakah cara yang terbaik untu menajamkan mata penggaris bibir?
Cara yang terbaik untu menajamkan mata penggaris bibir bagi memastikan penggaris bibir anda adalah dengan menyimpan penggaris bibir anda didalam peti sejuk selama beberapa minit.

Sumber Pic:
http://www.artemusbyserjame.com/html/mineral_makeup.html

http://www.silkycosmetics.com

Share

Mulusnya Si Pemerah Pipi

Salam pagi jumaat untuk semua warga bloger yang tegar. Jutaan terima kasih kerana anda masih sudi menyinggahkan diri anda disini. Tegarkah anda? anda sendirilah yang tahu jawapan tersebut :) jika tidak masakan anda sudi meninggalkan jejak tapak kasut tulisan anda disini.

Sungguhpun blog ini baru meranggkan ke separuh masa akhir namun Suri tetap akan menggagahkan diri juga untuk terus menjaringkan gol ilmu kepada anda demi minit-minit yang singkat kain ini ;) .

Ni dasar hati telah jatuh cinta pada mamad bebola bulat ke? hehee ya mungkin sekali. Baiklah Suri tak mahu nak buang masa. Hari ini Suri nak kongsikan tentang tips kecantikan berkenaan dengan pemerah pipi atau dalam bahasa englishnya di sahut sebagai Blusher.

Pemerah pipi atau blusher ini adalah sahabat setia kaum hawa. Haa.haa para lelaki jangan tak ambil tahu pula ya hehehe. Pada amnya pemerah pipi atau blusher ini di layarkan kepada dua bahagian tulang pipi kiri dan kanan si pemakain dengan hasil warna yang diinginkan. Lihat contoh seperti di bawah ya :-

applying-blush01

Ketika anda ingin mengoleskan pemerah pipi atau blusher ini ke pipi, anda digalakkan senyum ketika menyapu pemerah pipi tersebut ke wajah anda. Mengapa? Sebab dengan cara tersebut senyuman ini dikatakan mampu untuk menyerlahkan lagi kawasan tulang pipi anda yang menjadi daya tarikan fokus kepada wajah anda .

Bagaimana pula jika olesan atau sapuan tersebut tidak rata?
Setelah anda telah selesai mekap kedua belah bahagian pipi anda dan didapati sapuan tersebut tidak ada keserataan warna yang sempurna maka anda haruslah menggosokkan ia dengan menggunakkan tisu yang lembut. Sebab dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan warnanya yang pekat atau merah itu sedikit demi sedikit.

Taraa! lihatlah hasilnya ;)
how-to-apply-blush01

Suri setakat nak bersolek untuk diri sendiri lepas lee..hehehe tapi jarang le nak bersolek bagai kat luar rumah dosa besau wei kalu nasi dah di tambah lauk. Den ni dah kawin wakakaka..ka.. :) setakat bodak dengan pelembab bibir doh lee ;)

Anda suka si dia bersolek? apa pandagan anda tentang wanita yang bersolek ini? cantik, suka atau sedap mata memandang atau sebaliknya. Luahkanlah pendapat anda disini ya :)

Share