Panduan Apabila Dapat Notis Bekalan Elektrik Terputus Waktu Pagi – Petang

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

..menangani masalah bekalan elektrik terputus waktu pagi – petang Suri mendapat surat dari Tenaga Nasional Berhad berbunyi “Makluman Berhubung Penggantian Meter Rosak Oleh Tenaga Nasional Berhad

Dalam kepala ligat memikirkan apa halnya meter rumahku rosak padahal benda alah si meter berkotak empat segi siap pakai baju tembus pandang itu selalunya berada di atas. Mana mungkinlah kami nak menyentuhnya apa lagi mahu membukanya. Isyh..macam pelik jer.

Keesokan harinya pekerja tenaga nasional berhad datang memberi laungan salam di setiap taman perumahan kami. Suri hanya menjawab dalam hati dan duduk diam di balik langsir aha…. 🙂

Pup!!! Terus laptop gua terpadam dengan sendirinya uhuk..mengesat air mata yang tak adanya timbul. Nada kesal bermukin di hati. Mujurlah waktu itu idea save draf telah selamat Suri lakukan. Yey! sambil senggol tangan kiri dan kanan.

Nak ODER Baju Raya Design 2014

Panduan Apabila Dapat Notis Bekalan Elektrik Terputus Waktu Pagi- Petang 🙁

Keadaan tidak berhenti di situ sahaja esoknya Suri siram bunga dan terpandang masih ada lagi sepucuk surat kecil dalam mulut peti surat bertulis “Notis Pemberitahuan/ Gangguan Sementara Bekalan Elektrik” pada hari Rabu, 11.06.2014 dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Apakah tindakan yang harus anda lakukan sekiranya notis ini sampai ke rumah:-

Jika anda berkerja ia tidak mendatangkan masalah untuk anda. Tapi kepada pengasuh,  suri rumah sepenuh masa cara ini memudahkan mereka menguruskan anak kecil ataupun kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Mungkin anda terpaksa menumpang beberapa jam di rumah rakan anda, adik -beradik yang berhampiran dengan taman perumahan anda.

Bayi memang tidak boleh sentiasa berada dalam keadaan panas kerana situasi ini akan menyebabkan mereka tidak merasa selesa, mudah menagis dan sukar tidur dengan nyenyak.

Kalau anda ada anak kecil baru lahir atau anak yang berumur bawah 4 tahun rasanya molek benarlah kita membawa mereka ke pusat membeli-belah atau Aeon. Sebab macam aeon dekat sini ada bilik khas untuk bayi ada di sediakan air panas, air suam, kerusi, tempat tidur bayi dan bestnya ada penghawa dingin hee..mesti bayi anda akan rasa cukup selesakan.

Itupun jika anda mempunyai kenderaan sendiri ataupun anda jenis tidak suka menyusahkan orang di sekeliling anda 🙂 Walaubagaimanapun “duit poket” harus di sediakan secukupnya manalah tahu di buatnya jenis suka “main oder a.k.a nak itu, nak ini..

Ada kata duduk dalam kereta sebab boleh pasang penghawa dingin siap sekali dengan pakej boleh tidur 😉

Bagi Suri untuk sejam dua bolehlah tapi kalau terlalu lama duduk dalam kereta terkadang mengundang bahaya. Kalau boleh cubalah di elakkan. Wahulam.

Masih ingin duduk dalam rumah juga maka anda haruslah bersiap-sedia masak nasi lebih awal dari biasa ini bagi anda yang sering menggunakan periuk nasi elektrik. Begitu juga sekiranya anda menggunakan alat pemanas elektrik air wajarlah anda masak air tersebut lebih awal dan masukkannya juga di dalam thermos.

Bagi memudahkan anda menguruskan bayi ataupun kanak-kanak masih menyusu susu botol.

Cadangan lain membawa anak anda ke taman. Kalau boleh taman itu biarlah ada pangkin bagi membolehkan anda di samping ada juga beberapa orang penggungjung di sana. Bukan apa risau jugalah andai kata anda pergi ke taman itu sunyi segala kemungkinan akan anda hadapai kelak.

Carilah taman riadah seperti taman titiwangsa, taman botani yang biasanya kawasan ini ada menyediakan perkhidmatan awam seperti tandas, tempat solat dan sebagainya. Apa pun ia bergantung pada sesebuh taman juga.

Ada pelbagai cara untuk kita menyelesaikan masalah cuma setiapnya mempunyai risiko yang tersendiri. Bagi pandangan Suri duduk di rumah lebih  selamat dan selesa bukan apa apabila kita berada di rumah sendiri kita tidak perlu merasa segan nak buat sesuatu perkara dalam erti kata tak merasa teragak-agak untuk buat apa yang kita inginkan. Berlainan pula apabila kita berada di rumah orang lain segala tertib perlu di jaga 🙂

Jubah Pelum or Princess Cut

Semoga sebahagian cadangan tersebut dapat membantu anda di luar sana dalam menangani masalah bekalan elektrik terputus pada waktu pagi – petang. Jika anda mempunyai situasi yang sama seperti Suri atau ada sebarang pengalaman ayuh lembutkan jemari anda memberikan komen comel di bawah 😉

kredit: pic google

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

38 Responses to “Panduan Apabila Dapat Notis Bekalan Elektrik Terputus Waktu Pagi – Petang”

  1. Amirul

    Jun 04. 2014

    Informasi yg bermanfaat untuk semua ketika tiada elektrik, terima kasih.

