Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta ambil dari lirik lagu “warisan”  nyanyi oleh Allahyarham Sudirman Arshad.

Apa menariknya bukan saat merdeka bakal tiba barulah kita teringin berkocak jiwa nak semaikan naluri ini cintakan negara tidak. Tapi semarakkan di mana juga kita berada.

Mari Menjahit Abaya Moden

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Kita wajar bersykur walaupun pelbagai perkara buruk berlaku ada terkadang kita kurang senang dengan campur tangan pihak luar, tragedi MH, tunjuk perasaan, percanggahan politik antara satu sama lain apa kita harus nikmati kita masih lagi boleh duduk aman dalam Malaysia sehingga kini.

Jika bandingkan dunia luar membaling bom sesuka hati, pertelingkahan yang tiada noktahnya, berebut minyak, ada pula sukar mendapatkan makanan berkhasiat dan minuman bersih, peritnya melalui kehidupan tiada siapa tahu melarat hidup tiada seorang ambil peduli  seolah-olah mereka hidupun hanya untuk kerja sehari-hari atau mengenagkan nasib tanpa henti.

Kita di sini lahirnya sebuah cinta harus berbangga bukan kerana kerajaan tapi jiwa kita sendiri yang menghargai sebuah kemerdekaan atas susah payah para pejuang yang lalu. Kerana tanpa jiwa kerana sayang akan Malaysia mana mungkin kita boleh semewah apa kita dapat hari ini adalah nilainya datang dari benih yang kita semai sejak kecil dengan melaungkan lagu negaraku sejak bangku sekolah lagi.

Sampaikan saat kegetiran suka duka apa menyelinap masuk dalam kancah ekonomi, kesihatan, keresahan hati kita masih mampu bersatu hati dalam apa juga bentuk dan keadaan mahupun situasi. Kita tetap bersama harung bersama-sama.

Alhamdulillah sambutan hari kemerdekaan ke-57 harapkan dapat di sambut dalam suasana yang sederhana bukan pada perkara yang tidak inginkan. Moga untuk tahun akan datang peluang untuk kemerdekaan seterusnya akan dapat kita hirup hingga ke anak cucu cicit kelak.

Selamat menyambutan hari kemerdekaan 57untuk semua warga Malaysia !

Kredit gambar ini

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

23 Responses to “Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57”

  1. Mazni Azmi

    Aug 27. 2014

    Untungnya kita tinggal di Malaysia kan Sis Suri

    Satu nikmat keamanan untuk disyukuri dan dihayati

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 28. 2014

      ya sebab kita ada temoat tinggal yang aman selamat masih boleh tidur dengan aman

      Reply to this comment
      • Mazni Azmi

        Aug 28. 2014

        Baru minggu lepas.. Masa tukar cermin kereta.

        Pekerja bangladesh datang dan kata. Di Malaysia senang cari kerja dan duit

        Asalkan rajin saja.

        Buatkan saya terfikir. Kenapa masih ramai bangsa kita menganggur

        Reply to this comment
  2. mai has

    Aug 27. 2014

    tema cinta mmg sesuai dgn malaysia yg banyak mengalami kedukaan semenjak 2 menjak ni…

    Reply to this comment
  3. Akmal Zaidi

    Aug 27. 2014

    semangat merdeka, tapi sejak akhir2 ni, makin luntur pulak semangat merdeka,

    haha

    Reply to this comment
  4. Hafizul

    Aug 27. 2014

    Kadang2 rasa gak..jiwa belum merdeka sepenuhnya..jasad memang dah lama merdeka..haha

    Reply to this comment
  5. akubiomed

    Aug 27. 2014

    Tertarik dengan kata-kata Pemenang Hadiah Nobel Prof Muhammad Yunus pertama dari Malaysia. Kita akan lebih menghargai tanah air apabila berada di luar Malaysia.

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 28. 2014

      malaysia banyak tempat yang bersejarah itu kita kagumkan bahkan tak semua tempat luar negara ada macam apa ada dekat malaysia inikan 😉

      terima kasih untuk perkongsian kata-kata itu 😉

      Reply to this comment
  6. Aishah Ahmad

    Aug 27. 2014

    Pertama kali hayati lagu ni masa kursus BTN.nangis bila dihayati betul2 lirik lagu ni

    Reply to this comment
  7. zool

    Aug 27. 2014

    tema yang agak catchy untuk tahun ini..
    tahun ni saya kena berbaris plak.. huhuhu

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 28. 2014

      ah..habislah apa nak buat sertai sahaja untung dapat baju free ke bos belanja ker 😉

      Reply to this comment
  8. WRizuan

    Aug 28. 2014

    Bersyukur di berada di Bumi Malaysia ……

    Reply to this comment
  9. onlajer

    Aug 28. 2014

    sebenar nya tahun ini agak istemewa kerana kita merdeka tahun 57 kali ini sambut yang ke 57 tak bergitu

    Reply to this comment
  10. Denaihati

    Aug 28. 2014

    Selamat menyambut hari kemerdekaan. Lama dah negara kita merdeka.

    Reply to this comment
  11. puteri kasih

    Aug 28. 2014

    bersyukur jadi rakyat Malaysia kan suri…selamat menyambut hari kemerdekaan 🙂

    Reply to this comment
  12. puteri kasih

    Aug 28. 2014

    tak dapat nak ketuk ketuk…musim burung biru terbang sana sini..hehe

    Reply to this comment
  13. TehR

    Aug 29. 2014

    moga2 pokok cinta mekar subur
    dari pucuk hingga ke akar tunjang

    Reply to this comment
  14. Nurkhan Tampakan

    Aug 31. 2014

    Happy Independence Day Malaysia 57 ( Aug. 31, 2014 )
    Greetings from Alpha Phi Omega, Philippines

    Reply to this comment
  15. zik

    Sep 01. 2014

    disini lahirnya sebuah cinta , adakah akan kian pudar cinta itu dek kerana kealpaan kita sendiri…

    Reply to this comment

Leave a Reply