Maulidur Rasul_12 Rabiulawal 1433

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh syahadah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam isnin subuh yang indah,
Dua belas rabiul’awal yang cerah,
Dua puluh april tahun gajah,
Lahirlah zuriat dan syahadah.

Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya,
Lahirnya putra yang utama.

Muhammad nama diberi,
Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
Terima putra yang berbakti.

Keadaan yatim anak mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima junjungan mulia..

Salam Maulidur Rasul dari Suri untuk semua.

Share

Jabal Rahmah Simbol Cinta Adam & Hawa Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aaaa.. kisah Adam dan Hawa ramai yang meyangka ia sudah berakhir..

Sekian lama Adam dan Hawa terpisah. Akhirnya Allah mempertemukan dua hati ini di sabuah daerah bernama Arafah.

Di ruang yang luas padang Arafah mereka diketemukan dan di Mina jua dua insan ini hidup dalam kesenangan kerana dendam rindu sudahpun terubat.

Apakah erti Mina dan Muna kawan-kawan ?

Erti Mina dan Muna membawa maksud “bersenang”. Lantaran dari peristiwa tersebut maka Adam dan Hawa jugalah Mina mendapat namanya.

Mina

Dikhabarkan juga di Jabal Rahmah jua, doa – doa muslim muslimat sangat makbul hajatnya. Telah pun terbukit, sekiranya seseorang itu meminta jodoh di sana, Insyallah akan cepatlah dia berjumpa dengan jodohnya. Kerana disinilah pernah berlaku pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa. Bagi pasangan suami isteri, berdoa di Jabal Rahmah, insyallah akan bertambahlah erat kasih sayang antara mereka.

Begitulah hebatnya kasih Allah pada Adam dan Hawa sehingga sekarang dibina satu tugu sebagai sombol untuk mengabadikan pertemuan, cinta dan kasih sayang dua insan iaitu Adam dan Hawa.

-Wallahualam-

Sumber:Suraiya Pauzi_sprt di ceritakan Ustaz Haji Ahmad Irham. T, Pembimbing Haji dan Ziarah Al-Hussam, Makkah.

Share

Kisah Khalifah Dan Khadamnya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini Suri bercuti. Ikutkan seminggu bos bagi cuti hee tapi Suri cuma ambil hari jumaat sahaja. Kerja rumah menjadi rutin biasa sambil-sambil mengajar anak membasuh pinggan mangkuk, cawan di ceruk dapur memang satu perkara yang menyeronokkan!

Sambil memegang tangan dia kita boleh tiup buih sabun dekat muka diaa haa.. Haiye..bila mahu tidur ar tak senang nak update blog =======-=============== titik ni kerja dia yang tekan punat keyboard laptopku….1.15 tengahari dia tertidur…

Sementara dia lena buai omokan botol susu meh sini dekat-dekat mendegar kisah nan satu ini. Semoga memberi manfaat atau pengajaran buat kita semua bersempena hari yang mulia ini.

Setelah selesai menjalankan tugas pemerintahan, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pun masuk ke bilik untuk berehat. Namun cuaca pada hari itu terlalu panas sehinggakan menyebabkan baginda agak sukar untuk melelapkan anak mata seperti biasa walaupun dalam sekelip mata.

Akibat tidak tahan bila keadaan panas sebegitu maka beliau meminta bantuan dari kadamnya supaya mengipaskan untuknya. Tanpa banyak bicara lalu khadamnya pun mengipas tuanya sehingga menyebabkan baginda tertidur dengan begitu lena.

Sedang baginda di ulik lena maka baginda pun terjaga apabila mengetahui kepanasan badan pada waktu itu tidak sesejuk ketika dikipas sebelum ini.

Apa agaknya yang terjadi ya kawan-kawan?

Haa.. rupa-rupanya khadamnya telah tidur sekalilah heee..

Lantas baginda terlihat kipas itu di sisi khadam tanpa mengambil masa yang agak lama baginda pun mula mengipas khadamnya pula. Akibat dari tindakan baginda / khalifah itu berbuat demikian khadam pun agak terperanjat dan agak merasa serba salah atas perilaku khalifah itu.