    Reply to this comment
  2. akubiomed

    Jun 04. 2014

    Untung dapat notis. Kalau tak ada akan cacing kepanasan. 🙂

    Reply to this comment
  3. Nurul

    Jun 04. 2014

    Memang susah juga kalau ada anak kecil. kalau lama memang rancang aktiviti luar rumah.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      ah sebab panas duduk rumah tanpa kipas melainkan rumah duduk dekat pantai macam umah saya kt kampung

      Reply to this comment
  4. puteri kasih

    Jun 04. 2014

    kalau dapat notis..boleh juga bersiap sedia..kadang kala takde notis…tetiba blackout..

    Reply to this comment
  5. puteri kasih

    Jun 04. 2014

    malam ni hujan, best tido awal tapi sebelum tu jom kita minum nestum dulu 🙂

    Reply to this comment
  6. Mummy Dina

    Jun 04. 2014

    untuk yang ada anak kecil memang terasa seksanya bila blackout ni..lenguh tangan asyik nak berkipas je..kalau kene blackout malam lagi la huru-hara dibuatnya..hihi

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      itulah menjadi masalahnya. anak kecil perlu perhatian dan selesa berbanding dari yang dewasa 🙂

      kipas wajib ada kalau tak kena buat lipat2 ye tak..

      Reply to this comment
  7. TehR

    Jun 05. 2014

    letih nak urus anak2 kecil bila putus bekalan elektrik
    selalunya kami ambil jalan mudah, bawa jalan2 dengan kereta
    tengok lampu kat bandar

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      itulah kalau malam ok lagi sebab sejuk kalau pagi ok sikit tapi sampai tengahari bosan juga heee.nak tengok tv dengar radio pun susah ngheee…

      Reply to this comment
  8. Hafizul

    Jun 05. 2014

    Haha..sekali kena, memang perit rasanya..saya dah pernah dapat notis macam ni,..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      dah dapat notis ok kalau tak dapat memang kita rasa sesal.terkadang ada pula notis sampai umah tapi kita tak perasan itu parah gak

      Reply to this comment
  9. Raudzah

    Jun 05. 2014

    Oklah tu ada notis. So tak caught by surprise ya…

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      dapat sebab saya rajin keluar rumah dua tiga hari heee..ikutkan saya malas gak keluar rumah melainkan siram bunga, sidai baju..or buang sampah heee

      Reply to this comment
  10. Raudzah

    Jun 05. 2014

    Nestum & promoted Content for you..

    Reply to this comment
  11. encikarman

    Jun 05. 2014

    kena le keluar jalan2 shoping kalau takde elektrik kat rumah

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      saya masih tak bercadang lagi nak ke mana. tapi kalau keluar juga mesti ada duit yang mencukupi ya anak-anak tahu jelah kalau bawa jalan macam-macam benda dia mahu beli.kalau tak dapat di mengamuk ar nanti

      Reply to this comment
  12. ajumohit

    Jun 05. 2014

    syukurlah dpt notis awal, boleh buat perancangan awal utk langkah alternatif

    Reply to this comment
  13. Denaihati

    Jun 05. 2014

    kalau blackout bernotis dapat rancang awal, kalau takde notis/ada kerosakkan tiba-tiba, mesti ada kerja tergendala. cuma blackout tak seteruk dari takde air lebih sehari…heeee

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      air pentingkan kalau elektrik ornag pening sejak dua jer pastu pup ada bekalan heee

      Reply to this comment
  14. sobrimanssor

    Jun 05. 2014

    Elektrik takde memang rasa menggelabah. Baik keluar dari rumah bawa keluarga jalan-jalan

    Reply to this comment
  15. brohantu

    Jun 05. 2014

    Takder ok lagi berbanding takder air… tapi dua-dua memenag menyusahkan

    Reply to this comment
  16. zara

    Jun 05. 2014

    wow bagus sekali tips suti ni..sesuailah untuk ibu2 yang ade anak kecik praktikkan..tapi bab duk dalam kete tu betullah patut dielakkan..pernah dengar di IKIM slot khas tentang kereta tu..kate IR, duk dlm kete jgn lebih setengah jam, especially kalau takut tertidur..akan jadi bahaya sekiranya temperature naik dan kita xperasan sebab aircond akan hasikan gas2 bahaya yang tiada bau dan rasa..issh bahay sangat..

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 05. 2014

      kalua boleh elakkan hee,, anak kecil cepat lemas bahaya uik..bukan senang nak dapat nyawa sis heee,,, anak susah nak dapat sayanglah anak-anak dari harta benda eh hii…

      itulah saya kata apa kita buat saya risikonya tersendiri 🙂

      Reply to this comment
  17. nOesuhaimi

    Jun 05. 2014

    nasib baik ada notis…klu x ada…lagi naya

    Reply to this comment
  18. Hero Borneo

    Jun 06. 2014

    terima kasih kerana berkongsikan panduan seperti ini..
    memang tidak dapat dinafikan ..tiada elektrik hidup terasa sukar!

    Reply to this comment
  19. ema

    Jun 06. 2014

    dapat notis bolehlah bersiap sedia..kalau tak memang naya…

    Reply to this comment
  20. zik

    Jun 06. 2014

    kalau malam takda letrik..jawabnya tidor jerla…hehe

    Reply to this comment
  21. Moms Avenue

    Jun 08. 2014

    Kalau duduk rumah, kena standby lampu emergency, kipas usb, powerbank kena full charge.. kalau tak memang mati kutu tak tau nak buat apa.. tengok syilling je jawabnya.. hehe..

    Reply to this comment
  22. CIK TOM

    Jun 11. 2014

    bagus jgk tu suri…xde elektrik kat umah bawak anak2 jalan kt luar..amik angin…

    Reply to this comment
  23. fatihah Yaacob

    Jul 25. 2014

    Baca post ni teringat, kalau takde electric je mesti nak duduk luar rumah. Tak tau la kenapa. Mungkin juga sebab nk amek angin kot ehehe

    Reply to this comment

Leave a Reply