Matamu Menggodaku..

Salam pagi semua..

Hooo.. hoo gila kentang potato mataku tidak tidur sehingga saat ni ..

Gilo ko apo ko ni mie..

5.21 pagi ajer tak der kerja ko update blog..

Besok terus bangun dalam keadaan mamai punyai..persis kena manderm … manderam tu apa?? hik..hik..hik..

ragdoll-cat-eyes-1 (1)Sumber:http://www.pictures-of-cats.org/ragdoll-cats.html

Suka kucing..tapi tak makan kucing hiii. Hari ini Suri ada fakta yang ingin disampaikan pada kawan-kawan semua bahawa kucing sebenarnya memiliki pandangan yang cukup terang ketika berada dalam suasana gelap.

Jika begini tak payah beli lampu suluh ar..jadikan kucing sebagai gantinya hiii.. kos pun jimat. wang pun boleh buat belanja si dia heee..

Selamat berhujung minggu semua :)

Share

Porpoise vs Dolphin

Salam semua..

Indahnya laut andai kita dapat meneroka ke dasar perutnya..

Lagi jauh dan dalamnya kita selam akan membuatkan kita leka pada keindahan di sekelilingnya ;)

White Dolphin

Sumber: http://www.fleckensteins.com/Dolphins/White%20Dolphin.jpg

Pernahkan kawan-kawan melihat ikan lumba-lumba. Erk.. tapi bukan merempit komen dengan mereka ya. Ikan lumba -- lumba dalam bahasa english dipanggil sebagai porpoise yang merupakan sejenis ikan kecil dalam keluarga Phocoenidae.  Spesis ini saling berkait rapat dengan ikan paus dengan dolfin.

 

Cetacean teeth

Sumber: http://ceredigionbirds33.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Tahukah kawan-kawan rupanya hampir sama dengan dolfin. Tapi perbezaan utama yang amat ketara antara mereka ialah muncung ikan lumba-lumba lebih pendek dan memiliki bentuk gigi jenis leper. Manakala gigi dolfin pula berbentuk kon!

Lihat betapa bijaknya mereka guna ‘tick’ bagi mendapatkan ikan

Youtube: Smart Dolphin

Rasa terjun dan join sekaki heeee ;)

Youtube: Surrounded by porpoise

   
   
   
   
   
   
   
Share

Disebalik Nama Cartesan

Salam petang…

Mataku mengantuk.. Kerjaku menimbun sebakul.. 

Rasa nak berdiri dan junjung semua fail atas kepalaku :(  huu.. mana tahu bijik anak mata ini akan terbukak luas huuu.. ;)

Tahukah kawan-kawan Perkataan “cartesan” sebenarnya berasal daripada nama seorang ahli matematik yang berbangsa Perancis.

250px-Cartesian-coordinate-systemSumber: http://www.floatingorigin.com/mirror/Cartesian_coordinate.html

Cartesian_1

Sumber:http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Cartesian_1.png

 

Nama: Rene Descartes.

Rene_Descartes
“Portrait of René Descartes (1596-1650).” René Descartes From Wikipedia, the free encyclopedia.
Web. 12 Oct 2010.

Tarikh lahir: 1596/03/31
Tarikh kematian: 1650/02/11
Tempat lahir: La Haye, Touraine, Perancis
Kebangsaan: Perancis
Kategori: Angka Famous
Dikreditkan sebagai: ahli falsafah dan ahli matematik, Sistem koordinat Cartes, geometri Analitik

Sumber:http://www.browsebiography.com/bio-ren_descartes_en.html

Nama perkataan bagi cartesan diwujudkan apabila pada suatu ketika beliau sedang sakit dan terbaring di atas katil, beliau ternampak labah-labah pada atas siling rumahnya. Akhirnya beliau bercadang untuk menggunakan dua garis nombor yang berserenjang untuk menentukan kedudukannya sesuatu unjuran.

