Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak Edisi 2015

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak Edisi 2015. Blog ini pernah membuat beberapa kali posting berkenaan dengan kegilaan, khayalan anak akan sesuatu benda amat gemari. Kala jahitan ini ada idea kata orang dalam masa beberapa minit sahaja kita boleh siapkan asal tiada umat yang menggangguku.

Yang Mana Satu Pau Kukus Ke Pau Bakar?

RESEPI DONUT DAN CAKOI SAYA

Era bantal busuk 4-6 tahun

Era bantal busuk 4-6 tahun

Ya. bantal busuk anaklah apa lagi hi..hi..kali ini baru ada kesempatan nak membuatnya. Setelah beberapa lama bantal asyik rendam dengan pewangi, masuk dalam mesin basuh, jemur bagai akhirnya warna sedia terang makin lama semakin luntur.

Baju Kurung Moden Sempena Hari Raya Haji 2014 !!

“Sudah acapkali dia meminta tukarkan bantal baharu tapi tiap kali itulah ibunya sibuk dengan belog dan kerja kraftangan yang lain..”

“Pernah beberapa ketika anak meminta gantikan bantal baharu tapi masih tetap mengekalkan ciri-ciri design  gambarmickey mouse yang sama..” haaa..

“Ker sebab gua pemalas haa..sila abaikan kalau ia benar “

YahoOOO!! JAHIT 5 JENIS JUBAH

Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak..dekat sini ada tiga pilihan corak yang amat dia gemari. Agaknya pilihan corak mana yang di akan pilih?

Kaedahnya mudah sahaja. Bahan perlukan kain semeter sudah lepas untuk membuat beberapa biji bantal mucuk heee..

  1. Kain bercorak
  2. Gunting
  3. Jarum
  4. Mesin jahit
  5. Pembaris
  6. Kapur/ pensel lakar

Buat berapa ukuran anda rasakan sesuai sesedap peluk. Usah buat bantak busuk yang bersaiz besar buat yang kecil sebab mudah nak masuk dalam beg kolej..a.k.a beg kartun Suri..

1. Anggaran kain empat segi dalam 16 inci x 14 inci. Pastikan ada basi jahit dalam 1 inci  pada empat bahagian segi kain.

2. Jahit lurus dan pastikan akan ada ruang kosong untuk masukkan kekabu atau fiber. Jahit berbalas dan matikan jahitan anda.

3. Selesai masukkan kekabu jangan lupa jahit tangan bagi tujuan menutup disamping untuk mengelakkan limpahan kekabu terkeluar.

4. Kemaskan jahitan anda dan siap.

DIY Baju Kurung Baby Girl & Baju Melayu Seluar Baby Boy!

Jubah Pengantin Sungguh Go..gOjes!!

Ini baru langkap yang pertama ya. Masih ada lagi bahagian yang kedua iaitu sarung bantalnya heee..Kalau dulu Suri suka buat begini sahaja jahitan tangan sepenuhnya 100% menggunakan tangan. Kini tak lagi ewah sebab sudah ada mesin jahit ala-ala skuter gitu maka kerja menjahit nak buat sarung bantal anak sedikit teruja!

Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak Edisi 2015

Jangan jadikan alasan untuk membuat sesuatu kita katakan tidak boleh. Guna dengan apa kita ada dan lakukan dengan hati yang gembira. Sederhana tapi bila siap anak yang memeluknya akan buat hasil jahitan kita lebih hargai oleh mereka.

TERHAD!! Kelas Baju Kurung, Abaya Menyusu/Moden

Pssst..Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak Iinsyallah akan bersambung lagi. Jika tiada aral melintang entri cara membuat sarung bantal mengikut design cahayacinta akan menyusul.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

17 Responses to “Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak Edisi 2015”

  1. Dr Fattah

    Mar 03. 2015

    anak saya dah besar, bantal busuk dia pun makin besar 🙂

    Reply to this comment
  2. akubiomed

    Mar 03. 2015

    Kenapa tak digantikan kain yang ada gambar “Frozen”? 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 03. 2015

      masa beli kain tu tak ada pula gambar si kembar frozen.kalau ada mesti dah sambar 😉

      Reply to this comment
  3. hery

    Mar 03. 2015

    oh gitu yaa..

    Reply to this comment
  4. islam di dadaku

    Mar 03. 2015

    segalanya bisa dilakukan sendiri jimat lah ini

    Reply to this comment
  5. zool

    Mar 03. 2015

    bantal busuk ntah mana peginya..
    dah bakau kot

    Reply to this comment
  6. zik

    Mar 03. 2015

    wahh sudah jahit baru punya… wangi bau dia nih.. hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Mar 04. 2015

      wangi sangat ya zik heee..anak suka bantal busuk katanya bawak peneman tidur heee.. 😉

      Reply to this comment
  7. Sani Sini Sana

    Mar 04. 2015

    Idea bantal busuk di meamang bagus. Ia juga sesuai untuk dipasarkan .. Di fb sudah ada orang yang mengusahakan bantal busuk online..

    Reply to this comment
  8. Sani Sini Sana

    Mar 04. 2015

    Boleh gunakan kain ikut trend semasa. Memang sesuai untuk dipasarkan.. Orang dewasa juga boleh dapatkan bantal busuk ni..

    Reply to this comment
  9. Norasikin

    Mar 04. 2015

    Kat kampung ada pokok kekabu tapi tak boleh nak ambik sbb tinggi sangat. Tak jumpa pulak orang yg jual kekabu. Kebanyakkanya jual yg dah jadi bantal

    Reply to this comment
  10. Azzahairi

    Mar 04. 2015

    Kalau ganti kain bantal tu dgn gambar yang menarik pasti budak-budak lagi suka 🙂

    Reply to this comment
  11. myliferia

    Mar 05. 2015

    Wah, menarik…bantal mucuk telah bertukar wajahnyer…hehe

    Reply to this comment
  12. ajumohit

    Mar 10. 2015

    rajinnya suri, puas hati dapat tidur kekabu asli 😉

    Reply to this comment

Leave a Reply