Mak Kata Masuk! Masuk Rumah Sekarang!

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Mak Kata Masuk ! Masuk Rumah Sekarang! inilah salah satu cara ibu bapa mendidik anak-anak supaya segera berbuat demikian kerana bimbangi akan ada tukang kacau bakal mengganggu anak-anak mereka.

Kalau anak Suri bermain di luar rumah sahlah memang hati ini akan mudah menjadi panas hanya kerana dia lewat masuk rumah. Mana tidaknya kerana waktu hampir senja beginilah merupakan masa terbaik bagi syaitan untuk berkeliaran untuk melalaikan hati manusia dari terus mengingati Allah s.w.t

Yang berjoging terus dengan jogingnya!

Ita : “Jomlah kita balik rumah dah lewat malam ini”

Rina : “Nantilah..aku tak puas lagi nak keluarkan peluh lagi..bagi aku masa 20 minit lagi ya”

 

Yang main bola terus ligat bermain di padang!

Azril : “Mal..kau tak dengar ke mak kau panggil suruh balik rumah”

Iqmal: “Ah..nantilah kejap aku nak cuba golkan bola ini masuk dalam gengawan pihak lawan kejap”

Yang duduk menghadap tv terus asyik dengan cerita kegemarannya, begitu juga si ulat buku terus tenggelam ke dasar dunia ceritanya, yang berniaga pasar malam terus berniaga berkerja keras menyambung kerja katanya…

Syaitan amat menyukai waktu senja kerana salah satu kemungkinannya masa tersebut adalah waktu perpindahan hari. Permulaan hari mengikut islam, dikira dari waktu selepas maghrib.

Begini apabila lepas sahaja masuk waktu azan maghrib maka berakhirlah hari ini dan bermulalah hari esok. Jadi atas dasar itulah syaitan memilih waktu “kritikal” perpindahan hari (waktu senja) untuk kuncu-kuncu mereka berkeliaran ligat serata pelusuk bumi supaya mereka dapatkan merosakkan hari seseorang individu itu di hujung hari dan di awal hari berikutnya.

Kalau misalannya si polan itu telah memulakan hari ini dengan begitu baik sekali, syaitan ini akan cuba rosakkan kebaikan itu dengan cara mengusahakan dia supaya  si polan itu akan mengakhiri hari dia dengan perkara yang mampu melalaikannya dengan membuat dosa dan maksiat.

Kuncu-kuncu ini tak akan pernah putus asa seperti yang telah Allah izinkan mereka ini mengacau anak-anak adam dan hawa sehingga ke akhir zaman kerana ini adalah janji mereka kepada pencipta unutk mereka menyeret seberapa bondong yang boleh ke neraka untuk menemankan mereka di sana. Andai kata kita adalah seorang yang celik iman insyallah kita tak akan tergolong dari orang lalai terhadap perintahNYA.

Jadi kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w yang amat kita cintai ini sering memberikan kita ingatan yang kuat supaya menyuruh anak-anak berhenti bermain ketika hari sedang merangkak senja dan suruh kumpulkan mereka (dari terus leka bermain), tutup pintu-pintu rumah sambil menyebut nama Allah. Kemudian susuli pula menutup bekas-bekas makanan dan minuman dengan menyeru nama Allah supaya syaitan dan kuncu-kuncu ini tidak mencemari makanan dan minuman itu.

Pernah dengar tak yang jiran saya dulu.. sila sambung bawah..

Lazada Malaysia

dia punya anak kena sorok di hantu uh..uh..lama dia hilang nak dekat seminggu jugalah tau. Mujur jumpa dia itu pun sebab berubat atas keizinan Allah jugalah dan tahu-tahu dia duduk atas pokok mangga yang rimbun. Pokok tu depan rumah dia jer uh..keadaan pokok mangga depan rumah dia serius sungguh lembat a.k.a rimbun kalau hangpa nak panja, duduk or suka-suka atas pokok itu pun boleh.. ini Suri dengar ar masa zaman Suri masih suci ..zaman budak-budak lagi hieeee.. wahualam..

Ada pengalaman atau cerita yang best untung-untung boleh buat pengajaran dan pengalaman. Moh share bawah hiii…

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Mak Kata Masuk! Masuk Rumah Sekarang!”

  1. Fiza Rahman

    Aug 15. 2014

    Biasalah tu suri. Mak mana yg tak risau kan.

