Kerja Rumah Jangan Tinggalkan Daku..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

I miss my blog..miss sangat kerana itu hari ini Suri menggagahkan diri mengupdate satu perkongsian yang rasakan agak menarik.

Apa yang selalu anda lakukan sebelum kaki anda berjaya pulang ke kampung halaman, ingin bercuti selain dari menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk ke sana. Suri yakin semua barang keperluan cukup maklum sudah lipat dengan baik. Maklumlah katanya cuti tiga hari heee..Tapi pernah atau tidak kita terfikir selepas anda pulang semula ke rumah kepenatan akan mudah terasa. Pernah tak?

Kalau ikutkan ada sebahagian dari kita meninggalkan rumah tanpa membuat sebarang persedian tapi bagi Suri sebelum perancangan awal pulang ke kampung halaman misalannya Suri akan selalu mengambil sedikit waktu untuk mencuri masa menyediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan di dalam rumah.

En Pelik : Pasal apa pula Suri perlu siapkan kelengkapa itu ini bukankah apabila rumah di tinggalkan tiada siapa yang akan tinggal dalam rumah?

Suri rumah : Ya! satu jawapan yang tepat. Sahlah tiada orang yang duduk hii..

En Pelik : Jadinya atas sebab apa?

Suri rumah : Moh baca lagi..

Cuba lakukan:

Memandangkan Suri jadi suri rumah sepenuh masa jiwa dan raga kerja menyediakan barang keperluan untuk anak dan suami perlu siapkan lebih awal seperti biasa. Itulah dia kerja membasuh baju. Selalunya sehari sebelum Suri ingin pulang ke rumah mak mertua, pulang ke Melaka Suri wajib membasuh saki – baki pakaian yang tertinggal dalam mesin basuh itu kalau kata ia dalam jumlah yang banyaklah ;). Hurm..kalau boleh basuh hari setelkan hari yang sama juga membasuh sehinggalah ke arah Malaysia jaya melipat baju katanya. Kalau rasa tak done balik nantilah ya heee.. Itu kalau si dia tidak terkejar masa untuk ke klia atas urusan kerja uh..

Keadaan Terdesak :

Sebab Suri dapat bayangkan kalaulah Suri tidak membasuh pakaian di rumah tunggulah nanti bila pulang dari rumah mak mertua atau rumah di Melaka sahlah pakaian yang akan basuh makin bertambah. Apabila pakaian sudah bertambah sure keadaan malas mudah bersarang dalam jiwa

Tapi nasib akan menjadi lebih baik kalau kata semasa kami sampai ke rumah mak mertua waktu itu tiada menantu yang balik maka mesin basuh bolehlah Suri lenjan.. guna sampai heee..Andai kata di buatnya ramai kak ipar, biras berkumpul rumah mak mertua maha fahamlah bahawasanya korang tidak akan ada masa untuk membasuh baju untuk keluarga sendiri.

kata mak Surilah “kau boleh kaut baju kotor semua sumbat dalam beg plastik hitam sampah itu kah..kah..kah..lepas itu kedaan akan lebih azab baju kotor campur dengan baju sedia ada dalam mesin basuh (rumah) tak ke banyak namanya tu haaa.sapa yang nak buat..akak juga hii..

Kemudahan cerita:

Baju basuh tidak akan bertimbun lagi malah kerja membasuh lebih cepat kerana urusan menguruskan pakaian semakin berkurangan beban kerja semakin mengecil.

Buang dan sarungkan!

Cuba lakukan:

Ini wajib sangatlah. Bila buang sampah jangan biarkan tong sampah kotor wajib basuh. Kalau kata tong sampah dalam rumah kering maka tak salah sarungkan plastik yang baru ke badan mr tong sampah heee..

Keadaan Terdesak :

Keadaan akan jadi lebih sukar jika sampah di biarkan kerana bimbangi akan ada sang lipas meniarap ke tong sampah anda. Bayangankan sampah yang masih bersisa dan biarkan lama akan menghasilakan bau yang kurang enak sehingga ke ruang tamu.

Kemudahan cerita:

Kalau kita rajin membuang a.k.a membuat sampah jadi jangan malas untuk menyediakan plastik sampah untuknya. Plastik sampah yang sudah siap sedia  ada akan memudahkan kita membuang sampah dengan mudah..

Mari mengosok sayang.

