Jom Hadapi Migren Dengan Mudah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Haii…

Hari agak lewat untuk Suri update blog. Sobar..sobar jangan cepat naik angin  kerana kesihatan Suri agak kurang memuaskan tersangat-sangat. Sebenarnya dari petang semalam sehingga menginjak ke tengahari ini keadaan urat kepala ini masih tegang Allah..

Entri lepas ketahui punca sakit kepala rujuk ini

Moh Bedoh Suka DIY Pelbagai Jubah

Pernah mengalami sakit kepala atau menghidap migren. Mari Suri kongsikan beberapa panduan cara mengurangkan kesakitan sakit kepala denyut-denyut itu.

Situasi rumah

Mandi dan basahkan seluruh badan anda dengan air. Kalau kata di rumah anda ada ais batu a.k.a ais ketul lagi bagus hee apa pun biarkan ais batu itu bercampur bersama air mandi. Basuhlah seluruh kepala anda. Kalau boleh urut dan tarik sedikit rambut sambil selawat.

Terkadang di rumah susah nak ada ais ketul takut anak demam katanya. Tak mengapa kalau kata anda ada baldi besar peram air itu dalam bekas dan tutup. Biarkan sejam dua jam. Insyallah air akan sejuk. Tapi bagus dia biarkan air itu peram semalam 😉

Ais sejuk dapat melegakan dan mengurangkan rasa ketegangan kepala. Bila terasa air sejuk mencecah urat kepala dan menjalar kita rasa kepala kita akan sedikit ringan dan segar.

Jubah Pelum ITIK Kanak-Kanak

Situasi pejabat

Cahaya merupakan salah satu sebab kita mudah serang sakit kepala. Ada sebahagian dari kita alah pada cahaya matahari, cahaya lampu pejabat, cahaya pantulan dari kereta yang bertentangan dan sebagainya. Perkara ini agak sukar untuk elakkan.

Ada sesetengah dari kita mengambil keputusan yang bijak dengan membuat cermin mata khas untuk menghalang cahaya terus masuk dalam mata.

Pernah dahulu Suri berkerja pada dua tempat yang berbeza serius sangat pantulan cahaya lampu di dua pejabat terlalu terang dan menyakitkan mata. Tapi syukurlah alhamdulillah kedua bos Suri tidak ambil kisah apabila sebahagian dari lampu pejabat di padamkan. Biasanya lampu yang berada di bawah tempat Suri duduk di padamkan. Manakala di tempat lain lampu masih tetap pasang.

Andai kata anda tiada pilihan anda sarankan menukarkan posisi kedudukan anda jauh atau jangan terlalu hampir dengan cahaya tersebut. Jika keadaan terdesak anda berbincanglah dengan majikan anda. Itupun sekiranya majikan anda boleh bertolak-ansur.

Cara lain pantau mood komputer anda. Biasanya ada sesetengah komputer boleh pantau pencahayaan sendiri dengan set sleep. Kalau tidak anda gunakan kemampuan screen sever untuk mengelakkan cahaya komputer terus ke anda. Ia bukan sahaja menjimatkan tenaga elektrik pejabat tetapi membantu anda mengurangakn silau mata ketika itu.

Tidur salah satu cara mudah untuk melegakan sakit kepala

Tidur salah satu cara mudah untuk melegakan sakit kepala

Situasi tempat awam

Kata anda berada di persekitaran awam perhentian bas misalannya carilah tempat teduh a.k.a redup untuk duduk dan berehat. Cubalah jauhkan diri dari pancaran cahaya matahari yang terik dan biasakan keluar rumah membawa payung lipat, sentiasa membawa air dan ubat sapu bagi membantu mengurangkan rasa sakit berlarutan.

Situasi yang lemah begini anda wajib mendapat tempat sokogan untuk anda bersandar pada tubuh badan yang sedia lesu. Tundukkan wajah anda ke bawah tarik nafas dan cuba pejamkan mata anda sekitar sepuluh minit dan buka mata anda kembali. Ingat jangan sampai anda tertidur.

Membaca quran mampu terapi otak

Membaca quran mampu terapikan otak anda

Keadaan ini membantu anda mengurangkan rasa mabuk yang sedikit mual. Melainkan jika anda berada di rumah maka pastinya waktu tidur adalah salah satu petua mujarab untuk melelapkan anak mata terus-terus.