Berkata khalifah pada khadamnya ” Tidak mengapa. Bukankah kamu juga seorang manusia yang sama seperti saya memerlukan kipas?”.

Petik aNIS 03_ubahsuai ayat_suri

Share

Jabal Rahmah Simbol Cinta Adam & Hawa Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jabal Rahmah merupakan satu-satunya bukit yang ada di Arafah. Jabal membawa erti “bukit” manakala Rahmah memberikan maksud “kasih sayang”. Jika di gabungkan menjadi Bukit Kasih Sayang.

Jabal Rahmah Simbol Cinta Adam & Hawa

Arafah pula membawakan satu istilah bermaksud “mengenal”. Ia sering menjadi sebutan dengan nama panggilan Arafah kerana di sinilah berlakunya sebuah peristiwa dalam sejarah islam detik pertemuan dan perkenalan Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka diturunkan ke bumi dari syurga.

Para jemaah haji berusaha menjejak kaki ke sana untuk berdoa.

Dikatakan Nabi Adam a.s diturunkan di India dan Hawa pula di turunkan di Jeddah. Nama tempat Jeddah membawa maksud “datuk perempuan” ia merujuk kepada Hawa. Hawa ialah datuk perempuan iaitu (nenek) kita yang di turunkan di Jeddah. Dari peristiwa inilah Jeddah mendapat namanya.

-Wallahualam-

Sumber:Suraiya Pauzi_sprt di ceritakan Ustaz Haji Ahmad Irham. T, Pembimbing Haji dan Ziarah Al-Hussam, Makkah. Ubah suai ayat_Suri.

Share

Cara Menghalau Syaitan Ikut Balik

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tahukah kawan-kawan ramai yang sedar atau tidak menyedari sebenarnya syaitan menyukai apabila seseorang itu berkeinginan ingin pulang ke tempat tinggalnya. Lalu hati yang gerun pasti akan merasai ketakutan sekiranya kalian tahu bagaimana rupa syaitan itu bukan. Namun alam realitinya kita tidak boleh melihat mereka tapi sebaliknya dia bisa melihat kita secara keseluruhannya.

Ingin tahu rupanya hati rasa berfikir campur aduk inikan pula ingin membenarkan dia menyongsong kita dari belakang! Baiklah bagaimana cara ingin menghalau syaitan selain dari entri Suri penghujung tahun 2011 menyarankan kawan-kawan membaca Surah Al-Baqarah.

“Ini di petik daripada hadis Said bin Abi Waqas ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh seseorang melaungkan azan apabila ia melihat jin atau syaitan”

Di sarankan juga membaca ayat Kursi sebelum masuk ke dalam rumah dengan membaca Bismillahir Rohmaanir Rohim dan mulai langkah kaki kanan terlebih dahulu dan baru di angkat kaki kiri.

Peringatan Suri untuk semua masuklah dalam rumah dengan rasa hati tenang dan ikhlas kerana Allah.

Kredit: Buku milik Suri “SYAITAN MUSUH KITA_Galeri Ilmu” ubah suai ayat oleh Suri.

Share

Ibnu Khaldun Pakar Sejarah & Sains Sosial Moden

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Agak lama juga Suri tidak menyingkap bahagian tokoh ilmuan islam. Sekitar 12 November, 2010 kita mencuba mengimbas siapa itu Al-Khawarizmi maka pada tahun ini apa kata kita mengenali lebih rapat lagi siapakah Ibnu  Khaldun.

Ibnu Khaldun.

Tentang Ibnu Khaldun.

Nama sebenar  Ibnu Khaldun ialah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn Al-Hasan ibn Khaldun. Manakala nama gelaran yang di beri oleh penduduk setempat Ibnu Khaldun.

Ibnu Khaldun dilahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Ibnu Khaldun berasal dari sebuah keluarga bangsawan yang berada. Di sebabkan keluarganya berkemampu dalam memberikan pendidikan yang baik terhadapnya maka ia merupakan satu ruang yang luas untuk beliau menuntut ilmu dalam bidang yang diminatinya.

Muka hadapan buku Al-Muqaddimah.

Meneroka Bidang Pendidikan.

