Multivitamin Dan Vitamin C Champs vs Panduan Beri Anak Makan Mudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Multivitamin Dan Vitamin C Champs vs Panduan Beri Anak Makan Mudah. Liatnya dan betapa risaunya hati seorang ibu antara sebahagian keluhan dari mereka yang sering berdepan dengan kesukaran untuk memberikan anak mereka makanan.
Panduan Beri Anak Makan Mudah

Panduan Beri Anak Makan Mudah

Sebahagian cara atasi anak sukar makan

Bila terlebih makan..

CC: Kak tak penat ke tengok Asraf itu asyik makan sahaja?
Kak: Tak sebab dah selera dia terlebih.
CC: Erk..susahnya kala terlebih makan hii…tak mengapa rezeki murah memang sentiasa ada untuk anak-anak 😉
Bila terkurang makan..
Kak: Umairah tak makan?
CC :Makan juga lebih 10 kali buka sang peti ais huhu..ada masa tidak mahu makan jugalah waaa…
Kak: Payah bila makan memilih gamknya..
CC: Tak juga tapi suka bermain..cuma ada masa tertentu sahajalah.
Kak: Trik kena pandai main ayat memujuklah ini.
Multivitamin dan vitamin c champs menjadi pilihan:-
  • Siap dalam pelbagai bentuk tablet. Best ada bentuk abjad. Hisap atau gigit boleh.
  • Pelbagai perasa oren, nenas dan strawberi.
  • Setiap botol ada 100 tablet tahan selama dua ke tiga ke empat bulan.
Tapi tidak semua kanak-kanak menggemarinya bukan. Pada awalnya sukar jugalah nak ikut selera ubat makanan tambahan anak Suri tapi berkat pujuk rayu ayat 200% kasih sayang alhamdulillah macam tahu-tahu sahaja budget ibu macam mana hii..
Terkadang makanan tambah kanak-kanak hanya membantu 50% sahaja untuk membantu selera anak makan yang selebihnya bergantung pada ibu dalam menyediakan sajian berkhasiat untuk anak-anak.

5 Homemade Jubah Cahayacinta..

Multivitamin dan vitamin c champs vs panduan beri anak makan mudah. Salah satu situasi yang sering Suri lalui. Bukan makan tidak minta oder dari anak sebelum dia ke sekolah hari-hari ibunya take note dekat dalam pintu pagar rumah tau huhu..

Panduan mudah memberi anak makan makanan orang dewasa.
Tapi masa sekarang ini agak legalah sebab anak tengah belajar makan makanan orang dewasa haaa.. Macam menu ayam masak kurma, kari daging, ikan masak lemak cili api..opss..kurang pedas selain dari asyik..asyik masak kicap..sup ayam haaaa…
Perkara yang mampu Suri lakukan kebetulan pejabat En suami boleh beli ubat dan dapat claim bolehlah kita tumpang sekaki ya tak 😉 ini namaya salah satu taktik yang maha bijak dan jangan sesekali peluang ini lepaskan  we.we.we.. 🙂
  • Biasakan masak menu kurang pedas mengikut tahap usia anak. Kalau anak usia enam tahun rasanya mereka suka berlemak sedikit. Pedas boleh kurangkan sebab mereka masih belajar untuk menikmati makanan. Apa pun ia bergantung pada setiap anak-anak anda.
  • Letakkan menu berkhasiat seperti kentang, lobak dalam makanan sediakan. Seperti masak kuram ayam letakkan hirisan kentang atau lobak untuk biasakan dalam setiap memu wajib ada sedikit gizi berkhasiat selain dari zat besi.
www.tastespotting.com

www.tastespotting.com

  • Sesekali buatlah menu kegemarannya anak. Kalau anak Suri dia lebih gemar makan makanan spaghetti tomato katanyalah. Maka sesekali selitkan menu kesukaannya itu sebulan sekali pun boleh juga paling tidak kalau suka sangat menu sebulan 3 kali wajib pelbagaikan item hiasan dalam menu kuah tomato spaghetti nanti 😉
 
Panduan mudah memberi anak makan sayur-sayuran atau ulam-ulaman.
  • Trick Suri untuk lebihlan sayuran jenis ulam hijau biasakan apa kita makan wajib ada ulam-ulaman atau sayuran-sayuran pelbagai warna. Apa kita makan dan hidangdangkan dalam pinggan kita mesti dan dalam pinggan anak juga. Walaubagaimanapun kuantiti yang kita letakkan itu haruslah sedikit. Bermakna kita tidak memaksa dia makan tapi kita cuba menggalakkan dia. Apa pun ia bergantung jenis ulam/ sayur mengikut kesesuain umur anak.

