Panduan Anak Tidak Minta Beli Barang Mainan Kedai

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Panduan Anak Tidak Minta Beli Barang Mainan Kedai. Hari ini pergelangan tanganku bahgian kiri terlalu lemah dari malam sehingga ke pagi buta tadi. Agak malas jugalah nak menaip cebisan bongkah medan laptop ini tapi  gagahkan juga kerana setiap entri yang hasilkan masih ada respon dapat dari pembaca setia, muka buka dan dari blogger gemar membalas jejak katanya..

Yang Mana Satu Pau Kukus Ke Pau Bakar?

RESEPI DONUT DAN CAKOI SAYA

Padahal siang bangun pagi siap sarapan dan selesai masak jam 8.30 pagi heee…Serius kerana minat bercerita dalam belog tanpa henti agaknya. Terima kasih untuk semua. Minta doakan kesihatan Suri baik-baik sahaja ya..

Opsss! terlajak..

5 Homemade Jubah Cahayacinta..

Ini yang malas nak membawa anak ke kedai membeli barang dapur basah atau kering. Ada sahaja matanya jatuh hati pada satu barang ini. Kalau zaman Suri tora sahaja itu murah berapa sen sahaja boleh dapatkan. Sekarang zaman moden bungkusannya boleh tahan juga tapi isi mainan dalam alahai comel sangat-sangat. Harga usah katakan dalam rm5.00 hu.hu.. Kalau tanya barang mainan di cas GST tak pasti pula ahai..

 

Bagi Suri beli makana roti dah cukup kenyang macam roti canai ker, nasi lemak dua bungkus lepas itu tambah beli air kotak perasa buah dah kira ok..Tapi anak tahu sahajalah kala bapanya ada mengada..ngada kalau Suri i say sorry! Serius Si Suri kedekut bab beli mainan haaa..kejam..tahap kejam..bab beli makanan i say yes!

Gambar siap pasang sendiri sebuah kereta mini katanya. Layankan sahajalah. Payah bila anak suka bab pasang-memasang ini. Kalau dalam youtube dia sukalah tengok bab pasang -memasang ini tak kira bab pasang kereta, pasang rumah yang bongkahnya cebisan kecil itu ke..robot ler bagi sahaja dia hadap sejam dua memamg itu salah satu perkara yang amat dia gemari.

Apa pun Suri selalu pantau dan curi-curi juga tengok apa laman yang anak selalu loading dalam youtube tu. Suri akan semak lepas dia guna kalau kata Suri habis kerja rumah. Biasanya kalau nampak pelik jer cepatlah Suri bising macam bertih jagung minta anak tukar cerita pemasangan alat mainan yang lain pula hu..hu..

“Ha..lihat isi dalamnya cuma ada dua ketul sahaja bebola gula cokelat manis huhu..”

“Kala zaman Suri dalam beg plastik dulu boleh dapat enam biji cokelat bulat ..” sedap

Baju Kurung Moden Sempena Hari Raya Haji 2014 !!

Tips anak tidak minta beli mainan kedai atau pasar raya :-

  • Jangan biasakan bawa dia ke kedai biasanya tempat ini akan ada jual pelbagai mainan baik jenis dalam kotak ada mainan dalam makanan ada mainan.

 

  • Sekiranya bawa juga katakan pilih hanya makanan macam biskut jejari, biskut sandwich atau roti. Pendek kata makanan yang mengenyangkan.

 

  • Pujuk dan katakan makanan lebih baik dari membeli mainan kerana makanan akan buat rasa puas sebab kita dapat rasa manakala mainan main sekejap selepas itu mula rasa bosan.

 

  • Jangan sesekali katakan membazir kanak-kanak tidak akan mudah memahaminya. Beli makanan kegemaranya seperti suka biskut oreo atau roti putih sapu nutella ke..

TERHAD!! Kelas Baju Kurung, Abaya Menyusu/Moden

  • Galakkan dia menyimpan dari terus membeli barang mainan. Jika mahu  sesuatu mainan itu berikan duit dan minta dia simpan pada tabung khasnya sendiri. Bila wang sudah mencukupi bawa dia ke bank simpan wang. Buat buktikan depan mereka agar mereka faham kepentingan dalam menyimpan wang pada akan datang. Anak biasanya bila melihat baru mudah percaya jangan kita hanya cakap sahaja.
  • Alihkan pandangan dia kepada makanan dia suka. Macam kita ajak dia beli ais askirm. Lagi sedap dan ada pelbagai perasa kita boleh cuba. Makan ramai-ramai sambil menonton televisyen bersama mereka pun seronok juga.

