Pengalaman Mendaftarkan Anak Untuk Sesi Tahun Satu

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Jika sebelum ini Suri ada mengisi borang penamaan KWSP boleh imbas ini. Terbaru Mendaftar nama anak untuk tahun satu untuk sekolah jenis kebangsaan pula.

Urm..termenung diri ini untuk seketika waktu. Tidak sangka masa yang berlalu begitu pantas berjalan. Serasa aku baru sahaja keluar dari bilik bersalin..

“Sebelum ini meragau buat permohonan online mendaftar anak pra sekolah katanya wajib buat. Hurm., cuba juga tapi laman webnya tidak boleh di buka.”

ini sekolah rendah saya ngheee..

ini sekolah rendah saya ngheee..

“Ada kata tidak perlu daftar hang hanya bawa  surat beranak anak yang nak daftarkan itu.”

Bakar Lemak Dengan Laju

Pengalaman mendaftarkan anak untuk sesi tahun satu dekat sekolah rendah berhampiran dengan rumah memang amat menyenangkan hati ini. Kata orang selagi tak daftar selagi itulah jiwa awak ini dok berkocak. Ya. Nanti bila kuato cukup mahu tidak anak kita nanti akan hantar ke sekolah lain macam mana itu huhu..

borang muka pertama

borang muka pertama

Sudah lama Suri dan dia menunggu saat ini. Sebelum ini kami ada pergi ke sekolah berkenaan katanya pendaftaran sekolah rendah masih belum di buka.  Katanya bulan September.

Pakej Baju Kurung Moden & Abaya Moden

Bulan sembilan sudah tiba kami sudah dapat borangnya. Isikan dengan penuh ya. Ada banyak perkara juga yang mereka minta jadinya tulislah penuh semangat waja 😉

borang bahagian belakang

borang bahagian belakang

Kami bawa borang itu balik rumah sebab banyak perkara yang minta. Jadi hajat untuk siapkan borang penempatan tahun satu boleh siapkan dalam masa satu hari sahaja 😉

Belah petang kami hantar borang penempatan tahun satu rasa lega jugaah tapi ia tidak terhenti di situ sahajalah alahai..

Part kedua akan sambung 😉 berkenaan borang perlu ada untuk submit nanti. Terpaksa tangguhkan ini entri sebab ada “hal” hendak segerakan uhu..

SURI & Jubah Polk Dotku Kembang Setaman !!

Ada pengalaman mendaftar anak ke tahun satu/ pra sekolah/ tadika? Mohonlah kongsikan bersama dekat bahagian komen yer 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

39 Responses to “Pengalaman Mendaftarkan Anak Untuk Sesi Tahun Satu”

  1. Bro Framestone

    Oct 09. 2014

    Banyak pula urusan perlu duibuat untuk daftarkan anak sekolah..

    Tadika pun sama.. kena buat pendaftaran awal…

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      ha..ada banyak kerja hii jadi ambil masa sedikit untuk selesaikan perkara ini.

      kemas ada kata kene daftar awal itu lambat sure kena pi hantar anak ke tadika berbayar uh…

      Reply to this comment
  2. mommylovehealthykids

    Oct 09. 2014

    saya tak pasti sekolah lain same ke tak tapi kalau sekolah anak kalau lambt daftar masuk kelas belakang..
    memang nanti akan ade peperiksaan untuk menilai tahap kanak – kanak tapi lambt..
    contoh anak saya tahun 1 tahun nie…
    die dapat kelas no 1..and ade pelajaran bahasa arab & cina…
    pelajaran nie hanya ade dikelas pertama shj..
    sayang kalau anak tukar kelas sb buku utk pelajaran tue pon dah ade…
    tapi mungkin tak sama kot
    lain tempat lain caranya…

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Oct 09. 2014

    Kalau di Selangor perlu buat pendaftaran melalui online dengan eSPPSEL. Selepas isi perlu print
    -Pergi jumpa persatuan penduduk untuk dapatkan pengesahan.
    -Pergi sekolah bawa borang tersebut bersama surat beranak.
    -Apabila masuk sekolah isi borang baru untuk maklumat yang sama.

    Cuma kurang faham kalau sudah diisi secara online tidak perlu diisi secara manual didalam borang. Perkara yang sama berulang kali diisi setiap kali naik kelas. Cuma pengisian online eSPPSEL hanya untuk mendaftar tahun 1 sahaja.