 

  • Sediakan pinggan watak kartun animasi yang dia gemari. Kalau tiada cukup pinggan khas untuk dia makan yang pasti pinggan itu menarik mata minat untuk setiap kali makan. Biasanya pinggan comel anak-anak akan ingat masa makan macam waktu berseronok juga.

TERHAD!! Kelas Baju Kurung, Abaya Menyusu/Moden

Baju Kurung Moden Sempena Hari Raya Haji 2014 !!

  • Ceritakan satu kisah menarik. Al-kisah tentang lobak mungkin Suri gemar bermain pada apa ada pada persekitarannya. Suri suka katakan pada anak. “Lobak ini bulat macam tayar kereta ayahkan” sure dia akan lebih berimiginasi dan cuba selitkan khasiat makan lobak kepada tubuh kita. Sambil katakan padanya betapa untung orang makan lobak mata akan terbentuk cantik macam mata arnab!
www.myfooddiary.com

www.myfooddiary.com

  • Tunjukkan aksi bagaimana cara menikmati makanan sayur-sayuran atau ulam hijau pada anak. Jika kita boleh makan nasi goreng bersama keropok ikan misalannya makan tunjukkan cara  makan pada anak agar mereka tahu bagaimana merasai kerangupan keropok bila di makan bersama dengan nasi goreng. Begitulah caranya lakonan kita makan timun sambil makan nasi atau mungkin kita  boleh selang-seli makan nasi kemudian susuli dengan makan timun.
Kesabaran dalam melayan karenah memberikan makanan kepada anak membuatkan kita merasa terlalu cepat berputus asa. Tapi percaylah berkat doa, usaha dan pujukan ampuh akan buatkan mereka akur dengan kita. Gunakan kuasa sebagai ibu bapa mempelbagaikan ilmu menyediakan masakan dan minuman kanak-kanak insyallah berkat akan berhasil juga suatu hari nanti.
Multivitamin dan vitamin c champs vs panduan beri anak makan mudah pengalaman Suri tidaklah seberapa sangat tapi amat bersyukur sebab permulaan sukar kini berakhir dengan ucapan alhamdulillah.
Anda bagaimana? kongsikan 😉
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

13 Responses to “Multivitamin Dan Vitamin C Champs vs Panduan Beri Anak Makan Mudah”

  1. Mak Jemah Jual Vitamin

    Apr 06. 2015

    sedapnya menu kat atas tu.. eh aritu suri ada nak tanya MJ pasal apa eh?hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 06. 2015

      nyumieee kalau ada depan mata jangan sesekali menolak kala ada pula orang yang nak belanja heee..

      haaa.dah add facebook kita ke Mak jemah huu… 😉

      Reply to this comment
  2. islam di dadaku

    Apr 06. 2015

    memang anak-anak paling susah makan sayuran mesti ada suplimen dan vitamin

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Apr 06. 2015

    Anak-anak agak liat makan ubat multivitamin tapi kalau ada rasa manis laju sahaja.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 06. 2015

      ya rasa manis mereka gemarlah macam rasa keropok itu hee..tapi nak makan mesti ambil sedikit masakan…

      ahai… 😉 anak..anak..

      Reply to this comment
  4. mrhanafi BEST

    Apr 06. 2015

    hu..hu..comel-comel anak Suri..

    makan vitamin c sepatutnya tak de masalah..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 08. 2015

      masa kecil ada masalah sekarang kena pujuk baik punya baru sudah ok ibu boleh senyum riang kini

      Reply to this comment
  5. seri

    Apr 07. 2015

    kalo anak saya 10biji sehari, dah mcm gula2 dah rasanya

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 08. 2015

      best tu tapi kena kawal tak boleh ambil lebih bahaya ikut sukatan yang syorkan ya 😉

      sebelum ank ambil vitamin tambahan ikutkan tanya doktor dahulu ya

      Reply to this comment
  6. Dr Fattah

    Apr 07. 2015

    anak saya susah nak diberi makan nasi, mungkin cara ini boleh membantu saya menyelesaikan masalah.

    Reply to this comment
  7. resep kuliner

    Oct 06. 2015

    resepnya mantep…

    Reply to this comment

Leave a Reply