Pada hari ini terdapat banyak makanan bayi yang diperbuat dari bahan organik yang mampu menambahkan dimensi yang baru di dalam rangkaian makanan bayi yang mempunyai pelbagai pilihan, resipi serta bentuk bagi memenuhi pelbagai pilihan, resepi serta bentuk bagi memenuhi keperluan bayi anda yang sentiasa berubah-ubah.
Barangan pemakanan bayi yang organik juga mampu untuk memastikan bahawa produk makanan tersebut adalah tulen dan tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran yang boleh mendatangkan risiko kepada bayi anda.
Organik adalah yang terbaik untuk bayi anda!
Makanan bayi yang organik boleh memberikan beberapa pilihan bergantung kepada kaedah ianya ditanam di ladang-ladang, namun demikian terdapat banyak lagi pilihan yang boleh di buat dari segi rasa serta resepi yang berbeza samada ianya adalah organik ataupun tidak bagi memastikan bayi anda membesar dengan kuat dan sihat.
Sebab-sebab utama mengapa bayi anda perlu mengambil makanan organik:-
Ianya menyihatkan
Secara purata, makanan organik mengandungi Vitamin C yang tinggi berserta dengan khasiat yang diperlukan.
Mengelakkan racun serangga
Bahan yang tertinggal dari racun serangga seringkali di kesan kehadirannya di dalam makanan bukan organik.
Tiada GM
Bahan ‘ginetically modified‘ (GM) dan kandungannya tidak dibenarkan langsung di dalam piawaian organik.
Piawaian yang tinggi
Makanan organik wujud dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Semua ladang organik dan syarikat-syarikat pengeluar makanan akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Baik untuk persekitaran
Ladang organik adalah sesuai untuk haiwan yang dibiarkan bebas, ini akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida serta kurang pembuangan bahan-bahan yang merbahaya.
Artikel ini hasil ihsan dari Heinz Organic
Bisakan anak anda atau anda makan makanan yang organik. Sebab kualitinya dan manfaatnya begitu baik sekali untuk tubuh kita.
Pst!! sekali tu kawan Suri beli kangkung nak buat masakan tengahari untuk orang rumahnya. Bila kangkung tersebut sudah bersih dia pun mulalah potong kangkung tu macam biasa. Last-last seekor ulat keluar dari batang kangkung tersebut. Sejak tu kawan Suri tak makan batang kangkung pun. Just makan daun dia jer..hehehe
Anda ada cerita di sebalik penyediaan makana untuk si dia/keluarga/suami/isteri jom kongsikan pengalaman anda tu di sini



ayam pun kene bertukar ke ayam organik…
pastikan kehalalan makanan atau minuman anda
.-= Syafrizal´s last blog ..Tesco disaman RM1.6 juta kerana jual ayam tak halal =-.
seribu kali sayang..
yelah betul tu..barulah terjamin akan kesiahtan kita..
kalo rasanya beda ga ya..
makanan biasa sama yg organik…??
soalnya aanx jarang makan makanan organik..??
gmn kabarnya suri sekarang..??
.-= muhammad farhan´s last blog ..BOBOT SEBUAH DOA =-.
Dedaun berguguran..
Salam kawan..oh suri baik-baik sahaja.
makanan organik bermaksud makanan yang tiada campuran dengan bahan -bahan asing. ia kebanyakkannya menggunakan baja-baja asli tanpa bahan kimia dan sebagainya.
hehe mesti kangkung tu jadi lagi sedap sebab ade perisa tambahan..
.-= botak´s last blog ..stay health by taking your breakfast! =-.
Kalis rindu..
aceh..tak sedaplah..huhu..tak sanggup den..
Makanan organik ni mmg bagus sebenarnya sbb takde sebarang campuran atau bahan tambahan. kebanyakkan makanan skrg dah dicampur mcm2 dan hampir hilang keaslian makanan tersebut.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Simpanan Pendidikan Anak – Satu Perancangan =-.
Siaran cinta..
benar tu kawan.tu sebablah baragan makanan organik ni mahal sikit harganya dari bahan makanan yang tdk bersumberkan organik..
ksi ayam organik la. hee. ok kn?. anyways baby suri mesti tembam2 kn. geram. haha
.-= acapz´s last blog ..Main Pacman Di Halaman Google =-.
ha..kenala beli ayam organik..tapi sure mahal sikit kan..
ada rzki suri akan bg uplodkan pic dia kat cini yer..hehe..
Kalau sayur kangkung dibubuh baja taik ayam yang bukan organik, sayur tu dikira sayur organik tak?
.-= Cody´s last blog ..Resepi Percuma : Biskut Coklat Barat =-.
Sangkar cinta..
huhu..rasanya kalu ayam tu asal dari benih ayam organik barulah kangkung tu di labelkan sayur organik..
apapun ni cuma andaian suri je sb suri mmg tak afif dlm bab ni..hehe..
lebih suka tanam sendiri..
tahulah ada kena racun ke tak..
.-= Mus DK´s last blog ..Petua Menghilangkan Sakit Sendi Tulang =-.
Butiran hati..
yeap betul..tapi nak mudah bli kat kedai organik jer..hehehe