 

 

Share

Burung Emu

Salam ceria semua :)

Hujung minggu datang lagi :) . Santapan pagi untuk menu harini Suri sajikan entri seperti biasa :) . Menarik tentang burung Emu membuatkan Suri tercari-carin info tentangnya.. Dari fakta terus merebak menjadi satu enrti yang cukup panjang heee panjang ker? tak kan hiii..  ;)

Apa yang Siri study dalam bab ni jom kita baca dan lihat gambar sama-sama :)  

Emu

Tengok mataku tau!

Pernakah kawan-kawan mendengar nama burung emu?

Burung Emu atau spesisnya dikenali sebagai Dromaius novaehollandiae merupakan burung asli yang terbesar  dari  benua Australia. :)

Tahukah kawan-kawan  Burung Emu adalah burung yang tidak terbang kedua terbesar di dunia, iaitu selepas  burung ratintya (palaeognaths) dan burung unta.

260px-Emoe

Dari jauh burung emu mencari ketenangan.. hihi..

Burung emu ini merupakan ahli keluarga tunggal dalam genus dromaius yang masih wujud sehingga kini. Namun begitu subspesies emu yang hidup di Tasmania telah pupus sejak sekian lamanya akibat dari penempatan orang Eropah di Australia sekitar tahun 1788 telah melenyapkan spesis burung ini membiak dengan lebih banyak lagi. Bukan itu sahaja malahan taburan burung-burung emu di tanah besar di Australia juga kini turut terjejas akibat daripada kegiatan-kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

emu-nest

Burung emu menjaga telurnya

Pada suatu ketika, banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia tetapi kini, burung ini jarang didapati di sana; sebaliknya perkembangan dalam sektor pertanian dan pembekalan air untuk penternakan di kawasan pedalaman benua ini telah menambahkan tempat kediaman burung Emu di kawasan-kawasan yang kering :) .

Burung Emu masih banyak terdapat di tanah besar Australia, walaupun burung ini mengelakkan kawasan-kawasan yang penuh sesak atau terlalu kering, serta hutan-hutan padat.

eggg emuLihat telurnya besarkan ;)  

Ciri-ciri burung emu

  • Mempunyai bula badan yang berwarna coklat.
  • Burung ini boleh mencapai ketinggian dua meter. Manakala beratnya pula sekitar 45 kilogram. 
  • Burung emu ini berupaya berjalan dengan jarak  perjalanan yang panjang, serta boleh memcari makanan dalam pelbagai makanan dari tumbuh-tumbuhan sampailah ke serangga. 
  • Pada kebiasaannya burung emu ini di ternak bagi mendapatkan hasilnya seperti daging untuk menu makanan yang tertentu, minyak sebagai penawar mengubat luka dan kulitnya dikormersialkan.

Emu__Chicken_Egg_001

Lihat perbezaan antara telur ayam dengan telur burung emu

Uniknya burung emu ini:-

  • Telurnya gelap hijau hitam
  • Telur dieram oleh yang burung emu jantan.

Faktanya yang Suri jumpa kat sumber bacaan mengatakan ” burung emu ini tidak boleh berjalan mengundur “

 

 

Melihat ia dari dekat

 

Burung emu berlari

Sumber gambar:

carlhavenemufarm.com,http://www.southeasternoutdoors.co,marylandemu.com,http://blather.net,

http://www.alexleow-kimmy.com

entrance

Pada 11/12/2010 kami sekeluarga pergi Zoo Negara Kuala Lumpur wah memang best hoo.. macam-macam binatang ada :) Hujung minggu ni kawan-kawan tak kemana2 ker?

Share

Meu Cabelo

Salam pagi semua..

Harini lewat posting entri sebab dok tercegat bagai tugu negara kat depan Eon Bank untuk bayar pinjaman MARA huhu..Entri permulaan untuk bulan disember ini pendek sahaja. Ianya berkisar tentang pertumbuhan dan penjagaan rambut.

Tahukah kawan-kawan rambut yang sihat selalunya akan tumbuh dengan baiknya sekitar 2.5cm pada setiap bulan.

