Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.Com

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Satu persatu memaksa diri menyudahkan contes yang sedia ada. Kata orang selagi termampu Suri akan mencuba sedaya yang boleh. Memang tidak mengharapan kesempurnaan pada kejayaan tapi bagi Suri memadai percubaan pertama itu terkadang perlu jua.

Hari ini masih lagi  membicarakan contest . Serius ini adalah pertama kali Suri berani cabar diri sendiri untuk dan tempoh bertapaan di blog itu agak lama mencari apakah kekurangan atau penambahbaikan blog tersebut.

Blogger Ronaldmohoni @ NalBlogger Ronaldmohoni @ Nal

Permulaan Suri menjejakkan ke blog melalui blogger Kak Norasyikin. Mengenali blog ini tidak lama rasanya dalam dua ke tiga minggu. Itupun masih tidak dapat selongkar entri lama beliau a.k.a. lebih mesra di seru sahabat Nal akibat kengkang masa tidak mengizinkan. Jadi pada sesiapa yang ingin menambah kenalan baru Suri yang kacak ini lebih dekat lagi bolehlah ke lamannya Ronaldmohoni.Com.

Pada pandangan Suri bahagian si debar blog ini harus di ubahsuai sedikit kedudukannya. Dimana pada bahagian si debar blog terdapat “katogeri” dan “blogroll” jika ingin kelihatan lebih tersusun apa kata sekiranya sahabat Nal letakkan ia sebaris dengan layar “Home”..”Admin”. Sebab jika dilihat dari sudut atas tersebut masih banyak ruang kosong yang tersedia untuk di isi. Jadi di sini sahabat Nal boleh menjimatkan ruang di bahagian si debar.

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com, dan ditaja oleh Ronaldmohoni.Com, ArtisMalaysiaTerkini.Com dan Ohsukan.Com”

Manakala “komen terkini” pula yang berada di bawah posting sahabat Nal boleh juga di pindahkan ke bahagian bawah sudut “Entri Terkini” ruang si debar. Cara ini memudahkan blogger mengetahui  setiap komen yang baru masuk yang sedang hangat di bincangkan. Bahkan memudahkan pihak Nal juga menjejak komen dengan membalas respon dari mereka secepat yang boleh.

Secara keseluruhannya blog ini amat Suri sukai. Kemungkinan juga sahabat Nal ini menyukai warna putih plus biru dua warna yang Suri minati. Agak-aganya mesti dalam koleksi baju  Nal dalam almarinya ada warna putih hok belang-belang  siapa tahu kan? hii..

Apapun yang terjadi Suri mintaklah maaf dari blogger sebab review Cik Cahayacinta.com tidak bijak mengulas kata apa lagi  SEO hee ataupun trafik bagai huk.huk..Suri berharap contest ini di terima untuk. Harap-harap ia memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan.

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com, dan ditaja oleh Ronaldmohoni.Com, ArtisMalaysiaTerkini.Com dan Ohsukan.Com

Share

Aku Di Silap Mata Olehnya

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hujung minggu duduk diam di rumah. Menantikan hari ahad kepulangan Suami.

Suami: Eh tolong urutkan badan sakit-sakitlah katanya setelah menempuh perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Ipoh. HQ ada tempat Suami berkerja ada buat aktiviti di sana selama 2 hari.

Isteri: Eh ada upah ker? Selalunya orang bawak balik dari sana mesti ada bawa apa-apa. Tak akan bawa mug HQ jer kot. Suri pun menjuihkan bibir..

Suami: Adalah, nanti abang bagi RM30.00  plus belanja makan kat aeon ipoh section 18.

Isteri: Alah tiga puluh ringgit sahaja. Mana cukup kata Suri dalam nada malas-malas urut belakang badan dia. Sambil gelak kecil belakang dia Suri bisik dalam hati ini kerja cam tidak ikhlas sahaja haa..

Akhirnya dia tertidur…

Dalam sejam lebih dia terjaga. Suri dan anak-anak bersiap. Kami pun tiga beranak terus meleju ke pusat beli-belah tersebut. Tidak jauh dari rumah kami Jalan Pasir Putih yang tak pernah jumpa pasir putih cuma jumpa pasir hitam sahaja :mrgreen:.