  • Pujuk dan ajak anak make cake, kuih biskut, pasta yang dia gemar. Bersama-sama turun medan dapur buat makanan bersama anak dapat mengeratkan kasih sayang bersama keluarga. Katakan buat makanan lebih bagus dari beli mainan dapat bermain dengan rakan tertentu sahaja. Membuat sesuatu yang bermanfaat bersama anak membolehkan kita bermain sambil mengusik anak-anak. Ini katakan ibu bapa suka main masak-masak dengan anak 😉

Jubah Pengantin Saya!!

Panduan anak tidak minta beli barang mainan kedai cuma mahu tidak sahaja kita mahu bertegas dengan mereka. Kalau sesekali tidak mengapa jika selalu rabak poket seluar jugalah huhu..

DIY Baju Kurung Baby Girl & Baju Melayu Seluar Baby Boy!

DIY Jahit poket Baju Kurung Baby/ Kanak-Kanak Kain Susun Tepi Jer

Didik dan latihlah jiwa kecil ini menyimpan insyallah ia sedikit sebanyak mampu memupuk insan ini bercita-cita untuk berjaya pada masa hadapan kelak. Mungkin ini sedikit cara Suri anda luar sana mungkin ada teknik yang tersendiri. Cuba ubah dan yakinlah 🙂

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

30 Responses to “Panduan Anak Tidak Minta Beli Barang Mainan Kedai”

  1. Mama Hantek

    Apr 15. 2015

    tips yang hebat.
    Paling teruk kalau ke KFC, nak juga set kanak-kanak yang dapat mainan. Sekarang ni sejak banyak kurangkan ke kedai dan restoren segera (pindah duduk kampung ni banyak makan di rumah dan jarang ke kedai, sayur ambil tepi rumah, lauk sekali beli hujung minggu semasa pasar tamu), memang jauh kurang dah demand mainan pakej kotak ni hehehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      haa..MD ada sahaja mainan susah nak elak…apa itu cara mereka nak buat jualan nak tarik minat anak2 beli katanya..

      duduk kg apa ada huhu…anak sekarang tak macam zaman kita masa kecil dulukan huu..hu…

      Reply to this comment
  2. Anim

    Apr 15. 2015

    suri, 2 abdul saya apa kurangnya. dah masuk menengah pun masih giler mainan..huhu. tapi sekarang mcm tips yg suri beri..merekaguna duit sendiri atau sebahagian saja duit dr mak pak depa..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      haa..indha tapi itulah anak keletah seronok melayan pening pikirkan..adat bila ada anak bila tak penuhi hati rasa walang 😉

      Reply to this comment
  3. jannah PS Low

    Apr 16. 2015

    saya kekadang anak2 minta nak beli mainan, saya offer mereka beli buku baru 🙂

    Reply to this comment
  4. Suriya

    Apr 16. 2015

    anak-anak ni bijak, asal nak minta mainan tanya kat ayah. sebab ibu is BIG NO NO nak beli mainan baru. sekejap je excitednya kalau beli mainan baru. tak sampai seminggu tak duk tercongok mainan tu sendiri. letih nak kemas. oh tips ni memang best.

    Reply to this comment
  5. zik

    Apr 16. 2015

    kalau dah guling2 dekat kedai tuh.. suruh beli mainan tuh jugak… susah jugak tuh

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      apa lagi beli jer kalau murha ok kalau mahal deras tarik anak keluar dari kedia heee

      Reply to this comment
  6. SaniYunus

    Apr 16. 2015

    Suri: Tips yang menarik tu..saya pun memang jarang belikan sangat mainan untuk anak-anak ni. Cuma galakkan membeli buku yang lebih bermanafaat..:-)

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      ya itu galakkan kalau boleh tukar yang manfaat dan lebih menguntungkan lebih baik 😉

