Bukan Zombi Manfaat Derma Darah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Cuti hujung minggu baru -baru ini Suri menemankan encik suami ke pejabatnya. Wah seronoknya nak tumpang sekaki jadi zombi tak boleh jadi tumpang tengok sahajalah ya haa...Bukan Zombi Manfaat Kebaikan, Kelebihan Derma Darah menyingkap tabir entri kali ini haha..hahaha..saya gigit..suntik kamu!!

Yang Mana Satu Pau Kukus Ke Pau Bakar?

RESEPI DONUT DAN CAKOI SAYA

Bukan Zombi Manfaat Derma Darah. Jadi sila abaikan perkataan zombi itu haa ia hanya semata-mata untuk memerangkap anda untuk masuk dan baca entri di blog ini sahaja.. 😉

Derma darah satu amalan sukarela yang terpuji tidak ternilai sumbangannya jika kita dapat melakukannya dalam kehidupan ini selain perkara baik seperti menderma organ katanya. Kita diibaratkan hero pada hati mereka dalam diam 😉

Mengapa kita perlu menderma darah?

Kebaikan derma darah.Tahukah anda satu unit darah yang kita dermakan akan dapat menyelamatkan nyawa:-

  • Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah dari tubuhnya.
  • Pada ibu-ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin.
  • Bayi yang amat memerlukan pertukaran darah.
  • Membantu memudahkan urusan di dalam kes-kes pembedahan-pembedahan yang memerlukan darah.
  • Pesakit thalasemia, pesakit anemia, pesakit leukemia dan pesakit haemofilia.
  • Mangsa demam denggi.
  • Mangsa kebakaran.

Kelebihan menderma darah.

  • Menderma darah hanya dengan satu pain darah (450 ml) akan membantu membakar 650 kalori dalam tubuh badan
  • Apabila darah dalam tubuh keluarkan sel-sel darah baru akan pada sumsum akan terbentuk ia akan gantikan tempoh satu hingga dua bulan.
  • Membantu mengurangkan paras zat besi di dalam darah. Zat besi adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas dalam tubuh. Setiap kali seseorang individu itu menderma darah, tubuhnya akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Terdapat kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

YahoOOO!! JAHIT 5 JENIS JUBAH

5 Homemade Jubah Cahayacinta..

  • Membantu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung seperti strok.
  • Mendapat keistimewaan sebagai penderma dari segi rawatan kesihatan pesakit luar, percuma suntikan pencegahan hepatitis B, mendapat wad kelas dua atau kelas satu. Walaubagaimanapun ia bergantung pada kekerapan anda menderma darah dalam tempoh setahun.

DIY Baju Kurung Baby Girl & Baju Melayu Seluar Baby Boy!

Baju Kurung Moden Sempena Hari Raya Haji 2014 !!

TERHAD!! Kelas Baju Kurung, Abaya Menyusu/Moden

Pengelasan darah-darah dari penderma!

  • Tahukah anda bahawa Darah yang telah diderma biasanya boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku sebelum diberikan kepada golongan yang memerlukan.
  • Kumpulan darah telah kumpulkan akan dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, Faktor VIII dan IX – semuanya ada kegunaan tersendiri.
  • Merawat pesakit talassemia, leukemia, orang yang kehilangan darah (mangsa kemalangan, kebakaran, pembedahan) dan kekurangan darah (anemia).
  • Manakala bagi produk darah seperti plasma beku segar dan Faktor VIII serta IX untuk pesakit haemofilia.”

Jubah Pengantin Sungguh Go..gOjes!!

Bukan zombi manfaat kelebihan, kebaikan derma darah dalam islam amat galakkan kerana kita membantu golongan yang berada dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang seseorang.

Psst..Jenis darah Suri adalah “O” anda pula jenis darah apa ya?

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

25 Responses to “Bukan Zombi Manfaat Derma Darah”

  1. zara

    Mar 30. 2015

    Dah lame tak menderma darah..zaman u dulu slalu join kawan2 g derma darah kat PPUM..yang best nye ade buku bank utk tulis entry berapa kali derma..pastu makan free..hihihi spesel sket kat PPUM tu boleh order nak air ape lepas menderma..sy selalu order milo makcik nurse situ..best..pastu makan sandwich..kekadang nurse tu bagi kami bawak bekal lg sandwich..student katanya lapor nnti 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 31. 2015

      haa..masa belajar bestkan saya sertai masa ada majlis perbandaran buat tak ada pula dalam kolej buat huaa…

      masa tu baru tahu kita jenis darah apa heee..seronok sangat dapat buat perkara kecil tapi dalam masa sama membantu orang benar-benar memerlukan 😉

      Reply to this comment
  2. SuperNifz

    Mar 31. 2015

    Memang suka bab-bab menderma darah nih, so far lepas aa 2 kali, selepas tuh tak lepas sebab HB rendah… hadoii lah.. tension toll…

