Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah aku masih di berikan ruang untuk-Nya bercerita tentang Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah. Moga-moga apa sampaikan ini menjadi kita lebih baik dari sebelumnya, lebih kuat dari mengingati-Nya.

Apabila waktunya ketika mengharungi kesakitan dalam menuju kewafatannya Abu Hurairah  r.a merasakan hatinya terlalu berasa bimbang.

Datang seorang hamba bertanya hal ini kepada Abu Hurairah  r.a. “Mengapa tuan menangis?”

Cara Mudah Membuat Kembang Payung

Abu Hurairah  r.a menangis dan memberikan jawapan, “Aku menangis bukan kerana memikikan akan hal dunia, melainkan kerana membayangkan jauhnya perjalanan menuju ke negeri akhirat. Aku perlu menghadap Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Aku tidak tahu, perjalananku ke syurga tempat penuh kenikmatan atau ke neraka tempat penuh penderitaan.”

Bayangkanlah kebimbangan yang bermukim dasar  hati Abu Hurairah  r.a seorang yang paling banyak menghafal hadis Nabi s.a.w dan paling banyak mengambil kesempatan dalam menuntut ilmu dengan Rasulullah s.a.w kerana tidak sibuk dengan urusan perniagaan dan pentadbiran. Di mana Abu Hurairah  r.a tetap juga berasa bimbang untuk menemui Pencipta-Nya

Setelah detik itu pula Abu Hurairah  r.a mula berdoa, ‘Ya Allah, aku merindui pertemuan dengan-Mu, kiranya engkau pun berkenan menerimaku, segerakanlah pertemuan ini.”

Teknik Mudah Membuat Jubah Princess Cut vs Baju Kurung Moden

Tidak lama kemudian,

Abu Hurairah  r.a pun kembali ke pangkuan Tuhan yang dicintai dan Tuhan juga mencintai pertemuan dengannya kerana beliau adalah di antara hamba yang sangat bertaqwa.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

21 Responses to “Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah”

  1. onlajer

    Oct 03. 2014

    err lari topik sikit , yang cerita payung emas tu camna ya hehehe

    Reply to this comment
  2. Lyn™

    Oct 03. 2014

    Aah, saya pun terkojot, tadi baca pasal Abu Hurairah, tak alih2 keluar pulak kisah Kembang Payong……xpe lah.
    Selamat Menyambut Hari Aidil Adha untuk Suri sekeluarga.

    Reply to this comment
  3. amirulfaiz

    Oct 03. 2014

    Kisah para sahabat yang hebat, Allahuakbar, moga dapat kita teladani. Selamat Hari Raya Aidil-Adha. 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 03. 2014

      ia sungguh permergian abu hurairah r.a telah pergi ia tetap segar dalam jiwa kita sebagai umatnya

      Reply to this comment
  4. siti hazreen

    Oct 03. 2014

    abu hurairah yang bertaqwa pun bimbang nak jumpa Allah, apatah lagi saya ni huuuu

    Reply to this comment
  5. Anim

    Oct 03. 2014

    jauh beza dengan kita kan suri…
    bila sebut fasal mati, mesti ada yg kata “buang tebiat ke kau ni”
    malah ada pula yang “minta simpang malaikat 44″…:-))

    Reply to this comment
  6. Faarihin

    Oct 03. 2014

    Kisah sahabat yang dahulu banyak memberikan pengajaran dan tauladan kepada kita.. Tapi kita ni je kadang-kadang selalu ambil tak endah kisah2 macam ni.. terutama saya ni lah.. huuuu.. sedih..

    Reply to this comment
    • Suri

      Oct 04. 2014

      semua ada banyak salah dan silap kita sama hadapan dia cuma amalan sahaja.jangan sedih sebab kita ada masa dan sempat lagi.

      Reply to this comment
  7. titan

    Oct 03. 2014

    fuhh..memang sedih woo..

    Reply to this comment
  8. puteri kasih

    Oct 04. 2014

    bila sedih..jernih air mata itu akan menjadi teman. Menarik kisah yang suri kongsikan ini..boleh dijadikan teladan

    Reply to this comment
  9. puteri kasih

    Oct 04. 2014

    sebelum pergi main golf..cuci rambut dulu dengan sunsilk 🙂

    Reply to this comment
  10. puterijamu

    Oct 04. 2014

    waaa… tajuk ni boleh jadi tajuk lagu… baca tajuk je leh rs cam melayang-layang, creative sungguh CC 🙂

    Reply to this comment
  11. Hafizul

    Oct 10. 2014

    Terima kasi suri kongsikan…tersentuh gak…..

    Reply to this comment

Leave a Reply