Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia..
Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia..
Tahun ini juga kita menyambutnya serentak dengan hari kemerdekaan negara kita yang ke-54 tahun. Syukur Alhamdulillah kita masih dapat menikmati saat kemanisan, kegembiraan itu dengan lebih sempurna. Moga-moga kemerdekaan kita akan berpanjangnya hendaknya. Amin
Rindunya saat telinga ini masih terngian-ngian akan satu lagu ini. Seingat Suri lagu ini sering berkumandang pada setiap hari isnin sebelum perhimpunan bakal dimulakan. Usai menyanyi barulah kami mendendangkan lagu negeri Melaka pula.
Begitu juga sehingga menginjak ke sekolah menengah alunannya tetap sama. Keset yang kami dengar rentaknya tidak pernah berubah walau sedikit pun.

Sungguhpun begitu banyak lagu yang diputarkan di media elektronik Suri lebih menyukai lagu nan satu ini. Kata orang hangpa nak lemparkan kata-kata apa pun lagu ini tetap menjadi kegemaran Suri heee..
Lagu apa ini Suri?
Lagu Negaraku. Inilah lirik lagu yang Suri maksudkan mempunyai seni kata yang mendalam, lirik yang begitu ringkas dan mudah untuk di ingat.
Lagu Negaraku
Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.
Disamping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.
Lirik lagu Negaraku.
Negaraku..
Tanah Tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagian Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Sumber Arkib Negara Malaysia