Ilmu Pra Sekolah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Selalunya seperti hujung minggu atau sambil melayan blog sempat juga Suri mengajar anak menggunakan Samsung Y melalui jejak maya dengan menggunakan youtube. Habis satu-satu  pelajaran dia mencari dan belajar dari sana.

Sebagai ibu bapa pemantau perlu di lakukan juga. Bukan mengajar anak melayari laman muka buku tapi mengajar dia tentang ilmu-ilmu di bawah:-

Sebenarnya banyak kaedah perlu kita ketengahkan dalam mendidik anak-anak dari segi pembelajaran. Bukan setakat melalui bacaan buku-buku, bermain lego, mengenal alam sekeliling tapi sebagai ibu bapa kita juga harus bijak mengunakan kaedah teknologi bagi menarik minat mereka untuk mendalami ilmu itu lebih dekat lagi.

Ayuh ikuti Suri dalam beberapa jejak yang sempat Suri muat naik dari youtube ini. Sesekali mencuba kaedah pembelajaran yang berlainan memang menyeronokkan juga. Anak-anak pun tidak mudah merasa cepat bosan.

Mari belajar A B C

Mari Belajar 1 2 3

 

Jika nak bernanyi sama-sama boleh sahaja ke link ini http://cahayacinta.com/bayikanak-kanak/lagu-zaman-hingusanku.html

kalau nak mengaji Alif Ba Ta ke link ini http://cahayacinta.com/islam-pilihanku/mari-belajar-anakku-sayang.html

Share

Panduan Memilih Bolsa Do Bebé

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Oh.. tidak pasal-pasal serangan bertubi-tubi di layar muka buka menggasak Suri memberi jawapan..? Hamil korang memang tiada mengambil insurans mulut ya. Mana ada pokok yang bergoyang cuma hujan sahaja di Negeri Ipoh ini. Tup, tup siaran sesat mana yang di bawa membuatkan Suri terfikir akan penghasilan entri kali ini.

Cukup! saya belum hamil anak kedua lagi okey huhu. Kalau ada akan saya umumkan. Eiii..geram aku..

Baiklah bila terbaca kisah Beyonce selamat melahirkan anak dan serba sedikit kisah Harith Iskander dan isterinya Jezamine Lim bakal menimang cahaya mata membuatkan Suri berfikir sesuatu. Dan yang pasti status anda yang bakal atau bergelar ibu bapa sedang lincah mencari beg pakaian atau beg travel bayi anda.

Haa bagaimana ingin mencari beg comel tersebut. Suri ada sedikit panduan yang boleh para ibu bapa ataupun yang ingin menjadikan gift pada teman baru mendapat cahaya mata pertama.

  • Beg bayi yang paling bagus bila ia boleh memuatkan segala barangan asas kelengkapan bayi. Seperti contoh lampin pakai buang/ lampin moden, bahagian pemyimpanan susu, beberapa helai pakaian, set mandian dan sebagainya.

buzzle.com (Beg bertali)

  • Pilihlah beg yang bertali atas bahu kiri atau kanan mengikut keselesaan anda. Cara ini memudahkan anda megendong si manja di sebelah bahu yang lain agar keseimbangan postur tubuh badan anda sekata.

http://www.gracobaby.eu (Beg sandag belakang)

  • Beg yang di sandang amat sesuai digunakan sekiranya si manja anda berusia tiga ke empat tahun ke atas. Ini kerana waktu ini anak anda sudah lasak dan memudahkan anda bergerak dan mengawal si manja dengan lebih mudah.
  • Anda tidak digalakkan memilih jenis beg yang lembut seperti baldu sebab potensi untuk beg tersebut basah akibat tumpahan susu misalannya membuatkan anda ingin membasuh beg itu dengan memakan masa yang agak lama. Tambah lagi dengan sesetengah beg yang mudah berbulu maka ia agak tidak sesuai untuk bayi kerana di khuatiri akan ada habu terlekat pada beg.

Gwbagslimited.com.cn (Beg mudah di angkat)

  • Pilih beg bayi yang mudah di angkat atau bertali, bersaiz sederhana sekiranya anda menghadiri sesi pemeriksaan bayi setiap bulan.

Jenis beg 2 dalam 1

  • Sekiranya anda ingin membeli-belah carilah beg jenis 2 dalam 1. Di mana beg tersebut boleh memuatkan barang penting anda seperti beg duit, telefon tangan dan juga boleh di letakkan didalamnya beberapa item barang keperluan bayi atau kanak-kanak.