Cuba lakukan:

Selalunya rutin menggosok stok baju seminggu untuk suami, anak dan sendiri sebanyak tiga pasang sudah sebati dalam diri. Suri suka mencuri masa petang jumaat ataupun petang sabtu untuk membuat kerja amal ini katanya. Kalau kata esok dapat arahan dari Bos besar ehem..ehem..si dia maka Suri akan gosok baju lebih awallah.

Keadaan Terdesak :

Bayangkan kalau kita mempunya anak-anak yang ramai yang masih bersekolah oh tak menang tanganlah Suri nak gosok baju mereka pagi-pagi buta apa lagi nak siapkan sarapan tambah dengan anak meragam ke atau ada yang tercari-cari seluar kecik mereka tak jumpa tak ke haru namaya. Itu belum sampai tahap penat baru balik dari kampung lagi letih loh..

Kemudahan cerita:

Baju siap gosok akan mengurangkan ketegangan para isteri menguruskan pakaian keluarga bukan itu sahaja masalah keadaan pagi anda tidak akan serabut. Insyallah penat akan hilang apabila kerja siap siang-siang akan memudahkan kita menguruskan masa dengan lebih baik lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menguruskan rumah. Apa pun ia  bergantunglah pada kemampuan dan kesihatan seseorang itu sendiri. Pada anda menpunyai panduan lain ayuh jangan segan-silu lontarkan seberapa banyak idea bernas dalam kotak komen di bawah ya.

p/s: Maaflah teman Suri baru sahaja sampai dari Ipoh sungguh penat badan ini rasanya masih masih tersisa. Insyallah nanti Suri akan jejak korang kembali eh. Thnks..

Daa..

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

47 Responses to “Kerja Rumah Jangan Tinggalkan Daku..”

  1. Mummy Dina

    Sep 03. 2014

    yang lain semuanya lebih kurang sama je dengan suri..cuma part menggosok tu je yang confirm tak sama..saya memang tak suka menggosok baju..tu yang slalu gosok sepasang je..stress sangat rasanya kalau kene menggosok..hehe

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      haa..kerja memang suka tapi nak buat selalu belah petang wajib petang sabtu atau ahad sb tahu mereka tangah nyenyak tidur tak adalah yang nak memanggil saya nanti..

      benda lama saya buat masa baru kawin lagi heee jadi tak jadi masalah.kalau ada masalah tu bila benda kita tak biasa buat pastu kita akan jadi masalah,jangan lupa mesti buat kalau kita cuba tak buat gosok baju utk stok seminggu rasanya jadual pagi saya menguruskan mereka mungkin tunggang langgan hii…

      Reply to this comment
  2. TehR

    Sep 03. 2014

    Seluar labuh tak nampak kaki,
    Ke pasar sayur membeli ikan;
    Kerja bertangguh tak menjadi,
    Kerja beransur tidak tertahan.

    Reply to this comment
  3. Hafizul

    Sep 03. 2014

    Huhu..macam saya gak..bila nak balik kampung, rumah memang kemas sangat..hahaha

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      kemas sangatlah ya..kalau tak kemas sah bila penat masing2 suka bebenau nak lending

      Reply to this comment
  4. Zali

    Sep 03. 2014

    Bila tiap kali balik kampung atau bercuti memang letih sebab nak kemas barang sume. Sabor jer la

    Reply to this comment
  5. Mazni Azmi

    Sep 03. 2014

    Kerja rumah memang patut buat hari hari. Kerja hari ni tak boleh tangguh ke esok.

    Alamat bertimbun menggununglah jadinya

    Reply to this comment
  6. Hasnul Mutawif

    Sep 03. 2014

    Memang besar masa dan tenaga untuk siapkan kerja rumah.

    Satu kerja yang takkan habis sampai bila bila selagi kita bernyawa.

    Nak hantar dobi kena bayar lebih. Hehe.

    Reply to this comment
  7. titan

    Sep 03. 2014

    bini gua dah gosokkan baju gua.

    seronok plak rasanya. haha

    Reply to this comment
  8. Ammar

    Sep 03. 2014

    Rajinnya Suri.. Kena cari bakal isteri yang rajin macam Suri ni.