MEU_CA~1

Bukan itu sahaja malahan pertumbuhan rambut juga turut mempengaruhi keadaan persekitaran di sekeliling kita. Rambut akan tumbuh dengan sempurnanya sekiranya ia terdedah kepada udara panas berbanding dari udara sejuk.

Walaubagaimanapun Suri tidak menggalakkan sahabat mencuci rambut dengan menggunakan air panas kerana ia boleh menyebabkan helaian rambut sahabat akan menjadi cepat kering dan bertambah kusam.

 

Sesenduk Ilmu: Meu Cabelo-Membawa maksud “rambut ku” dalam bahasa Portugal

 

Jika di beri pilihan sahabat suka stail rambut yang bagaimana?

Share

Kejadian Pasir Jerlus

As-salam sebagai pembuka kata..

Selamat pagi untuk semua semoga hari ini lebih manis dari semalam ;)

Rasa rindu mula bergelora kala fakta sudah lama tidak di sapa.. Kali ini Suri selogkar pula tentang kejadian pasir jerlus dilaman maya. Semoga sedikit penyampaian bicara buat manfaat untuk semua :) .

Fakta:

“Kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat sebuah kaki daripada pasir jerlus dengan kelajuan satu sentimeter per saat sama dengan kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.”

quicksandtm
  
Apa itu pasir jerlus?
Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak ), tanah liat dan air masin.
Pasir jerlus ialah bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti “gel”) tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.
 
Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi.
 
 
Terdapat dua situasi yang memungkinkan pasir jerlus berlaku iaitu:
1.Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti
menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung.
 2. Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air,sepanjang tebimg sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai.
  
  
Langkah Keselamatan Terhadap Pasir Jerlus
  • 1.Ketika anda berada di kawasan lembap seperti di persisiran pantai, paya dan sungai atau berada di kawasan di mana mata air bawah tanah berbuih keluar, kemungkinan pasir jerlus berada di situ amat tinggi.
  • Jadi anda janganlah hanya melihat sahaja tetapi bergerak sedikit langkah dan rasakan keadaan tanah. Jika tanah yang dipijak agak lembik, berundurlah ke belakang secepat mungkin. Pasir jerlus biasanya mengambil masa 1 hingga 2 saat sebelum ia mencair.

 

  • 2.Oleh sebab badan manusia kurang tumpat berbanding pasir jerlus, anda tidak akan tenggelam melainkan jika anda panik dan menggapai-gapai tubuh badan secara kekerasan (menyebabkan pasir jerlus menjadi lebih cair) atau dibebani oleh sesuatu barang.
  • Jika kamu merasakan bahawa kamu berada di atas pasir jerlus dan memakai barang yang berat (khususnya beg), segera lemparnya keluar. Jika mampu menarik keluar kasut yang dipakai adalah dibenarkan (khususnya kasut yang mempunyai tapak yang rata dan tidak mudah dibengkokkan seperti kasut  but yang menghasilkan tarikan dan menyukarkan anda untuk timbul ke atas).Sebagai langkah keselamatan, kamu perlu menukar kasut yang lebih sesuai atau berkaki ayam jika berada di kawasan lembap.
  • 3. Tubuh badan manusia mempunyai purata ketumpatan 62.4 paun sekaki padu(64.4 paun/kaki³). Pasir jerlus mempunyai ketumpatan kira-kira 125 paun/kaki³ (2 g/cm³) yang lebih tumpat berbanding air yang mempunyai ketumpatan purata 65 paun/kaki (1 g/cm³) yang bermakna seseorang itu boleh mudah terapung atas pasir jerlus berbanding air.
  • Jika anda disedut ke dalam pasir jerlus, anda perlu bertenang supaya keapungan tubuh badan stabil dan membolehkan anda terapung perlahan-lahan.

