Moh Mundik Kampung Halamanku..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Nampak gayanya internet wifi rumah Suri semakin menjadi mabuk sepertinya orang sedang hamil masuk dua bulan setengah begitu..uhuk..uhuk..

Mana tidaknya anak dan bapanya lincah melayan game katanyalah..isyh..kacau daun sungguh maka itu sebablah blog segala bagai yang teringin loading semua slow bangat.

Achom!!

Alhamdulillah boleh seru sebanyak dua kali kalau lebih segmen “Pesan Atok” kata kita sudah seru penyakit itu datang balik dekat kita eh.. erk..

Tahun ini anda semua berapa di mana ya? cubalah cerita sikit hii..

Aku beraya rumah sendiri sahaja no kampung piau..uh..

Tahun ini saya beraya rumah mak mertua..sedih dalam sendulah itu..

Mungkin sambut raya putrajaya kediaman perdana menteri kita katanya majlis jamuan hari raya terbuka untuk semua rakyat Malasyia

Suri pula tahun ini mestilah balik kampung sendiri iaitu negeri Melaka. Orang ipoh dekat taman sinikan atau bekas pengasuh anak Suri ini selalu mengejek “ulau melingkau atas pagau..”

Kenapa eh..?

Karang tak pasal ada kena penampau! Aha..lawak sahaja itu 😉

Bestnya beraya kampung sebab pagi-pagi buta lagi jam empat pagi habislah segala rumah kami akan terang-benderang. Bagi lewat bangkit tidur siaplah korang semua beraturlah ambil nombor giliran eh.

Keadaan best apabila pagi-pagi lagi ada sempat mencuri masuk mandi air pergi rumah arwah nenek Suri. Hurm..dekat sahaja antara rumah nenek Suri dengan suri sebelah-menyebelah sahaja tu. Yang pasti air pergi rumah nenek Suri  sejuk dan bisa buat korang kejang or beku dekat situ heee. Jangan kematu sudahlah ya 😉

Kalau kata air paip tak ada? Cis kau pergi mandi di belakang rumahlah bukan ada air laut..

Urm..air laut badan jadi lekit..? Banyaklah cekadak kau bolehlah mandi dekat sungai kuala kejap pi lari naik motokar tu eh..

Jauhlah..sungguh orang beri piring kau minta mangkuk pula eh sakel kepala kau baru tau..jadinya korang tak payah mandilah ok. Aha… 🙂 nak ambillah minyak wangi satu botol !

Erm..lepas bersiap itu wajib bersusun untuk menunaikan solat subuh katanya secara berjemaah. Silalah bentangkan sejadah ya anak-anak 🙂

Lepas makan itu kami pergilah rumah nenek sanak-saudara terdekat. Ambillah berkat dan mohon kemaafan serta bertanya khabar sambil kuih sedap kami sempat masuk dalam poket baju kurung aha..shut..tabiat masa kecil-kecil jer. Bila besar cantik lagu ni jadi mak orang tidaklah buat melainkan itu kuih bawang aha… 🙂

Lepas satu kampung kami berjalan pusing sehingga kekeyangan kami terus ke Masjid. Cukuplah itu sinopsis yang terlajak panjang hee..kalau nak cerita takut ada mengantuk pula heee. Nak sambung cerita ini katakan di ruang komen “Mahu” kalau tak aku tak kisah orite 😉

Beraya mana tahun ni?

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

17 Responses to “Moh Mundik Kampung Halamanku..”

  1. Ammar

    Jul 24. 2014

    Slow sungguh wifi sekarang ni. Geram!!! Nak blogwalking pun susah. Huhuhuhu

    Reply to this comment
  2. Mazni Azmi

    Jul 24. 2014

    Waaaikumussalam wrmbth Sis.

    Selamat pulang ke kampung ya. Internet makin dekat raya memang makin perlahan.

    Banyak orang shopping online agakny.

    Hehe

    Reply to this comment
  3. nOesuhaimi

    Jul 24. 2014

    bess balik kg kn suri…cantik gambar tu…

    noe nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran buat Suri sekeluarga…semoga bergembira bersama keluarga dan maaf zahir batin.

    2 promoted content tuk ujung puasa ..

    Reply to this comment
  4. Mummy Dina

    Jul 24. 2014

    bestnya kampung ada perigi…selamat hari raya!

    Reply to this comment
  5. titan

    Jul 24. 2014

    kena bagi anak gua duit raya la nanti ye. haha

    Reply to this comment
  6. Ezlaila

    Jul 25. 2014

    Kalau sejuk sgt, mandi ajer ala2 pramlee bujang lapok tu, hehe. Selamat hari raya Suri, hati2 di jalan raya nanti.

    Reply to this comment
  7. akubiomed

    Jul 25. 2014

    Terukir senyuman apabila mengenang nostalgia menyambut hari Raya ketika zaman kanak-kanak.

    Reply to this comment
  8. Mai Has

    Jul 25. 2014

    internet rumah saya pun lembap harini.nk donlod berjanggut tunggu.huhuh…patut org balik kampung ni ramailah yang tak online kan?eheheh…

    Reply to this comment
  9. zara

    Jul 26. 2014

    Untunglah rumah suri dkt dgn laut dan sungai…dua2 fevret zara..sbb mase kecik berangan nk rumah tepi laut..casa del mar gitu huhuu..

    Reply to this comment
  10. Raudzah

    Jul 26. 2014

    Selamat balik kampung ya..

    Salam Aidil Fitri buat Suri & family. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang berblogging ya…

    Reply to this comment
  11. Strider

    Jul 27. 2014

    ini laa antara salah satu suasana yang tak dapat kami yang beraya di KL nie rasa..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply to this comment
  12. Hazmin Hamudin

    Jul 27. 2014

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin

    Reply to this comment
  13. ikhwan

    Jul 30. 2014

    wah…air perigi??mmg sejuk…selamat hari raya ya….:D

    Reply to this comment
  14. zik

    Jul 31. 2014

    Sini pun slow internet sabau jerla.. Huhu

    Reply to this comment
  15. Apk Baru

    Aug 01. 2014

    Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal ‘Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini…

    Reply to this comment
  16. Hafizul

    Aug 03. 2014

    Haha..selamat hari raya Suri..maafkan lah jika saya ada terkasar bicara selama ni..lama ekk beraya…haha

    Reply to this comment
  17. ema

    Aug 06. 2014

    seronok tu mandi air telaga… kalau panas-panas memang jadi rebutan…

    Reply to this comment

Leave a Reply