Membeli beg bayi memang cerewet biar mahal sikit tapi tahan lasak, serba pratikal =)

Share

Mimosa Pudica Dan Imperata Cylindrica Membuatkan Aku Tersenyum.

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jam 2.oo pagi hee mujur besok cuti ia membuatkan idea datang mencurah – curah seolah-olah teman baru sahaja mandi air laut kat Lumut, Perak.  Hakikatnya Suri baru sahaja selesai membaca kisah sang kelembai dari blog sahabat Kamal Mustafa ia berupaya mengingatkan Suri akan satu kisah dogengan rakyat.

Waktu itu Suri di bangku sekolah rendah lagi. Kisah apa yang terpahat dalam minda Suri. Suri tahu akan kisah bawang putih dan bawang merah, kisah sang kancil boleh juga. Bagaimana dengan kisah kura-kura sama arnab?

Haaa.. yang mana satu kawan-kawan ingat akan kisah dogengnya. “Sila beritahu dan ceritakan ia di ruangan komen. Kita ini sama-sama lupa jadi tolong ingatkan daku..kata Ana Rafali dalam lirik lagu ciptaan kakaknya..”

Setakat ini kisah ini yang paling  melekat dalam benak Suri. Walaupun tidak 100% berjaya di ingat tapi ia masih kuat dalam bayangan. Kisah apa ya? Cuba baca entri sampai katam heee..

Kisah pohon semalu ini menceritakan seorang gadis yang pemalu terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang berhati bengis, hodoh dan buruk tingkah lakunya. Segala kemahuan dia harus di turuti.

Gadis ini tidak ingin berkahwin lalu dia melarikan diri ke seberang sungai dengan bantuan selembar daun keladi yang agak besar. Dia berlari dengan sekuat hati sehingga dia terjatuh beberapa kali. Lagak si bengis mencari-cari si gadis  sehingga ke merata tempat namun tidak ketemu juga.

Gadis menyorok di balik rimbunan lenggokan lalang lalu berdoa agar diri di selamatkan dari menjadi bahana si lelaki bengis.  Entah mana muncul suatu suara dengan mendengar hajat si gadis lalu dia sumpah si gadis menjadi pohon semalu. Manakala si bengis pula di sumpah menjadi lalang.

Di mana ada lalang di situ ada pohon semalu. Jika di sentuh semalu ia akan menutup daunnya. Beberapa ketika nanti ia akan membuka kelopak daunnya kembali.

Maaf kalau ada yang tersalah cerita heee. Ini cerita terus tanpa henti sebab Suri hanya ingat point-point penting sahaja huhu..

Kalau korang ada baca entri tahun lepas mesti tahu apa itu Imperata Cylindrica. Siapa tahu angkat laptop =)

Share

Tercekik Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bagi yang mengikuti kelas entri yang lepas sudah tentu kalian semua tahu serba sedikit dalam mengenali maklumat tanda-tanda tercekik, apakah kompilasi yang bakal berlaku dan seterusnya maka potensi untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak anda, anak saudara tercekik mungkin akan dapat di elakkan. Insyallah.

Seperti yang di janjikan hari ini Suri selitkan beberapa salinan youtube untuk rujukan semua. Moga penerangan yang lebih berilmu ini akan dapat di manfaatkan pada masa kecemasa kelak.

Perhatikan cara-cara mereka menangani kaedah tercekik (Bayi I)

 

Perhatikan cara-cara mereka menangani kaedah tercekik (Bayi II)

 

Perhatikan cara-cara mereka menangani kaedah tercekik (Kanak-kanak)

Perhatikan cara-cara mereka menangani kaedah tercekik (Dewasa)

 Pstt!! Jaga-jaga..

Share

Tercekik Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tahukan anda bahawa tecekik merupakan salah satu kejadian yang tidak di sengajakan oleh kanak-kanak. Malahan perkara ini juga turut berlaku akibat dari ketidaksedaran atau sikap kurang mengambil tahu ibu bapa tentang alat permaian atau peralatan kanak-kanak yang berada di sekelilingnya sebenarnya boleh membawa maut.

Pada kebiasaannya antara barang mainan yang sering menjadi punca utama kanak-kanak atau bayi tercekik seperti bahan makanan, perkakasan rumah, alat permainan dan sebagainya.