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      ya mesti buat masa kerja dulu dan sekarang jadi suri kena buat alahai…tanggungjawba itu 🙂

      ammar belum kawin harapnya akan ada jodoh baik hendaknya, amin 🙂

      Reply to this comment
  9. puterijamu

    Sep 03. 2014

    CC ni rajin sgt-sgt… tapi kerja rumah tak akan ada endingnya kan CC 🙂

    Reply to this comment
  10. puteri kasih

    Sep 03. 2014

    bila kerja dah siap sebelum bercuti..balik dari bercuti tak adalah pening nak bersihkan itu ini kan

    Reply to this comment
  11. puteri kasih

    Sep 03. 2014

    patutlah blog suri sunyi je beberapa hari..rupanya tuan blog baru balik dari bercuti 😀

    Reply to this comment
  12. Anim

    Sep 03. 2014

    kalau balik Ipoh hujung minggu, kak akan menggosok baju/seluar suami dan anak sulung dalam seminggu guna…
    tak jadi beban sebab kak guna iron yang istimewa…
    mudah cerita…
    kerja rumah boleh jadi mudah kalau kita guna peralatan yg memudahkan kerja kita kan, hee

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      iron moden yer heee.untunglah cepat kerjanya.suri guna berat tu heee..

      mudah gosok kita tak terkejar-kejarkan heee…

      Reply to this comment
  13. Aishah Ahmad

    Sep 04. 2014

    Keadaan sama kalai kt kampung.mesti nk bersihakan dulu baju2 sblm berangkat pulang.kalau x, siaplah nk mendobi berhari2 x siap2.dah la balik rumah terus masuk kerja

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      ya pernha juga kerja esoknya selalu malam itulah kena sental baju mana patut,,asingkan bagai heeee..tapi ada juga orang cuci baju ada hari tertentunya jugakan 😉

      Reply to this comment
  14. Hero Borneo

    Sep 04. 2014

    penat-penat pun masih panjang juga coretan suri..he.he..

    mengemas dan mengerjakan kerja rumah adalah perkara biasa buat ..

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      itulah dah lama bercuti sekali tersentap banyak omelan pula eh..ehh…

      terima kasih sebab banyak membaca 😉 hingga ke penghabisannya..

      Reply to this comment
  15. Raudzah

    Sep 04. 2014

    Salam pagi khamis Suri..

    Reply to this comment
  16. Raudzah

    Sep 04. 2014

    promoted content disini..

    Reply to this comment
  17. mai has

    Sep 04. 2014

    betul tu..plg lemah kalau bru balik dari kg, baju jadi bertimbun2.walaupun pakai machine je tetap melecehkan.heheh

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      sungguh leceh kita pompuan mensti buat kerja dengan cekap kalau nak malas boleh lepas tu kena buat keje cepat2 tambah kalau ada anak yang ramai suami yang selalu bz heeee 😉

      Reply to this comment
  18. ahmadyani

    Sep 04. 2014

    Kemaskan rumah sebelum pergi ke mana-mana supaya bila kembali fikiran dan hati tidak berserabut.

    Reply to this comment
  19. Faarihin

    Sep 05. 2014

    Kerja suri rumah rasanya lagi banyak kerja dari pejabat, kan. Huhu.. kalo saya, kena sediakan jadual ni. baru dapat buat semua tu. >__<

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      saya ada jadul set dalam kepala tapi terlepas juga jadi saya pakai jam tapi tka boleh selalu kalau lambat saya akan lupakan kerja boleh tingglkan kejap dna boleh buat bila-bila masa heee

      Reply to this comment
  20. Raudzah

    Sep 05. 2014

    Salam Jumaat Dear..

    Reply to this comment
  21. Raudzah

    Sep 05. 2014

    JACOB di sini…

    Reply to this comment
  22. Yaya

    Sep 05. 2014

    kalau nak cerita pasal kerja rumah ni memang bnyk lau nak diikutkan, btl tak..bukan senang nak jadi suri rumah ni..

    Reply to this comment
    • Suri

      Sep 06. 2014

      penat sebab pagi buta sampai anak suami balik ceruk dapur juga selalu orang jumpa kita.susah nak tgok tv kalu buka tu ya pepagi tapi tuannya ada dkt dapur heee tv dekat depan tamu

      Reply to this comment
  23. Ismail N

    Sep 06. 2014

    Kawe dah siap buat kerja rumah pagi tadi.
    Ni tengah buat kerja lain tapi kat rumah juga 😀

    Reply to this comment
  24. ayu

    Jan 28. 2015

    memang superb kan kalau dah jadi surirumah ni.. yang penting, ikhlaskan diri, insyaallah, ada bahagiaannya nanti =)

    danishdamiadaris.blogspot.com

    Reply to this comment

Leave a Reply