Titisan Tragedi MH17 vs Sifat Mahmudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Untuk kamu..untuk diriku kerdil..sukar untuk luahkan walau bersengkamg mata berendam selama mana perkara yang hadap tak akan bisa dapat patah kembali..

Inilah kebenaran..
Walaupun tepis jauh itulah benar bukan khayalan atau mimpi lagi..

Ya ramadhan penuh dugaan..
Ya Tuhan kami kuatkan jiwa-jiwa kami yang lemah

Bukan bersedia untuk kejar kedukaan tapi sentiasa berselawat dan ingat mati itu selalu..

Duhai hati pilu..
Taburkan jurai mata bukan pekekikan tapi sabar doa dan tawakal sentiasa
Tebarkan naluri kami yang lemah dengan kekuatan..
Mungkin ini sebahagian dari ujian kehidupan buat kami semua

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza
Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata
Al-Fatihah dan takziah pada keluarga dan sahabat mereka yang mengalami tragedi MH17 semoga mereka cekal dan tabah melalui hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya yang sayang akan pergi juga yang berbaki ini kita harung dengan tawakal dan berlapang dada.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

16 Responses to “Titisan Tragedi MH17 vs Sifat Mahmudah”

  1. zara

    Jul 20. 2014

    al-fatihah buat semua saudara islam yang terlibat dalam nahas mh17..semoga kesemua ahli keluarga mangsa menerima musibah ini dengan sabar..

    Reply to this comment
  2. akubiomed

    Jul 20. 2014

    Dugaan berat kepada mangsa. 🙁

    Reply to this comment
  3. titan

    Jul 20. 2014

    best gak lagu dalam video tu..

    Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Jul 20. 2014

    belum selesai misteri kehilangan MH370..kita diduga lagi dengan tragedi MH17..tapi disebalik setiap dugaan pasti ada hikmahnya kan

    Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Jul 20. 2014

    tak ada apa nak belanja…nanti puteri datang lagi ye 🙂

    Reply to this comment
  6. Denaihati

    Jul 21. 2014

    Takziah pada keluarga mangsa, semoga tabah hadapi ujian dalam bulan ramadhan kali ini.

    Reply to this comment
  7. Raudzah

    Jul 21. 2014

    Dugaan Allah untuk hambanya yang terpilih…pasti ada hikmah disebalik kejadian…

    Reply to this comment
  8. Raudzah

    Jul 21. 2014

    Invest Di Sini…

    Reply to this comment
  9. Ismail N

    Jul 21. 2014

    Amat menyedihkan buat rakyat Malaysia. Semoga kita bersatu hati dan sama-sama berdoa agar usaha-usaha mengenal pasti mayat2 dapat dijalankan dengan jayanya. Harap MH17 tidak seperti MH370 yang sehingga kini tiada closure.

    Reply to this comment
  10. Ezlaila

    Jul 21. 2014

    Semoga keluarga mangsa MH17 tabah dalam menghadapi ujian getir yang dari Allah SWT ini.

    Reply to this comment
  11. ema

    Jul 21. 2014

    diharapkan jenazah dapat dibawa balik ke Malaysia untuk dikembumikan dengan sempurna.

    Reply to this comment
  12. AUC

    Jul 22. 2014

    Alfatihah dan salam takziah buat semua yg terkorban

    Reply to this comment
  13. Mummy Dina

    Jul 22. 2014

    Innalillah….ada hikmah istimewa disebalik kejadian bertimpa2 nie…Alfatihah dan takziah kepada waris keluarga yang terbabit…

    Reply to this comment
  14. TehR

    Jul 24. 2014

    moga2 kita sentiasa tabah dengan ujian yang datang
    memang tak tersangka semuanya

    Reply to this comment
  15. Sobri Mansor

    Jul 31. 2014

    Berjaga-jaga dan waspada. Allah sedang uji negara kita. Dugaan mula datang dari bermacam sudut. Tingkatkan amal ibadah kita.

    Reply to this comment
  16. Hafizul

    Aug 03. 2014

    Al-Fatihah buat keluarga mangsa..amat menyedihkan..

    Reply to this comment

Leave a Reply