Jambak Bunga Jantan Atau Bunga Betina

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aku bukan seorang penerokan.. hanya bercerita apa ketahui sahaja. Nah ambillah jambak bunga jantan atau bunga betina jika kalian benar-benar suka sama ini entri. Erk..

Pokok kelapa sawit atau Elaeis guineensis Jacq.,tergolong dalam keluarga Cocoideae famili Palmae sama seperti pokok kelapa.Pokok kelapa sawit mempunyai sistem akar serabut.

Tahukah anda batang pokok selalunya bersifat tegak dengan ukuran garis pusatnya sekitar 35 hingga 65cm. Manakala kadar kenaikkan ketinggian dalam  45 sehingga 70cm setahun dan berupaya  mencapai ketinggian maksimum dari  20 hingga 30 meter.

Batang pokok ini adalah tunggal serta tidak bertahan dan mempunyai pelebah-pelebah  di hujungnya. Pelebah ini tersusun secara lingkaran dan tiap-tiap pelepah yang matang mempunyai lakis, lai daun dan duri. Bukan itu sahaja bahkan setiap dua puluh atau tiga puluh pelepah ini  akan terhasil dan bergantung kepada umur sesuatu usia pokok sesebuah pokok tersebut.

Pokok kelapa sawit yang matang mempunyai lebih kurang 40 pelepah. Pada setiap aksi pelepah daun terdapat satu tunas bunga yang akan membentuk sama ada jambak bunga jantan atau jambak bunga  betina. Pokok kelapa sawit bersifat monosius iaitu jambak bunga jantan dan jambak bungabetina adalah berasingan tetapi pada pokok yang sama.

Jambak bunga jantan

Mempunyai tangkai denagan spikelet-spikelet atau jejari dengan berukuran 12-20cm panjang. Sebanyak lebih kurang 200 spikelet boleh didapati bagi satu bunga jantan.Pada setiap spikelet terdapat debunga yang berwarna kuning keputihan dan mengorak dari pangkal ke hujung bagi tiap-tiap spikelet.

Jambak bunga betina

Mengandungi beberapa buah ribu bunga keluar dari 100-250 spikelet yang berduri dan tersusun secara lingkaran.Buah-buahan akan terbentuk dan matang di antara 5 1/2 hingga 6 bulan selepas pendebungan.

Biasanya dalam satu yang dan boleh diperoleh lebih kurang 1500 buah pada pokok-pokok dewasa.Buah kelapa sawit ialah jenis drup dan terdiri daripada badagian luar(eksokarpa) atau kulit nipis,bahagian tengah (mesokarpa) atau purpa dan bahagan dalam (endorkarpa) atau `temurung dan isirong.Minyak kelapa sawit boleh didapati daripada mesekorpa dan isirong.Tempoh hayat ekonomik pokok kelapa sawit ialah 25 tahun.

p/s: Pernah suatu ketika dulu admin hampir mual bau kilang pemprosesan kelapa sawit Kuala Linggi, Melaka. Korang ada pengalaman atau kisah menarik tentang kelapa sawit jom share di bawah kotak komen ya. Thnks! 😉

kredit ini

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

39 Responses to “Jambak Bunga Jantan Atau Bunga Betina”

  1. Raudzah

    Aug 11. 2014

    Cantik…Tq bagi kita bunga..he..he

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    Aug 11. 2014

    Painlessly for you…

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Aug 11. 2014

    Ada yang buat hiasan.

    Reply to this comment
  4. mai has

    Aug 11. 2014

    kalau kita manusia ni ada jantina, takkan pokok xde jantina ye dok?:-)

    Reply to this comment
  5. zara

    Aug 11. 2014

    wah agaknya semua tumbuhan ada bunga jantan dan betina..subhanallah..dulu2 kat kampung selalu tengok pokok betik..kalau jantan bunga panjang2

    Reply to this comment
  6. onlajer

    Aug 11. 2014

    hahaha tak terfikir pula tentang bunga pokok kelapa sawit ini

    Reply to this comment
  7. Hafizul

    Aug 11. 2014

    Hahaha..terbaiklah..saya anak peneroka pun tak tahu pasal info ni..hahahaha

    Reply to this comment
  8. Sobri Mansor

    Aug 11. 2014

    Huishhhh….. acaner saya generasi peneroka felda boleh terlepas pandang tak tau pasal kelapa sawit nih….terbaek artikel nih…

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 12. 2014

      ek..ek..tak ada apa yang rugi bro SM kita sama mencari ilmu benda tak akan rugi kalau kita lambat tahu sekali pun 🙂

      Reply to this comment
  9. puteri kasih

    Aug 11. 2014

    bunga tu untuk puteri kan..hehe.

    Reply to this comment
  10. puteri kasih

    Aug 11. 2014

    jom kita minum white coffee dulu sebelum sambung balas jejak 🙂

    Reply to this comment
  11. Faarihin

    Aug 12. 2014

    Cantik jambangan bunga tu. Bila sebut kelapa sawit ni, teringat masa saya belajar di PMM, dekat sangat dengan ladang kelapa sawit ni, setiap kali hujan, bau baja dia semerbak ‘harum’. Hehe.

    Reply to this comment
    • Suri

      Aug 12. 2014

      baja nak bagi subur katanya heee kasi kaut lebih buah agaknya

      best kerja nampak hari2 jumap si pokok kelapa sawit ya 😉

      Reply to this comment
  12. Hazmin Hamudin

    Aug 12. 2014

    Masih belum pandai nak beza jantan betina bunga ni. hehe. Tengok macam sama je.

    Reply to this comment
  13. Hero Borneo

    Aug 12. 2014

    kampung halaman saya banyak ladang kelapa sawit..hijau merimbun

    Reply to this comment
  14. Tudung Labuh Online

    Aug 12. 2014

    Tanpa bunga janta.. Bunga betina pun tiada.

    Bau kilang sawit memang kuat.

    Reply to this comment
  15. TehR

    Aug 12. 2014

    tak pernah kenak yang mana bunga jantan dan yang mana bunga betina

    Reply to this comment
  16. Myra Jay

    Aug 13. 2014

    Rasa macam baru belajar ha..
    1st time baca pasal sawit ni..hehee

    Reply to this comment
  17. ahmadyani

    Aug 13. 2014

    Buah sawit muda, bila digoreng sira dengan gula….sedap dibuat kudap-kudapan.

    Reply to this comment
  18. Aisyah

    Aug 14. 2014

    nampak sama jer suri.. bila laa ada orang nak bagi bunga kt Aisyah yer.. hhihihi.. teringin jgak ni..

    Reply to this comment
  19. Suri

    Aug 14. 2014

    mana ada sama cuna tengok betul betul heeee..yang jambak betina tu dia jambak lebih besar dan kembang..

    yang jambak jantan kecil a.k.a kuncup jer heee

    Reply to this comment
  20. Ezlaila

    Aug 15. 2014

    Tiada pengalaman sangat pasal pokok kelapa sawit nie. Sib baik Suri ada share info pasal kelapa sawit nie. hehe.

    Reply to this comment
  21. Aishah Ahmad

    Aug 17. 2014

    Bunga pon ada jantan betina ek.so kalau pokok jantan bunganya pun jantan ke

    Reply to this comment
  22. Denaihati

    Aug 24. 2014

    buah sawit boleh rebus dan makan, mugkin tak ramai yang pernah makan.

    Reply to this comment

Leave a Reply