Rukun Talak : Lafaz Sarih, Lafaz Kinayah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini Suri amat sibuk. Pada anda yang terlepas pandang entri lepas bolehlah rujuk entri lama  sini berikut adalah kesinambungan entri yang kedua. 😉

Panduan Membuat Sepasang Baju Melayu

Pernahkah anda mendengar perkataan “talak” tapi tidak tahu apa itu rukun talak. Orang kita selau cakap talak, tapi kurang tahu apa isi kandungan yang ada di dalamnya.

Rukun talak mengandungi empat rukun:-

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Sighah (lafaz)
  4. Qasad (niat)

Apa ada pada syarat-syarat rukun talak:-

SUAMI

  • Suami mestilah seorang lelaki  yang telah menjadi suami melalui satu ikatan pernikahan dan tidak jatuh talak jika belum berkahwin atau setelah bercerai.
  • Mestilah suami itu berlaku – tidak jatuh talak jika suaminya gila, pengsan, mengigau, pitam, kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.
  • Suami mestilah sudah cukup baligh.
  • Seorang suami bebas dan tidak dipaksa – tidak jatuh talak jika suami diugut menceraikan isteri dalam keadaan tidak rela.

ISTERI

  • Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan.
  • Talak akan bertambah lagi jika suami mentalakkan isteri yang di dalam “iddah” perceraian talak atau dua.

Sighah (lafaz)

Sighah talak terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

a) Lafaz Sarih erti lafaz terang

Iaitu ucapan yang diucapan dengan jelas dan terang. Maksud seperti ia berkata “Aku ceraikan kau dengan talak satu“. Talak dengan lafaz yang terang ini akan jatuh talaknya walaupun tanpa niat.

Cara Mudah Membuat Jubah Muslimah

b) Lafaz Kinayah erti lafaz kiasan

Iaitu cerai yang dilafazakan dengan menggunakan “bahasa sindiran“. Maksud dengan berkata ” Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah kamu semula“. Bagi lafaz kinayah ini akan jatuh talaknya jika ia berniat cerai dan disyaratkan dengan niat.

 Wahualam..

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

14 Responses to “Rukun Talak : Lafaz Sarih, Lafaz Kinayah”

  1. Raudzah

    Jun 07. 2014

    Salam hujung minggu suri..Cantik bunga pink tu…so fresh..

    Reply to this comment
  2. Raudzah

    Jun 07. 2014

    Sorrylah dear semua add menyembunyikan diri except one bluebird..

    Reply to this comment
  3. Khairul Zamri

    Jun 07. 2014

    Sedikit sebanyak dapat juga ilmu baca entri ini terima kasih 🙂

    Reply to this comment
  4. amirulfaiz

    Jun 07. 2014

    Ya, ini ulangkaji yang baik untuk suami isteri. 🙂

    Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Jun 07. 2014

    Selamat berhujung minggu suri…kenapa tutup muka tu? hehe

    Reply to this comment
  6. puteri kasih

    Jun 07. 2014

    nak belanja tapi semua kedai tutup…nanti datang lagi ye… 🙂

    Reply to this comment
  7. brohantu

    Jun 08. 2014

    Kalau lelaki belum baligh tak sah la talak..

    Reply to this comment
  8. Denaihati

    Jun 09. 2014

    kena berhati-hati sekalipun marah isteri, takut-takut terjadi lafaz kedua tu, kiasan.

    Reply to this comment
  9. TehR

    Jun 10. 2014

    yups, fikir betul2 dengan apa yang mahu dibuat
    dan apa yang mahu disebut

    Reply to this comment
  10. CIK TOM

    Jun 11. 2014

    mintak jauh talak2 ni dr keluarga…

    Reply to this comment
  11. ema

    Jun 12. 2014

    terima kasih atas perkongsian ini… dapat pengetahun srba sedikit isu talak ni.

    Reply to this comment
  12. Norasikin

    Jun 14. 2014

    Teringat waktu belajar dulu ambil kursus pembinaan keluarga selama setengah tahun, pastu belajar pembubaran keluarga setengah tahun lagi. Mcm2 isu dan permasalahan yang dibincangkan. Lepas tu bila nak kahwin, kadi dah tak banyak cakap lagi. Terus lulus je

    Reply to this comment
  13. Hafizul

    Jun 16. 2014

    Terima kasih Suri kongsikan…ada juga bab yang saya tak tahu..hehe

    Reply to this comment
  14. ajumohit

    Jun 16. 2014

    nauzubillah mintak jauhkanlah, pwrnah tengok orang lafaz talak dlm mahkamah, sedih sangat

    Reply to this comment

Leave a Reply