Cara Mudah Potong Kaki Seluar Panjang Untuk Pendekkan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah. Bab menjahit masih menjadi santapan dalam blog ini lagi. Kisahnya bermula cara mudah potong kaki seluar panjang untuk pendekkan. Kali ini dengan gatalnya  jemariku menerima tempahan dari seseorang katanya seluar panjang pejabat terlebih labuhlah pula.

Yang Mana Satu Pau Kukus Ke Pau Bakar?

RESEPI DONUT DAN CAKOI SAYA

Al kisahnya bermula semasa membeli seluar di Aeon. Katanya paras seluar dengan kaki sudah cukup ok. Jadi tak perlulah untuk si isteri yang makin comel ini a.k.a tukang jahit rumah susah hati nak pendekkan bagai. Year dak ak..ak..ak..

Intai  luar kot..kot ada burung yang sedang berdating dekat belakang tingkap rumahku...

Intai luar kot..kot ada burung yang sedang berdating dekat belakang tingkap rumahku…

YahoOOO!! JAHIT 5 JENIS JUBAH

5 Homemade Jubah Cahayacinta..

Tapi sayang..seribu kali sayang seluar yang di pakai setelah seminggu di rasakan terlebih panjanglah katanya harus segera di pendekkan.

“Ini olang cakap tarak supa bikin hiii…”

“Siapa?”

“Suami sayalah hoo..hoo.. 😉 “

Maka sukatan ukuran mulalah Suri ambil dari paras pinggang ke bawah kaki sedikit.

TERHAD!! Kelas Baju Kurung, Abaya Menyusu/Moden

Mudah cara nak potong seluar yang panjang untuk pendekkan. Bahan penumis asas yang perlukan:

  • Mesin
  • Kapur/ pensel warna khas
  • Pembaris
  • Pin langgar lari
  • Benang
  • Jarum

1. Untuk memulakan potogan seluar panjang kita perlu ukur berapa cm/inci perlu kita hendakkan. Kapur dan gariskan ukuran tersebut secara terus.

sudah ok kita lipat dan pinkan ia dengan pin langgar lari

sudah ok kita lipat dan pinkan ia dengan pin langgar lari

2. Barulah kita ambil ukuran untuk basi jahitan pula. Ia terpulang pada seseorang individu ada sebahagian suka mengambil basi jahitan atau lipatan dalam 2 inci atau lebih. Kapur dan gariskan putus-putus ia menandakan kita akan potong pada bahagian bawah lepasi kawasan basi itu. Ikut keselesaan si pemakainya juga ya.

DIY Baju Kurung Baby Girl & Baju Melayu Seluar Baby Boy!

Matikan jahitan sekali lagi..

Matikan jahitan sekali lagi..

3. Bahagian lakaran garis putus-putus kita akan potong kainnya sebab ia kira lebihan kain yang tidak diperlukan.

Andai kata lebihan kain anda cukup makan sahaja maka tidak perlulah anda memotong kain tersebut nanti apabila siap tidaklah ia kelihatan singkat/ senteng. Bergantung pada keadaan seluar juga.

Jubah Pengantin Sungguh Go..gOjes!!

4. Kemudian gunakan pin langgar lari dan lipat bahagian kain yang kita basikan dan teruskan menjahit mengikut garisan ukuran lakaran yang kita buat garis terus itu tadi.

Done! pasni bolehlah dapat upah hiii

Done! pasni bolehlah dapat upah hiii

5. Jahit seperti biasa dan bahagian akhir buat ulangan jahitan untuk matikan jahitan.

Baju Kurung Moden Sempena Hari Raya Haji 2014 !!

Cara mudah potong kaki seluar panjang untuk pendekkan Suri berharap anda fahamlah hendaknya ya hee..Biasalah ini adalah cara Suri sendiri. Kalau payah nampak gaya kena belajar face to facelah hii..Apa pun seni jahitan yang ada pada setiap orang adalah unik dan ada caranya yang tersendiri 😉

Pstt..Lebih suka memotong dan kemudian menjahit seluar menggunakan tangan tanpa menggunakan mesin jahit rasanya lebih seni dan menyeronokkan.

yEY! SAVE BUDGET lagi!!

Selamat mencuba !

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

16 Responses to “Cara Mudah Potong Kaki Seluar Panjang Untuk Pendekkan”

  1. akubiomed

    Mar 12. 2015

    Dari post yang terdahulu tertanya-tanya dimana boleh dapat pin langgar lari ini?

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 12. 2015

      wah masih tak add penjual yang menjual pin itu ke bro ab? saya daj bagi link dekat first entri lagi dan beri dekat entri link tulisan ab sana hee..

      kalau nak serius bagi tahu saya nanti saya bantukan 😉

      Reply to this comment
  2. emalinmohd

    Mar 12. 2015

    Apa pin langgar lari tu suri? Kalau jahit tangan suri? Kena jahit sisi juga ke macammana? Sebab tak ada da mesin kat rumah.

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 12. 2015

      pin langgar lari boleh jeguk entri dekat bahagian kanan si debar, POPULAR POST tajuk dia “Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis”

      Kalau jahit tangan kita hanya lipat satu lipatan masuk dalam pastu kita jahit susup pun ok gak 😉

      Reply to this comment
  3. Hery

    Mar 12. 2015

    Thanks tutorialnya..

    Reply to this comment
  4. ema

    Mar 12. 2015

    akak nak buat malas..selalu minta mak mertua akak yang tolongkan..lagipun dia memang tukang jahit…hehehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 12. 2015

      untung ada mak mertua boleh belajar tuntut ilmu dengan dia heee..

      ada cas upah tak tuh? 😉

      Reply to this comment
  5. AZENI AHMAD

    Mar 12. 2015

    Untung incik suami yea.
    Dapat isteri pandai menjahit.
    Kalau suani saya memang hantar kat tailor la.

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 12. 2015

      heee..boleh je sis kalau ada kemahuan kalau tak berani jangan buat habis plk seluar nanti hu…

      Reply to this comment
  6. Hero Borneo

    Mar 13. 2015

    ho..ho..bagus panduan ini..boleh la cuba nanti

    Reply to this comment
  7. Dr Fattah

    Mar 13. 2015

    mudah kalau dah tahu potong kaki seluar, tak payah hantar kedai lagi.

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 13. 2015

      ia kedai mahal juga itu kalau town, kampung murah tapi benar save kita boleh belajar dan jahit sendiri lagi bagus 😉 hiii

      Reply to this comment
  8. SaniYunus

    Mar 14. 2015

    Kesian pin tu lepas kena langgar..kena lari pulak..Anyway menda yang mudah macam ni baik dilakukan dirumah daripada upah dikedai.Biasa charge RM5 juga di Puchong ini..

    Reply to this comment
  9. alin marlini

    Mar 17. 2015

    Untung ada isteri pandai menjahit

    Reply to this comment

Leave a Reply