Design Baju Melayu 2014

Sarankan membaca barisan Surah Al-Baqarah ayat 178  dan juga Surah Al Waqiah ayat 19 iaitu ayat menceritakan tentang penghuni syurga yang tidak pening dan mabuk.

Lakukan kaedah berbekam atau akupunktur

Bagaimana dengan petua anda pula mungkin ada yang lebih mudah untuk di amalkan. Jika tidak keberatan bolehlah kongsikannya di bahagian komen ya 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

47 Responses to “Jom Hadapi Migren Dengan Mudah”

  1. Cikgu Hairul

    Jun 24. 2014

    Kalau saya sakit kepala / migrin, tidur ler ubatnya.

    Reply to this comment
  2. brohantu

    Jun 24. 2014

    panadol sebiji lepas tu tidor

    Reply to this comment
  3. Akmal Zaidi

    Jun 24. 2014

    dah nak dekat ramadhan, jom baca quran banyak-banyak.

    nak hilang stress pun boleh.

    Reply to this comment
  4. fyna

    Jun 24. 2014

    panduan yang sangat berguna. terima kasih suri.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 24. 2014

      sama-sama kembali fyna. syukur hari ini saya boleh tinggalkan komen di blog fyna sebab sebelum ini tak boleh uh…

      Reply to this comment
  5. Ammar

    Jun 24. 2014

    Cara lagi senang makanlah panadol. Tapi tak elok amalkan panadol kan?

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 24. 2014

      kalau tak tahan sangat bolehkan tpai biasalah kesan kita tak nampak. tapi pastikan kita rajin cuci buah pinggang kita usus sebaiknya.selalunya benda macma ini midha terlekat di sana.wahulam.

      Reply to this comment
  6. Myra Jay

    Jun 24. 2014

    TQ sharing Suri..

    Moga dijauhkan dari migrain ni, taqa sakit kepala pun tak tahan apatah lg migrain

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      sama-sama kembali.

      saya sakit kepala biasa saya boleh hendel kerja lain.tapi kalau migren sampai boleh muntah or nangis makan masa juga nak pulih selalu sapu ubat sahaja lain tu akan buat petua atas. itulah sebahagian petua dari saya yang tak seberapa ni uh…

      Reply to this comment
  7. zara

    Jun 24. 2014

    elok la cuba tips-tips ni daripada telan painkiller..tak bagus untuk jangka masa panjang..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 24. 2014

      memang tak galakkan.kalau boleh cuba atasi dahulu.jangan selalu ambil dna makan pil tahan sakit serius memang bahaya uh…

      Reply to this comment
  8. Zulham Efendi

    Jun 24. 2014

    sebaiknya gunakan obat-obatan herbal untuk mengatasi sakit kepala sebelah mbak

    Reply to this comment
  9. ema

    Jun 24. 2014

    Alhamdulillah tak pernah alami migrain.. Memang kesian bila tengok kawan kena migrain ni..sakit sangat katanya hingga nak pecah kepala.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 24. 2014

      ya itulah yang benar lagi sungguh sakit.dugaan Allah beri bersyukur kalau orang tak ada skit ini. memang amat memeritkan..

      Reply to this comment
  10. Denaihati

    Jun 24. 2014

    musim panas sekarang ni mungkin lebih senang kena migran. semoga berjaya dengan tip-tip ni, tak susah nampaknya.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 24. 2014

      setuju musim panas keadaan amat mudah untuk hidapi. wajib minum air masak seckupnya, makan makanan berkhasiat, tidur secukupnya dan berfikri tenang selalu.

      kalau gagal berbuat demikian sakit akan mudah datang balik. ini sebahagian dari perkongsian dan pengalam dari saya sendiri.kalau ornag lain saya kurang pasti.