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 31. 2015

      haa..hb kena cun..berat kena lebih dari 40kg ke atas…macam itulah sedikit penilaian yang perlu lakukan sebelum menderma darah di lakukan

      Reply to this comment
  3. islam di dadaku

    Mar 31. 2015

    bila darah sihat memang baik lagi kalau derma kecuali jika dah ada kelainan misalnya kekentalan darah atau kurang trombosit

    Reply to this comment
  4. Mek ila Jual Vitamin

    Mar 31. 2015

    Derma darah amalan muia bagi membantu mereka yang dalam kecemasan. Teringat kenangan dulu-dulu, tak boleh derma darah sebab berat badan tak sampai 45kg dan tekanan darah rendah. Alhamdulillah sekarang dah berisi sikit ni…

    Reply to this comment
  5. Ummi Tokei Vitamin

    Mar 31. 2015

    Ummi jenis darah O tapi tak dapat derma darah….sob….sob…

    Reply to this comment
  6. Ain Ridzuan

    Mar 31. 2015

    Saya kalau boleh teringin sangat nak menderma darah tetapi tak layak sebab mempunyai tekanan darah rendah.. Banyak manafaat dapat derma darah ni..

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2015

      darah rendah tak boleh juga kelak akan bahayakan diri sendiri. mesti ambil zat besi lebih boleh baru derma darah.

      zat besi sumber ayam daging bayam haaa tu boleh ambil untuk tambahkan darah selain kerang 😉

      Reply to this comment
  7. Mak Jemah Jual Vitamin

    Apr 01. 2015

    dulu-dulu ingat lagi nak menderma darah kena rejek sebab tak cukup berat hahhaha

    Reply to this comment
  8. encikarman

    Apr 01. 2015

    adehh.. takut nak derma darah hi2. Ada seklai tu kan kwn derma, lepas tu dia pening2 dan pengsan sekejap. cerita benar ni.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2015

      alah sebab dia mabuk darah ke apa tu encik arman?

      atau masa dia nak derma darah dia tak bersarapan dahulu atau tak cukup tidur.

      biasanya sebelum derma darah kita akan cek sama di benarkan derma atau tak. kalau kata boleh maka kita derma macam biasa.kalau tak mereka tak akan ambil darah kita walaupun kita kata kita sihat walfiat.

      ada beberapa sebab sebelum orang boleh derma darah tak tak boleh derma tau heee… 😉

      terima kasih sebab berkongsi kisahnya kat sini amat hargai sangat..sangat

      Reply to this comment
  9. Radhia

    Apr 01. 2015

    Kalau boleh nak derma darah jugah, tapi dibenarkan..huhu
    Saya dah add sis into my blog friendlist. Hope sis add & follow saya juga..
    http://penselduabee.blogspot.com/

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2015

      apa sebab ya…

      tak apa nanti saya akan sambung part 2 pula ..

      tunggu ya 🙂

      Reply to this comment
      • Radhia

        Apr 09. 2015

        Reasonnya saya pernah stay di England time ada wabak lembu gila..Takut saya pun ada wabak lembu gila jugak… huhu..

        Reply to this comment
        • Suri

          Apr 09. 2015

          hoo..begitu ya sekarang pergi mana dah risau nak seronok teruja pikir berkali ..kali..

          harap cek dengan doc dulu kalau buat derma darahkan.mana tahu lepas ini dah boleh derma kembali..
          _
          seronok tu

          Reply to this comment
  10. Anim

    Apr 01. 2015

    suri, kak lama teringin nak derma darah tapi tak dapat izin suami..
    dia lak sebelum kena darah tinggi rajin derma darah…bila dia kena reject, sudahnya dengan kita2 sekali dia tak izin…

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2015

      haa..tak apa ada sebab tu heee..kalau kata jangan..janganlah heeee.. 😉

      darah tinggi tak boleh loh… ;(

      Reply to this comment
  11. Azeni Ahmad

    Apr 01. 2015

    Saya darah O positif.
    Memang universal darah nie.
    Sebab semua orang dapat menerima.
    Tapi saya hanya boleh terima darah sama sahaja.
    Saya itak pernah menderma.
    Nurse pernah check cakap saya takleh derma sebab darah dalam badan saya cukup2 saya. Takleh derma.

    Betul ke suri.

    Reply to this comment
    • Suri

      Apr 02. 2015

      heee..ada beberapa sebab kenapa kita tak boleh derma. bukan jururawat tu tak bagi kalau bagi habis keirnglah awak nanti ekeke..

      cuba cukupkan hb dalam darah dan berat badan ideal kalau kedua ok insyallah akan datang azeni pasti boleh derma darah kembali 😉

      Reply to this comment
  12. Noriza Rahman

    Apr 02. 2015

    Belum pernah menderma darah lagi, maybe tak cukup nak derma kot..hihi

    Reply to this comment

Leave a Reply