Penangan Gigi Bongsu (Wisdom Tooth)

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Alhamdulillah hari ini Suri mampu mengadap blog kembali seperti biasa. Hampir sebulan jugalah diri ini berperang sakan bersama gb akhirnya  semalam perkhidmatannya di tamatkan serta-merta. Itulah di gigi bongsu a.k.a wisdom tooth.

Gigi bongsu adalah gigi geraham yang besar dan kekal ketiga, merupakan gigi yang paling akhir akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali.

Setiap orang normal mempunyai empat batang gigi bongsu. Dua di atas dan dua di bahagian bawah.

Tahukah anda, gigi kekal ini akan mula tumbuh seawal umur seseorang itu menginjak enam tahun manakala gigi bongsu pula selalunya mula tumbuh usia lapan belas tahun ataupun lebih.

Kenapa gigi bongsu yang tumbuh mudah merasa sakit jika bandingkan dengan gigi lain?

Kerana pertumbuhan gigi bongsu tersebut tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dalam keadaan sempurna.

Baju Kurung Moden + Baju Melayu

Sebab utama gigi bongsu gigi geraham tidak dapat tumbuh dengan baik:

  1. Kehadiran gigi bongsu tidak cukup ruang untuk tumbuh. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu memiliki saiz rahang yang kecil.
  2. Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.

Gigi bongsu wajib di cabut sekiranya mengalami masalah seperti

  1. Pericoronitis
  2. Gigi terimpak
  3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis)
  4. Penyakit patologi lain seperti cyst dan tumor

Gigi bongsu yang sakit haruslah segera di buang kerana khuatiri pada masa akan datang gigi tersebut akan mengganggu kehidupan anda kemudian hari.

Mengikut sesetengah kes terdapat juga gigi bongsu yang tumbuh dalam keadaan melintang, senget, terbenam, tenggelam separuh memerlukan permedahan minor surgery seperti contoh di mana gigi akan di potong separuh-separuh jadi cuba bayangkan jika anda cuba menyimpannya apakah akan jadi selapas itu.

Sekiranya gigi anda masih sihat dan tidak mengalami sebarang sakit, nyeri, ngilu maka gigi tersebut haruslah di kekalkan sedaya yang boleh 😉

Mengikut kata laman sensawang ini gigi bongsu adalah gigi yang tidak berguna. Mengapa kerana ia tidak membantu dan berfungsi untuk mengunyah makanan. Bahkan juga untuk memberus gigi dibahagian hujung sekali teramatlah sukar.

Resepi Membuat Bun Pau Pizza Bulan Ramadan

Apa sebab gigi bongsu muncul juga?

Bagi Suri Tuhan ingin mengukur sifat sabar kita dalam menghadapi “rasa sakit itu sendiri” bersyukur dengan nikmat beri haruslah kita menjaga dan memelihara gigi dengan sebaiknya.

Impacted Wisdom Teeth Removal

Suri ada pengalaman cabut gigi bongsu?

Kalau ada yang berminat ingin tahu selanjutnya sila katakan “berminat” ruang komen 🙂

Anda pernah mencabut gigi bongsu? Kongsikan.

 

 

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

25 Responses to “Penangan Gigi Bongsu (Wisdom Tooth)”

  1. Fiza Rahman

    Jul 02. 2014

    pernah gak sakit kat gigi bongsu ni. Tapi tak teruklah sampai kena cabut. Sakit tu klo kena.

    Reply to this comment
  2. NadyaBubble

    Jul 02. 2014

    Belum rasa lagi. Takutnya 🙁

    Reply to this comment
  3. akubiomed

    Jul 02. 2014

    Saya tidak ada pengalaman tetapi sayang bangat dengan gigi bongsu ini. 🙂

    Reply to this comment
  4. zik

    Jul 02. 2014

    Nasib baik gigi bongsu takda tumbuh .
    .

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      dia akan tumbuh punyalah heee..cuma lambat atau cepat sahaja. sebab itu namaya di beri gigi bongsu sebab lewat nak membesarkan saiz giginya 😉

      Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Jul 02. 2014

    puteri pernah kena sakit gigi bongsu ni masa dia mula-mula tumbuh..mujurlah sekarang dah tak sakit dah

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      mas amula tumbuh akan rasa nyeri pastu dia akan ok sebab dia akan rasa selesa dengan tempat dia lepak itu. Lama-kelamaan dia akan membesar. itu pun jika bukaaan kita punya rahang bersaiz kecil dia mula rasa denyut-denyut.

      apa jangan marasa takut kalau sakit pergilah buang. dari simpan nanti susah kos pembedahan gigi bongsu ini agak mahal ia bergantung pada keadaan a.k.a kedudukan gigi tersebut.

      Reply to this comment
  6. puteri kasih

    Jul 02. 2014

    jom kita jalan jalan naik volks 🙂

    Reply to this comment
  7. Denaihati

    Jul 02. 2014

    berminat.
    takde pengalaman tapi video tu agak jelas kesannya kalau tak buat rawatan.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      terima kasih 🙂

      ya begitulah maksud saya. lebih mudah ada video mudah untuk kita tahu lebih mendalam lagi

      Reply to this comment
  8. Ezlaila

    Jul 03. 2014

    Perkongsian yang menarik, dan sudah pasti tiada siapa mahu mengalami pengalaman ini berulang-kali. Cukuplah sekali seumur hidup 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      itulah kalau kata hayat kita panjang 4 gigi alami sakit teruk maka terpaksalah buang tanpa rasa bersalah. tapi kalau gigi masih ok boleh sahaja di kekalkan. tak salah mana pun 😉

      Reply to this comment
  9. Raudzah

    Jul 03. 2014

    dia orang kata sakitkan..kita tak rasa lagi..then sakit gigi pun tak pernah..so tak boleh nak bayangkan…

    Reply to this comment
  10. Raudzah

    Jul 03. 2014

    KKBox For you…

    Reply to this comment
  11. jardness

    Jul 03. 2014

    pernah rasa… sakitttttt

    Reply to this comment
  12. ema

    Jul 03. 2014

    memang ada sampai kena operate pasal gigi bongsu ni..seriau pula..sebab akak punya gigi masih belum tumbuh gigi bongsu ni.

    Reply to this comment
  13. Ismail N

    Jul 04. 2014

    Kawe ada gigi sulong gan tengah jer.. he he yang bongsu dah kiok dulu 😀 Tapi my wife kecil orangnya, so sampai skrg ada gigi bongsunya lagi sbb tak de ruang utk letak gigi dirahangnya…

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 04. 2014

      haa,,dah kiok berapa harga satu gigi di cabut?

      bagus dah selamat kalau tak bahaya gak simpan lama-lama 🙁

      Reply to this comment
  14. Lynn

    Jan 24. 2015

    Owh memang sakit…

    Reply to this comment

Leave a Reply