Tengok! Gigi Saya Sudah Tumbuh

Kerja Sambilan Di Rumah

Dalam edisi hari ibu lagi. Hurm, sambil jalan-jalan membeli-belah di Tesco section 18 Ipoh Suri tertarik dengan artikel yang terdapat di ruang promosi iklan tersebut. Bagi yang dah tahu tentang artikel ni baguslah. Tapi bagi Suri ia mungkin juga satu ilmu yang bagus bagi ibu-ibu yang sedang mencari maklumat tentang pertumbuhan gigi si kecil.

Gigi pertama bayi anda biasanya tumbuh di antara usia 6 hingga 9 bulan. Di sini di selitkan beberapa tip tentang bagaimana untuk mengesan tanda-tanda awal pertumbuhan gigi, serta kaedah dalam memberikan keselesaan kepada bayi anda pada waktu sebegini.

dr-gigi

TANDA-TANDA AWAL PERTUMBUHAN GIGI.
Simptom-simptom yang berlaku adalah:-

1 Gusi si manja terasa sakit atau bengkak
2 Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda
3 Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus
4 Ruam lampin akan sentiasa berlaku
5 Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam
6 Terdapat ruam pada muka dan dagunya
7 Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri. ;)

CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-

Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.

Gel
Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja.

Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali.
mitos-gigi-susu-1

Penjagaan gigi bayi.
Masih tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan gigi. Sebaik sahaja gigi si manja mula tumbuh, gosok gigi si manja setiap hari dengan menggunakan uabt gigi berfluorida yang dirumus khas untuk kegunaan bayi anda sahaja.

Picit sedikit ubat gigi tersebut ke atas sehelai kain kasa dan gosok secara putaran dengan lembut. Sentiasa pastikan hanya sedikit sahaja ubat gigi yang digunakan bagi si manja anda tertelan dalam kuantiti yang banyak.

Apabila gigi si manja telah tumbuh dengan banyak, maka anda gunakanlah berus khas untuk bayi yang bertekstur lembut dan gosok dua kali sehari. Jika si manja anda mahu, biarkan sahaja dia mengunyah berus gigi tersebut supaya dia terbiasa dengan sesuatu yang bukan berbentuk makanan di dalam mulutnya!

Sediakan segelas air untuk si manja anda berkumur (jika dia mahu)

Kisah Suri pula.
Suri selalu jadi mangsa gigitan si comel..Aduh lebam sana sini bahu Suri. Dalam diam-diam kita dukung, dia menggigit kita dari belakang! kalau dia bangun awas! jika dia ternampak betis.. kaki pasti habis di gigitnya sekali ..almari rumah,perabot tempat letak tv semua dah diasah dengan sebaik yang mungkin. ..uhuhu..anak..anak..

Kisah anda bagaimana? tentu ada yang menarik atau melucukan yer ;)

Sumber dari tecso sedikit ubahsuai dari Suri

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

47 thoughts on “Tengok! Gigi Saya Sudah Tumbuh

    • Kalunga bunga kasih..
      baru lagi tu..nati dah nak masuk 6 bulan baru ada..ada gak sesetengah bby msa lhir je dah tumbuh gigi..hehe sbk mak dia terluu byk kalsium tu yg terlebih bagi kt bby

  1. masa sekolah rendah.. suka main lompat2.. alah apa namanya? tali zero-point tu.. main2 terjatuh, gigi patah. tapi patah separuh je.. ha.ha.ha..

    mak pun bawa gi wat lebih kurang tampal..

    pastu men lagi….

    patah (separuh) lagi…

    gi jmpa doktor lagi..

    tampal gigi lagi…

    • Sahutan sayang..
      ahahaha..lawak betullah tu..sure puteri tak confiden ni tu yang asyik tersasar dari tali getahkan..hehehe

      alamtnya kayalah klinik doktor gigi tu.setiap kali main getah, tiap kali gigi gugur sparuh..huhuh kato pakci jang iok..kiki ;)

    • Tawanan hati..
      aik..mu ni beli je anak ayam ke, anak itik ke.sure blh ternak dan kembangkan bakanya..blh jual.. ;)

      jangan bercinta dlu kalu hati tak bersedia..jgn kawin dlu kalu wet lum cukp..huhu..

      singlelah sepuasnya dulu baru hdup layan..sok dah ada ikatan kekasih, tunang dah sikit2 kena kongkong..adh tensen tullah.. (jgn amik ati suri guray jer ek ;) )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>