Dalam Bas Ada Gosip !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Rindu pada blog tapi salah satu perasaan malas bila log ini Suri wajib buang spam terlebih dahulu. Terkadang spam ini salah satu sebab kita malas nak berblog. : (

Pelbagai Jubah Busana Muslimah

SPAM yang banyak akan membuatkan kita banyak buang masa untuk menghadapnya, melambat masa kita untuk up entri seperti biasa dan melewatkan kita membalas kujungan serta menjejaskan prestasi kita berblog kalau kita tak buangnya dalam masa  seminggu!

Terima kasih untuk blogger yang sudi meluahkan rasa kecewa dan trick pada entri ini. Insyallah jika tiada halangan Suri akan hasilkan beberapa entri berkaitan dengan komen anda ;).

Bagaimana dengan cuti sekolah anak-anak anda. Hari ini Suri bercadang ingin membawa anak balik ke rumah mak mertua ke Kuala Kangasar. Bukan naik kereta tapi menaiki bas dari pekan ipoh ke sana 😉

“Ada juga sebahagian dari kita menaiki bas henti-henti tak cukup tambang..”

..Cara ini membuatkan pemandu bas mudah naik angin terkadang pelanggan dalam bas berasa kurang senang hati apabila masalah yang timbul si pemandu bas tidak dapat mengawal kemarahan dengan baik..

Sejak berhenti berkerja ini Suri memang rindukan suasana menaiki bas. Kesesakan penumpang yang ramai, kemesraan sesetengah pemandu bas, kerisauan pelanggan dalam menyediakan wang syiling, kerenah manusia semasa membayar tambang, bau hamis heeee dan tambah pula dengan pelbagai rencah bahasa ia membuatkan hati berkata bersyukurnya kita  dapat duduk aman dan harmoni di Malaysia.

Urm..

Perkara yang terbaik semasa anda menaiki bas apabila situasi “tidak perlu membeli surat akhbar sinar harian” apabila mereka penumpang yang duduk di bahagian hadapan anda atau bahagian belakang akan ada mula membuka cerita isu-isu semasa seperti Dayana Sofea.. kalau kata hari ini dapat BRIM sahlah satu bas dari tak ramah terus jadi ramah-tamah 🙂

“Bila kita selalu menaiki bas kita akan kenal siapa yang pergi kerja hari ini atau tidak.”

“Kalau kita jumpa mak cik itu esok pagi kita akan tanya makcik semalam tak sihat ker”

Mudahnya Membuat Baju Melayu

Apakah perasaan anda apabila menaiki bas secara sendirian, berkumpulan bersama rakan atau bersama keluarga? Adakah ia cukup menggembirakan atau mengecewakan. Kongsikan.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

31 Responses to “Dalam Bas Ada Gosip !”

  1. Raudzah

    Jun 08. 2014

    Dah lama tak naik bas. Kita tak suka kalau sesak-sesak.. rimas…tapi kalau bas express ok kot…

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    Jun 08. 2014

    Kenapa dah tak ada add lagi..semuanya Bluebirds aje..Nway salam hujung minggu Suri..

    Reply to this comment
  3. Ismail N

    Jun 08. 2014

    Ya tak ya jugak.. Kasi ON telinga jer kan.. 😀

    Reply to this comment
  4. Anim

    Jun 08. 2014

    hampir 3 bulan jadi penumpang setia Mara Liner SP-Ipoh-SP ..
    macam2 kenangan manis. pahit dan ngeri..heee.
    macam2 ragam orang dan yg seronoknya, dek jadi pengunjung setia di stesen bas SP, ramai juga kenalan diperoleh…hee

    Reply to this comment
  5. sobrimansor

    Jun 08. 2014

    Orang perak kalau naik bas banyak berenti ni gelar bas loncat

    Reply to this comment
  6. zara

    Jun 08. 2014

    Dah lama sangat tak naik bas..memori sgt masa naik bas dari kl balik ke melaka..masa tu matrikulasi umur baru 18 tahun hikhik..duk seblah seorang mamat dari akademi laut malaysia..sy memang pemalu so diam je..last2 dia buka cerita untuk berborak..rupenye kami sekapal dua2 dr sbp..teruslah cerita mcm2 sampai xsedar dah sampai melaka

    Reply to this comment
  7. brohantu

    Jun 08. 2014

    dah lama saya tak naik bas.. Dekat 10 tahun dah

    Reply to this comment
  8. puteri kasih

    Jun 09. 2014

    dah lama tak naik bas…dulu naik bas best..sekarang dah tak best..hehe

    Reply to this comment
  9. puteri kasih

    Jun 09. 2014

    esok kita jangan naik bas la suri..kita naik volks je..mesti best…hehehe

    Reply to this comment
  10. faizal

    Jun 09. 2014

    naik bas boleh rehat..tapi bimbang juga dengan gosip-gosip yang ada

    Reply to this comment
  11. aimannajmy

    Jun 09. 2014

    Lama sungguh tak singgah blog suri ni haha… cerita pasai bas memang kerap naik bas.. ke KL la terutamanya huhu

    Reply to this comment
  12. encikarman

    Jun 09. 2014

    bisik2 dalam bas…bas apa glamour skrg?