Kejadian tercekik ini berlaku apabila saluran pernafasan dan tenggorok mereka yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk mengalami tercekik. Secara ringkasnya ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian.

Antara tanda-tanda dan kemungkinan yang bakal kanak-kanak atau bayi itu bakal alami seperti:-

  • Mereka akan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba akibat tiada ruang udara yang masuk kedalam kerongkong.
  • Mendapati bunyi nafas mereka kedengaran berlainan dari biasa. (Bunyi seperti siulan).
  • Mereka akan mula menggenggam kerongkong.
  • Kelihatan kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
  • Bernafas dalam keadaan terlalu cepat.
  • Akan berlaku pengambangan lubang hidung setiap kali mereka ingin bernafas.
  • Pengsan
  • Berhenti bernafas.

http://silencebreaker-xtian.blogspot.com

Namun dalam sesetengah kes terdapat juga kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) sekiranya objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami tanda-tanda seperti:-

  • Mengalami batuk-batuk yang agak berterusan.
  • Termengah-mengah.
  • Tiada tanda-tanda.

Kemungkinan kompilasi atas kejadian tersebut?

  • Jangkitan pada paru-paru seperti akan berlaku radang paru-paru.
  • Kerosakan otak akibat dari kekurangan bekalan oksigen.
  • Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak hasil dari kejadian tercekik.

P/s:Bahagian kedua baru Suri akan sentuh bagaimana cara menangani situasi tercekik. Tidak mahu campur adukkan entri heee.

Share

Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari khamis bertamu lagi di saat mencari maklumat bertambah semangat apabila cuti yang panjang selama 2 hari tidak dapat mengadap blog dengan konsisten. Eii.. geram asal boleh lupa nak bayar dah tahu hari-hari guna huhu..

Baiklah tanpa membuang masa seperti yang di janjikan bahagian II Suri siarkan pada blog ini. Suri berharap kalian semua enjoy dengan penulisan dan beberapa link gambar bakal Suri beri di bawah.

Jerman

Semasa Perang Dingin, Hari Kanak-Kanak (Kindertag) dikendalikan dengan cara yang agak berbeza dalam kedua-dua negara. Tarikhnya tidak sama (1 Jun untuk Jerman Timur, dan 20 September untuk Jerman Barat), namanya sedikit berbeza (“Internationaler Kindertag” iaitu Hari Kanak-Kanak Antarabangsa untuk Jerman Timur, link gambar-gambar dibawah:-

http://www.szczecin.eu

http://citychurch.de/ueber-uns/galerie/?album=InternationalerKindertagWurzburg2011

dan “Weltkindertag” iaitu Hari Kanak-Kanak SeDunia untuk Jerman Barat) dan yang terutamanya, adat masing-masing tidak sama. Lihat gambar pada link di bawah :-

http://www.flickr.com/photos/42653459@N02/page3/

https://picasaweb.google.com/muenchnerstrassenfeste/Weltkindertag2007

Di Jerman Timur, hari cuti am ini diperkenalkan sejak dari tahun 1950. Pada hari ini, seseorang kanak-kanak biasa akan menerima tahniah dan hadiah daripada ibu bapa sendiri dan menjalankan kegiatan-kegiatan khas di sekolah, umpamanya lawatan lapangan dan sebagainya. Di Jerman Barat pula, Hari Kanak-Kanak tidak mempunyai maksud tersebut, malahan tidak diketahui oleh banyak orang.

http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?113949-Thai-Armed-Force-Photo-Gallery-RTAF-RTN-RTA-RTP/page22

http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?113949-Thai-Armed-Force-Photo-Gallery-RTAF-RTN-RTA-RTP/page44

Sejak dari penggabungan Jerman pada tahun 1990, nama dan tarikh yang digunakan oleh Jerman Barat telah menjadi nama dan tarikh rasmi untuk negara Jerman yang baru. Bagaimanapun, ini tidak diterima oleh sebahagian besar penduduk bekas Jerman Timur, dengan banyak ibu bapa masih meraikan hari cuti am ini dengan anak-anak mereka pada tarikh dahulu, iaitu 1 Jun, serta juga mengadakan upacara-upacara awam pada tarikh yang lama.

Korea Selatan

Disambut pada 5 Mei. Pada tahun 1923, Bang Jung-Hwan, seorang pendidik sosial, mencadangkan bahawa 1 Mei.

