Hari Bertemu Waris

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Adeii apa nak buat pada hari bertemu waris ini. Lagak seperti ingin menghadiri sesi temuduga bagi mengisi jawatan kosong terkinilah pula..

Penawar Untuk Hamil

Tarikh: 28 Jun 2014 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi- 12.00 tengahari

Tempat: Tadika Iman

Sekali perjumpaan ibu bapa untuk buku laporan prestasi muridlah. Terus ingat pada ujian anak sebelum cuti sekolah yang lepas uhuh..

“Pelik tidaklah tapi rasa janggal di situ kerana usia lima tahun pihak sekolah sudah menyediakan sesi seperti ini..”

Tak boleh nak cakap banyaklah bila berhadapan dengan guru nanti. Biasanya guru akan kata pada ibu bapa berkenaan dengan masalah anak semasa sesi pelajaran berlangsung. Mungkin bahagian yang kurang seperti anak-anak kurang mengambil perhatian, kelemahan dalam subjek tertentu, lambat bertindak dengan apa cikgu suruh lakukan, kerja sekolah pendek kata di mana ada kelemahan situlah pihak guru akan cuba sampaikan kepada waris atau ibu bapa supaya kita sebagai penjaganya tahu apa masalah yang perlu diperbaiki atau kemaskan lagi.

“Anak yang kurang cermerlang tidak bermakna mereka tiada potensi untuk berjaya. Mungkin sesetengah anak “masa” belum bersedia untuk “bertindak” seperti yang di harapkan oleh ibu bapa..”

Jom Buat Jubah Princess Cut!!

Terkadang sebagai waris atau ibu bapa kita juga haruslah tahu trick bagaimana untuk mendidik atau mengajar anak dengan cara yang betul. Bukan apa ada sesetengah anak-anak mudah menerima pelajaran di sekolah tapi ada pula sebahagiannya yang tiba rumah perangai “pelik” atau “main-main” akan mereka buat di hadapan ibu dan bapa.

“Setiap anak adalah istimewa kerana mereka ini punyai kelemahan dan kekuatan dalam diri masing-masing”

Walaubagaimanapun itulah lumrah anak-anak. Kita jangan terlalu mendesak atau memberikan penekanan kepada mereka. Sebaliknya berikan sokongan dan dorongan kerana usia ini sebegini kita harus banyak menasihati, bertolak-ansur dan berikan mereka seberapa banyak pelung untuk mereka mencuba minat, kenal potensi diri dengan mereka dengan baik.

Ayooh haa.. tadah telinga dan senyum macam budak baru belajarlah yer.

 kredit ini

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

33 Responses to “Hari Bertemu Waris”

  1. Anim

    Jun 28. 2014

    kadang2 kena bertapis dengan waris murid bila waris bertanya hal anak2 di sekolah..
    bukan apa…bimbang anak “dikerjakan” andai waris jenis baran ni..
    dah ada pengalaman sebelum ini..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      wah bahaya itu jenis tak boelh tegur juga.sebagai ibu bapa akur bukan untuk kebaikan guru taoi untu anak dia juga.wahualam

      Reply to this comment
  2. Raudzah

    Jun 28. 2014

    Salam Ramadhan Dear…

    Reply to this comment
  3. Raudzah

    Jun 28. 2014

    promoted content for you…

    Reply to this comment
  4. amirulfaiz

    Jun 28. 2014

    Unik namanya, “hari bertemu waris”.

    Reply to this comment
  5. brohantu

    Jun 28. 2014

    time kanak-kanak mencari indentiti

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      setuju sangat waktu ini kita perlu berikan apa mereka minat dna mana kurnag kita masih boleh perbetulkan

      Reply to this comment
  6. titan

    Jun 28. 2014

    aku cerita aje benda betul.

    kalau budak nakal. aku bagitau nakal.

    kalau baik, aku bagitau baik.

    Takde tipu-tipu punya. haha

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      setiap guru akan cuba beri penjelasan dengan jujur jarang guru nak sorok-sorang masalah murid ini heee

      Reply to this comment
  7. akubiomed

    Jun 28. 2014

    Hari Jumaat lepas baru ini baru berjumpa guru-guru untuk mengambil keputusan anak-anak.

    Reply to this comment
  8. Hero Borneo

    Jun 29. 2014

    sekurang-kurangnya cara ini mengeratkan hubungan cikgu dan para penjaga!

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      ya amat setuju kita rasa lebih tahu anak kita bagaimana dia dalam waktu persekolahan

      Reply to this comment
  9. Qashmere

    Jun 29. 2014

    Salaam Ramadhan Suri
    Lama tak singgah sini. Apa kabar…? Saya pon hari tu pergi ambil report kad anak. Heheheh Semua okay sahaja

    Reply to this comment
  10. zara

    Jun 29. 2014

    Tak pernah mengalaminya..tahun dean insyaAllah..

    Tips Puasa

    Reply to this comment
  11. AUC

    Jun 30. 2014

    pasti meriah 🙂

    Reply to this comment
  12. Denaihati

    Jun 30. 2014

    kena tadah telinga dan ambik berat apa cikgu cakap pasal anak kita… lagi banyak komen cikgu lagi bagus lah…

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      saya amat setuju rasa tak puas nak borak panjang dengan mereka sebab ramai penjaga uh…

      Reply to this comment
  13. faizal

    Jun 30. 2014

    sebagai ibu bapa kita perlu positif kalau mahu anak berjaya

    Reply to this comment
  14. encikarman

    Jun 30. 2014

    biasa cikgu ulas panjang bab yg kena baikki, bab yg ok tak byk ulasan.

    Buffet Ramadhan Casa Ombak

    Reply to this comment
  15. Ismail N

    Jun 30. 2014

    Lambat gak.. sekolah anak kawe sebelum cuti tgh tahun ari tu

    Reply to this comment
  16. ema

    Jun 30. 2014

    akak pun baru lepas amik report card sekolah agama anak..

    Reply to this comment
  17. anif

    Jul 01. 2014

    Acara wajib yang saya tak pernah miss menghadirinya 🙂 Masa untuk mendengar “feedback” daripada guru-gurun mengenai anak di sekolah.

    Reply to this comment
  18. Fiza Rahman

    Jul 02. 2014

    Betul tu. Anak yg kurang cemerlang tak bermakna mereka tiada potensi untuk berjaya. Baru jer amik amik report card anak 2 minggu lepas.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jul 03. 2014

      alhamdulillah anak-anak rasa di hargai bila ibu bapa mereka hadir.cermelang itu bukan pangkla utamanya 🙂

      Reply to this comment

Leave a Reply