Panduan Dan Cara Menjaga Rambut Dengan Betul

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

No. No. No. Aku bukan seorang pakar rambut! Lega bila selesai masak jam seterusnya sedar dengan tak masuk 9.22 pagi semasa entri ini sedang taip. Fikiran kusut mencari shadow box tapi sampai sekarang masih tidak jumpa uhu.. Baiklah lupakan kisah itu sekejap moh dekat sikit cerita pasal penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung atau tak bertudung ok.

DIY JANA WANG BUN, PAU & PIZZA DARI RUMAH

Wanita yang tidak bertudung penjagaan sama peka dengan wanita yang bertudung. Kerana apa sekiranya kita tidak mengambil peduli akan hal ini kemungkinan mahkota kita atas ini akan kelihatan macma sarang burung hii..

  • Wanita haruslah membasuh atau syampu rambutnya seminggu dua kali. Kalau susah sangat seminggu sekali pun bagus juga. Rambut yang selalu di syampun juga terkadang kurang bagus sebab hampir kesemua kanduang dalam syampu terkadang mungkin ada mengandungi bahan aktif perosak rambut walaupun dalamnya tertera kualiti bahan hasilkan tidak mendatangkan keburukan kepada pengguna.

Jadinya maka sebab itulah kalau kata orang dulu-dulu rambut mereka lebih terjaga dan bersinar hanya kerana mereka ini gemar menggunakan kaedah tradisional.

  • Selapas mandi jangan terus menyikat rambut anda sedia basah. Sebaliknya tutup atau bungkus atau apa eh ah.. di gulung bersama dengan tuala mandi supaya rambut basah mudah serap.

Sisirlah rambut anda apabila ia benar-benar keriang. Anda tidak galakkan sama sekali menggunakan alat pengering rambut kerana ia mampu merosakkan rambut anda. Bayangkan rambut yang sering keringkan menggunakan kuasa elektrik akan menyebabkan suktur rambut terbantut.

CARA MUDAH BUAT BAJU KURUNG MODEN BAYI

  • Rambut yang sihat dan semulajadi adalah rambut yang dapat kita urus dengan menggunakan tangan dan sikat sahaja bukan pada bahan asas sedia meroskkan rambut anda pada jangka masa akan datang.

Rambut cantik beralun serta sihat haruslah lepaskan terurai begitu sahaja jika anda sedang beriadah rumah. Akan tetapi ada juga waktu yang tidak sesuai apabila anda menguruskan hal rumah tangga kerana ia akan menyukarkan pergerakan anda untuk berkerja lebih cekap. Macam Suri hiii…

  • Sesekali ruang yang seleas perlu berikan kepada rambut anda. Tekanan akibat anda sering bertudung, cahaya matahari, menyepit, mengikat rambut atau meletakkan apa sahaja perhiasan atas rambut akan membuatkan rambut mudah rosak walaupun ada lakukannya tanpa anda sedari. Jadi lepaskan rambut dan sesekali belailah ia kerana rambut juga salah satu benda subur dan hidup atas kepala kita ๐Ÿ˜‰

Tahu tak? rambut yang sikat dalam keadaan basah akan menyebabkan akar rambut terbuka dan sekaligus merosakkan pertumbuhan rambut anda. Malahan keadaan lebih teruk mungkin akan lebih banyak rambut anda akan gugur kerana anda menyikat rambut ketika rambut anda sedang dalam keadaan kusut!

  • Manjakan rambut tidakย  salah mungkin saranan selepas menggunakan sejenis syampu perapi rambut juga perlu. Ini bagi membantu anda menguruskan rambut dengan lebih baik. Walaubagaimana pun jika anda tidak berminat untuk menggunakannya maka minyak rambut khas seperti minyak rambut baby or zaitun ada juga manfaatnya.

Ada sesetengah orang cukup peka dan amat menyukai menukar jenama syampu yang berlainan. Tanpa anda sedar budget anda terkadang melepasi apa yang anda harapkan.

  • Tidak salah sekiranya anda ingin menukar pelabagai jenama produk syampu mengikut kemampuan anda tapi pastikan anda memilih syampu yang benar-benar sesuai dengan keperluan rambut anda. Bukan itu sahaja malahan penukaran terlalu kerap menukar syampu rambut memungkinan rambut anda akan terdedah pada kerosakan rambut lebih teruk lagi. Ingat setiap rambut bukan semua syampu boleh anda gunakan sesuka hati ya.

Anda ada rambut? bersyukurlah dan hargailah ia dengan sebaik boleh kerana ia merupakan salah satu anugerah yang tidak ternilai dariNya.

Lazada Malaysia

P/S: Awak ini selalu risau kalau pergi kedai gunting rambut sebab mudah ada unsur geli di situ hee.. Jadi Suri lebih suka potong rambut di rumah sendiri ekekek.ekeke..

Ada pengalaman membawa atau memotong rambut sendiri atau anak kedai rambut yang lucu? Ayuh kongsikan ๐Ÿ˜‰

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Panduan Dan Cara Menjaga Rambut Dengan Betul”

  1. akubiomed

    Aug 14. 2014

    Saya hari-hari bershampo rambut memastikan rambut sihat.

    Reply to this comment
  2. Hafizul

    Aug 14. 2014

    Huhu..memang bab rambut ni kena jaga dengan baik..nak2 para isteri smua..hehe..terima kasih kongsikan..

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      heee.wanita lelaki dua kena jaga ini nilai banyak tinggi ahaks.. ๐Ÿ˜‰ sama2 kembali

      Reply to this comment
  3. Myra Jay

    Aug 14. 2014

    TQ sharing.