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      ah..mungkin tengok kawasan juga agaknya macam selangor tempat penduduk padat perlu buat pendaftarankan. saya cuba pakai online tapi gagal.masa saya ke pondok pengawal sekolah kata tak perlu isi online cuma datang dan isi borang dan bawa beberapa keperluan surat bukti sahaja.

      berkenaan dengan eSPPSEL saya tak tahu langsung.itu risaukan bila tanya kakak saya kerja guru dia bg jawapan lain. tanya rakan dia bagi jawapan berbeza. tiu saya ke sekolah.

      tak tahu pula dah isi onlie kene isi manual lagi sekali.leceh sungguhkan.sebab borang kedua nanti bukan boleh siapkan dlm masa satu hari berbanding dengan borong yang ke dua.banyak ceritanya jumpa ketua penghulu bagai. nasihatkan untuk menguruskan ini ibu bapa wajib amgil cuti satu hari.

      terima kasih atas pengalaman ab sungguh berharga pada saya rakan lain

      Reply to this comment
      • akubiomed

        Oct 09. 2014

        Menurut pengurusan sekolah kalau gagal mengisi eSPPPSEL akan mengalami masalah penempatan sekolah. Pihak sekolah insist borang eSPPSEL yang dicetak dikembalikan kepada mereka. Tidak cukup sekadar bawa surat beranak untuk mendaftar.

        Reply to this comment
        • Suri

          Oct 09. 2014

          saya cuma perlu isi borang atas itu lepas itu ada surat dan borang lagi.dekat dalam surat ada macam perkara yang minta sekali juga surat beranak.kemudian selesai. kerani itu tiada cakap apa-apa lepas dia cop itu.

          Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Oct 09. 2014

    datang jalan jalan jenguk suri kat sini…daftar masuk sekolah memang kena daftar awal untuk dapat tempat

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      mesti alert kalau tak susah anak-anak nanti.macam melaka tempat selalu penuh last ibu bapa terpaksa hantar anak ke sekolah dari rumah dnegan jarak yang begitu jauh.

      Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Oct 09. 2014

    sunsilk untuk sahabat saya…dah masak ke belum? 🙂

    Reply to this comment
  6. zara

    Oct 09. 2014

    Lama sungguh tak menjenguk blog suri..minat topik ni..sebab anak dah umur 5 tahun 2015 ni..betul ke 5 tahun dah kene daftar untuk darjah satu tahun 2017?

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      yeap kalau umur lima tahu daftar dear 😉 suri umur dia dah lima tahun ini daftar budak lahir pada tahun 2009 😉

      mana perginya uh…ada masa rajin cerita hal2 macam ini ada masa rasa kurang nak berkongsi pikir orang suka ker cara cerita saya tentang pengalaman ini.takut orang tak suka..jemu ker uh…

      terima kasih kerana berminat dengan topik ini

      Reply to this comment
  7. amirulfaiz

    Oct 09. 2014

    Saya lagi 2 tahun, baru akan mendaftarkan anak ke darjah 1. Hehe, kejap jer 2 tahun tu. 😀

    Reply to this comment
  8. Denaihati

    Oct 09. 2014

    dah daftar anak, dah senang hati sikit. surat beranak dan bil biasanya mesti ada.

    Reply to this comment
  9. Suri

    Oct 09. 2014

    itu perkara wajib mesti ada ya. lega sungguh hati ini 😉

    Reply to this comment
  10. Sobri Mansor

    Oct 09. 2014

    Di Putrajaya, kena isi online untuk pence patan anak phrase kolas dan tahun 1. Ibubapa kena buat perakuan dan Selepas sah,kena pergi ke Sekolah untuk cop pengesahan. Proses Lebih kerana seperti di Selangor juga

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      ya begitulah caranya.tapi saya setel mereka kerani kata tak perlu buat online puan semua dah siap. kami akur sahajalah lega bila dapat cop tidak terkata.

      terima kasih sm atas pengalaman di berikan 🙂 membantu saya dan yang juga itu 🙂

      Reply to this comment
  11. Kesuma Angsana

    Oct 09. 2014

    kalau di sel ni, kena daftar online dulu, pass tu kena print out bawak g sekolah tu, kena chop bagai, dgn dokumen2 lagi, mmeg pening sikit ler

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      haa.kira dekat sana masih gunakan online juga.untunglah mudah tapi kena printlah pula ya 😉 bila ada cop baru lelah di dada rasa tenang.

      terima kasih sis KA atas pengalaman yang berikan sini 😉

      Reply to this comment
  12. Anim

    Oct 09. 2014

    macam biasa nampak je sekolah tu , hihi…
    lepas ni kena duduk ujian diagnostik lah pulak..
    tak taule sama ke dak dengan sekolah di sp ni

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 09. 2014

      Eh..itu sekolah lama saya sis heee.sekarang 100% tukar wajah nghee..

      ada dengar juga masa nak masuk tahun satu bagikan kelas akan ada ujian punya 😉

      Reply to this comment
  13. encikarman

    Oct 09. 2014

    mesti ada ujian dulu, kalau yg takke tadika tuh mmg kelas2 hujung le.

