Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Maaflah hampir seminggu blog ini tidak dapat update seperti hari yang biasa. Terkadang masih ada email dan facebook yang mungkin Suri terlepas pandang tak sempat nak balas kembali. Insyallah apabila keadaan benar-benar sihat Suri akan teliti kembali.

Pernah makan biskut cicah dengan air panas. Ah..mesti pernahkan. Suri pun pernah juga masa itu jiwaku masih kecil la besar pun suka sangat. Macam pelbagai kisah iklan dari nuffnang biskut jacob tu yang sedang ligat menari ini heee…nak tahu pels kelik ngheee.. 🙂

“Terkadangkan biskut cap Tiger anak pun Suri hadap  sampai enam keping terasa kenyang apa lagi nak habiskan air panas itu laju sahaja”

Toturial Membuat Pau Inti Kacang Dengan Mudah

Memori Minum Air Dalam Piring..

Kisah ini masih terlekat kemas dalam ingatan Suri bukan pasal celop biskut dalam air panaslah tapi kenangan Suri bersama ayah masa manja -manja dulu hik..hik.. Kalau ayah bawa Suri ke pekan pekena air teh tarik panjang itukan Suri mesti merengek..

Suri: “Alah ayah..orang punya air panas..tak retilah nak minum..tocang bertanduk dua atas kepala berpusing-pusing kiri dan kanan uhuk..cuba meraih simpati kepada ayah yang tersayang..”

Ayah: “Ayah hanya tersenyum sambil mengambil dan mengangkat cawanku lalu dia akan tuangkan sedikti-demi sedikit air panas itu ke dalam pengalas piring”

Suri: “Masa itu aku kecil suka tersangat sebab ayah benar-benar memahami diriku hihi..”

Ayah: “ada kata kalau aku dah besar janganlah buat perangai lagu ni tak baik. Tambahnya lagi waktu itu aku sudah meningkat dewasa tambah-tambah bila awak tu akan jadi seorang gadis sunti mestilah malu buat perkara begitu..” katanya

Suri: “Aku yang pada ketika itu senyum tanda seakan memahami pada hal apa ayah katakan itu masuk telinga kiri keluarnya telinga kanan.”

..Ayahku mula mencuit hidungku..

Suri: Aku apa lagi menepuk tangan menandakan air dalam piringku sudah kekeringan.

Ayah: Tanpa jemu ayah akan cuba memenuhi kehendaknya sehinggalah air dalam cawan itu kehabisan titisannya.

Minum air dalam piring..Entlah..secara tiba-tiba hatiku tergerak ingin membuat nukilan khas untuk ayahku dan ceritkan kepada kamu semua..Kalau katakan Dia mengambil dia dariku harapnya aku akan berasa tabah cekal hati hendaknya. Susahnya menjadi seorang ayahkan..nampak kasih mereka pada keluarga dengan berkerja penuh kudrat sekali agaknya sebab itulah kasih ayah amat disenangi oleh anak perempuan manakala kasih anak lelaki lebih manja pada si ibunya.

Cara Mudah Membuat Bun Gedempol !

Cukuplah rasanya setakat ini entri bermonolog..Kalau anda rasa ada pengalaman macam Suri ini marilah kongsikan ya.

“Eh..anak Suri dah pandai minum air dalam piringlah eai…”

Er…entri ini tiada kaitan sama ada hidup atau telah pergi. Ia benar-benar sebahagian dari dairy kehidupan Suri bergelar si bongsu 🙂

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

36 Responses to “Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku”

  1. mai has

    Sep 07. 2014

    masa kecik2 saya juga minum dlm piring…sebab x tahan panas.kalau dlm bahasa jawa kita panggil utk panaskan air dlm piring sebagai, “ler”

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 07. 2014

      satu perkataan baru yang saya pelajari “ler” 🙂

      bestkan cepat dapat habiskan air dari orang lainkan

      Reply to this comment
  2. myliferia

    Sep 07. 2014

    Terkenang arwah ayah. Tegas orangnya tapi amat penyayang. Kalau time naik motor masa kecik2 dulu, kakak yang suka tertido kat belakang, mesti ayah ikat kuat-kuat kat badan beliau takut jatuh.

