Cara Tebus BonusLink Online

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah kenyang sudah perut setelah melayan penangan cendol  homemade sendiri. Ingat juga ya makannya boleh tapi kawal “kalori anda. Pada pagi bahagian ini Suri mahu bersembang pasal CaraTebus BonusLink Online.

Cara tebus kad bonus link atas talian..untuk tahun sebelum ini Suri tebus secara manual sahaja di mana kami terus pergi ke Ipoh Parade mujurlah rezeki berpihak kepada kami dapatlah tempat pemanas elektrik air jenama Elba.

Tahun ini cara menebus BonusLink atas talian barang yang Suri berkenan itu ada pula dekat Kuala Lumpur. Uh..jauh macam mana nak datang ambil habiskan duit minyak sahajakan. Sungguh tidak berbaloi.

Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain susun tepi
Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang
Jahit Baju Kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik

Langkah mudah tebus mata ganjaran barang dari kad bonus link online:-

1) Masuk laman web bonuslink ini.

2) Dapatkan Member’s Card No. dan kata laluan bonuslink masing-masing sedia untuk melihat berapa point yang dapat kita kumpul setakat 2014.

3) Kemudian barulah pilih barang mana yang berkenan di hati. Ingat mata yang ingin tebus itu pastikan point kita capai untuk dapatkan barang tersebut.

Misal kata alat mainan bayi itu point dia WM RM10,000 maka point kita ada mestilah lebih atau sama dengan point harga barang tu. Barulah kita boleh tebus barang bonuslink. Jika point kita kurang dari barang itu kenalah kita cari barang yang lain  sesuai dengan mata point bonuslink kita ok. haaa..

Mari memilih barang…

Barang yang telah kami pilih

Barang yang telah kami pilih

4) Bahagian checkout shopping cart akan beritahu bahawa permohonan kita akan di proses. Reference number dan email sertakan juga sebagai rujukan dan makluman kita.

permohonan barang  submit..

permohonan barang submit..

5) Terakhir untuk mengesahkan baki bonus link a.ka. cara semak point bonuslink sudah di tolak atau belum bolehlah masukkan kata laluannya macam langkah yang pertama tadi ya 😉

Jubah Muslimah ModenAla Kembang Payung Princes Cut Hujan

Selamat membeli -belah secara percuma!

Psst..pihak bonuslink kata barang kami akan sampai dalam masa dua minggu..? yer ker haaa…kita tunggulah ya sama ada betul atau tidak 😉

Erm..ada pengalaman membuat penebusan barang dengan bonuslink selain darinya? Bincangkan 😛

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

29 Responses to “Cara Tebus BonusLink Online”

  1. akubiomed

    Nov 13. 2014

    Saya tidak sempat nak kumpul banyak sebab jarang guna bonuslink dan lebih banyak mata ganjaran luput. Sekarang ini kumpul mata ganjaran dengan Petron sebab tidak luput tarikh.

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 13. 2014

      sayangnya ab uh..selalu kalau kita beli barang tesco banyak untung hee..saya setahun lepas ada buat cermin mata masih dapat rebet sb ada kerjasama dengan fokus point.terkadang ada juga beli barang selain tesco hii…

      petron ada jugakan hurm…saya sllu shell ke petronas apa bonuslink masih tetap boleh gunakan.

      boleh mana2 kad gunakan asal pengguna ada keuntungan di situ. 😉

      Reply to this comment
  2. ringantangan

    Nov 13. 2014

    Saya takde kad BonusLink, saya cuma guna Kad Mesra jer. Hehe..

    Reply to this comment
  3. Suri

    Nov 13. 2014

    gunakan sahaja untuk kerperluan tak salah 😉 pengguna ada hak untuk itu semuakan.

    mesra dapat tebus barang ke..points2?

    Reply to this comment
  4. onlajer

    Nov 13. 2014

    lama tak guna bonos link nih

    Reply to this comment
  5. Bro Framestone

    Nov 13. 2014

    Adeh…. Xpernah tengok berapa point dapat he…23x

    Reply to this comment
  6. Hero Borneo

    Nov 13. 2014

    tak pernah gunalah bonus link..kalau ada pun mesra kad!

    Reply to this comment
  7. Zul

    Nov 14. 2014

    wah sedap belanja sakan tu…time2 YES hujung tahun ni lagi lah rambang mata …

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 19. 2014

      haa..bonus link nak hujung tahun dia akan suruh pelanggan dia claon barang.kalau tak mau tak apa.tapi claim kali ini kita diskau dari barang yang kita nak tu heee…

      Reply to this comment
  8. Iffah Azhar

    Nov 14. 2014

    biasanya kalau ke petronas untuk isi minyak ke, beli barang ke.. bagi je kad kat cashier, tak pernah pula check ada berapa point dalam tu. hurm, macam kena check je ni sbb isi minyak je dah berapa kan..

    Reply to this comment
  9. raudzah

    Nov 14. 2014

    Salam Jumaat Suri…

    Kita tak ada bonuslink…

    Reply to this comment
  10. raudzah

    Nov 14. 2014

    for your breakfast

    Reply to this comment
  11. ajumohit

    Nov 14. 2014

    saya pun pernah tebuis bonuslink point ni, memang mudah semuanya hujung jari

    Reply to this comment
  12. TehR

    Nov 14. 2014

    kad bonuslink pun aku tak ada
    rasa macam rugi la pulak

    Reply to this comment
  13. Norliza Osman

    Nov 14. 2014

    sy baru je tahun lepas start guna bonus link….rasa nya lum byk lg point.tpi tak tahu pulak ada expire date….

    Reply to this comment
    • Suri

      Nov 19. 2014

      yeap akan ada tarikh luputlah makna date brang kita nak hari tertentu boleh dapatakan

      Reply to this comment
  14. blogger lelaki

    Nov 14. 2014

    saya baru tahu nie…dan tak pernah pun claim bonuslink nie

    Reply to this comment
  15. BloggInspired

    Nov 16. 2014

    Kad ada tetapi tak pernah tebus. nanti nak cuba la lepas nie.

    Reply to this comment
  16. YOORIN

    Jan 06. 2015

    Baru tau petronas pon boleh pakai bonus link.. saya ingat kan dekat shell je.. huhu..sebab ada 3 petrol pump sy slalu pakai kad lain2.. adoi..mcm rugi jerk

    Reply to this comment

Leave a Reply