    Reply to this comment
  14. News Farras

    Oct 09. 2014

    memang perkara penting ketika mendaftar anak untuk masuk sekolah, apalagi tingkat persaingan untuk bisa masuk sekolah favorit juga tidaklah mudah

    Reply to this comment
  15. Hero Borneo

    Oct 10. 2014

    pernah buat dua kali setakat ini…sekarang tunggu 3 tahun lagi..he..he..

    Reply to this comment
  16. Fiza Rahman

    Oct 10. 2014

    Mcm selangor, kena start daftar online masa anak umur 5/6 tahun *lupa. Pilih skolah yg berkenaan. Masa nak sahkan penempatan tu, bawa surat beranak sbb dorang akan cop kat belakang tu.

    Masa pendaftaran nanti banyak juga benda nak kena isi *lupa dah. Buku sekolah better beli awal. Jangan beli masa hari orientasi. Memang panjang lah beratur. Senarai buku nanti akan di sediakan depan kedai buku sekolah *ni skolah kimi, skolah lain tak tau lah.

    Reply to this comment
  17. ajumohit

    Oct 10. 2014

    anak2 aju semuanya daftar online sekolah di selangor ni suri. Lepas daftar ni kene sahkan penempatan, yang pasti follow up dgn pihak sekolah tau suri

    Reply to this comment
  18. Hafizul

    Oct 10. 2014

    Huhu..saya belum ada pengalaman lagi ha bab ni..tak lama nanti saya pasti akan merasainya juga..hehe

    Reply to this comment
  19. Oja Samid

    Oct 11. 2014

    renyah juga ye nak daftar sekolah anak. masa kami duduk s`pore (sblm pindah jb), mak dah bising2 suruh daftarkan anak. dia risau sekolah kt jb cepat full..hihi..tapi kami dah aim sekolah swasta sebenarnya, tu yg malas je nk daftarkan. nak duduk kt mana pun xsure lagi, susah juga kan.

    Reply to this comment
  20. Wira Merah

    Oct 12. 2014

    Sekolah besar terutama sekolah bandar biasanya memang perlu daftar awal untuk tahun 1. Tapi kalau sekolah luar bandar dan pedalaman yg murid-muridnya sedikit jangan risau.
    Tahun ini sepatutnya murid tahun 1 2015 dan 2016 sudah di daftarkan.

    Reply to this comment
  21. tutyrahiza

    Oct 13. 2014

    nak daftar anak ni masa umur berapa tahun yea?

    setiap tahun, prosedur bertukar..pening ibu bapa jadinya

    Reply to this comment
  22. Kamil Salleh

    Oct 18. 2014

    Gembiranya anak dapat masuk tahun satu. Tapi anak2 dah biasa dgn bersekolah di tadika lagi. Pasti Suri rasa teruja kan?

    Reply to this comment
  23. ummi naimie

    Oct 18. 2014

    Anak saya semuanya bersekolah di sekolah rendah Islam(swasta). Jadi tak berapa tahu prosedur daftar anak kat sekolah kerajaan. Sekolah ini pun agak susah nak masuk memandangkan permintaan yang tinggi daripada ibu bapa sedangkan tawaran kemasukan agak terhad. Alhamdulillah walaupun belanja agak mahal yang penting mereka dapat kedua-dua subjek akademik dan deeniyah.

    Reply to this comment
  24. Iffah Azhar

    Oct 20. 2014

    aduyaii, banyak juga perkara nak kena buat bila nak daftarkan anak darjah satu ni. tu belum yang ada interview. macam nak masukkan anak Uni pula. hik hik. tahun depan dah nak masukkan anak darjah satu. kena alert dengan semua ini.

    Reply to this comment
  25. faezah jalil

    Oct 20. 2014

    awal tahu hari tu daftar kan anak masuk tadika pun banyak prosedurnya..darjah 1 nanti entah camne pulak..tahun depan anak yang sulung masuk pra sekolah, macam senang je pulak isi borangnye hari tu..tapi memang kema ambil gambar size passport..

    Reply to this comment
  26. Ain Ridzuan

    Oct 20. 2014

    Bila daftarkan anak sekolah terasa diri semakin kertu.. Tapi macam banyak je prosedurnya… pening..

    Reply to this comment

Leave a Reply