KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang Buruk

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sekarang ini kalau kita nak keluar dari rumah seharusnya berfikir dua ke tiga kali. Keadaan sekarang tidak seperti dahulu lagi. Jika sebelum ini anak-anak bebas bermain di luar taman perumahan, taman permainan, pusat membeli – belah terbuka sekalipun mimpi yang indah itu kini boleh menjadi sebuah mimpi buruk.

Nak Jubah Pelum or Princess Cut

  • Seingat Suri kes seorang bapa meninggalkan anaknya di petrol pam untuk membuang hajat dan kemudian meninggalkan anaknya seketika seorang di dalam kenderaan. Sehingga kini apakah status kanak-kanak itu? wahualam.

Dua minggu yang sudah kalau tidak silap Suri ada juga menerima whatsapp dari pembaca belog ini katanya

“anaknya hilang satu minggu yang lalu tapi mujurlah jumpa di Bukit Kayu Hitam..”

  • Rentetan dari kisah itu pula semalm kalau tidak silap Suri kes seorang lagi kanak-kanak hilang di Sabah.

Hati mana yang tidak risau hata anak sendiri sekalipun, anak saudara, anak jiran tertangga pun turut kita risaukan kerana perkara sebegini tidak mengenal jantina, warna kulit dan sesebuah kaum itu sendiri.

Adakah kita ini jenis yang terlepas pandang atau memang si penculik sudah memerhati gerak-geri kita sebelum mencuba memberanikan diri membuat perkara itu kepada kita.

Untuk mengelakkan rasa risau beberapa langkah persediaan awal perlulah kita persiapkan terlebih dahulu. Jika ada panduan yang ketinggalan  di muatkan dalam senarai ini mohon anda tidak lokek untuk berkongsi bersama dengan saya dan pembaca lain.

Nama Penuh!

Berikan mereka latihan menyebut nama penuh ibu dan bapa. In kes jika anak-anak tersesat atau ada bantuan dari orang awam insyallah anak kita akan mudah menjejak kita.

Siapa nama ayah? nama ayah saya Abu Bakar Bin Salim

Siapa pula nama ibu? nama ibu saya Aisyah Maria Binti Husin

My Home

Sekiranya ada sering keluar bersiar-siar tidak kira waktu hujung minggu atau setiap kali keluar rumah sebagainya biasakan anda menyoal pada anak-anak anda

Darmia di mana rumah ibu?

Kalau anak papa pandai mana satu rumah adam (kita) .. cuba tunjukkan pada papa?

Ring!! Ring!!

Biasakan anak anda pada nombor telefon rumah atau nombor telefon bimbit anda. Biasanya kanak-kanak mudah mengingat 😉

Jika keadaan agak terdesak ingat pada mereka nombor kecemasan. Nombor kecemasan  999 adalah angka yang paling mudah untuk dingat. Namun jangan sesekali nombor ini di buat main-main. Bahaya!

Jangan percaya

Ajarkan dan nasihatkan kepada mereka jangan sesekali terlalu mudah mesra kepada orang luar sebaliknya tinggalkan tempat tersebut dengan segera.

Kanak-kanak gemar di sogokkan dengan gula-gula, taman tema, pemberian hadiah dan sebagainya.

Baju Raya Design 2014

Trick lari dari penculik

Biasakan mereka mengenali logo dan pakaian seragam polis. Di samping itu juga camkan kepada mereka atau tunjukkan kepada mereka di mana lokasi balai polis yang berhampiran dengan kawasan perumahan anda.  Tujuan bagi memudahkan anak anda tahu fungsi dan tindakan yang akan di lakukan kelak.

Adam bangunan warna biru tepi jalan itu adalah balai polis. Kalau ada apa-apa hal kecemasa kita boleh segera minta bantun dengan mereka.

Tertinggal

Bagi memudah anda mengesan jejak anak anda berikan sesuatu perkara yang mudah untuk mereka tinggalkan sesuatu barang dalam bentuk amaran. Namun begitu ia bergantung kepada daya situasi si anak.

Misalannya anak perempuan sering bermain anak patung. Jadi tinggallkan bukti anak patung dari permulaan kawasan mana si anak  hilang.

Kalau kata anak anda mempunyai tab biasakan dia mencuba mengambil gambar di mana lokasi di berada.

Jerit dan jerit

Situasi biasa yang akan anak anda lakukan adalah menjerit apabila mereka sedara ada orang bertindak kasar terhadap kepada mereka.

Ajarkan anak anda situasi ini di rumah semasa bermain atau bercerita dengan mereka. Kaedah ini boleh di lakukan kepada anak-anak yang berusia 3 tahun ke atas 😉

Argh!!!!!! Tolong!! Tolong lepaskan saya!!

Gigit

Nampak mudah tapi memerlukan keberanian dari dalam diri mereka. Ini juga katakan salah satu ilmu untuk lari dari penculik.

Sepasang Baju Melayu Untuk Abah

Seni mempetahankan diri mudah adalah anak-anak menggigit jari atau tangan mangsa. Agak janggal untuk lakukan perkara ini tapi sebagai ibu bapa kita harus buat toturial ini pada mereka. Bukan selalu sesekali 🙂

“Waspadalah selalu kerana mereka ada di mana-mana sahaja”

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

28 Responses to “KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang Buruk”

  1. Moms Avenue

    Jun 17. 2014

    Kalau anak dalam keadaan sedar mungkin dia boleh lakukan salah satu daripada di atas.. Tapi yang merisaukan bila anak dalam keadaan tidak sedar, mamai etc.. Banyak dah taktik penjenayah untuk menjadikan mangsa hayal..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 17. 2014

      itulah pentingnya ilmu dalam diri kita dan anak-anak.kalau tak dapat banyak dapat sedikit cukup memadai.

      hayal bahaya selau wanita mudah di ajak keluar bersama uh..