Suri jalan ke medan selera sebab satu hari tidak menjamah nasi. Kemungkinan gara-gara nak makan bersama suami dan anak. Selesai makan kami pun jalan ke tingkat 2 sampailah ke tingkat 3.

Isteri: Eh, tengok tu ada sale kata Suri. Apa lagi Suri pun menarik tangan mereka berdua haaa. Di pendekkan cerita Suri membeli 2 helai baju anak bernilai RM 30.00 Setiap helai baju itu berharga RM15.00 sahaja.

Dengan bahagianya Suri kelurkan wang dari beg duit dan menggajukan wang tersebut pada juruwang. Tidak semena dia pun datang.

Suami: Eh kenapa tak pakai baucer aeon RM30.00 tu.

Kredit google

Isteri: Ei.. saya terlupalah..Lalu wang kertas di simpan dalam beg duit semula dan baucer RM30.00 mula berpindah tangan. Serius waktu itu Suri tidak fikir apa-apa pun..

Sampai di rumah Suri rasa tidak puas hati hii..lalu Suri bertanyakan pada suami. Awok kata nak bagi kiteh RM30.00 jadi mana ongkosnya itu. Waktu itu Suri mulalah kerlipkan mata ayu ni pada dia. Nak tahu apa jawapan dia??

Suami: Eh. bukan ker RM30.00 awok dah pakai tadi. Tengk muka dia selamba derk.

Isteri: Eii, bila masa pulak en abang oi..? Sambil Suri bermain renda di tepi tudung ..seakan pura-pura tidak tahu..

Suami: Sayang..RM30.00 itulah awak beli baju anak tadi.

Isteri: Abang!!! Kalau saya tahu baik beli baju sendiri tadi..wacah!!! ayong mai kita belasah ayah sampai lebam :evil:.

picture: http://imagesofipoh.blogspot.com/2012/03/opening-of-aeon-ipoh-station-18.html

Share

Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Boleh di katakan sejak kebelakangan ini terlalu banyak contest yang di anjurkan oleh sahabat-sahabat blogger. Suri sekdar mencuba, mencuri masa,  memeriahkan suasana, mencari pengalaman dan mencari kawan baru sahaja. Rezeki itu usah di risaukan kata orang ada di mana-mana :razz: .

Kali ini Suri ingin mempelawa kawan-kawan untuk joint contest dari Ronaldmohoni.Com berfokuskan kepada . Haa ada yang berani mencuba mengkomen sampai lebam ayuh masa inilah yang dianggap paling kacak. Sebelum nak kacak lagi cantik apa kata sorotkan bulu mata anda yang menawan itu di bawah:-

Syarat Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012:-

1. Buat satu post tentang pertandingan ini di blog anda, bertajuk Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012. Post tersebut mestilah mengandungi sedikit penerangan tentang pertandingan ini, syarat-syarat pertandingan, hadiah pertandingan dan senarai penaja.

2. Letakkan senarai penaja Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012, di akhir post berserta link penaja. Contohnya:-

3. Komen mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 patah perkataan.

4. Pertandingan bermula 1 Mei hingga 31 Mei jam 11.59 malam.

5. Keputusan pertandingan adalah muktamad.

Hadiah Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012 ialah:-

  • Tempat Pertama Komen Terbanyak: RM50 + Iklan Banner sebulan di Ronaldmohoni.Com + Iklan Banner Sebulan di ArtisMalaysiaTerkini.Com + Iklan Banner Sebulan di Shaharil.Com + Iklan Banner Sebulan di OhSukan.Com.
  • Tempat Kedua Komen Terbanyak: RM30 + Iklan Banner sebulan di Ronaldmohoni.Com + Iklan Banner sebulan di ArtisMalaysiaTerkini.com + Iklan Banner sebulan di OhSukan.Com.
  • Tempat Ketiga Komen Terbanyak: RM20 Sumbangan Monica Lok dari blog gadis999 + Iklan Banner di ArtisMalaysiaTerkini.Com
  • Tempat Keempat Komen Terbanyak: RM10 + Iklan Banner di ArtisMalaysiaTerkini.Com
  • Tempat Kelima Komen Terbanyak: RM10 + Iklan Banner di Ronaldmohoni.Com