Ibnu Khaldun mula mendapat pendidikan awal melalui bapanya yang mengajar beliau tentang asas-asas agama mencakupi ilmu Al-Quran, fiqah, hadis dan juga ilmu tauhid. Bukan itu sahaja malahan beliau juga turut di ajar menghafaz kalam Allah sejak kecil lagi.

Setelah Ibnu Khaldun menginjak dewasa beliau mula meningkatkan ilmu di dada dengan mempelajari linguistik bahasa arab seperti Nahu, Saraf, Usuluddin dan juga bidang kesusasteraan. Bahkan beliau juga sarat dengan menimba ilmu dengan Mantik, Sains, Falsafah, Matematik dan juga Sejarah dari beberapa ulama terkemuka pada zaman itu.

Isi di dalam buku Al-Muqaddimah hasil tulisan beliau.

Berguru Dalam Menuntut Ilmu.

Bukan mudah untuk mempelajari sesuatu ilmu tanpa ada seorang guru. Tahukah kawan-kawan beberapa orang guru yang pernah mendidik beliau antaranya:-

  • Muhammad bin Abdul Muhaimin
  • Abu Abdullah Muhammad bin Ibrahim al-Abla banyak mengajar ilmu tentang sosiologi, politik dan juga pendidikan.

Beberapa jilid buku-buku Al-Muqaddimah.

Sekitar Oktober tahun 1383 beliau telah membawa diri ke Iskandariah, Mesir. Di sana beliau banyak menghabiskan perjuangannya sebagai seorang guru dan juga pensyarah di beberapa buah Universiti. Salah satunya Universiti Al-Azhar. Bahkan Ibnu Khaldun juga pernah di beri peluang untuk menjawat jawatan Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas.

Ibnu Khaldun amat mahir dalam bidang pakar sejarah dan sains moden. Bukan itu sahaja malahan beliau juga turut mencapai beberapa kejayaan sepanjang kehidupannya dengan menghasilkan beberapa karya terpenting buat manusia kini antaranya:

  • Al-Muqaddimah.
  • Al-Ibbar mengetengahkan hal ekonomi dan sejarah.
  • Al-Ta’rif berkaitan dengan persoalan ekonomi.

Sumbangan Masa Depan.

  • Menghasilkan karya berunsurkan rohani, akhlak dan juga akal.
  • Dalam bidang ekonomi pula beliau menegaskan “bahawa rezeki yang sebaik-baiknya adalah apabila ia dibahagikan sama rata dan di belanjakan kepada perkara-perkara yang mendatangkan manfaat untuk manusia sejagat”

 

Share

Manfaat Puasa Bulan Muharram

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Akhirnya saat ini telah tiba bulan Muharram yang penuh dengan kenikmatan dan kesyukuran. Pagi indah ini Suri ingin mengajak sahabat sekalian untuk berpuasa bulan muharram moga-moga manfaat dan muhasabah dalam diri akan kita dapat perkasakan seuntuh yang boleh.

Berikut adalah petikan dari Riwayat Rasulullah s.a.w. baginda bersabda:-

“Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai  30 hari berpuasa.”

“Sesiapa yang berpuasa 10 Muharram maka Allah akan anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan di kurniakan pahala 10 ribu pahala haji dan umrah”.

Share

Rasulullah Senyum

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Walau isinya pendek harap sahabat semua ambil berat akan hal ini. Bab makan, minum, perbuatan dan sebagainya memang telah di ajar dalam peradaban islam sejak dahulu lagi. Di mana setiap apa yang kita lakukan dimulai dengan bacaan doa, kata pujian yang baik. Sebab setiap yang di sarankan itu terkandung dalam kalam Al-Quran benar-benar belaka.

Daripada Umayyah bin Mukhsyi, merupakan sahabat Rasulullah s.a.w., ada berkata: “Rasulullah sedang duduk bersama-sama kami, sementara ada seorang yang makan tanpa menyebutkan kalimah Allah, sehingga ke akhirnya makanan itu sehingga tinggal berbaki satu suapan. Apabila dia mengangkat suapan itu ke mulutnya, dia teringat lalu segera menyebut kalimah  bacaan Bismillah awal akhir

Maka Nabi s.a.w. tersenyum, kemudian baginda bersabda, ‘Tadi syaitan terus-menerus makan bersamanya. Apabila orang itu menyebut nama “Allah Azzawajalla, maka syaitan itu memuntahkan isi perutnya.”