    Reply to this comment
  13. akubiomed

    Jun 09. 2014

    Sudah lama tidak menaiki bas untuk perjalanan jauh. Kalau bersembang kuat hingga menganggu orang tidur pun tak bagus.

    Reply to this comment
  14. Myra Jay

    Jun 10. 2014

    Mengimbau kenangan kalau dapat bawak anak2 naik bas balik kpg kan 😀

    Reply to this comment
  15. Moms Avenue

    Jun 10. 2014

    Baru perasan komen Suri kat blog saya semua masuk dalam Spam.. Baru check hari ni.. Huhu

    Reply to this comment
  16. Hero Borneo

    Jun 10. 2014

    dah lama tak pakai bas..mesti best kan!

    Reply to this comment
  17. Denaihati

    Jun 10. 2014

    pengalaman dulu-dulu naik bas mini, tak sempat kot nak dengar gossip.

    Reply to this comment
  18. TehR

    Jun 10. 2014

    dah lupa bila kali terakhir naik bas
    mungkin dah tersangat lama
    rasa rindu la pulak nak naik bas

    Reply to this comment
  19. Mai Has

    Jun 11. 2014

    dulu masa sekolah naik bas.teringat lagi naik bas mini.dulu 50 sen sahaja.:-)

    Reply to this comment
  20. Hazmin Hamudin

    Jun 11. 2014

    Selalu kalau naik bas terus tidur je. Hehe.

    Reply to this comment
  21. Arman

    Jun 11. 2014

    Lama juga dah tak naik bas…bas berhenti-berhenti aku cuma selalu naik bas 10A je…

    Reply to this comment
  22. CIK TOM

    Jun 11. 2014

    baru naik bas 2 mgu lepas…
    kalau dh biasa drive rs lmbt sgt bas tu gerak…xsmpi2 lg ke..hehe…

    Reply to this comment
  23. ema

    Jun 12. 2014

    baru jer lepas ambil anak dari kampung..tapi tak naik bas lah..naik kereta..susah tak ada kereta kat sana..nak ke sana ke mari tu susah.

    Reply to this comment
  24. anif

    Jun 12. 2014

    Zaman naik bas dulu, paling takut bila tiada duit kecil di poket!

    Reply to this comment
  25. ajumohit

    Jun 13. 2014

    baru je naik bas semasa g kursus obs aritu, tp aju ni jenis diam kalau tak
    nanti mesti pening nak muntah

    Reply to this comment
  26. Akmal Zaidi

    Jun 14. 2014

    pertama sekali, salam ramadhan

    selamat menaiki bas ye, walaupun sekarang ni dah sampai pun ke destinasi.

    Reply to this comment
  27. Norasikin

    Jun 14. 2014

    Bas kat JB dipenuhi warga indonesia dan bangladesh je. Paham2 sendiri la kalau nak bas dgn mereka ni

    Reply to this comment
  28. Faarihin

    Jun 15. 2014

    Naik bas antara aktiviti yang paling menyeronokkan. Sebab kita dapat tengok suasana sepanjang perjalanan kita. Sambil tu menikmati ciptaan Ilahi. Terkenang masa belajar di Perak dulu. Saya lebih suka memilih jalan yang jauh untuk beli tiket balik kg sebab nak menikmati pemandangan di sana. Huhu.. Kenangan sungguh.. =D

    Reply to this comment
  29. Aan

    Jun 16. 2014

    kitorang juga dah lama dak naik bas…

    Reply to this comment
  30. Hafizul

    Jun 16. 2014

    haha..pernah juga dengar gosip dalam bas ni..tu waktu dulu-dulu lahh.,,.memang betul la tu..tak yah beli paper dah pun..duk dalam tu, diam dan dengar aje..kadang2 lebih syok dari baca paper ceritanya..haha

    Reply to this comment
  31. nOesuhaimi

    Jun 17. 2014

    dah lama sangat tak nak bas…last pun masa backpack ngan hubby…sekali sekala mmg bess terutama klu ada geng…klu sorang2 x bes la…

    VW & huawei..geram je…asyik klik2 je…:)

    Reply to this comment

Leave a Reply