Akhir kalam ” Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com dan ditaja oleh ArtisMalaysiaTerkini.Com, OhSukan.Com, Blogger Monica Lok dari gadis999, dan Shaharil.Com

Share

Periodic Limb Movement Disorder Part II

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai.. masih ingatkan kawan Suri akan Periodic Limb Movement Disorder? Lupa ya? mulalah lupa ce letak cendol depan mata atau abcdef depan mata baru nak ingat ek. Nantilah Suri keluarkan contes jawab soalan baru tahu hee..:mrgreen:

Baiklah usah omongnya panjang Nocturnal Myoclonus adalah entri minggu lepas punya cerita. Kira sambungan pada topik yang Suri nak bincangkan di bawah.

Sistem saraf manusia_aliran darah.

Siapakah yang menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala?

Tahukah kawan-kawan Masalah Pergerakan Anggota Berkala selalunya berlaku kepada mereka yang berusia lebih daripada 30 tahun, dan semakin biasa apabila usia seseorang itu semakin lanjut. Pada usia 30 -- 50 tahun, Masalah Pergerakan Anggota Berkala didapati pada peratusan kecil. Pada usia 50 -- 65 tahun hampir 30% didapati menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala. Dikalangan mereka yang berusia 65 tahun, lebih daripada separuh menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala.

Sekarang mari kita mengenali apakah punca-punca sebenar terjadinya Masalah Pergerakan Anggota Berkala:-

Punca Masalah Pergerakan Anggota Berkala disebabkan hampir serupa dengan punca Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS). Hampir 30% mewarisi keadaan itu. Manakala dari 70% yang lain tidak diketahui punca kejadiannya. Walaubagaimanapun, beberapa keadaan didapati mampu mencetuskan Masalah Pergerakan Anggota Berkala adalah:-

  • Apabila aliran darah lemah pada kaki tidak sekata.
  • Akibat kekurangan zat besi dalam tubuh (kurang darah) atau dalam erti kata lain sebab “Anemia”,
  • Mempunyai masalah saraf
  • Menghadapi masalah sisitem buah pinggang
  • Terdapat masalah otot ataupun urat
  • Kemungkinan seorang pemabuk,
  • Kekurangan vitamin atau bahan galian dalam tubuh.

Antara sebab-sebab lain yang boleh mencetuskan Masalah Pergerakan Anggota Berkala termasuk :

  • Penggunaan kafin (caffeine) dalam menu minuman,
  • Seorang perokok
  • Akibat keletihan tanpa ada waktu rehat yang mencukupi.
  • Cuba berhenti sekiranya ada mengambil ubat-ubatan tertentu terkadang ia penyebab mengganggu masalah penyakit tersebut. Ataupun mula makan ubat tertentu yang di sarankan doktor.
  • Tubuh tidak tahan pada suhu terlalu panas atau sejuk melampau.

 

Rawatan Masalah Pergerakan Anggota Berkala.

Apabila seseorang dikenalpasti sebagai menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala, adalah penting bagi memastikan samada ia disebabkan oleh keadaan seperti anemia, kencing manisdiabetes“, arthritis, atau pengambilan ubat anti-kemurungan. Diagnosa adalah antara rawatan yang tepat sering menyelesaikan Masalah Pergerakan Anggota Berkala .

Apa pun nasihat Suri dapatkan pengesahan doktor tentang penyakit anda dahulu. Ingatlah rujuklah pada yang pakar Insyallah mereka akan membantu anda.

Untuk memahamkan penyakit berkala ini lebih detail lagi mari kita tengok youtube ini sebagai rujukan:-

Pergerak tidur luar kawal atas sofa.

 

Pergerakan tidur luar kawal di atas permaidani.

Kredit : http://wn.com/Periodic_limb_movement_disorder

 

Share

Kita Pakaikan Dia Baju

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Masih memikirkan akan temuduga itu. Akibat dari ketandusan idea tahap tersangat boring petang ahad itu usai menidurkan anak setelah menemankan dia mewarnakan warna pensel atas kertas lukisan sempat juga Suri snap satu gambar seperti di bawah.

