Malam Pertama Hati Seorang Pengantin Doa Sebelum Dan Selepas Bersetubuh

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Baru-baru ini Suri ada mendapat respon dari pembaca blog ini. Pada awalnya si dia agak keberatan untuk meluahkan isi hati yang terpendam namun bila Suri mendesak barulah segala yang tersimpan hamburkan satu persatu..

Jom Buat Jubah Meleret or Baju Melayu Cekak Musang !

Memandangkan esok hari jumaat maka Suri tidak keberatan untuk menghasilkan entri yang di maksudkan malam pertama hati seorang pengantin doa sebelum dan selepas bersetubuh.

hati seorang pengantin

Untuk melangkah ke alam perkahwinan bukan semudah seperti melafazkan akad tapi ia melitupi segala hal ilmu agama perlu kita hadami dan pelajari.

Bak kata orang-orang tua berkahwin hari ini bukan bercerai esok, cerai tiga hari, seminggu, lepas sebulan atau tahun depan. Itu semua perkahwinan yang tidak di harapkan mana-mana pasangan yang bakal berkahwin. Pastinya semua orang inginkan sekali berkahwin kekal untuk ke akhir jannah.

Dalam membentuk sesebuah keluarga setipa apa yang kita lakukan dalam rutin harian kehidupan ini memerlukan niat dan doa. Jadi tidak dapat di sangkal lagi  tujuan perkahwinan juga untuk mengembang biakkan makhluk Allah di muka bumi ini. Namun bagaimanakah caranya.

Penawar Untuk Hamil

Ya itulah dia doa  wajib bakal pengantin ketahui doa sebelum dan selepas bersetubuh. Seperti dalam islam ada menggariskan doa ini supaya zuriat bakal lahir ke alam ini terpelihara dari sifat baik dan berkedudukan  bahagiannya di sana kelak. Itulah yang amat kita harapkan dalam kehidupan ini.

1. Permulaan bersetubuh kita di sunatkan membaca: Bismillahir Rohmaanir Rohim.

Maksud: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

2. Galakkan membaca pada permulaan bersetubuh dengan membaca:

a) Surah Al-Ikhlas

b) Takbir “Allah Maha Besar”

c) Berzikir

3. Sunat membaca doa berikut:

Bismillahil ‘alaiyyil ‘adzim allahumaj’alin nuthfata dzurriyatan thayyibatan inkunta qaddarta antakhruja dzalika min shulbi

Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Ya Tuhanku jadikanlah dia (air mani dan benih) zuriat yang baik, jika engkau takdirkan ia keluar daripada sulbiku.

RAHSIA DUIT DALAM BALANG !!

atau baca doa:

 

Allahumma jannibnas syaithana wajannisy syaithana marazaqtana

Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan serta jauhkanlah syaitan (dari kami) dari rezeki yang diberikan kepada kami.

4. Apabila hampir hendak keluar air mani, sunat membaca doa berikut di dalam hati dengan tidak menggerakkan kedua bibir:

malam pertama hati seorang pengantin doa sebelum dan selepas bersetubuh

Doa ingin keluar air mani

Alhamdilillahil ladzi khalaqa minal ma’i basyaran faja’alahu nasaban wa shihran wa kana rabbuka qadiran

Segala puji bagi Allah yang mencipta manusia daripada air mani lalu menjadikan manusia itu nasab keturunan yang suci bersih.

Ketika bersetubuh disunatkan pasangan suami isteri itu menutup diri mereka dengan sehelai kain, sebagaimana Nabi s.a.w:

Apabila menjimak seseorang kamu akan  ahlinya (isterinya) maka janganlah (makruh) keduanya bertelanjang seperti dua ekor keldai.

Moga-moga zuriat yang bakal lahirkan nanti menjadi penyejuk mata hati dunia baik akhirat sana.

Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

27 Responses to “Malam Pertama Hati Seorang Pengantin Doa Sebelum Dan Selepas Bersetubuh”

  1. brohantu

    Jun 27. 2014

    perkongsian yang menarik

    Reply to this comment
  2. brohantu

    Jun 27. 2014

    bulan puasa ni nampaknya cuti…

    Reply to this comment
  3. Anim

    Jun 27. 2014

    nak takbir tu tak payahle kuat2..
    terjaga pulak pak mertua dia nanti…
    maklum..malam pertama biasanya masih dirumah keluarga perempuan..:-))

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 28. 2014

      aha..malu itu sebahagian dari iman dan maruah katanya heeee..padahal belum raya lagi eh kita baru jer nak mula puasa hari ahad ini heee

      Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Jun 28. 2014

    selamat malam my sahabat…dah sihat ke? Jaga kesihatan tu:)

    Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Jun 28. 2014

    jom kita jalan jalan naik volks 😀

    Reply to this comment
  6. titan

    Jun 28. 2014

    hoho..

    gua masih banyak lagi kena praktis nih.

    Reply to this comment
  7. Hero Borneo

    Jun 28. 2014

    saya malu-malu baca entri ini..kebetulan puasa menjelma tiba..ramai yang rehat dalam bab ini..he..he..

    Reply to this comment
  8. zara

    Jun 28. 2014

    Baca sambil tutup muka dengan keyboard hahaha

    Reply to this comment
  9. ema

    Jun 30. 2014

    perkongsian menaraik..bukan untuk bakal pengantin..yang dah lama kahwin pun tak pernah baca.

    Reply to this comment
  10. Denaihati

    Jul 01. 2014

    Mesti nak amalkan walaupun awalnya mungkin kurang sempurna sebab matalamat nakkan anak yang baik nanti.

    Reply to this comment
  11. Linda

    Jul 01. 2014

    Perkongsian yang sangat bagus nie, boleh di amalkan 🙂

    Reply to this comment
  12. Ezlaila

    Jul 03. 2014

    Ilmu yang penting nie buat bakal pengantin dan juga yang dah kahwin agar zuriat yang lahir adalah yang soleh atau solehah 🙂

    Reply to this comment

Leave a Reply