Cara Membuat Tuam Tungku Bayi Mudah Murah

Bismillahir Rohmaanir Rohim dan Assalamualaikum buat sahabatku.

Cara membuat tuam tungku bayi mudah jimat murah. Sudah habis cerita ibu berpatang eh? masih belum lagi tapi mahu buka cerita untuk ibu or bakal mom katanya nak belajar homemade tuam bayi lelaki perempuan.

Yang Mana Satu Pau Kukus Ke Pau Bakar?

CAKOI & KUAH AKU GEBUH LAGI MONTEL

DONUT MONTOK ALA BIG BIG APPLE!!

Ada kata tuam herba dengan menggunakan beberapa jenis herba terpilih sahaja. 😉

Menggunakan daun sireh ada juga ..

DIY JAHIT BAJU KURUNG SEKOLAH BUDAK

Bagi pasangan yang mendapat anak lelaki perkara ini memang satu benda baru wajib di ketahui tambah pula bila kita menyebut tentang penyakit “angin pasang” betapa risaunya hati si ibu apabila tahu bahawa angin pasang ini mudah terkena pada bayi lelaki jika tidak di jaga mereka sejak lahir lagi.

Bahan dan ramuan tuam bayi murah:-

  1. Kain bercorak/ kain kosong empat segi
  2. Reben atau tali
  3. Jintan hitam

Cara membuat tuam tungku bayi mudah murah.

  1. Sediakan kain bercorak/ kosong.
  2. Letakkan jintan hitam di tengah kain.
  3. Buat bentuk sup bunjut dan ikat dengan ketat.
  4. Tuam atau tungku bayi sedia gunakan dengan memanaskannya atas sebatang  lilin ataupun seterika. Pastikan suhu kepanasan tuam di kawal sebaiknya jangan terlalu panas suam-suam kuku sahaja ya. 😉

FESYEN JUBAH MUSLIMAH JEANS BIDANG 45 HARI RAYA 2015

DIY Baju Kurung Baby Girl & Baju Melayu Seluar Baby Boy!

Sekarang banyak tuam bayi online jual. Ada jual tuam bayi murah ada mahal harganya apa ikut kemampuan masing-masing.

Bagaimana cara tuam bayi lelaki dan perempuan?

  1. Panaskan tungku kemudian letak di atas kulit tangan pastikan rasa tuam itu suhunya tidak terlalu panas.
  2. Bermula dari bahagian tangan kanan dan kiri.
  3. Bahagian dada bawa ke bahagian perut dan ari perempuan atau lelaki.
  4. Jika bayi lelaki bahagian sekeliling kemaluan bawah atas semua harus tuam. Bahagian ini harus jaga takut angin pasang terjadi.
  5. Bahagian kedua bawah tapak kaki harus juga tuam.
  6. Bahagian belakang badan serta punggung galakkan untuk tuam.

yAHOOO!! Siap Potong Kain Jubah Ala Arab

SIAP !!Jubah Edisi Limited Cahayacinta.com

Cara membuat tuam tungku bayi mudah bawah adalah my model cahayacinta.com 😉

Tuam bayi sampai bila?

Ada kata sehingga bayi sudah boleh meniarap dengan sendiri maka berhentilah bertungku. Ada kata kata sehingga cukup umur satu tahun.

Apa pun ikutlah kehendak hati atau kebiasaan ibu masing-masing asal minyak telon dan stokin tidak di pakai sudahlah heee..

Ada satu lagi kaedah tuam yang mak Suri ajar katanya ini petua orang lama-lama belah mak ler heee..

Bahan-bahan:

  1. Daun durian belanda.
  2. Seterika

Cara:-

  1. Daun durian belanda cuci kemudian selawat sambil tuam daun tersebut atas seterika.
  2. Agak daun layu sedikit koyakkan urat daun bahagian tengah. Makna buat lubang bahagian tengah tu.
  3. Kemudian masukkan bahagian yang berlubang dekat kemaluan bayi lelaki sambil selawat kemudian pakaikan lampin pakai buang pada bayi macam biasa.