Bila dia tidur Suri curi teady bear kepunyaan dia. Waktu tidur memang setiap sorang akan peluk kira kes peneman tidurlah. Tapi untuk kes main-main biasanya teady bear ini letak dalam bakul.

Harap maklum, baju dan seluar yang di sarungkan ini sudah lama, koyak sikit hee,,sayang benar di buang ataupun di jadikan sebagai kain pengelap kesan kotor. Cara paling mudah kita pakaikan dia baju heeee..

Selamat hari Isnin :mrgreen:..

Share

Temuduga Benar- Benar Menduga Hati

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Tengahari semalam member ini mamai tidurnya laksana tidur malam nghee.. Jam empat pagi semalam membangkitkan diri menyiapkan kelengkapan suami untuk berangkat ke Kuala Lumpur atas arahan HQ. Apabila semua kerja rumah selesai barulah member ini tidur akibat dari kepenatan, kemenggantukkan mengemas rumah, masak, mencuci baju dan seangkatan dengannya.

Pin. pin..kepon..pon..pon..lamunaku terserentak apa dah kacau daun sahaja orang mahu tidur, bunga pun belum sempat nak kembang mekar lagi citt!! mati kata Suri sampai ke noktahnya..

Dalam keadaan berbasi kata di hujung lidah Suri dengan badan lemau menoyohkan muka balik langsir hijau lumut nan jarang. Asal mamad pos laju datang depan rumah aku plk? Anak sudah mula teriak ibu itu bukan ayahlah..Katanya..

Suri bergegas menyarungkan tudung lalu membuka halangan dua pintu untuk mendapatkan posmen tersebut. Surat bertukar tangan. Aik..sempat lagi melihat jejak pos tu memang kacak sehh!! haaa.. jahatnya aku!!! :mrgreen:

Sampai dalam rumah member ini membaca muka belakang surat. eh asal pula pos laju siap datang lagi?? tak pernah, pernah dapat surat pos laju..seingat member semua surat tentang blog, beli barang melalaui muka buku, gift dari blogger semua akan member campakkan guna alamat pejabat :shock:. Adakah itu surat Suri carikan saya jodoh?

Masih tidak puas hati, muka surat hadapan di lihat bagai mata tidak berkelip. Empat kali member ini baca hah! surat panggilan temu duga! Wah! biar benar kata hati melonjak gembira.. anak tengok member ini bagai kera di gigit ekor hujungnya…

Agak lama member ini melihat isi surat itu dan membaca bait demi bait. Sah tersangkut juga. Kronologi bermula agak lama..Sejak member tamat pengajian kolej member bertubi-tubi membelasah spa kerajaan sampai lebam. Dari peringkat pmr, spm ke diploma member mengisi. Jadinya tidak meyangka yang tersangkut SPM.

Serius member ini memang tidak minta jawatan tinggi sampai ke diploma sungguhpun ada sijil tersebut sebab memang sepanjang tahun member tukar keputusan. Mungkin sejak tahun 2000 habis sekolah member isi ruang pmr/ spm , apabila genap setahun member akan tukar lagi pakai diploma. Main tukar-tukar jawatanlah kiranya. Kes permohonan ini member mohon sekitar tahun 2010 hujung tahun.

Kesimpulannya perkara ini masih belum di majukan depan Tuan berhormat pak besar tuan rumah. Mesti dia tidak akan mengizinkan punyalah hee sebab jauhkan.. Agak terkilan tapi keputusan totalnya dari dia. Walau bertahun menunggu tapi tetap redha.. Sekarang terpaksa lupakan tarikh keramat temuduga itu 28 Mei 2012 begitu sahaja..

Untuk menyedapkan hati Suri masih lagi mencuba memohon jawatan kosong under kerajaan. Korang yang di luar sana jangan putus asa okey, member di sini tetap senyum sebab tahu mungkin rezeki tiada di sana tapi akan datang mesti ada. Percayalah. Kata orang jangan jadi derhaka pada Suami nanti tidak masuk syurga…

Korang doakan member akan dapat kerja baik lepas ini ya..

