Panduan Mudah Bangun Solat Sunat Tahajjud

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Agak sukarkah untuk kita lakukan pada perkara yang tidak biasa kita lakukan? Tapi tanpa sedara perkara itulah akan menjadi peneman kita sana nanti. Jika kita boleh memberikan fokus sepenuhnya pada dunia amat kita cintai kerana adanya kemewahan keringat tegap mengapa untuk masa sedikit zat ini tidak kita korbankan bangun solat sunat tahajjud untuk mengadapNYA.

“Telah berkata Aisyah r.a : Janganlah kamu meninggalkan solat malam kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Apabila dalam keadaan sakit atau lesu badan, baginda solat sambil duduk”

Itulah dia solat lail yang Rasulullah s.a.w tidak pernah tinggalkan sepanjang kehidupan kerana solat sunat tahajjud banyak memberikan kita manfaat dari segi:

  • Kesihatan tubuh badan yang baik
  • Setiap sepertiga malam berlabuh inilah Maha Pencipta turun dari langit
  • Para Malaikat menunggu, berdiri di belakang kita dan mengasyikkan bacaan quran kita hingga buai keindahan.
  • Mencegah kita dari selamatnya dari kepanasan api neraka.

Jom Buat Jubah EMPAYER CUT

Sebenarnya ada banyak lagi keajaiban solat tahajjud ini cuma hari ini Suri nak ajak kawan-kawan semua tahu bagaimana cara mudah untuk kita bangkit menunaikan solat tahajjud ini.

  • Biasakan tidur awal sebaiknya selepas solat isyak.
  • Berwuduk sepertinya kita wuduknya dalam solat.
  • Niat dalam hati sebelum tidur untuk bangkit menunaikan solat tahajjud sepertiga tengah malam.

  • Tidur jangan terlalu selesa dan sedap. Maksud sini biasakan tidur tanpa berselimut, berbaju lengan pendek, berbantal terlalu empuk sebab khuatiri tidur anda berada dalam keadaan boleh jadi sampai terlelap tidur sehinggakan agak sukar untuk bangun malam.

kedudukan tidur mengiring  sama dengan cara tidurnya orang yang telah meninggal dalam kubur.

  • Amalkan cara tidur dengan membaringkan tubuh anda pada kedudukan mengiring  ke sebelah kanan. Suri menyarankan tidur seperti ini supaya anda akan segera bangun kerana yakini dengan kedudukan ini,  kita tidak akan nyenyak dalam tidur.

Senangnya Membuat Baju Kurung Moden+ Baju Melayu

Insyallah moga-moga panduan mudah bangun solat sunat tahajjud malam ini membantu kita lebih dekat dariNYA lagi. Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

28 Responses to “Panduan Mudah Bangun Solat Sunat Tahajjud”

  1. Ezlaila

    Jul 04. 2014

    Perkongsian yang amat bermanfaat. Semoga kita dapat sama2 beramal dengannya agar sentiasa mendapat rahmat dariNya dan dimurahkan rezeki 🙂

    Reply to this comment
  2. Denaihati

    Jul 04. 2014

    InsyaAllah pasang niat sebelum tidur dan amalkan tip ni senang bangun malam nanti.

    Reply to this comment
  3. ema

    Jul 04. 2014

    terima kasih suri atas perkongsian ini…

    Reply to this comment
  4. titan

    Jul 05. 2014

    hoho..rajin-rajinlah biasakan diri. Nanti mudah nak bangun malam.

    Reply to this comment
  5. Afiffuddin

    Jul 05. 2014

    Kalau waktu ramadhan puasa mcm sekarang, kena kurangkan makan makanan secara berlebihan, nanti liat bangun. Kepada yg bangun, kejutkan ahli bait yg lain seperti yg dilakukan Rasulullah. Rasulullah tidak tinggalkan Solat Tahajud sbb solat itu wajib baginya, manakala sunnat bagi umatnya.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 05. 2014

      kalau terlalu lebih tidur lewat dan makan banyak itu jadi susah nak bangun malam ye heeee..

      ah.bagus isteri kejut suami anak-anak rasa malam indah akan buat seisi alam bergema

      Reply to this comment
  6. amirulfaiz

    Jul 05. 2014

    Ya Allah, ini membangkitkan semangat nak bangun tahajjud. InsyaAllah..

    Reply to this comment
  7. Raudzah

    Jul 05. 2014

    Kalau kita ikhlas beribadat tentu Allah permudahkan..yang penting niatkan suri..

    Reply to this comment
  8. Raudzah

    Jul 05. 2014

    Promoted content for you dear..

    Reply to this comment
  9. Aishah Ahmad

    Jul 06. 2014

    tips nombor 1 yg paling susah nk buat.kerja rumah melambak2.

    Reply to this comment
  10. Yana

    Jul 06. 2014

    terima kasih atas perkongsian.. tips yang bagus untuk kita bersama

    Reply to this comment
  11. puteri kasih

    Jul 06. 2014

    selamat malam suri..perkongsian yang bermanfaat untuk semua 🙂

    Reply to this comment
  12. limie

    Jul 08. 2014

    terima kasih sis

    info yang sangat bermanfaat..

    tip tambahan:jika anak kecil kita menangis atau terbangun di tengah malam, ini menunjukkan Allah nk kejutkan kita bangun tahajjud ..
    **peringatan untuk diri sendiri

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 10. 2014

      itu untung ada anak kecil tapi kalau kita rasa bangun buang air kecil malam-malam galakkan angkat euduk dan solat terus heee.hanya 10 minit sahaja 🙂

      Reply to this comment
  13. umie

    Jul 09. 2014

    best jugak info mcm mana nak bangun tahajud ni.. tq..

    Reply to this comment
  14. nurmisnan

    Jul 10. 2014

    Yes saya pun amalkan benda yg sama.. yg penting niat
    Tdo awal tp x niat nak bangun tahajud memang tenggelam

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 10. 2014

      payah ni heee..kena cuba set jam dan tidur awal cuba tetapkan waktu eh 🙂 insyallah benda susah akan d mudhakan 😉

      Reply to this comment
  15. hafizi

    Jul 13. 2014

    Assalam, perkongsian yang terus terang memberi kesan terhadap yang sudah jauh dari Allah SWT. Jadi sama sama kita kuatkan iman

    Reply to this comment

Leave a Reply