    Reply to this comment
  2. Myra Jay

    Aug 15. 2014

    Kita dulu2 memang mak2 akan marah kalau balik rumah masa senja, sebab macam2 kes berlaku.. Budak2 sekarang je jenuh menjerit ha..hehee

    p/s : COT tu Cream of Tartar..
    Myra pun tak pandai gak.. syer resepi dari kawan2 jgk 😀

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 16. 2014

      itulah dema suka berkawan dh main masih tak puas lagi uh..

      ok note hee thnks sis 😉

      Reply to this comment
  3. mai has

    Aug 15. 2014

    dulu masa kanak2 dah nak maghrib baru blik.sebab flash man, power rangers, x-men semua dah nak start.heheh

    Reply to this comment
  4. Mazni Azmi

    Aug 15. 2014

    Sis Suri..

    Banner pau tu lupa letak link ya.

    Xboleh klik. Lupa hyperlink la tu

    Memang bagus la ibu dan mak ayah dulu2.. dekat maghrib je semua anak anak dah lari masuk rumah

    SIap mandi.

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 16. 2014

      ya banner bergerak sahaja tak mau ke link pasal apa aduh..terima kasih atas teguran itu 😉

      suka tgok anak kena marah tapi ibu yang tension jerit2 suruh anak balik heeee 😉

      Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Aug 15. 2014

    masa kita kecik-kecik dulu pun..mak pasti akan jerit-jerit panggil masuk dalam rumah…hehehe

    Reply to this comment
  6. puteri kasih

    Aug 15. 2014

    sakit kepala dah ok ke? jom minum kopi satu cawan 😀

    Reply to this comment
  7. titan

    Aug 16. 2014

    okeh la.

    kena la masuk rumah sekarang ni ye..

    Reply to this comment
  8. Hero Borneo

    Aug 16. 2014

    syaitan paling mudah untuk ganggu manusia supaya terus lalai dan asyik dengan dunia

    Reply to this comment
  9. ahmadyani

    Aug 16. 2014

    Lagi pula, waktu maghrib bukannya lama. Kalau berlengah-lengah sekejap sahaja akan masuk isyak.

    Reply to this comment
  10. akubiomed

    Aug 16. 2014

    Risau dengan kes culik yang berlaku sekarang. Kalau zaman kanak-kanan sebelum waktu Mahgrib sudah kena balik rumah. Kalau tidak siap rotan menunggu di depan pintu.

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 16. 2014

      ya kalau rotan si sana umh saya siap menunggu raban ayam dan getah tali paip uhukk.uhk..

      Reply to this comment
  11. Aishah Ahmad

    Aug 16. 2014

    Mmg mcm tu lah masa kecik2 dulu.hehehe…bila tgk komik setan tu teringat zaman kecik2.mati2 ingat rupa setan mmg mcm dlm komik tu

    Reply to this comment
  12. mummy dina

    Aug 17. 2014

    jenuh nak suruh budak2 masuk sebelum maghrib..selalunye kene jadi tarzan dulu..hihi

    Reply to this comment
  13. Aisyah

    Aug 17. 2014

    ibubapa selalu marah kt anak2 diorang.. bukan sebab benci tapi sayang.. sekarang ni kan banyak kes-kes culik.

    Reply to this comment
  14. onlajer

    Aug 18. 2014

    apa – apa kena ikut cakap Mak hehe

    Reply to this comment
  15. Walet Super Gold

    Aug 19. 2014

    artikelnya keren gan

    Reply to this comment
  16. Hafizul

    Aug 19. 2014

    Huhu…memang senja tidak digalakkan berada di luar rumah..dulu mak ada citer juga yang orang kena sorok ni..padahal duk depan rumah jer..tak jumpa jalan nak balik rumah..emmm

    Reply to this comment
  17. Ezlaila

    Aug 21. 2014

    Haa, kalau tak nak kena sorok dek hantu masuk rumah sebelum senja.

    Reply to this comment
  18. Zufar

    Aug 23. 2014

    teringat zaman kecik2 dulu…mmg mak saya slalu ckp time maghrib klo xbalik nnt kena sorok… good sharing !! 🙂

    Reply to this comment
  19. Denaihati

    Aug 24. 2014

    ada dengar juga, kesigihannya tak pasti, tapi tujuannya balik, maghrib mesti ada kat rumah, tak merayau kat mana-mana. sedia untuk solat mangrib.

    Reply to this comment

Leave a Reply