Review Taken 3

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tidak kisahlah cerita ini telah lama di tonton pawagam. Yang menariknya cerita ini sarat dengan aksi,kasih sayang, cinta, penggorbanan dan kekeluargaan.

Yang Mana Satu Pau Kukus Ke Pau Bakar?

RESEPI DONUT DAN CAKOI SAYA

www.imdb.com

Sinopsis ..selepas kejayaan filem Taken dan Taken 2, kini siri ketiga filem yang bertemakan aksi ngeri ini mengisahkan Bryan Millis yang telah dituduh sebagai seorang pembunuh, walhal dirinya tidak melakukan jenayah tersebut dan telah dirancang oleh pihak tertentu bagi menganiayai dirinya. sumber

YahoOOO!! JAHIT 5 JENIS JUBAH

Mengerti dan kasih dan sayang

Permulaan cerita baik jugalah bila kisah ayah ingin menyambut kelahiran anaknya gadis dengan menghadiahkan sebuah anak beruang panda yang begitu besar. Namun sayang anak gadisnya tidak menerima dengan hati yang senang walaupun hati si ayah cuba membuat lawak, memohon maaf atas kesalahan diri mengabaikan tanggungjawabnya suatu masa dahulu membuatkan ayah putus harap dan berlalu pergi membawa hadiah beruang panda besar keluar bersamanya.

www.apnatimepass.com

Ingatlah apa jua situasi kita mesti menerima ayah atau mak kita dengan seadanya. Walaupun penceraian yang berlaku itu kita tidak begitu mengerti tapi fahamilah setiap manusia akan ada kesilapan yang pernah mereka lakukan. Kasihanilah mereka walau seburuk mana pun mereka di mata kita kerana tanpa mereka kita tidak merasa betapa indahnya kehidupan ini.

DIY Baju Kurung Baby Girl & Baju Melayu Seluar Baby Boy!

Pembohongan akan kalah

Bila ada seseorang menganiaya kita maka janganlah sesekali di biarkan diri sendiri terjerat. Mungkin dalam beberapa situasi kita boleh diamkan diri tapi dari segi kes pembunuhan kita haruslah menegakkan keadilan.

Dalam siri kisah Bryan Millis filem taken ini dia berusaha menjauhkan diri dari pihak polis hanya kerana semata-mata ingin membuktikan bahawa di dalam situasi pihak yang benar. Maka benarlah kata orang perkara yang salah kalau sorak akan terserlah juga akhirnya yang benar akan menjadi juara. Biarpun pelbagai onak yang di lalui untuk mendapatkan kebenaran dan mungkin makan sedikit masa tapi percayalah ia akan terbongkar juga suatu hari nanti.

theflawedguru.com

Jangan mudah percaya

Janganlah mudah percaya pada seseorang yang baru kita kenali hata teman yang lama sekalipun itu pun terkadang sanggup tikam belakang dari kita. Tidak semua tapi hanya segelintir sahaja.

Berhati-hatilah bila ada orang terlalu iri hati dengan kita dalam diam mereka ini akan masuk jarum dan tanpa kita sedara tertusuk diri kita sendiri. Buatlah sesuatu andaian walaupun buruk sangka itu kurang wajar tapi letakkan kepercayaan itu separuh dari hati anda. Ingat bila anda terasa di perbodohkan sesal itu tidak berguna lagi. Saat itu barulah ketahui siapa kawan dan lawan anda.

TERHAD!! Kelas Baju Kurung, Abaya Menyusu/Moden

Jubah Pengantin Sungguh Go..gOjes!!

Kehilangan menyakitkan.

Anak gadis yang telah kehilangan ibunya akibat di bunuh kerana sifat cemburu seseorang telah menyebabkan hati kecilnya terasa sunyi tanpa sedari bapanya yang benci dahulu amat rindui di sisi. Walaupun penceraian membuatkan dia membenci bapanya tapi dalam ego anak itu mengakui tiada tempat yang terbaik untuk diri mengadu kasih pada orang yang benar-benar yang boleh di harpakan bergantung harapan kehidupan melainkan ayahnya sendiri.

Kita bernasib baik sekiranya masih ada salah seorang dari ibu bapa kita yang masih hidup. Kehilangan mereka yang tersayang tidak bermakna kita putus harapan tapi kita harus mengikat rasa sayang dengan apa yang telah mereka tinggalkan untuk kita. Pemergian sesuatu yang memilukan andai kita dapat rawat dengan kebaikan insyallah akan balas dengan kebahagian walaupun ia tidak bisa menggantikan yang telah pergi.

Renungan Tajam Princess Cut Polk Dotku..

5 Homemade Jubah Cahayacinta..

..Hiduplah kerana berani sebaliknya bukan kerana takut jika kita tidak pernah membuat sebarang kesalahan. Kehidupan ini saling berkait dan melengkapi tanpa ikatan kasih sayang kita ibaratkan hidup dalam kesepian.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

15 Responses to “Review Taken 3”

  1. Hafizul

    Feb 12. 2015

    Huhu..macam sedap aje ni..bila au boleh tengok cite ni..hehe..amboi..layan pawagam lah pulak dia haaa..

    Reply to this comment
  2. Dr Fattah

    Feb 12. 2015

    saya baru nak tengok taken yang pertama.

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Feb 12. 2015

    Tak sangka sekuel Taken sudah masuh siri yang ketiga.

    Reply to this comment
    • Suri

      Feb 13. 2015

      ya..kali ini berpeluang nak tonton heee..jadi ok gak bawa anak kali filem tak ada unsur seks yang menyakitkan mata. macam ni baru best tegok geeeee 😉

      Reply to this comment
  4. zara

    Feb 13. 2015

    Menarik sinopsisnya..kirenye filem ni mengisahkan genre aksi dan kekeluargaan la ye..kene pergi tengok ni..

    Reply to this comment
  5. Aretikz

    Feb 13. 2015

    Pergh ~ Taken 3 tu.. minat aksi juga suri yek.. hehe

    Reply to this comment
  6. Suri

    Feb 13. 2015

    kalau aksi minat sangat.perang ok gak tapi jangan cerita lebih kurang sama memang bosan gak…

    mujur cerita ini menarik anak melihat tak pejam mata buatnya 😉

    Reply to this comment
  7. Azlan

    Feb 14. 2015

    Menarik.. boleh tengok lepas ni…

    Reply to this comment
  8. emalinmohd

    Feb 14. 2015

    Wah Suri .. G dating berdua ye..
    Dah lama sangat saya tak tengok wayang. Agaknya dah 4 tahun kot.. adoiya..

    Reply to this comment
  9. suhiminain

    Feb 16. 2015

    taken, taken 2 dah tengok. memang terbaik, tapi yang ni belum lagi.

    pelakon ni memang terbaik, william neeson. aku suka movie ni, dlu pernah pelakon ni pernah kata nak masuk Islam, tapi tak jadi. semoga dia diberikan hidayah. Amiin..

    Reply to this comment
  10. Azeni Ahmad

    Feb 23. 2015

    Wahh dah masuk seri ke3 dah.
    Saya memang tengok Taken 1 and 2 nye.
    Memang best.

    Reply to this comment
  11. Sani Sini Sana

    Mar 01. 2015

    Menarik juga cerita berdasarkan sinopsis Suri..boleh pergi terjah nanti ni..

    Reply to this comment
  12. SuperNifz

    Mar 24. 2015

    Memang terbaik cerita nih, suka tgk muka heronya yang bersahaja dalam apa gaks situasi.

    Reply to this comment

Leave a Reply