Share

Suri Bagaimana Nak Saya Masukkan Diri Dalam Bungkusan Itu

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Minggu yang lepas sebelum pulang ke kampung halaman mak mertua sempat juga Suri mengambil peluang untuk membuat sesuatu yang istimewa buat hadiah kelahiran first baby kawan Suri. Dulu teman sekerja sekarang dia sudah dapat kerja kerajaan.

Tidak sah andai kata asal cuti sahaja akan ada majlis jemputan kawin perlu kami penuhi. Jadinya sekarang musim tuainya sudah ada hasil kami membeli pakaian bayi untuk tujuan itu. Seronok saat-saat gembira di kongsikan dengan kawan rasa nak hamil lagi gamaknya..merasa detik-detik hujung nyawa itu nak menangis ini sebab tunggu yang kedua hua.. sob..:cry: sob..:cry:

Baiklah tanpa membuang bebelan Suri sah-sah korang bosan apa kata tonton kepingan gambar cinta ini dari Suri. Seperti biasa ini adalah toturial langkah-demi langkah. Andai tidak faham sila maklum pada teman di bawah ruang komen. Sudah..sudah jangan korang bertanya “Suri bagaimana nak saya masukkan diri dalam bungkusan itu” sah memang aku hempuk kornag dengan cpu kat opis ni keh..keh..

.

Bahan utama seperti di atas.

Lipat bahagian tepi, masukkan kedalam. Gam dan solitipkan bahagian sisi tersebut. Sila abaikan penuntut di balik gambar itu heee..

Sudah selesai melipat semua bahagian, lipat bahagian bawah pula (untuk dijadikan sebagai tapak) adjust kesesuaian  baju ingin di muatkan, besar mana beg yang ingin di buat.

Bila selesai melipat, buka di bahagian tapak dan bentukkan ia seperti rajah di atas.

Bila sudah buat lipatan tersebut, buat sedikit lipatan dasar atas dan bawah. Bertujuan meletakkan gam untuk di jadikan sebagai tapak.

Lihat bahagaian dasar atas dan bawah telah Suri lipat itu berwarna kertas pembalut.

Bila kedua bahagian atas dan bawah telah di lipat, akan bentuk gambar seperti di atas.

Gam bahagian tadi, dan lekatkan ia. Gunakan solitip untuk mencantumkan kedua bahagian itu agar tidak terbuka.Lihat gambar di atas telah di siapkan.

Bahagian atas Suri lipat satu kali, dan menambahkan aksesori berbentuk gantung bulatan seperti beg plastik. Sekiranya kawan-kawan mempunyai gunting khas deco hadiah boleh sahaja membentuknya geriji ataupun zip zap. Bagaimanapun ia bergantung pada kreativiti masing-masing.

Pesanan: Sekiranya inginkan kekemasan boleh sahaja anda memotong segi empat memanjang untuk di letakkan dalam beg tersebut sebagai alas meletakkan barang.

Selamat mencuba :razz:

Haaaa.. patutlah tiada orang komen ruoanya tak tick adui…demam ar lagi acamni

Share

Doa Pendekat Jodoh

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Allah..sungguh benar telah masuk hari jumaat segala hari bagi sekalian alam. Sesaat melayari muka buku dan membaca jejak sahabat tentang posting bulan februari mengingatkan Suri akan satu janji. Uh.. tidak pula janji untuk bersuka -ria tapi janji pada yang tiada atau masih belum ketemu jodoh lagi.

Acapkali mendapat walimatulurus hati bagai di carik tidak kacakkah aku hee..rupa cantik sedia ada apa lagilah yang kurang agaknya ya. Masihkah kawan-kawan ingat akan posting Suri bertajuk “Suri Carikan Saya Jodoh” syukur Alhamdulillah ada beberapa pasangan sedang meniti ke alam itu. Maksud Suri bersiap-sedia untuk berumahtangga dan menjadi isteri ataupun suami yang soleh lagi soleha. Amin.

doa jodohSepanjang perjalanan medan muka buku yang penuh dengan lautan kisah manusia sempat juga Suri muat turun potongan ayat dari seorang sahabat Akhi Abdul Kadir melalui facebooknya. Ayuh kita baca doa tersebut seperti di bawah. Berharap dengan doa ini paling tidak pun kita di kira berusaha dan berikhtar.

