Trick Ajak Anak Buat Kerja Sekolah Atau Latihan Tubi

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Trick Ajak Anak Buat Kerja Sekolah Atau Latihan Tubi. Cuti sekolah tak berpelung untuk berjalan jauh kerana terikat dengan kerja tangan a.k.a menjahit jubah sendiri, jubah bayi/kanak-kanak, baiki jubah dan langsir dari pelanggan dan beberapa kerja lain lagi uh..

TERHAD!! KELAS JAHIT 5 JENIS JUBAH

Bab anak macam biasa kerja sekolah serius memang tak ada tapi oleh kerana teringin nak sangat jadi guru maka Suri minta anak buat latihan tubi seminggu empat kali heeee..padahal tak tentu harinya juga haaa..

RESEPI & TOPPING DONUT GEBU BIG APPLE SEDAP

Kata orang cuti sekolah tetap cuti but latihan menulis, mewarna, membaca tidak boleh lupakan. Uh..cukup akur anak Suri bukanlah pandai sangat dalam kelas sampai dapat no satu ke nombor tiga ker sepuloh adoi.. tapi hanya untuk berikan memori ingat apa belajar itu dapat simpan dalam minda.

Cara mangajak anak membuat latihan tubi atau kerja rumah bersama ibu bapa

  1. Sering ingatkan dia untuk berjaya tidak ada jalan mudah untuk meniru tapi lebih baik belajar dari kesilapan dan berusaha itu akan jadikan kita seorang juara dalam peperiksaan.
  2. Katakan kepada mereka latihan tubi penting supaya mereka lebih faham dan dapat baiki kelemahan sering lakukan samping membiasakan pelbagai bentuk soalan.
  3. Berikan mereka sokongan sekiranya mereka tidak menemui jawapan yang di kehendaki.Tonjolkan bahagian mana anak anda mahir kemungkinan cara ini akan buat dia yakin banyak lagi soalan yang dia boleh lakukan.
  4. Berikan mereka anugerah seperti “lukisan bintang” pada helaian kertas latihannya. Katakan padanya lukisan bintang itu sebagai tanda tahap kemajuan yang lakukan sangat bagus.
  5. Sesekali anak akan bosan belajarkan masa inilah kita mengupah dia. “Jika kamu siapkan latihan ini papa akan belanja kamu makan ais krim KFC”
  6. Puji setiap hasil yang berikan. Tidak kira ada banyak kesalahan sekalipun kerana ibu bapa memuji anak-anak daya rangsangan mereka untuk membuat lebih baik tinggi. Jangan hanya waktu anak anda jawap semua betul sahaja perlu pujian. Tidak!
  7. Buatlah lawak. Kalau anak anda fokus bosanlah sesekali wujudkan sesi belajar santai dan lawak dalam pembelajarannya. Mereka tidak akan mudah berasa bosan bahkan suasana belajar akan jadi lebih tenang dan menggembirakan kedua belah pihak. Esok dan akan datang pasti mereka akan ada minat nak belajar tanpa paksa.

Trick Ajak Anak Buat Kerja Sekolah Atau Latihan Tubi..

Tak boleh bermain anak patung, main lego ker pergi taman permainan..tonton televisyen….oh tidak saya bukan insan yang begitu kejam!

Ada..

apa pula tak ada semua aktiviti rumah ada buat haaa..cuma bab menjahit jer dia belum mahir hiii.bab menggunting kain baju kurung sudah selamat dia kerjakan. Mujurlah Suri pandai cuit kain kau..Kalau tidak mana nak mencari kain yang sama design lagi aduh…

Ada masa gembira, sedih, tegas, tolak-ansur, menjadi seorang rakan kepada anak yang sememangnya mereka perlukan. Jangan terlalu memaksa sangat. Kata orang dapat tiga puluh minit latihan tubi cukup memadai dan baki masa lagi tiga puluh minit itu adalah untuk kita berbincang atau bergaul dengan mereka apa mereka kurang faham dan cuba perjelaskan.

