Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Petang ahad ini ingin Suri kongsikan satu fakta buat kita renungkan dan fikirkan bersama-sama..
Anak yang selalu dimarahi, diherdik, ditengking akan mudah merasa rendah diri.


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Petang ahad ini ingin Suri kongsikan satu fakta buat kita renungkan dan fikirkan bersama-sama..
Anak yang selalu dimarahi, diherdik, ditengking akan mudah merasa rendah diri.


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Pada entri yang lepas Suri ada mengatakan asyik berlunantoskan anak. Kali ini Suri berpeluang berkongsikan pengalaman itu bersama kawan-kawan semua.
Masih ingatkankah kita akan kain lampin yang berwarna putih dan bercorak-corak tu. Selepas era moden sikit bertukar pada pelapik getah yang menyaluti kain lampin setelah itu diakhiri dengan mencucuk pin besar keatas kain lampin tersebut.
Itu kisah dahulu sekarang punya hot moden telah ditukarkan kepada kain lampin moden yang mudah di selenggarakan, menjimatkan wang di samping menyelamatkan bumi kita dari bahan-bahan yang sukar untuk di pupuskan.
Perbezaan lampin kain moden jenis velcro dan snap button (butang) Gambar dari blogspot mystylobaby.com
Cara penggunaannya:-
1) Buka kain lampin moden anda seperti rajah di atas (bahagian ketiga).
2) Masukkan insert. Anda akan dapati ada poket kecil dibahagian dalamnya.
3) Laraskan butang yang terdapat pada kain lampin moden tersebut. Lihar rajah ehsan dari sumber google seperti dibawah:-
Saiz s- butangkan barisan butang yang pertama (dari bawah) di bawa ke baris butang ke-3
Saiz L-Tidak perlu dibutangkan. Walaubagaimanapun ia bergantung pada tubuh bayi anda. Sekiranya longgar maka anda haruslah butangkan agar cecair air kencing atau najis tidah jatuh.
Sedia di pakai untuk bayi anda dan jangan lupa butangkan bahagian kiri dan kanan bahagian atas lampin kain moden agar ia berpadanan dengan saiz pinggang bayi/kanak-kanak.
Sekian kelas kita untuk minggu ini hee…
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Anakku demam..nak berblog pun rasa tak senang. Mujur sudah di beri makan, susu di popok punggungnya dia pun tertidur. Lama gak tangan ini berhenti menepuk mungkin berkali-kali di tepuk tangan pun low baterinya..
Alahai dia terjagalah.. meraba-raba mencari tanganku..dia minta popok tang paha pulak. Oh tidak mengapa apa sahaja akan cuba ku turuti asal dia selesa sebegitu.
Apakah genjala-genjala yang menandakan anak anda deman?
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Selamat datang ke bulan jun terasa masa dan bulan berganti sungguh cepat sekali. Saban hari dok memangkah kotak tarikh dalam kalender sedar dengan tidak kita telahpun menginjak ke pertengahan tahun.
Pernahkan kawan-kawan membeli pil vitamin C untuk si manja? prihatinkah anda tentang setiap produk keluaran vitamin C tersebut sebenarnya kita harus meneliti beberapa ciri-ciri yang penting perlu dititikberatkan.
Sumber: http://www.theepochtimes.com/n2/content/view/3333/
Baiklah Suri tidak mahu membuang masa. Di sini Suri sediakan maklumat yang ingin dikongsikan pada kawan-kawan semua. Berharap dapat membantu ibu bapa memilih makanan tambahan untuk anak-anak dengan lebih teliti lagi.
Sumber: http://www.pharmachoice.com.my
jOM BeLI =)
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Membeli kasut merupakan saat-saat yang terindah bagi setiap ibu bapa lebih -lebih lagi kasut yang bakal dibeli merupakan kasut anak yang pertama dalam keluarga tersebut.
Pada kebiasaanya keterujaan sebegini akan mula terbit pada saat anak-anak tersebut pandai merangkak..belajar berjalan dari setapa ke dua tapak..
Sumber: http://theardentsparrow.blogspot.com
Tahukah kawan-kawan dalam setiap pemilihan kasut mempunyai beberapa panduan yang harus di ikuti bagi memberikan keselesan kasut pada si manja anda. Berikut Suri senaraikan tip mudah untuk anda memilih dan membeli kasut bayi:-
Sumber: http://www.treats4chicks.co
Sumber: http://theardentsparrow.blogspot.com
Pstt!!! Harga kasut yang dibeli tidak semestinya mahal memadailah ia mampu melindungi kaki bayi dengan sebaiknya. Belilah kasut yang berkemampuan supaya ia tidak membebankan belanjawan anda
.
