Salam merdeka untuk semua…
Apa khabar sahabatku semua harini? Suri berharap agar kalian semua berada dalam keadaan yang penuh kesyukuran sempena menyambut kemerdekaan kali ke 53 tahun ini di negara kita Malaysia. Semoga kemerdekaan ini akan terus kekal dan subur dihati kita semua.
Harini kita Suri tertarik nak kongsikan sesuatu tentang bayi anda. Lebih-lebih lagi bayi yang baru sahaja dilahirkan. Apa yang menariknya kupasan kali ini. Ayuh kita mempelajarinya bersama-sama.
Bagi bakal-bakal ibu, bapa, yang dara mahupun si bujang anda jua sebenarnya berhak untuk tahu apa itu kehamilan ataupun kelahiran. Bukan apa esok lusa, tulat, 10 tahun dari sekarang anda juga pasti tidak akan mungkin lari dari pengetahun ilmu yang sebegini.. heee…
Apa itu mekonium?
Ia adalah najis yang pertama kalinya keluar dari sisa pembuangan najis bayi anda yang dipanggil mekonium. Mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, walaubagaimanapun ia agak sukar sedikit untuk menanggalkan kotoran tersebut dari punggung bayi anda kerana ia bersifat sedikit lekit.
Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan ia akan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah pun dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Adakah mekonium ini bahan buangan bayi sewaktu ia didalam rahim lagi?
Ya, mekonium inilah yang membentuk bahan buangan bayi anda selama ia berada dalam kandungan ibunya dalam jangka masa selama sembilan bulan sehinggalah dalam beberapa hari kelahirannya.
Apakah yang terkandung dalam mekonium itu?
Antara bahan yang terkandung dalam mekonium itu adalah seperti sel epitelium usus, mukus, air ketuban, lanugo, hempedu dan juga air.
Warna apakah yang bakal dihasilkan oleh mekonium bayi ini?
Biasanya bahan yang dihasilkan oleh mekonium bayi ini adalah berwarna hijau gelap, hampir kepada kehitaman ataupun warna hitam. Bukan itu sahaja malahan bentuknya yang pekat dan melekit juga turut mempengaruhi warna mekonium bayi ini.
Adakah mokonium ini mengeluarkan bau?
Tidak, mekonium ini tidak sama sekali mengeluarkan bau yang busuk.
Pstt!!!
Pada sahabat bloger dari Malaysia Kak Izan Aufa dan buat teman bloger dari Sumatera bangauputih tu Suri ucapkan tahniah keatas kehamilan anda. Semoga saat kehamilan ini akan membuatkan anda lebih menghargai detik-detik manis semasa menghamilkan bayi anda
Owh…setiap bayi yang baru lahir akan berak macam ni ek…tapi beberapa minggu elok la kan???
.-= rashid´s last blog ..Jikalau Tarikh Lahir Aku Jatuh Pada 31 Ogos =-.
emm..ade gak term untuk najis bayi ek? hehe good info Suri!
.-= Dedoku´s last blog ..Teknik Viral Dengan Twitter =-.
Aduh….
rasa macam nak muntah tengok gambar tu….
.-= zezebel´s last blog ..WW- What do my hand need =-.
owh macam tuh… baru tahu…
.-= zik´s last blog ..Namewee bikin panas!! =-.
huhu. geli pulk. ahaha. btw njis bayi first2 cmtu ke?. xthu pulk. nice info suri
.-= acapz´s last blog ..Bagaimana Mencari Serials Bagi Setiap Program =-.
baru la tau nama dia mekonium…
1st time tau maksud mekonium ni..
nak kena belajar banyak juga ni
.-= kulanz´s last blog ..Statistik Blog Bulan Ogos 2010 =-.
Info yg menarik ni.. baru tahu benda ni.. tp nampak kotor sangat lah.. hehe
.-= Hidup Seorang Blogger´s last blog ..Download MP3 Lagu Hari Raya Aidilfitri =-.
tak pernah tau pulak… bunyinyer macam millennium jer !!!!
.-= bujang3´s last blog ..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! =-.
baru tahu juga pasal mekonium ni
.-= wazy´s last blog ..Salam Aidilfitri 2010 1431 Hijrah =-.