DIY POLA JUBAH MODEN KEMBANG PAYUNG & BAJU KURUNG BUDAK KAIN LIPAT TEPI

Cara membuat tuam tungku bayi mudah. Terdapat pelbagai cara untuk menuam bayi lelaki dan perempuan. Jika sahabat Suri ada petua lain lebih menarik ayuh jangan malu segan kongsikan petua atau cara menuam bayi di bawah kotak komen sedia alu-alukan.

Terima kasih 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

35 Responses to “Cara Membuat Tuam Tungku Bayi Mudah Murah”

  1. nila anggraini

    Dec 02. 2015

    baru dengar ada angin pasang untuk baby lelaki. Mkalumlah anak sy keduanya perempuan,hihi….memang penjagaan bayi ini kena rapi dan betul-betul.

    Reply to this comment
  2. akubiomed

    Dec 02. 2015

    Ada buat tempoh hari untuk si baby. 🙂

    Reply to this comment
  3. bukharimalek

    Dec 02. 2015

    boleh praktis nanti untuk bakal bakal bapa nie.. hahahhahahahahahahaha

    Reply to this comment
  4. azimah mohd zainuddin

    Dec 02. 2015

    Ada juga yang gunakan daunsirih untuk tuam apabila kerap sangat bayi kembung atau angin pasang

    Reply to this comment
  5. Sani

    Dec 02. 2015

    Dah lama tak buat macam ni. Mungkin tahun depan nak buat kut…:-)

    Reply to this comment
  6. si bongkok

    Dec 04. 2015

    Wah ini sudah bagus..cara yang menjimatkan sementara nak tggu duit BR1M masuk nie… 🙂

    Terima kasih ya atas perkongsian ini.

    Reply to this comment
  7. mrhanafi

    Dec 04. 2015

    wah..best la kalau dapat buat sendiri..

    Reply to this comment
  8. Noriza Rahman

    Dec 04. 2015

    MV memang jarang sangat tuam bayi ni..kecuali kalau perut kembung. Lepas ni kalau ada baby baru wajib buat la…;-)

    Reply to this comment
  9. Mek ila Jual Vitamin

    Dec 05. 2015

    Mek ila pun tungkukan anak dengan bahan bahan sendiri. Jimat dan lebih mujarab.

    Reply to this comment
  10. Datin Sitee

    Dec 05. 2015

    Memang jimat kalau buat sendiri..

    Reply to this comment
  11. zik

    Dec 05. 2015

    lelaki sahaja ya.. perempuan ada kena tak ya??

    Reply to this comment
    • Suri

      Dec 05. 2015

      baby girl kena tuam juga sama sahaja cuma bby girl kalau tak tuam dia tak der kena angin pasang ya. cuma dia akan kena “kembung” atau “angin” masuk dalam badan jer. tu byat baby meragam.

      kalau baby menagis kena cepat2 mom pujuk kalau lambat tu nagis menganga angin masuk dlm mulut tu buat baby kekadang kembung perot huhu…

      baby girl kemaluan tak tuam pun. cuma bby boy sahaja bahagian burung dan telurnya. kata ornag tua tak tuam boleh jadi penyakit angin pasang sampai besar nanti..huhu wahualam..

      Reply to this comment
  12. cik tom

    Dec 05. 2015

    oh baru tau..tips yg bagus buat ibu bapa yg baru dpt baby boy..hehe

    Reply to this comment
  13. Mizz Aiza

    Dec 09. 2015

    Petua tuam dengan daun durian belanda tu baru tahu..

    Reply to this comment
  14. Sync

    Dec 09. 2015

    dah tak payah keluarkan bajet lebih untuk buat tungku 🙂

    Reply to this comment
  15. titan

    Dec 10. 2015

    okeh.

    ini ilmu baru belajaq hari nih.

    leh try nanti.

    Reply to this comment
  16. KesumaAngsana

    Dec 10. 2015

    wah mmg bagus ni tq share sama yer

    Reply to this comment
  17. huda

    Dec 27. 2015

    baby boy mmg kene tuam time baby…

    Reply to this comment
  18. Surat Yasin

    Jan 06. 2016

    Terimakasih bermanfaat sekali tulisannya jangan lewatkan baca Baca juga Asmaul Husna

    Reply to this comment

Leave a Reply