Bacalah selepas selesai solat fardhu dan cuba amalkan juga pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.

Suri petik kata-kata ini buat sahabat yang Suri kasihi…

Daripada Abu Umamah al-bahilir.a., Rasulullah s.a.w ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih didengar (lebih maqbul dan mutajab)?” Baginda bersabda: ” Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardhu.” (Riwayat al-Tarmizi)

Share

Pengalaman http://cahayacinta.com Sebagai Penulis Blog

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Blog http://cahayacinta.com di bentangkan atas dasar minat. Pendahuluan di mulakan dengan membuka blog sahabat pakarhowto.com dari menjadi seorang pembaca setia terus memberanikan diri memberikan komen di blog tersebut sampai lebam! Seingat Suri dalam masa empat bulan begitu terselahlah setiap komen yang di hamburkan pada blog tersebut akan Suri baca dan menjawab komen dengan sedaya yang termampu. Sampaikan satu petang yang agak mendamaikan Suri menerima layangan email dari admin blog tersebut. Terus Suri di lantik sebagai penulis di sana serta di beri kepercayaan untuk mengemudi segala komen di kala waktu kelapangan Suri.

Bertitik tolak dari minat yang di beri syukur blog tesebut terus subur dan mula mendapat mandat dari pembaca setia dan dari agen carian selalu tersasar kesana. Dalam masa beberapa tahun itu juga Suri melahirkan minat untuk mempunyai sebuah blog atas nama yang Suri inginkan. Dalam masa yang sama Suri akan lari ke blog sana sekejap blog sini sekejap hii.. Bersyukur yang amat sangat sebab sahabat pakar ada membantu bukan setakat dalam bidang penulisan malahan banyak sudut dia membantu Suri. Alhamdulillah terima kasih sangat-sangat buat ilmu sebagai hadiah dari beliau. Tapi sayang..seribu kali sayang blog itu sekarang tidak boleh di buka atas sebab-sebab yang agak sukar untuk di bicarakan huu..huu…:cry:

Ligasi blog cahayacinta.com mula beropersi sepenuhnya penghujung tahun tanggal 30 Disember 2009. Dengan membawakan entri sulungnya berstatus wahai senduduk yang pada ketika itu satu komen pun tiada mampu menebusi petak komenku walaupun hanya satu. Bagaimanapun tiada usaha yang datang bergolek dengan cara Suri mulai menyusun langkah sesi suai kenal antara bloger-bloger luar dan mula meninggalkan jejak ke sana kemari tanpa jemu. Syukur Alhamdulillah barulah menampakkan hasil yang di inginkan. Pada yang asalnya kosong komen kini sudah terisi. Waktu itu bagai ada orang bagi kita sejambak bunga, kita punyalah suka tidak tahulah nak membalas dengan kata apa-apa melainkan perkataan yang terluah waktu itu “terima kasih sebab sudi masuk dan komen ke blog saya” ataupun tahap ingin menghargai komen-komen pengunjung Suri akan katakan “komen anda amat saya hargai sangat-sangat”.

Masa mula berjalan kehadapan makin lama makin banyak yang di pelajari dalam masa yang sama Suri pun belajar mencipta blogspot sendiri atas sebab ingin tahu. Sebab kata blogger mudah untuk menggendalikannya. Nasib memang menyebelahi Suri sebab ada juga bloger yang pro sudi tunjuk ajar sungguhpun ia bukanlah blog berstatus maklumat.

Pertengahan tahun tanggal 14 Jun 2011 sehingga menginjak ke 23 Ogos 2011 blog cahayacinta.com di gegarkan dengan hack dan waktu itu ada sebahagian blog kerajaan turut di godam. Sebenarnya sebelum kejadian ini berlaku sudah pun blog Suri di godam tapi still boleh senyum lagi. Hakikatnya penangan  bulan Jun di bawa ke Ogos merupakan satu kenangan hitam buat diri Suri. Akhirnya blog ini dapat juga di selamatkan oleh pakar-pakar blog, kawan sekalian serta net kl yang berhati waja selalu.