      Reply to this comment
  2. nurmisnan

    Jun 17. 2014

    Semakin hari semakin risau kita semua dgn pelbagai kes begini. Yang tamak nak cepat kaya sanggup melakukan apa saja tanpa rasa belas kasihan..

    May Allah SWT balas manusia terkutuk itu

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 17. 2014

      bila terdesak apa sahaja boleh buat kita harus berhati-hati mohon perlindungan dariNYA selalu

      Reply to this comment
  3. hafidz

    Jun 17. 2014

    Salam.

    Sekarang ni memang macam-macam hal la. Kalau keluar berjalan dengan anak memang sentiasa kena alert. Fuh~

    Reply to this comment
  4. akubiomed

    Jun 17. 2014

    Didalam berhati-hati boleh berlaku seperti yang tidak diingini didalam sekelip mata.

    Reply to this comment
  5. Strider

    Jun 17. 2014

    benda2 macam tak seharusnya diambil mudah oleh ibu bapa…saya pernah tengok satu video dimana mereka cuba mendekati kanak-kanak yang tidak dikawal dan tengok betapa mudahnya kanak kanak itu mesra dengan orang yang tidak dikenali…

    Regards,
    -Strider-

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 18. 2014

      ibu bapa alert pada keadaan sekeliling, rakan dan ornag anak baru kenal.jangan mudha percaya pada orang lain uh…wahualam

      Reply to this comment
  6. zara

    Jun 17. 2014

    terima kasih di ats tips-tips suri..setuju sangat sekarang ni seriau dengar cerita macam-macam tentang kanak-kanak hilang dan dibunuh..semuanya berbalik kepada tanggungjawab kita sebagai ibu bapa..anak itu amanah Allah..seharusnya kita menjaga mereka sebaiknya..biarlah berat dukung anak, dukung barang dapur..plus anak yang dipimpin lagi..kalau ke kedai saya tak pernah tinggal anak dalam kereta..walaupun parking depan kedai..nauzubillah yakut kan..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 18. 2014

      kita tak boleh cipta alasan kalau kita tak mahu mereka hilang depan kita.apa itu semua dugaan Allah kalau kata ia terjadi.tapi kita cubalah elakkan ya untuk terjadi benda ini pada keluarga kita uh…

      Reply to this comment
  7. brohantu

    Jun 17. 2014

    Terima kasih atas perkongsian. Sindiket penjualan organ manusia semakin berleluasa sekarang, kanak-kanak diculik, dibius dan larikan melalui sempadan Thailand.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 18. 2014

      sekarang kita berhati -hati.walaupun berjaga-jaga ia akan berlaku kita hanya boleh mohon pada Allah moga benca ini tak berlaku dalam keluarga kita.wahualam

      Reply to this comment
  8. Anim

    Jun 17. 2014

    tips yang berguna..
    percaya tak ada anak murid saya yang sampai la tak tau nama ibu nya..
    dia cuma tau gelaran atau panggilan nama ibunya di kampung saja

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 18. 2014

      payah itu ajarkan itu lebih mudah tak susah mana pun kalau kita mencuba manfaat akan datang pada anak dan ibu bapa juga.wahualam

      Reply to this comment
  9. nOesuhaimi

    Jun 17. 2014

    salam suri…mmg rasa dah tak selamat sekarang ni…bagus tips yang suri kongsi…

    Reply to this comment
  10. nOesuhaimi

    Jun 17. 2014

    ada lak gambar whisper kat situ…cam nak beli jer 🙂

    Reply to this comment
  11. Mummy Dina

    Jun 17. 2014

    satu tips sy dgr…klu di ekori..terus cari balai polis, balai bomba pun boleh dan shopping complex…moga bermanfaat

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 18. 2014

      ya itu jika orang dewasa kanak-kanak bijak boleh jadi ia dapat membantu mereka.terus sahaja ke sana dan buat laporan tau 😉 terima kasih atas cadangan yang di berikan

      Reply to this comment
  12. Hero Borneo

    Jun 18. 2014

    banyakkan berdoa supaya terhindar dari perkara buruk seumpama ini..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 18. 2014

      ibu bapa wajib berdoa untuk kesejahteraan keluarga dan percaya qadak qadar Tuhan jua

      Reply to this comment
  13. ema

    Jun 18. 2014

    terima kasih suri atas tips yang diberikan.. ibu bapa perlu berwaspada sentiasa….peru beri tumpuan pada anak-anak di mana jua berada.

    Reply to this comment
  14. Denaihati

    Jun 18. 2014

    banyak kes sebab kecuaian ibubapa, untuk langkah berjaga-jaga bagus guna tip ni.

    Reply to this comment
  15. Hafizul

    Jun 19. 2014

    Emm memang ngeri lah kalau ini macam..harap dijauhkan dari dugaan hebat macam ni..

    Reply to this comment
  16. Ummi Hanie

    Jun 23. 2014

    betullah suri…

    kena buat kelas khas di rumah utk melatih anak2 bab keselamatan ni

    makin menjadi2 kes culik mas akini. ya Allah jauhkanlahhhh kami dr bala ini

    Reply to this comment

Leave a Reply