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan bahayanya penggunaan botol susu polikarbonat. Sebagai ibu bapa yang amat perihatin akan permasalah tersebut sudah tentulah ia amat merugsingkan kita untuk menanganinya.
Sekiranya anda memiliki bilangan anak yang ramai sudah tentu untuk menukarkan botol susu polikarbonat kepada kepada botol susu bayi bebas bisphenol A (BPA) memerlukan kos yang agak mahal bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi apa kata kita mengenali serba sedikit tentang bisphenol A (BPA).
Apa itu bisphenol A (BPA)?
BPA merupakan sejenis bahan kimia industri yang sering digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat.
Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti botol susu itu berpolikarbonat?
Cara untuk mengenalpasti botol susu itu berpolikarbonat adalah ia bersifat keras dan lutsinari dimana ia mengandungi bisphenol A (BPA). Amnya botol susu ini mudah dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nota Ingat:Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkatan “BPA Free” atau Bebas BPA. Lihat contoh botol susu dibawah:-
Berikut Suri berikan panduan bagaimana menguruskan botol susu bayi polikarbonat (BPA) ikut langkah-langkah di bawah:-
Alternatif botol susu bayi yang bebas BPA:-
P/S: Ramai bloger dah buat entri tentang ini.. Suri pun nak buat juga
untuk ingatkan diri sekali lagi.. dan kerana Suri juga seorang ibu
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku..
Anak-anak merupakan kain putih sejak mereka di lahirkan ke dunia. Seperti biasa kita biasa mendengar jika cantiklah cantingan yang diukir, maka pastilah ukiran lekuk yang bakal di bentuk akan tetap sama bentuk alurnya seperti keadaan asalnya.
Namun begitu di zaman yang serba moden ini kebanyakan ibu dan bapa mudah mengeluh dengan kenakalan anak -anak yang selalu di luar jangkaun akal. Seperti contoh anak tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa, anak melawan kata, bersikap kurang ajar kepada ibu bapa dan sebagainya.
Tapi sedarkah kita kadangkala cara didikan kita sendiri tidak kena pada caranya. Baiklah tanpa membuang masa mari kita semak beberapa panduan bagaimana membentuk salsiah dinamik dalam diri mereka.
..terlalu banyak perkara yang boleh kita fikirkan bersama-sama
andai ada cadangan yang lain silalah berikan buah fikiran sahabat di bawah ya
Salam pagi semua
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Rasa seronok di hati bila banyak masa akan dihabiskan bersama anak-anak. Namun begitu tahukah kawan-kawan tidak semua cuti sekolah yang panjang harus dimanfaat oleh ibu bapa dengan pergi bercuti di rantau orang, berjalan-jalan di taman teman air dan sebagainya. Namun sedarkah kawan-kawan bahawa cuti sekolah dirumah juga boleh dimanfaatkan masa tersebut dengan menciptakan suasana pembelajaran yang baik untuk minda anda anda berimiginasi!
Link: http://www.earlychildhoodlinks.com/teachers/crafts.htm
Menyingkap zaman cuti sekolah Suri di kampung suatu ketika dulu Suri suka membuat kapal dengan menggunakan kertas! Masa buat kapal kertas tu ayah Suri yang ajarkan. Start dari hari itu Suri mulalah berblogging bermain kapal kertas. Nak- nak bila hujan turun Suri mulalah main air hujan di bawah rumah Suri sambil membawa dua ke tiga bijik kapal kertas. Sekiranya hujan lebat maka peluang untuk Suri bermain air hujan dengan kapal amat cerah sekali
. Seandainya hujan tak lebat kiranya haritu memang tak best ar buat Suri
.
Hurm .. mesti buat!! kalau Suri tak buat aktiviti ini rasa macam bosan yang teramat sangatlah ngheee.. Ayah dan mak memang dah tahu tabiat Suri suka main air hujan dengan kapal kertas sebab katanya selagi tak di beri selagi itulah dia akan mengamuk! hihii..
Baiklah kita lupakan kisah yang lalu harini Suri ingin mengajak sahabat semua untuk mencuba mengajar anak anda bagaimana membuat hasil kerja tangan dengan menggunakan kertas bagi membentuk binatang ladybug. Perlu diingatkan tayangan youtube dibawah bukan dari orogami tapi lebih pada kraf kanak-kanak. So enjoy it !
Paling cantik jika ia di hias dinding bilik anak anda
sesuai juga jika di deco atas kertas undangan hari lahirnya kelak
.
Salam pagi semua..