Share

Doa Qunut

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selamat pagi jumaat sehari dua lagi kita bakal menyambut awal muharam. Terasa masa begitu cepat berlalu. Saat ini hati mula berdetik tentang pelajaran ustazah atau ustaz satu ketika dahulu.

Masih ingatkah kita akan pelajaran agama islam dalam subjek KAFA. Selalunya pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima wajib mengambil ujian ini sebab dalam kontest ini subjek KAFA akan dimasukkan dalam senarai keputusan peperiksaan kelak.

Tidak mahu bercerita panjang lebar salah satu bacaan yang wajib kita harus baca di depan ustazah atau ustaz pada masa itu ialah Doa Qunut. Jangan tidak tahu antara doa yang paling panjang untuk di ingat dan hafal dalam kepala huhu..  Kalau dapat ustazah atau ustaz yang tidak boleh salah sikit memang kes korang wajib ulang tayang semula sampai tiada langsung kesalahan yang bakal mereka temui heee..

Jom kita semak bacaan doa qunut bersama-sama. Mana tahu sepanjang kita menunaikan solat subuh ada satu dua ayat kita tersalah sebut huhu..baik di baiki dari di biar begitu sahaja memang tidak sahlah solat dan bacaan kita.

Doa Qunut bacaan kanak-kanak.

Doa Qunut bacaan orang dewasa.

Share

Persinggahan Yang Ditakuti Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jumaat yang mendamaikan..Pada yang membaca entri dua minggu yang lepas hari ini Suri membawa kesinambungnya bahagian kedua. Tanpa membuang masa mari sama-sama kita menghayati isi yang ingin Suri ketengahkan.

Ibnu Abbas r.a dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa para arwah akan di soal di dalam kubur setelah kematian mereka. Sayidina Ikrimah Maula Ibnu Abbas juga menyebutkan bahawa manusia penghuni kubur akan di tanya tentang keimanan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan persoalan-persoalan tauhid yang lain.

Mereka akan menjawab mengikut keadaan bagaimana mereka mati  (akhir kehidupan). Sama ada mati dalam keimanan, kekufuran mahupun ragu-ragu (syak). Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih menetapka lidah, jiwa dan sikap kita di atas iman dan Islam.

Sayidina Usman ibni ‘Affan dalam sepotong ayat hadis meriwayatkan: “Bahawa (cara dan perbuatan) Rasulullah s.a.w. selepas mana jenazah selesai di kebumikan, ialah baginda duduk di (sisi) kubur itu dan bersabda  “Mohonlah keampunan ke atas saudaramu ini,dan berdoalah agar dirinya (imannya) ditetapkan (Allah), kerana sesungguhnya dia sekarang sedang disoal (oleh para Malaikat).” Riwayat Abu Daud).

Di dalam keterangannya yang lain, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa setelah si hamba (mayat) di tinggalkan keluarganya, maka datanglah dua malaikat kepadanya lalu bertanya mengenai Muhammad s.a.w yang diutuskan Allah.

Ia menjawab, “Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan Rasul Allah.” Dikatakan padanya: “Lihatlah tempat tinggalmu di neraka (pada asalnya), kini telah Allah gantikan tempat persinggahan di dalam syurga pula.” Nabi s.a.w. menyambungnya: Ia (si mukmin) dapat melihat kedua-duanya sekali.”

Manakala si kafir atau munafiq akan mengatakan: “Aku tidak tahu apa-apa… Aku akan mengatakan apa yang dikatakan orang.” Maka dikatakan kepadanya:”Kamu (memang) tidak tahu dan tidak pernah membaca apa-apa”, kemudian ia pun dipukul dengan penukul besi di antara kedua telinganya (tengkuk atau mukanya) dan ia pun meraung kesakitan.

JERITAN.. didengari oleh sekalian mereka yang ada di sekitarnya kecuali Ath Thaqalain (para jin dan manusia).” (Riwayat Bukhari dari Anas bin Malik)

Inilah kejadian-kejadian yang bakal berlaku dalam siri kehidupan kita. Tiada yang akan selamat dari kehinaan dan kecelakaan dunia dan akhirat melainkan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa.

Share