 

  •  4.Tarik nafas sedalam-dalamnya. Perbuatan tersebut bukan hanya membantu menenangkan anda tetapi ia juga membuatkan anda lebih mengapung. Jadi anda tidak akan tenggelam kerana paru-paru anda penuh dengan udara.

 

  • 5.Jika anda tenggelam separas tulang pinggul atau lebih tinggi daripadanya, bengkokkan ke belakang.
  • Lebih banyak berat anda dilepaskan keluar semakin sukar untuk tenggelam. Timbulkan sementara anggota belakang anda sementara anda cuba menarik keluar kaki secara perlahan dan berhati-hati. Setelah kaki anda sudah dibebaskan, anda mungkin boleh menjarakkan diri anda dengan cermat menggunakan lengan anda secara pelahan-lahan dan dengan lancar menimbulkan anda. Jika anda berada berhampiran pinggir pasir jerlus, anda boleh berguling-guling sehingga ke daratan yang keras.

 

  • 6.Batang kayu bukan sahaja dapat mengesan kehadiran pasir jerlus tetapi mungkin boleh membantu jika menghadapi situasi disedut pasir jerlus.

quickdiagram

  • 7.Jika anda merasai kaki anda tenggelam, cepat-cepat letakkan batang kayu secara mendatar atas permukaan pasir jerlus di belakang anda. Deburkan anggota belakang anda atas batang kayu tersebut. Selepas beberapa minit, anda dapatkan keseimbangan dan anda tidak akan tenggelam. Ambillah batang kayu tadi dan letakkan secara menegak di bawah tulang pinggul anda.
  • Batang kayu ini dapat mengelakkan tulang pinggul anda daripada tenggelam, jadi anda boleh menarik keluar salah satu kaki anda diikuti kaki di sebelahnya. Imbangkan anggota belakang anda dengan lengan dan kaki anda mencecah permukaan pasir jerlus sepenuhnya dan gunakan batang kayu tersebut sebagai panduan. Gerakkan batang kayu tersebut demi selangkah dan selangkah sehinggalah hampir ke tanah yang keras.

TIPS:

Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.Teknik ni takkan dapat diketahui keberkesanannya jika anda tidak mencuba. Semakin banyak anda meronta…semakin dalam anda disedut.Percayalah!

Sumber:www.mysarawak.org

 

Share

Ku Mohon Janganlah Bersedih..

Selamat pagi semua.

Mulakan dengan sekuntum senyuman macam ni :) .

Jika di beri pilihan sahabat suka gembira atau berduka? Pilihlah yang mana satu Suri yakin pasti sahabat berpihak pada kegembiraan bukan. Sapalah yang tidak mahu hidupnya di selubungi kabus gembira sepanjang hari. Dan kalau boleh kita tidak mahu kisah suka-duka terpalit dalam dairi kita walau seinci disepanjang denai ini sebab ia sedikit sebanyak akan mencoretkan hati kita yang sedang terserentak dilamun mimpi.

Tapi janganlah kita salahkan diri mahupun orang di sekeliling kita sebab apa setiap yang terjadi itu punyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Kita janganlah marah-marah, membentak kata itu ini tidak baik tapi kita haruslah berfikiran jauh bahawa jika kita tidak melalui semua itu mana mungkin kita akan mendapat pengajaran..pelajarn dari perkara-perkara tersebut.

hate-girl-sad-suicide

Think positif  okeY. Jadilah sebagai seorang hamba yang  tahan akan ujiannya supaya kita sedar kita sebenarnya mampu untuk melangkah setabah itu lagi..

Haaa.. Suri ada sesuatu yang hendak dikongsikan kepada anda semua supaya anda tidak akan berupaya untuk bersedih kembali. Apakah rahsia di sebalik sedu -sedan itu. Ayuh kita baca sama-sama ya.

Kenapa kita tidak digalakkan bersedih?

