Katanya.. Windmill !

Kerja Sambilan Di Rumah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aktiviti ini berlangsung semasa hujung minggu hujan lebat ketika itu membantutkan diri ingin berblogging. Jadinya kami berdua duduk diam-diam dalam bilik mencari idea untuk entri blog ini. Akhirnya kami jumpa :) . Ikutkan sudah lama keinginan membuat kipas angin comel ala-ala kincir gitu tapi asal dia berjaya berpusing rasanya hati anak pasti gembira.

Ibu sehelai kertas, untuk anak pun begitu juga. Begitu juga seorang satu butang dan lain-lain kelepngkapan untuk menyiapkan projek ini harus barangnya di beri sama rata. Sebenarnya seronok belajar membuat kraf bersama-samanya membuatkan diri ini leka bahawa usia 30an sudah menjagkau muda haa..Lupakanlah apa kata kita membuat aktiviti ini bersama-sama. Pastikan bahan-bahan asas dalam laci kraf semua lengkap sebelum projek ini dimulakan. Ok :) So plez say Yes! :)

007

Bahan-bahan asli segar dari ladang seperti berikut:-

  1. Kertas A4 size yang berwarna plain atau bercorak-corak
  2. Gunting
  3. Gam tembak
  4. Pembalut hadiah ataupun beg plastik (cari kitar semula boleh buat hiasan belakang kipas nanti ;)
  5. Dua butang love ataupun butang bersegi
  6. Green wire

Cara-caranya:-

01

  • Lipat kertas A4 menjadi empat segi tepat. Pastikan selepas membuat lipatan ia akan menjadi kepada 4 pecahan seperti gambar rajah di atas.

02

  • Bentukkan kertas itu menjadi segi tiga. Selepas itu di bahagian hujungnya dilipatkan sedikit bagi tujuan mendapatkan sudut di bahagian tengah nanti. Lipatan ini haruslah di bentuk segi tiga kecil. Rujuk gambar di atas.

03

  • Apabila lipatan segi tiga kecil telah di buat maka cuba buka lipatan itu semula. Lihat lipatan yang berada di tengah-tengah itulah akan terbentuk empat segi sama!

04

  • Mulai memotong empat bilah kipas. Gunting kertas itu dari awal hingga ke bucu “bekas lipatan empat segi sama” Awas! jangan terbabas potongannya. Baki harus di tinggalkan untuk kerja-kerja gam nanti.
  • Hujung bucu yang telah dipotong perlu di bawa bahagian tengah dan digamkan. Anda akan dapati hasilnya seperti di atas.

05

  • Gunakan green wire yang pada hujung haruslah dibengkokkan. Kemudian masukkan sebahagian green wire itu kedalam butang love.
  • Untuk bahagian belakang bentukkan segi bulat melengkuk seperti di gambar sebagai penahan kipas agar tidak terbabas sewaktu berpusing.
  • Masukkan kipas yang telah siap di gam dan di akhiri dengan penutup di belakangnya butang love ke dua.
  • 008Kipas yang telah siap di buat. Yeah!! yeaH!! kanak si anak :)

06

Misi berjaya !

  • Untuk hiasan Suri gunakan kertas plastik berbentuk love. Di gunting dan di tampalkan dibelakang kipas. Tujuannya supaya kita dapat melihat dengan lebih jelas kelajuan daya kipas itu berpusing.

..kata anak Windmill !

Share
Artikel lain yang best-best :

Kerja Sambilan Di Rumah

38 thoughts on “Katanya.. Windmill !

    • saya tiada idea saya akan cari dan kerjakan sampai jadi.anak2 mmg suka jadi penyebok spjg masa klu tak mengusik..tak bertaya mmg tak sah..

      sllu ckp ibu buat apa tu? klus y tgh jhit tdung dia dah tahu sy tgh sbuk.tpi klu sy bt kje lain selain dr hjit tudng mula dia duduk simpul dpn kit awat memek muka sedih dan mengending heeee ;)

    • sy tak kisah buat apa2 jer asal hari mesti buat sesuatu utk hilagkan boring.. selain dr mmbaca nove, buku2 ilmiah,kemas umh, tanam bunga, blogging ni salah satu terapi minda bila kita buat kita leka ;)

      ker bro daha da miant pd aktiviti bersukan ;)

      ..terima kash bro murh rezki sllu.

  1. Waaahhh.. Dah lama tak buat kipas macam ni.. Dulu masa kecik2 selalu buat.. Ikat di basikal lepas tu kayuh basikal laju2 tengok kipas tu berpusing.. Lepas tu terbabas masuk semak sebab mata dok tengok kipas je bukan nak tengok depan masa naik basikal.. Hehe..

    • dpt kipas tu mmg hti bunga2 hidong kembag kuncup..masa ckup bangga sb kt basikal ada kipas. klu kwn tak der kipas cam kita nak gak kita ckp…

      kau ada? haaa..

      btw mmg nostalgia sungguhkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>