Panduan Memberikan Menu Untuk Anak Demam

Salam pagi semua..

Apa khabar sahabatku semua Suri harap semuanya baik – baik hendaknya. Semalam Suri kurang melakukan rondaan ke blog kawan-kawan semua disebabkan kesihatan Suri yang tidak memuaskan semenjak dua minggu berturut-turut.. Minta maaf pada semua jika ada yang terasa hati jika Suri tidak sempat berbuat demikian..

Baiklah tanpa membuang masa harini Suri nak sentuh sikit perihal bagaimana caranya untuk kita menangani selera anak anda yang pada kebiasaanya mereka ini kurang selera makan sewaktu mereka mengalami sakit.

fever-child

Demam

Pada kebiasaanya anak yang demam selalunya perut mereka tidak lapar berbanding dari kebiasaanya. Suri nasihatkan agar anda janganlah memaksa dia makan apa yag tidak diingininyan tapi sebaiknya, pastikan anak anda minum air kosong  atau air susu dalam jumlah yang banyak ini kerana tubuh mereka telah kehilangan banyak air semasa dia demam :( .

 

Simptom Deman

Sekiranya anak anda terlalu banyak tidur, tidak membuang air seperti sepatutnya dan suhu badannya naik segeralah anda  membawa dia ke klinik. Ingat!! jika terlewat ia akan membawa kemudaratan pada anak anda kelak seperti terkena sawan dan lain-lain penyakit lagi.

 

Rawatan Sementara

Menggunakan air asam jawa yang telah di tapis kemudian dipupukkan keatas kepalanya sambil berselawat sebanyak 3x di ubun-ubunya. Tahukah anda Air asam jawa ini boleh menyejukkan dan meredakan kepanasan badan anak anda secara beransur-ansur.

bye-bye-fever

Cool fiver (ByeBye Fever)

Merujuk seperti gambar di atas. Tanggalkan pelekat lutsinar pada cool fiver tersebut dan kemudian bolehlah ditampal pada permukaan dahi anak anda. Untuk pengetahuan semua penggunaan cool fiver ini boleh bertahan selama 10 jam!

IMG_5009

Air Badak Cap Kaki Tiga Badak air ada tiga tapak kaki ker?

Biasanya air ini boleh diminum seperti biasa  laksana kita minum air suamlah kiranya. Air ini juga dipercayai dapat menyejukkan badan seseorang pada yang meminumnya :) .

Kesimpulannya walaubagaimanapun keadaan anak anda Suri sarankan agar anda segera membawa dia berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada diri dia kelak.

 

Psstt!!! Anak kalau demam hati ibu bapa akan susah. Lebih-lebih lagi kaum ibu ngheee… ;) :)

Share
Artikel lain yang best-best :

23 thoughts on “Panduan Memberikan Menu Untuk Anak Demam

  1. Mungkin musim demam sekarang sbb saya seFamily pun sakit2 skrg. Kami pun pakai ByeBye Fever tu sama air badak utk sejukkan badan. Cuma baby mmg tak suka kena tempek benda tu di dahi dia. Kena tunggu dia tidur dulu. :D

  2. Assalam,
    Lama betul tak ke blog Suri..akak terbaca artikel nih..
    Hmm,akak pun apply gak air cap badak tuh..mmg boleh tahan a…cepat sejuk… :razz:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>