Apa khabar sahabatku semua Suri harap semuanya baik – baik hendaknya. Semalam Suri kurang melakukan rondaan ke blog kawan-kawan semua disebabkan kesihatan Suri yang tidak memuaskan semenjak dua minggu berturut-turut.. Minta maaf pada semua jika ada yang terasa hati jika Suri tidak sempat berbuat demikian..
Baiklah tanpa membuang masa harini Suri nak sentuh sikit perihal bagaimana caranya untuk kita menangani selera anak anda yang pada kebiasaanya mereka ini kurang selera makan sewaktu mereka mengalami sakit.
Demam
Pada kebiasaanya anak yang demam selalunya perut mereka tidak lapar berbanding dari kebiasaanya. Suri nasihatkan agar anda janganlah memaksa dia makan apa yag tidak diingininyan tapi sebaiknya, pastikan anak anda minum air kosong atau air susu dalam jumlah yang banyak ini kerana tubuh mereka telah kehilangan banyak air semasa dia demam
.
Simptom Deman
Sekiranya anak anda terlalu banyak tidur, tidak membuang air seperti sepatutnya dan suhu badannya naik segeralah anda membawa dia ke klinik. Ingat!! jika terlewat ia akan membawa kemudaratan pada anak anda kelak seperti terkena sawan dan lain-lain penyakit lagi.
Rawatan Sementara
Menggunakan air asam jawa yang telah di tapis kemudian dipupukkan keatas kepalanya sambil berselawat sebanyak 3x di ubun-ubunya. Tahukah anda Air asam jawa ini boleh menyejukkan dan meredakan kepanasan badan anak anda secara beransur-ansur.
Cool fiver (ByeBye Fever)
Merujuk seperti gambar di atas. Tanggalkan pelekat lutsinar pada cool fiver tersebut dan kemudian bolehlah ditampal pada permukaan dahi anak anda. Untuk pengetahuan semua penggunaan cool fiver ini boleh bertahan selama 10 jam!
Air Badak Cap Kaki Tiga Badak air ada tiga tapak kaki ker?
Biasanya air ini boleh diminum seperti biasa laksana kita minum air suamlah kiranya. Air ini juga dipercayai dapat menyejukkan badan seseorang pada yang meminumnya
.
Kesimpulannya walaubagaimanapun keadaan anak anda Suri sarankan agar anda segera membawa dia berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada diri dia kelak.
Psstt!!! Anak kalau demam hati ibu bapa akan susah. Lebih-lebih lagi kaum ibu ngheee…
Salam semua..
Tiba-tiba masa Suri duduk dalam perut bas tadi teringatkan pula masa zaman sekolah tadika dulu-dulu. Atau lebih mesra di katakan zaman budak-budak sekolah makan hihiihii
.
Waktu itu kita hanya fikir nak berseronok sahaja lain perkara dah tak fikir dah. Makan-makan pastu main-main dengan kawan yang sebaya dengan kita, mewarna, main nyorok-nyorok, masak-masak, kawin-kawin dan lain-lain aktiviti lagi. Itulah antara sebahagian dari kerja kita sepanjang menjadi kanak-kanak yang periang.
Tapi bila sampai rumah je jangan kata nak tidur kompom nak main-main dengan geng satu kampunglah plak hiihii.. Begitu indah zaman kanak-kanak bukan
.
Baiklah bagi menyingkap zaman masa muda -muda bergetah kanak-kanak dulu apa kata kita imbas kembali lagu-lagu yang pernah satu ketika dulu menjadi siulan kita.. Jom LayaN..
Lagu Baa Baa Black Sheep
lagu Old MacDonal Had A Farm
Lagu If You Are Happy
Lagu Are You Sleeping
Lagu Ten Little Indian Boys
Lagu Tiga Kupang
Lagu Bangau Oh Bangau
Lagu Rasa Sayang Sayange
Lagu enjit enjit semut. Lagu ini mula-mula sedap di dengar tapi sebahagiannya Suri tak tahu nak komen apa huhu..Ada yang kata dalam youtube lagu ini di tambah-tambah entahlah..
Lagu Ikan Kekek
Lagu Burung Kakak Tua
Lagu Chan Mali Chan
Lagu Jong-Jong Inai
Lagu Tanya Sama Pokok
Dalam banyak -banyak lagu apakah yang tidak boleh kawan-kawan lupakan sampai sekarang?
Lagu mana paling best?
Psst!! Lagu pasar malam ada tapi kat youtube tulis lagu air pasar pagi pulak adei…?&%#@!? Hurm..lagu satu labah-labah tak adalah pula diketengahkan melalui versi kartun huuu..