  • Sebab rasa sedih boleh menyebabkan kehidupan kita akan suram. Paling kuat pun jika mood sedih pagi ini kurang baik maka pasti anda telah setkan dalam otak bahawa sepanjang hari ini adalah hari yang tersedih buat diri anda secara totalnya.
  • Motivasi diri kita di pejabat akan turut menurun. Buat kerja pun macam mahu dengan tidak sahaja. Sebab saban waktu memikirkan kesedihan yang tidak berkesudahan itu.
  • Kurang ambil perhatian pada penampilan diri. Secara tidak langsung raut wajah yang ayu, macho akan jadi cam ikan masin..suram mambang.. lama-lama akan jadi cepat tua. Sebab orang yang selalu mengalirkan air mata ini hampir keseluruhan wajah dia turut mempengaruhi otot-otot muka mereka.

Anime Sad

Pergerakan apakah yang boleh membuatkan otot-otot kita berasa sedih?

  • Tahukah sahabat-sahabatku semua sekiranya hati anda sedang di himpit kesedihan bahagian otot di leher anda  secara tidak langsung akan turut mengerut.
  • Manakala kelenjar liur pula akan mengeluarkan sejenis cairan yang berbentuk kental ekoran dari perjalanan gerakan aktiviti tersebut.
  • Bukan itu sahaja bahkan sahabat jua akan mencuba menelan air liur berkali-kali akibat dari sedu sedan yang telah anda lakukan.
  • Apabila anda mengalirkan air mata dengan melakukan tindak balas seperti memejamkan mata anda secara buka tutup buka tutup salah satu kelenjar di bahagian mata anda akan mula mengelurakan air mata tanpa perlu di sekat lagi.

 

Apakah pula tanda-tanda yang secara tidak langsung turut mempengaruhi wajah seseorang yang sedang suram itu?

  • Antara tanda-tanda yang bakal terlihat pada wajah yang suram adalah kening, mulut, pipi, rahang anda akan mula mendapat tindakan refleksi seperti mengerut atau turun, bibir akan mula terkatup rapat, hujung mulut tertarik ke bawah, serta kelopka mata jua turut mengendur.
  • Secara keseluruhannya bahagian muka anda akan kelihatan mengerut, seperti seolah-olah ia menutup diri anda dari terus mengasingkan diri dari menikmati dunia luar .
  • Ia juga dapat di gambarkan keadaan anda seperti kepala anda akan mula terkulai lesu sambil bahu pula akan mula jatuh tanpa anda sedari sendiri.

 

Entriku panjang.. Korang bosaN ke??

Share

Wolffia Bunga Yang TerKecil Di Dunia

Salam..

Oooopss! ni bukan world of fifa tapi kali ini punya prakata yang lain iaitu  Wolffia.

  • Tahukah kawan-kawan apa itu Wolffia?
  • Wolffia adalah sejenis kuntuman bunga kecil yang pernah tumbuh hidup subur dikawasan tanaman air.

 

Wolffia-Angusta-smallest-flower Inilah rupa Bunga Wolffia.

  • Apakah nama lain bagi bunga Wolffia ini?
  • Nama lain bagi bunga Wolffia ini juga dikenali sebagai watermeal.

 

  • Bagaimanakah spesisi ini mudah tumbuh?
  • Spesis Wolffia ini mudah tumbuh dan mengembangkan bilangannya dengan adanya sumber air yang mencukupi untuk terus berkembang dan membiak.

 watermeal

   Wolffia /watermeal tumbuh dikawasan air.       

  • Berapakah ukuran yang biasanya  dapat dicapai oleh bunga terkecil ini?
  • Ukuran yang biasanya  dapat dicapai oleh bunga terkecil ini adakah dalam 0.3mm sahaja.

 

  •  Cara apakah cara yang paling baik untuk kita melihat bunga sekecil 0.3mm dengan lebih jelas lagi?
  • Pada kebiasaannya bunga sekecil 0.3mm hanya boleh dilihat melalui cetusan mikroskop.

 

Huu, sungguh indahkan dunia ini tak sangka bunga sekecil ini memang cukup menarik di tepian air.. :) Alahai rasa nak ketamnlah pulak..