      Reply to this comment
  11. nOesuhaimi

    Jun 24. 2014

    kadang2 noe minum teh hijau…berkesan juga…minum teh hijau …mandi + basahkan kepala semua…tutup lampu semua…tidur dalam gelap…elakkan cahaya

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      teh hijau teh bohlah kan heee..

      mandi dapat redakan kepanasan dalam badan 😉

      terima kasih atas tipsnya noe 😉

      Reply to this comment
  12. nOesuhaimi

    Jun 24. 2014

    huawei tuk suri dimalam hari

    Reply to this comment
  13. puteri kasih

    Jun 25. 2014

    selamat malam suri…semoga sakit kepala sudah berkurangan. Selalunya bila terkena migrain puteri lebih suka rehatkan diri dalam keadaan yang sunyi. Sebolehnya tak akan telan ubat, sebab risaukan kesan sampingan

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      terima kasih puteri 😉

      sebaik mandi dan rehatkan badan. itulah silau cahaya boleh jadi sakit mata di buatnyakan uh…

      Reply to this comment
  14. Anim

    Jun 25. 2014

    cuaca panas le suri. kadang2 kat luar panas, masuk kerera pasang aircon., pening..
    biasanya saya tarik langsir, bagi nampk gelap dan tidurrrrr

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      orang suri rumah macam saya tak boleh tutup langsir terus mesti selak langsir sikit bagi angin masuk.kalau ada pak cik ekon best tapi tka der apa nak buat pasang kipas atas dan kipas duduk sahajalah 😉

      Reply to this comment
  15. puteri kasih

    Jun 25. 2014

    puteri belanja huawei malam ni…jaga kesihatan yer..semoga cepat sembuh 🙂

    Reply to this comment
  16. Bahrain

    Jun 25. 2014

    Kalau pening boleh dikatakan migren ke? hehe, kalau saya makan ubat panadol, guna minyak cap kapak then tidor. 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      kalau pening biasa selalu akan sakit satu kepala atau sakit tak lama. sakit migren ni selalu dia sakit pada sesetengah bahagian sahaja. kemudian susuli rasa denyut dan mencengkam.

      Reply to this comment
  17. Hero Borneo

    Jun 25. 2014

    migrain perlu diatasi segera kerana sakitnya kerana migrain memang kaw-kaw punya!

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      ah..saya kena masa saya study siap hantuk kepala kat dinding sampai berdarah whu..tapi bila jumpa doc baru tahu saya ada migren..

      migren salah satu nikmat sakit yang Tuhan berikan syukur sebab kita ciptakan normal sebab dapat rasa sakit, rasa pedihkan..

      ujian Allah manusia sememangnya lemah.

      wahualam

      Reply to this comment
  18. amirulfaiz

    Jun 25. 2014

    Ya Allah, minta dijauhkanlah dari sakit migren ni.

    Reply to this comment
  19. Raudzah

    Jun 25. 2014

    Alhamdulillah kita tak ada masalh migraine..

    Reply to this comment
  20. Raudzah

    Jun 25. 2014

    Huawei & Invest smart for breakfast..

    Reply to this comment
  21. Kausar Amin

    Jun 25. 2014

    saya tak pasti saya pernah alami migrain ke tak (sbb tak tau camne rasa dia). tapi kalau saya stres saya akan rasa tegang kat tengkuk pastu pening. rasa seakan2 salah posisi tidur. tapi kalau cek bp msti tinggi. so tiap kali sakit kepala kt tengkuk tu tahulah ku stres sebenonyee huhu

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 25. 2014

      selalu penghidap migren dia rasa tegang urat di kepala. paling tidak akan rasa sakit pada sebahagian anggota tertentu.

      makna kalau kata sakit kepala bahagian kanan maka anda akan rasa sakit itu denyut di bahagian kanan sahaja. rasa itu akan buat anda tidak selesa.cepat-cepatlah cari penawar untuk meredakannya 😉

      tekanan kerja, persekitaran atau hal yang secara tiba-tiba berbanggit akan memudahakan hati dan jiwa anda tidak tenteram. seperti kata selagi masalah yang ada ketahui itu tak selesai maka saat itu fikiran anda akan jadi kacau bilau.

      terima kasih atas perkongsian anda 😉

      wahualam

      Reply to this comment
  22. Ismail N

    Jun 25. 2014

    Banyak cara kan nak ubat sakit kepala. Selalu kawe layan 100Plus pun lega jugak 😀

    Reply to this comment
  23. Nurul

    Jun 25. 2014

    Saya bekas pesakit migrain, memang tak tahan…

    Reply to this comment
  24. faizal

    Jun 25. 2014

    ujian megrain ini berat juga..moga2 ia menjadi kifarah dosa

    Reply to this comment

Leave a Reply