Oh My Princess Cut Polk Dot Cahayacinta.com

Trick Ajak Anak Buat Kerja Sekolah Atau Latihan Tubi. Dekat, peluk, puji dan nasihatlah setelah selesai setiap sesi belajar selesai. Insyallah hati mereka akan dekat dengan anda. Tidak kira bagaimana cara anda mengajar atau mendidik mereka janganlah sesekali mengherdik mereka. Tapi kesabaran itu perlu. Moga usaha murni akan jadi mereka sedar bahawa ilmlahu yang akan perjuangkan untuk masa hadapan nanti selain beramal beriman kepadaNYA.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

18 Responses to “Trick Ajak Anak Buat Kerja Sekolah Atau Latihan Tubi”

  1. Moms Avenue

    Jan 05. 2015

    Anak saya 5 tahun.. Memang susah nak pujuk untuk buat latih tubi kat rumah.. Risau dibuatkan.. Nanti nak cuba juga la manatau ada yang berkesan..

    Reply to this comment
  2. Mak Jemah Jual Vitamin

    Jan 05. 2015

    betul tu nak bagi anak buat latihan kena ada tolak ansur, biasanya lepas suruh dia buat latihan nanti petang boleh upah pergi main kat taman…

    Reply to this comment
  3. encikarman

    Jan 05. 2015

    apa lagi yg kanak2 suka, inilah dia.

    Reply to this comment
  4. emalinmohd

    Jan 06. 2015

    Kadangkala susah nak Kekalkan momentum kerajinan anak..
    Ibu pun sama ..huhu

    Reply to this comment
  5. akubiomed

    Jan 06. 2015

    Anak-anak ini cepat bosan tetapi perlu ada pendekatan yang berkesan.

    Reply to this comment
  6. Alongxp

    Jan 06. 2015

    apa yang saya perasan, budak2 sekarang memang nakkan pujian, penghargaan, kalau tak dapat, dia punya protes tu lain macam… tak macam zaman kita masa kecik2 dulu…

    Reply to this comment
  7. obabt pelangsing aman

    Jan 06. 2015

    atikel yang sangat bermanfaat..

    Reply to this comment
  8. ema

    Jan 06. 2015

    sepanjang cuti sebulan ni…pegang buku baru beberapa kali jer…asyik pegang ipad jer…yang perempuan yang laki sama.

    Reply to this comment
  9. Papaglamz

    Jan 06. 2015

    tak pernah ad pengalaman lg. anak bru umur 7 bulan. hehe

    Reply to this comment
  10. Faarihin Talip

    Jan 06. 2015

    Bagus tips2 ni semua. Memang nak didik anak sekarang kena ada caranya. Lebih-lebih generasi mereka generasi gajet di tangan. Huhu.. Saya belum berkeluarga, tapi memahamilah juga perasaan emak ayah yang ada anak-anak kecil ni.

    Reply to this comment
  11. Mummy Dina

    Jan 07. 2015

    Dulu masa kecik2 anak saya rajin je baca buku fan buat latih tubi..tapi bila dah besar ni makin malas la pulak..:(

    Reply to this comment
  12. MNH

    Jan 07. 2015

    Banyak juga ye tips yang berkesan untuk buat latih tubi kat rumah. Ramai ibu bapa abaikan perkara ni. Mereka suka paksa anak mereka dan kalau anak mereka buat silap, pasti kena marah. Itu menyebabkan latih tubi jadi tidak berkesan.

    Reply to this comment
  13. AUC

    Jan 08. 2015

    saya payah nak suruh2 yg gini

    emak dia boleh 🙂

    Reply to this comment
  14. Oja Samid

    Jan 09. 2015

    bagusnya..bial ingat2 balik baru perasan anak2 asyik main je sepanjang cuti nih. entah ingat lagi ke tak pelajaran kt skolah last year punya. hihi.

    Reply to this comment
  15. Oja Samid

    Jan 09. 2015

    bagus sgt nie suri..anak pun mendengar kata. dah abes cuti nie baru perasan anak asyik main je, xde ulangkaji langsung. my bad. >_< harap2 diorg masih ingat benda2 yg diorg belajar last year. hihi

    Reply to this comment
  16. AZENI AHMAD

    Jan 14. 2015

    Anak nie mereka cepat sangat bosan.
    Memang kena sentiasa kita disebelah dan banyak berkomunikasi dengan mereka.

    Tapi untuk peringkat awal, takperlu nak kerah sangat kan.

    Reply to this comment
  17. AANK

    Jan 15. 2015

    anak saya nakal msih gak mau sekolah.. saya coba dulu pak

    Reply to this comment
  18. Wisata Di Bandung

    Feb 10. 2015

    Memang susah memang kalau ajak anak buat kerja, sekolah, atau latihan tetapi disini saya mendapatkan ilmu yang sangat bermanfaat dan akan saya coba

    Terimakasih ilmunya sangat bermanfaat

    Reply to this comment

Leave a Reply