Ia harus dijadikan sebagai Hari Kanak-kanak, dan beliau memperawamkan malalui kempen. Sebelum itu tiada Hari Kanak-kanak. Pada tahun 1946, Hari Kanak-kanak dipindahkan kepada 5 Mei.

Korea Utara

Sebelum tahun 1945 disambut pada 1 Mei. Selepas itu ditukar seperti KRSS pada tahun 1945 kepada 1 Jun.

Romani

Disambut pada 1 Jun. Menurut pengamatan Suri sambutan hari kanak-kanak mereka lebih pada ketuhanan.

Singapura

 

http://www.thelittleartsacademy.com

1 Oktober ialah Hari Kanak-Kanak rasmi di Singapura. Lagi satu upacara yang serupa ialah Hari Belia yang diraikan pada hari Ahad pertama bulan Julai setiap tahun.

Sambutan mereka memang amat meriah ada setengah tempat siap meraikan sambutan kanak-kanak di zoo, taman tema air dan sebagainya.

Sri Lanka

Sambutan hari kanak-kanak sedunia di Sri Lanka tahun 2011

Hari Kanak-kanak Sejagat diraikan pada 1 Oktober.

Thailand

http://www.thai-blogs.com

Mereka juga turut mengeluarkan setem untuk sambutan hari kanak-kanak 2011.

http://philatelynews.com/2011/thailand/national-childrens-day-2011/

Hari Sabtu kedua bulan Januari ialah Hari Kanak-Kanak di Thailand. Kanak-kanak di beri tunjuk ajar memegag senapang, peralatan pertempuran dan sebagainya.

Mexico

http://zachary-jones.com

Disambut pada 30 April. Dipanggil “Día del niño” dalam bahasa Sepanyol. Biasalah dengan topi piringnya heee.. PotaTo..


Dalam banyak-banyak sambutan mana yang paling gempak ! hiii

 

Share

Manfaat Poncho Untuk Ibu Dan Si Manja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini ibu Suri bercuti korang jangan cemburu pulak sudah pasti bakal merebak sehingga ke sambutan hari pesta cahaya hee.. Ini gara-gara pengasuh anak balik kampung menguruskan hal peribadi keluarga.

Pernahkan para ibu bapa mendengar perkataan poncho?

Poncho merupakan salah satu alat atau di panggil sejenis kain bagi tujuan untuk membantu memudahkan ibu menyusu bayi dalam keadaan selesa tanpa rasa segan apabila mereka menyusukan anak di depan khalayak umum.

http://www.munzter.com

Apakah kebaikan poncho dan manfaatnya pada bayi dan ibu?

  • Kelebaran ponco yang besar seperti baju labuh memudahkan bayi menghisap susu ibu dari sudut kiri dan kanan payudara ibunya.
  • Bagi ibu yang menyusukan bayi atau kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah yang menyusu bayi secara eksklusif inilah masa dan pilihan yang terbaik untuk anda memberi susu bayi anda secara terus dari payudara.
  • Kaedah terbaik juga sekiranya ibu atau bapa keluar bersiar-siar di tempat umum atau majlis keramaian dan sebagainya anda tidak perlu bersusah payah membawa alat mengepam susu untuk di beri pada bayi rasanya makan masa juga untuk memerah susu dalam masa yang banyak tambahan waktu itu bayi anda masih kecil dan mudah meragam.

https://store.yummymummystore.com

  • Tidak perlu membawa beg khas peti simpanan susu bayi ke mana sahaja sekiranya anda ada poncho kerana di mana ada berada disitu si ibu boleh menyusukan bayi bila-bila masa sahaja. Ikut suka heee..

Bagaimana cara menggunakan poncho?

..Ikutkan yang ini entri hari selasa, tapi Suri tidak dapat update blog di rumah sebab bil TM tak berbayar lagi nghee..

 

Share

Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia Part I

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Pada entri hujung minggu yang lepas Suri ada mengatakan setiap negara menyambut hari kanak-kanak ini berlainan tarikh. Di sini Suri petik beberapa info negara yang menjayakan sambutan ini secara besar-besar ataupun secara sederhana. Tapi untuk entri yang ini banyak bahagian kena bukak huhu…

Tanpa membuang masa ayuh baca sumber wiki yang sempat Suri jumpa, sumber google, sumber buku dan majalah anak Suri  ;) .