    Ada ketika MJ menyikat rambut masa basah.. lepas mandi terus nak bersiap ke tempat lain.

    Dan memang paling tak suka guna hair dryer.

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      sama-sama ๐Ÿ˜‰

      kalau boleh jangan amalkan selalu rosaklah rambut tu nanti uh…

      Reply to this comment
  4. Faarihin

    Aug 14. 2014

    Alamak.. Dah la saya suka tukar macam2 jenis syampu. Habislah rambut saya. huhu..

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      aha..jaga-jaga boleh jer tukar syampu tapi kalau boleh lepas nak tukar baru jenama tu bairkan rmabut kita rest selama beberapa bulan bagi biasa degan syampu baru nanti.

      itu bahaya kalau tukar syampu sebab boelh terbit kelumumur atau rambut rosak.

      Reply to this comment
  5. mai has

    Aug 14. 2014

    suami saya ada masalah kelemumur yang agak teruk juga.pakai minyak from Himalaya alhadulillah berkurangan…

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      kalau ok maka teruskanlah jangan tukar jenama yang lain. tengok dulu pakai biar lama sikit macam mana perubahan lepas 3 bulan seterusnya..

      Reply to this comment
  6. cik amal

    Aug 14. 2014

    sbb tu kita dinasihatkan utk tidak sikat rambut masa basah…
    thanks untuk info ni ya…
    amal singgah sini.. moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiiin

    Reply to this comment
  7. Aisyah

    Aug 14. 2014

    Aisyah selalu sikat rambut time basah,..nak cepat pergi keje.. ermm.. tq suri.. info yg sngt2 berguna,,

    Reply to this comment
  8. onlajer

    Aug 14. 2014

    oh sebab itu lah orang perempuan suka balut rambut dengan tuala ya

    Reply to this comment
  9. puteri kasih

    Aug 14. 2014

    puteri tak suka guna pengering rambut..selalu biarkan rambut kering dengan sendiri je ๐Ÿ™‚

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      yalah kering sendiri lagi cepat jangan biarkna kering lambat nanti rambut berbuah itu satu masalah jugakan

      Reply to this comment
  10. puteri kasih

    Aug 14. 2014

    b.liv untuk my sahabat ๐Ÿ™‚

    Reply to this comment
  11. ahmadyani

    Aug 14. 2014

    Sementara ada rambut kena jaga elok-elok, bila sudah nipis di atas…kalau jumpa ubat penumbuh rambut atau petua-petua memang akan dicuba.

    Reply to this comment
  12. Bahrain

    Aug 14. 2014

    Saya sekarang sedang mencari syampoo yang benar-benar sesuai dengan rambut yang tgh keguguran.

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      itulah daun lidha buaya ok juga dia punya lendir dekat bahagian dalam tu tapi rajin buatlah ๐Ÿ™‚ kalau ikut pengalaman suri menjadi dan lebat benar rambut ni

      Reply to this comment
  13. zara

    Aug 14. 2014

    Selalu juga sikat semasa basah ingat lagi mudah..lagi2 rambut anak daraku, dah macam sarang tebuan

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 14. 2014

      ha..itu rambut anak lagi lebut halus mana nak sama dg rambut orang dewasa ๐Ÿ˜‰

      Reply to this comment
  14. Tudung Labuh Online

    Aug 15. 2014

    Kalau nak syampoo rambut hari hari.. Rambut macam kering pulak.

    Tengok keperluan juga.

    Kalau dah kerja di luar dan pakai tudung.. Kain tudung tak serap peluh..

    Macam ni nak syampoo hari hari tak pe..

    Kalau kerja pejabat je.. Mungkin tidak ๐Ÿ™‚

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 15. 2014

      ya ikut keperluan kalau tak bau busuk pula uh..
      memang sudah didik menjaga kebersihan itu sebahagian dari iman dalam islam.

      terima kasih TL bagi komen yang begitu panjang ๐Ÿ˜‰ saya hargai sangat – sangat

      Reply to this comment
      • Mazni Azmi

        Aug 18. 2014

        You know i know you know kan pengaruh komen panjang pada sesuatu artikel

        Lebih lebih lagi kalau komen tu menambah nilai

        Hehe..

        Ala.. Alang alang komen biar yang bermanfaat kan.

        Memang bermanfaat artikel cara menjaga rambut ni. Kalau tak jaga.. keluar kelemumur.. gatal..

        Penampilan dan keyakinan diri pun terjejaskan

        Reply to this comment
  15. Ezlaila

    Aug 15. 2014

    Rambutkan mahkota wanita, mestilah kena jaga betul2 kan. Bagus tips nie ๐Ÿ™‚

    Reply to this comment
  16. Fiza Rahman

    Aug 15. 2014

    Thanks for the tips suri. Memang selalu sikat time rambut masih basah.

    Reply to this comment
  17. Ismail N

    Aug 15. 2014

    Terlewat lah untuk kawe. Sudah gondol kerana tidak dijaga dengan baik ๐Ÿ˜€

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 15. 2014

      ๐Ÿ˜‰ jangan pakai topi lagi rambut tak cantik untuk tumbuh dan kekal kesuburannya uh…

      Reply to this comment
  18. Hero Borneo

    Aug 16. 2014

    agak sukar untuk memotong rambut sendiri..

    Reply to this comment
  19. faris

    Aug 16. 2014

    Saya selalu pakai minyak zaitun untuk rambut. Katanya minyak zaitun dapat lembapkan kulit kepala

    Reply to this comment

Leave a Reply