Share

Tika Fakta Mula Tecipta

Salam semua.

Semilir angin membawaku kesini lagi lalalala…

Harini kita belajar tentang fakta ya. :) Rasanya dah terlalu lama kita tidak menyemak fakta-fakta yang menarik. Apa kata harini kita mengenalinya lagi.

vvideo tape

Tahukah kawan-kawan perakam video yang dibuat pada sekitar tahun 1959 mempunyai saiz sebesar piano.

Semasa anda sedang memandu kenderan cuba elakkan dari memusing stereng kereta anda tanpa keperluan ini kerana setiap kali kawan-kawan berbuat demikian, ia akan menyebabkan penggunaan petrol.

Hasil kajian saintus di Hospital Universiti Yunani, Athens menyatakan untuk mengurangkan kesan rokok dalam pembuluh darah, seseorang itu perlulah meneguk segelas anggur merah.

gigi

Pakar gigi Tyne’s School Of Dentak Scienes telah menyarankan pada pengguna yang selalu menggosok gigi agar jangan menggosok gigi anda dalam tempoh yang terlalu lama kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan mulut anda kelak. Tabiat seperti ini sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi yang kekal selain mampu untuk memindahkan bakteria.

Lelaki yang sering kali menjadikan minuman alkohol sebagai rutin harian mereka,  sebenarnya golongan ini berpotensi untuk mendapat penyakit kanser usus sebanyak dua kali ganda lebih teruk daripada orang yang langsung tidak mengambil alkohol.

Sumber Pic:

http://leoville.vox.com & http://faculty.ksu.edu.http://www.mccullagh.org

Pstt!! kat opis Suri banyak kerja ada siapa-siapa boleh bantu hihihi.. ;)

Share

Kebaikan Asid Folik Sebelum Dan Semasa Hamil

Salam pagi buat semua.

Harap-harap harini semua sahabatku -sahabatku dalam keadaan yang penuh bertenaga untuk memulakan tugas harian kalian seperti biasa.

Baiklah Suri tak mahu membuang masa hanya nak kongsikan beberapa info kehamilan buat para ibu yang sedang menjalani saat kehamilan sehingga ke saat ini. Apakah maklumat tersebut ayuh kita baca sama-sama ya ;)

Asid folik atau “folic acid” merupakan kumpulan dalam vitamin B dimana ia berfungsi sebagai agen dalam pertumbuhan dan pembinaan sel-sel didalam tubuh badan manusia.

Asid folik ini wajar di ambil dalam kuantiti 400 mg setiap hari terutama pada ibu yang sedang hamil  dan juga buat bakal-bakal ibu yang merancang untuk kehamilan yang seterusnya.

kejadian-janin-b4

Menurut  kajian kepentingan asid folik ini dapat membantu pembentukan saraf dan otak bayi semasa bayi tersebut berada didalam kandungan ibunya, sebelum dan semasa wanita itu mengandung.

Tahukan anda sebenarnya ramai wanita yang diluar sana tidak tahu dengan kebaikan penambahan  asid folik ini sebenarnya mampu untuk mengelakkan janin atau bayi mereka  dari terkena simptom kecatatan bayi yang di panggil   “Neural Tube Defect atau NTD”.

Menurut kajian dengan pengambilan asid folik ini akan dapat membantu mencegah kecacatan bayi adalah dalam lingkungan 50% ke 70% kenungkinan dari ianya berlaku.

Para Saintis tidak pasti bagaimana asid folik dapat membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak bayi, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi tersebut. 

Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung.

Pemgambilan asid folik adalah perlu namun anda perlulah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

FAKTA:

Tahukah rakan-rakan selain mendapatkan adis folik dalam bentuk tablet rakan-rakan juga boleh memperolihi asid folik ini melalui sayur – sayuran seperti sayur brokoli dan buah avakado. :)

Sumber:http://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/about.html 

p/s:Pengubah suaian ayat telah dilakukan mengikut kefahaman Suri.

Share