Afrika Tengah

Republik Congo, Republik Demokratik Congo, Cameroon, Guinea Khatulistiwa, Gabon, Chad, Republik Afrika Tengah, São Tomé dan Príncipe menyambutnya pada 25 Disember untuk meghormati kanak-kanak.

Argentina

Disambut pada Ahad yang kedua pada bulan Ogos.

Brazil

Disambut pada 12 Oktober, juga hari Our Lady of Aparecida, suatu cuti am di Brazil.

Chile

Disambut pada Ahad kedua bulan Ogos.

Colombia

Disambut pada akhir minggu yang terakhir pada bulan April.

Hungary

Sejak dari tahun 1950, Hari Kanak-Kanak (“Gyermeknap”) di Hungary diraikan pada hari Ahad terakhir bulan Mei.

Dalam bentuk yang berbeza, peristiwa ini wujud lebih awal sebagai “Minggu Kanak-kanak” sejak dari tahun 1931.

Lihat pelbagai aktiviti mereka bulan Mei dalam tahun ini di sini http://www.kigyk.hu/gyermekotthoni-ellatas/galeria/gyereknap2011/

India

Perdana Menteri India yang pertama, Pandit Jawaharlal Nehru, lahir pada 14 November.

Beliau suka akan kanak-kanak, selalu diambil gambar bersama kanak-kanak -- yang menggelar beliau sebagai Chacha (Pak Cik) Nehru. Selepas kematian beliau pada tahun 1963, hari lahir beliau diperhatikan sebagai Hari Kanak-kanak di India.

Indonesia

Disambut pada 23 Julai.

Israel

Disambut pada 9 Oktober.

Jepun

5 Mei, dikenali sebagai こどもの日 (“Kodomo no hi”) ialah Hari Kanak-Kanak di Jepun. Perayaan ini pada suatu ketika dipanggil 端午の節句 (Tango no Sekku), iaitu “Hari Budak Lelaki”, untuk membezakannya daripada 桃の節句 (Momo no Sekku), iaitu “Hari Budak Perempuan”, atau ひな祭り (Hinamatsuri), iaitu Perayaan Anak Patung, yang jatuh pada 3 Mac. Kedua-dua hari ini ditandai dengan banyak kegiatan untuk kanak-kanak.

Cara membuat topi kabuto asli untuk sambutan hari kanak-kanak

Lihat gantungan hiasan ikan kap di pasang sepanjang sungai. Bila di tiup angin nampak cantik.

Pada hari ini, kanak-kanak menonjolkan pedang dan perisai samurai, serta anak patung pahlawan. Dua lambang yang penting pada Hari Kanak-Kanak ialah ikan kap dan pokok bunga iris.

Insyallah entri Part I ini akan update sehingga penghujung bulan Oktober_Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak. Selama itu juga gambar anak Suri akan tetap berada di header blog heee.. Pas baca entri ini korang jangan tertidur pulak yer hiii..

Share

Apa Itu Paraply

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Rindunya masa zaman kecik-kecik. Asal hujan aku malas mau ke sekolah seperti biasa. Pokoknya aku bisa duduk berselimut di katil empukku hii.. Sambil menyarong stokin sekolah aku bergolek-geleok cam ayam golek dek bakar tuannya tunggu masa bila ingin dijamahnya haa..

Hujan dan payung memang tidak dapat dipisahkan. Masih Suri ingat mengayuh basikal sambil tu jugalah baju hujan warna kuning menyelimuti tubuh kerdilku ini. Namun ada juga lagak ngeri rakan-rakan sekampungku sambil mengayuh basikal jam tu juga payung tertenggek di atas kepalanya. Apa lagi itu membawa makna tangan kanan memegang hendel basikal manakala tangan kiri memegang payung.

Ah, Suri sudah cuba apa jadi? Badan ku terhuyung-hayang sana sini ada ar kes nanyer jer mujur payungku tidak jatuh menimpa tanah huu..

Celoteh-celoteh gak ini ha mari kita buat kraftangan yang menarik ini. Cuba lihat bagaimana payung comel ini dihasilkan. Agak-agak kalu muat untuk dijadikan hiasan minum petang bagus juga.

Cara Membuat Payung Yang Comel

Ada suatu cerita tentang asal usul payung. Anda rajin membaca jom baca :)

Tidak ada yang tahu siapa penemu payung pertama kali Yang diketahui hanyalah payung sudah digunakan sejak 4000 tahun yang lalu oleh orang-orang Asiria kuno, Mesir, Yunani, dan Cina. Sekitar abad ke-16 payung mulai digunakan oleh orang-orang Eropa. Awalnya payung digunakan sebagai pelindung panas matahari, hanya para wanita yang boleh menggunakan payung. Bahkan, zaman dahulu payung menjadi simbol kehormatan dan kekuasaan tentunya hanya keluarga kerajaan atau pejabat tinggi yang boleh memakai payung.