    Ayah dulu masa saya mula2 masuk universiti, masa duk borak2 kat tepon, sajelah cakap, rasa cam nak pakai inai. Tak lama lepas tu, datang parcel dari kampung dengan beberapa barang termasuk inai yang dah siap ditumbuk. Time tu jugak rasa nak meraung….huhu

    Sekarang ni pun, kalau buat tahlil untuk arwah ayah, memang rasa sayu

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 07. 2014

      al fatihah. yalah memori dia dan anda susah nak lupakan sb dia membesarkan kita penuh kasih dan sayang secukupnya. mana boleh kita lupakan jada kedua merekakan.

      alhamdulillah kerna kurniakan ibu bapa yang memahami penyayang 🙂

      p/s:terima kasih atas perkongsian kisahnya di sni

      Reply to this comment
  3. puterijamu

    Sep 07. 2014

    same… saya pun kecikx dulu minum air dalam piring… memori silam ni 🙂

    Reply to this comment
  4. Hafizul

    Sep 07. 2014

    Perghhh tajuk..memang terbaik sungguh la..hehe..suka minim dalam piring lagi..dalam gelas susah nak sejuk..haha

    Reply to this comment
  5. Aishah Ahmad

    Sep 07. 2014

    Hehe.teringat memori zaman kanak2 riang.

    Reply to this comment
  6. Bahrain

    Sep 07. 2014

    Biasa kecik-kecik mainum air panas nak sejuk minum guna piring je. hehe. nostalgia sungguh kan. hehe

    Reply to this comment
  7. ahmadyani

    Sep 07. 2014

    Sekarang pekedai bagi air dalam cawan dan gelas je tanpa lapik piring. Piring kecil pun sudah susah nak jumpa di kedai makan di Bandar ni. Di kampong masih ada…

    Reply to this comment
  8. kizmyself

    Sep 07. 2014

    Wahhh…bila baca sini baru teringat akan minum air dalam piring.. Teringat arwah atok..

    Reply to this comment
  9. akubiomed

    Sep 07. 2014

    Zaman dulu-dulu orang tua akan tuan air dipiring supaya cepat sejuk. Sekarang ini kurang diamalkan.

    Reply to this comment
  10. nila

    Sep 07. 2014

    masa kecik saya sellau nak buat sejuk ait dgn piring…serasa kembali ke masa
    kecik ..

    Reply to this comment
  11. Vee Sandi

    Sep 07. 2014

    satu cara nak sejukkan air … klu sis selalunya mak tolong tiupkan air tu … heh heh. blog tu dah x aktif suri . sekarang dok kat blog baru …

    Reply to this comment
  12. ajumohit

    Sep 08. 2014

    aah betul kecik2 dulu mmg selalu minum air guna piring tu, skrg hirup kuah dlm pinggan pulak

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 08. 2014

      jangan-jangan hirup kuah meggei kari kawin megi tomyam kot ahaks..

      itu katakan nikmat eh 😉

      Reply to this comment
  13. Raudzah

    Sep 08. 2014

    selalu buat masa kecil ni..he..he

    Reply to this comment
  14. Raudzah

    Sep 08. 2014

    Kotex for you dear…

    Reply to this comment
  15. Denaihati

    Sep 08. 2014

    memang noltagia ni, nak tengok budak minum dalam piring oun dah takde dan tak pernah….

    Reply to this comment
  16. Hero Borneo

    Sep 09. 2014

    saya pernah minum guna piring supaya air cepat sejuk..itu kisah dulu-dulu masa kecil!

    Suri anak bongsu..ye! baru tahu

    Reply to this comment
  17. TehR

    Sep 09. 2014

    sampai sekarang tak suka minum air panas
    suam2 kuku dah cukup bagus

    Reply to this comment
  18. RedLinda

    Sep 10. 2014

    Memang kenangan sangat minum air panas dalam piring.hehe

    Reply to this comment
  19. Mummy Dina

    Sep 12. 2014

    suka la baca entry ni..saya dulu pun selalu minum air dalam piring dengan ayah tapi teh o atau milo la coz saya tak minum teh tarik..:)

    tetibe je rasa rindu sangat dengan kenangan lama tu..rasa cam sekejapnye masa berlalu..sekarang masa untuk kita manjakan ayah pulak..:)

    Reply to this comment
  20. Arman

    Sep 15. 2014

    Dulu2 selalu minum guna piring. Bukan apa org tua2 minum cara ni sebab mereka tak mahu meniup air panas sebelum minum.

    Reply to this comment

Leave a Reply