      Reply to this comment
  7. amirulfaiz

    Apr 16. 2015

    Pencegahan, jangan dibawa anak ke kedai.. Asuh belajar menabung.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 16. 2015

      ya,memang wujud beberapa keluarga yang saya kenali mereka ini tidak akan membawa anak-anak ke kedai atau pasar raya…

      mula tak percaya tapi itu kenyataan tapi tak semua orang sanggup berbuat demikian. bisalah setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik asuh anak masing-masingkan 😉

      jadi ia memang tak pelik pun 😉

      Reply to this comment
  8. Mek ila Jual Vitamin

    Apr 16. 2015

    Tips menabung tu sangat berguna. Mek ila galakkan anak menabung untuk membeli barangan kesukaannya bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Tapi bila dia dah menabung duitnya tu Mek ila masukkan ke dalam akaun Tabung Haji, Tak sampai hati nak gunakan walaupun untuk beli mainannya. Mainan tetap dibeli tapi guna duit emaknya hihi..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      itu biasa hee jangan sekali gunakan kalau boleh usah usikkan 😉

      mak ayah akan ikut kata anak tapi tak selalu akan ikut kehendak anakkan..

      jadi ibu dan ayah memang naluri cukup tersentuh dengan karenah anak dengan muka comel dan sedih ..mudha sahaja jatuh simpatinya heeee.. 😉

      Reply to this comment
  9. Ezlaila.com

    Apr 16. 2015

    Kadang2 tak sampai hati juga bila duk minta2 … dia buat2 mata bulat cute dia minta simpati … haha…camner tu, Suri. Anyways, semua tips nie bagus2 untuk dipraktik, thanks for sharing.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 16. 2015

      sesekali akan kalah tapi perlu tegas juga jangan manjakan sangat heee… 😉

      apa pun ia satu pengalaman yang indah bila menjadi seorang ayah dan ibu pada anak-anakkan 😉

      Reply to this comment
  10. Cetusan Minda

    Apr 16. 2015

    my anak buah selagi x dpt , sampai rumah masih melalak . bila dah dapat , cuma blh berthn beberapa hari je sebelum dimusnahkan !

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      haa..ragam anak kecil bukan tahu jaga barang sangatkan..lain besar sikit baru tahu hargai dan sayang barang 😉 normal ler tu 😉

      Reply to this comment
  11. akubiomed

    Apr 16. 2015

    Setakat ini tidak menjadi masalah kalau bawa anak-anak ke ruang permainan. Walaupun meminta tetapi tidaklah sampai menangis hentak kaki. Pesan baik-baik okaylah.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      payah hentak kaki hoo..ho…kena bijak kawal mereka gunaka mental jiwa untuk memujuk ya tak

      Reply to this comment
  12. Zul

    Apr 17. 2015

    anak sy br stahun xpandai meminta lagi..tgok lah tahun depan camne dia berbaris hentak kaki ke tidak kalau dtg tempat permainan..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 17. 2015

      kena tahan sabar kalau malu cabit lari 😉 kalau ada rm kenalah beli…kata tak sampai hati heeee

      Reply to this comment
  13. mrhanafi BEST

    Apr 17. 2015

    memang betul la..tips ini memang bagus..terbaik tu

    Reply to this comment
  14. AZENI AHMAD

    Apr 17. 2015

    Setakat sekarang nie anak yang sulung tak meronta bila minta mainan tapi tak dapat.
    Sebab akan explain bagai semua sebab ada penah beli.
    Mainan memang ayah yang belikan.
    Kalau saya memang jawapannya NO.

    Reply to this comment
  15. Hafizul

    Apr 20. 2015

    Huhu..kinder joy memang mahal habis..tak larat rasanya setiap kali ke stesen minyak, memang anak akan minta.. Last-last malas nak singgah stesen minyak kalau bawa si anak tu..

    Reply to this comment
  16. effa

    Apr 20. 2015

    cara saya senang je.. cakap.. mama tak bawa duit.. duit tak cukup.. nasib anak jenis dengar.. tapi kdg2 tue menjadi gak. belikan juga la.. huhu

    Reply to this comment
  17. Mak Jemah Jual Vitamin

    Apr 27. 2015

    sesekali kena gunakan kuasa veto gak, kalau sesekali dia minta tu boleh belikan, dah berkali-kali maka mama mulalah nak kena jadi diktator heheheee

    Reply to this comment
  18. resep makanan

    Oct 09. 2015

    terima kasih banyak buat infonya …

    Reply to this comment

Leave a Reply