Masalah tidak terhenti di situ godaman setersusya datang lagi dari Indonesia katanya dalam meninggalakn jejak blog cahayacinta.com katanya blog Suri blog lucah! Selang beberapa bulan pula Suri joint contes tentang cinta itupun telah di hack sekali lagi. Serius keadaan waktu itu down tahap gaban. Mujurlah ada blogspot dan beberapa blog bawah tanah yang Suri kendalikan masih boleh di guna pakai lagi. Ini barulah edisi pakai tidak terbuang kata Suri asal blog cahayacinta.com meragam lama maka sampailah saat ini kita boleh guna blogspot semula. Waktu itu semua jentera sudah bersiap sedia untuk di pandu secara serentak.

Bibit yang indah Suri menyusun langkah menguatkan hati bila keadaan makin di sambar nadi-nadi cinta ada pula ebook dapat di jual dalam beberapa bulan yang seterusnya. Syukur Alhamdulillah bahagian iklan juga ada beberapa orang yang menyewa. Hadiah contest sang bidadari adalah hadiah kemenangan yang terbesar buat Suri sebab didalam entri tersebut tersimpul siapa diri Suri yang sebenar. Allah Hu Akbar..Allah Maha Besar sesungguhnya hadiah yang di berikan ketika berblog ada juga terselit rezeki di situ.

Rasa mimpi bagai tersentak saat mendapat beberapa luahan “Zon Perasaan” di medan komen. Bila permasalah di ajukan Suri seakan ada aura untuk membantu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik atau mana-mana cadangan buat mereka yang ada masalah baik dari segi cinta, kehidupan, pergaduhan dalam dunia blog, pertanyaan kesihatan, kehamilan, keluarga dan sebagainya. Waktu itu Suri mulai terfikir kehadiran aku sebenarnya seolah-olah terlalu dekat dengan mereka.. Walhal kami tidak pernah bersua depan mata. Insyallah segala kisah RAHSIA ANDA Suri abadikan dalam hati.

Ternyata untuk menjadi seorang penulis bolg bukan untuk mengejar wang, terkenal, tapi dalam masa yang sama kita juga sering menuntut ilmu tiap apa yang bakal dan akan kita bicarakan kelak. Jadilah seorang yang senang dan mudah di dekati Insyallah kita akan lebih mudah di kenali mahupun di senangi orang sekeliling.

sekian dari dedaun cahayacinta.com bagi memenuhi Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

Share

Cara Mengupas Allium Sativum

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Allium Sativum merupakan rencah yang sering kita guna pakai dalam pelabagai menu masakan di rumah. Selain melengkapkan sajian kita juga sering mengejar masa di dapur untuk menyediakan hidangan bahan dengan lebih cepat sedaya yang boleh. Apa lagi jika makan malam dengan lewat waktunya pasti perut yang lama mulai berkeroncong berdondang sayang weiiiii.

Bunga bawang putih.

Kebiasaannya Suri bab mengupas Allium Sativum akan Suri ketuk pakai tepi pisau tu hee.  Lepas itu buang kulit luarnya, basuh beberapa kali dan terus lebuh dalam kuali. Jika memikirkan soal skema dalam dapur lihat keadaan juga sekiranya tidak tegesa-gesa seperti hujung minggu lain siaran still masih boleh menyanyi sambil mengupas Allium Sativum satu persatu dan mencincangnya la..la.. la.

Petua yang kedua ialah cara mengupas bawang putih sekiranya memperuntukan jumlah yang banyak Insyallah youtube ni masih boleh boleh membantu dan di guna pakai.

Petua yang ketiga yang selalu Suri ataupun ibu-ibu gunakan pada bahagian atas dasar bawang putih yang keras itu di buang dahulu “bersegi kerasnya“, kemudian barulah di kupas tepi sisi bawang putih tersebut. Cara ini memudahkan proses bawang putih di buang kulitnya secara keseluruhannya.

Lupa.. semua di atas merupakan cara tradisional ataupun manual. Cara moden ada juga apa pun semua cara tersebut terpulanglah pada anda untuk mengupasnya. Yang penting dalam masakan tertentu mesti diletakkan bawang putih. Jika tidak masakan tidak lengkap tanpanya :razz:.

Share