Kabarnya, orang yang mulai menggunakan payung sebagai pelindung hujan adalah orang-orang Romawi kuno. Akhirnya pada abad ke-18 payung digunakan sebagai pelindung hujan hampir diseluruh kawasa Eropah. Di Indonesia, hingga tahun 1960an, payung masih terbuat dari kertas. Yang paling terkenal adalah payung dari Tasikmalaya. Lama kelamaan mulai muncul payung import yang terbuat dari plastik atau kain kasa yang kedap air.

Hasil kerja masyarakat Borsarng, Thailand

Sekarang model payung beraneka macam. Yang paling umum adalah payung yang kita pakai sehari-hari dikala hujan. Kita juga sering melihat payung besar yang dipakai oleh tukang jual minuman itu namanya payung matahari karena kegunaan utamanya adalah untuk melindungi kita dari matahari. Juga ada payung khusus untuk anak-anak berbeda lagi modelnya. Bentuk dan warnanya lebih menarik dan lebih lucu. ada yang berbentuk kepala haiwan lengkap dengan telinganya atau bentuk bunga dengan warna merah cerah. Sungguh cantik dan unik.

Sambutan festival payung Borsarng, Thailand.

Ada yang menarik dari cerita tentang payung. Setiap bulan Januari selalu diadakan festival payung di desa Borsarng, Thailand. Ada parade alat musik kuno, lomba menabuh drum, tarian rakyat, pertandingan kecantikan payung, dan demonstrasi pembuatan payung.

Desa Borsarng memang sudah terkenal dengan seni pembuatan payungnya sejak 200 tahun yang lalu. Selain itu desa Borsarng juga dikenal sebagai pembuat payung terbesar didunia. Di Indonesia kita juga mengenal adanya kota payung. Sudah lebih dari 75 tahun Tasikmalaya terkenal sebagai pusat pengrajin payung. Mereka lebih sering membuat payung-payung tradisional Payung-payung dari Tasikmalaya juga sering dipamerkan.(FL)

Nota Ingat: Paraply dalam bahasa Danish membawa maksud payung

redbubble.com

Share

Cara Ibu Bapa Membina Kemahiran Motor Halus Anak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Nurani hati ditabir mata..berjurai menitis melihatnya..

Ttika anak-anak ligkas bergerak, petah berkata-kata rasanya itulah salah satu anugerah buat hati yang bergelar ibu dan bapa bangga melihat kejayaan anak bereksprisi pada diri sendiri.

Disini Suri berikan beberapa cara yang mudah untuk untuk ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam kemahiran motor halus anak. Berikut adalah saranan yang wajar anda membantu si kecil agar ia berupaya bermain persekitarannya dengan lebih baik lagi.

Objek jatuh
Ketika barang permainan kanak-kanak atau bayi jatuh biarkan dia sendiri mengutip objek atau alat permainan tersebut di atas lantai atau meja. Ini menunjukkan petanda bahawa dia memiliki kemahiran motor halus dan baik.

Tisu muka yang lembut atau kertas
Lihat dia akan cuba merasai kelembutan tisu itu dan cuba mengoyakkannya. Ia menandakan bahawa pergerakan otot-otot si kecil seperti jari-jemarinya, mata dan sebagainya sedang berkerja keras untuk merasi nikmat sesuatu barang tersebut apabila dipegang, di ramas dan sebagainya.

Menconteng
Takala kanak-kanak atau bayi anda sedang menulis atau menconteng ia menandakan kemahiran asas dalam perkembangan motornya amat bagus sekali. Ini kerana mereka berupaya untuk memegang, berimiginasi tinggi terhadap daya pemikirannya.

Bermain play-doh atau tepung
Manfaatnya sama seperti bermaian tisu dan kertas juga. Memahirkan jari – jemari membentuk pelbagai bentuk akan membuatkan kanak-kanak merasa seronok untuk mengulangi permainan tersebut berulang kali. Ini menandakan bahawa kemahairan motor yang digunakan sebaik mungkin. Dari memegang, menumbuk, melecek semuanya

Share