Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Wahai tongkat sakti jadi magiclah kau untuk my mesin jahit hiii…Magiclah tersangat ya. Sebelum Suri melangkau lebih jauh untuk mengenali jenis-jenis tapak mesin jahit terutama mesin jahit jenis portable apa kata molek kiranya kita tahu satu tapak ajaib ini berikan nama Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter.

Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain susun tepi

Gambar di bawah adalah Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter :-

Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable

Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter

Kegunaannya Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter:-

  • Penyambung tapak mesin jahit yang hendak  kita gunakan khaskan hanya untuk mesin jahit jenis portable.

Jahit Baju Kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik

Ada dua cara untuk menggunakan Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter

Snap On Adapter Low-Shank

1) Snap On Adapter Low-Shank di tekan ke atas di sambungkan/ketipkan bersama dengan jenis tapak gulung atau narrow rolled hem foot supaya ia  melekap.

Snap On Adapter Low-Shank berjaya sambungkan

Penyambungan Snap On Adapter Low-Shank

2) Snap On Adapter Low-Shank berjaya di sambungkan bersama dengan tapak gulung atau narrow rolled hem foot.

Tanpa menggunakan Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter sudah pastilah anda agak sukar untuk menggunakan pelbagai jenis tapak mesin jahit yang anda idamkan.

Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang

Untuk cara yang kedua ini kita boleh terus memasang Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter ke atas mesin jahit.

tanggalkan skru dan tapak asal mesin jahit. Jadikan ia togel macam dalam gambar

tanggalkan skru dan tapak asal mesin jahit. Jadikan ia togel macam dalam gambar

"Lubang skru" selarikan untuk di skru bersama dengan Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter

“Lubang skru” selarikan untuk di skru bersama dengan Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter pastikan skru dengan ketat!

Tolak jari anda ke atas Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter bagi tujuan membuka ruang bawah pengepit untuk "penyambungan"

Tolak jari anda ke atas Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter bagi tujuan membuka ruang bawah pengepit untuk “penyambungan”

Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter sedia sambung dengan menggunakan tapak gulung atau narrow rolled hem foot

Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter sedia sambung dengan menggunakan tapak gulung atau narrow rolled hem foot

Jahit Pelbagai Jubah (A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut & Peplum)

Bagaimana tidak susahkan menggunakan kedua kaedah di atas. Harap dengan menggunakan toturial Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter seni jahitan anda akan lebih cepat dan lebih perkemaskan lagi.

Jahit Baju Melayu + Seluar Dewasa/Bayi

Oklah Suri mau sambung jahit jubah kembang payung lagi macam ini nghee…sampai berjumpa di lain toturial  lagi 😉 daaa..

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

22 Responses to “Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable”

  1. TehR

    Oct 21. 2014

    lepas ni boleh buka bengkel baiki mesin jahit

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 21. 2014

      nak baiki mesin jahit tak tahu sangatlah cikgu kita baru jer berjinak2 mengumpul tapak-tapak mesin jahit ini hee..

      kalau ada minat tak jadi masalahkan 😉

      Reply to this comment
  2. Norhana

    Oct 21. 2014

    Bestnye pandai jahit…

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Oct 21. 2014

    Wah bagus tapaknya boleh ditukar-tukar.

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 21. 2014

      tapak boleh tukar.kalau kita nak pakai taoak ropol ker tapak gulung untuk jahit kelim boleh sahaja yang penting low shank adaptor perlu ada kalau tak ada susahlah nak menjahit nanti. 😉

      Reply to this comment
  4. onlajer

    Oct 21. 2014

    hahaha saya ingat apa tadi rupanya aksesori mesin jahit

    Reply to this comment
  5. Suri

    Oct 21. 2014

    haaa..iya itulah yang kita cari selama ini ngheeeee 😉

    Reply to this comment
  6. blogger lelaki

    Oct 21. 2014

    ingatkan apa la tadi…mesin jahit punya spare part rupanya

    Reply to this comment
  7. Myliferia

    Oct 21. 2014

    Hehe…pun ingatkan entry teknikal apalah pulak ni, ghupe2nya gajet mesin jahit.

    Terror suri jahit 🙂

    Reply to this comment
  8. Sobri Mansor

    Oct 22. 2014

    boleh buat hobi nih

    Reply to this comment
  9. Khairul Zamri

    Oct 22. 2014

    Bagus ini boleh bukak kelas menjahit dan asas segalanya

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 23. 2014

      haa..biar benar malaslah setakat blog sendiri bolehlah ngheee… 😉 terima kasih atas cadangan itu 😉

      Reply to this comment
  10. Bro Framestone

    Oct 22. 2014

    Dulu masa kecik, benda-benda kecil itu menjadi mainan.. Walaupun tak tahu apa gunanya

    Reply to this comment
  11. Hafizul

    Oct 24. 2014

    Huhu..Dah agak Dah..mesti alat jahit punya nama ni..haha

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 06. 2015

      haaa..masih ada beberapa koleksi lagi..yang lepas punya review boleh rujuk entri lepas yeh.. 😉

      Reply to this comment
  12. Juliza

    Oct 06. 2015

    Boleh tak bg info mana nak dapatkan low shank adapter tu..?? Jenuh cari..xjumpa…

    Reply to this comment

Leave a Reply