Trick Kemas Rumah Umpama Payung Terjun

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hai semua apa khabar? Suri harapkan blogger dan pembaca blog setia  dalam keadaan sihat dan gembira hendaknya. Suri masih mengambil mood untuk mengupdate blog lagi dan lagi. Urm..untuk permulaan mungkin ini merupakan entri pemanas badan heee..

Pada yang terlepas membaca entri jumpa kekasih kini tiba masanya ini  akhirnya dengan beratnya hati Suri terpaksa melepaskan mereka pergi juga.

Jadi apakah trcik mudah untuk kita mengemas barang, membasuh, menyidai, menyapu sampah, menyusun barang semula keadaan kepada bentuk yang asal:-

Lakukan kerja membasuh pakaian anda, tuala mandi tetamu, cadar pada hari mereka telah meninggallkan rumah anda.

  • Motif utama untuk mengelakkan pakaian anda, tuala mandi, kain batik berbau kepam (busuk)  ataupun bertukar menjadi tahi lalat (bintik-bintik) pada pakaian.

Berikan tumpuan kepada Mr  tong sampah anda.

  • Kebiasaannya apabila tetamu datang ke rumah tidak sah sekiranya bakul sampah anda akan sentiasa dipenuhi dengan sampah basah dan sampah kering. Jadi untuk mengelakkan bau busuk bertebaran dari ruang tamu apa kata selenggarakan sampah dengan berhemah. Kemungkinan esok ataupun hari berikutnya akan ada lalat ataupun ulat bakal membiak di sekitar kawasan tong sampah.

Jom buat baju raya 

Mari memasak. Ingat dalam menguruskan dan membersihkan rumah kembali kepada keadaan asal perkara yang wajib yang perlu anda mengambil kira adalah memasak. Terkadang apabila isteri asyik leka dengan sesuatu urusan kerja boleh jadi kita akan terleka bahawa masa itu berjalan dengan pantas sampaikan terlupa bahawa memasak itu perkara ketiga yang harus kita lakukan.

  • Jangan ingat nanti ruang tamu, atas meja makan, pakaian elok di sidai tapi bab memasak anda terlepas pandang a.k.a terlupa. Bagi Suri agak mustahil bila badan sudah letih mengadap kerja rumah kita akan jadi malas secara totalnya untuk menjengah ke dapur kembali untuk memotong, menumis dan menggoreng bagai melainkan anda mempunyai anak  yang ringan tulang insyallah kerja anda akan lebih ringan. Jadi adalah lebih baik anda memasak dahulu untuk menyelematkan keadaan.

Majlis Bandaraya Rumah Sendiri (MBRS)

  • Majlis Bandaraya Rumah Sendiri jangan sesekali abaikan menyapu sampah dalam rumah anda. Ingat dan waspadalah lantai yang kotor mudahnya kehadiran habuk, lipas ataupun semut bersusun.

Sebenarnya ada banyak  cara menguruskan kerja dalam rumah. Apa pun janganlah sesekali biarkan kerja rumah anda tertangguh sebab kerja yang bertangguh ini akan membuatkan lagi anda berasa amat tertekan, malah menjadikan anda berasa malas dan tidak bermaya.

Kerja yang semakin bertimbun-timbun menjadikan salah satu tabiat kaum perempuan membebel jerk.. ngheee..

Oklah sampai sini sahaja entri sambil lalu Suri untuk Trick Kemas Rumah Umpama Payung Terjun. Psstt..dapat payung terjun mudah jer “lepas” atas awan dan terus meleju hiii.. seperti membuat kerja rumah dengan segera tanpa perlu bertangguh-tangguH!

Nota kaki. Masa untuk rest 😉

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

26 Responses to “Trick Kemas Rumah Umpama Payung Terjun”

  1. Hantuderas

    Jun 02. 2014

    info yg menarikkk..

    Reply to this comment
  2. zool

    Jun 02. 2014

    ingatkan nak guna payung terjun untuk kemas rumah tu

    Reply to this comment
  3. Raudzah

    Jun 02. 2014

    kalaulah “payung terjun” tu boleh buat semua untuk kita kan best..he..he

    Reply to this comment
  4. Denaihati

    Jun 02. 2014

    betul, kerja bertangguh tanpa sebab kalau tak selesaikan cepat, makin bertimbun-timbun lah.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 03. 2014

      itu kerja yang saya cuba elakkan.kalau kita tak layan tak akan jadi tangguh heee..tak kira apa kerja pun semua kalau rajin tak akan jadi satu isu punya kanass 😉

      Reply to this comment
  5. Mummy Dina

    Jun 02. 2014

    hihihi..siap ade term MBRS lagi tu..:)

    Reply to this comment
  6. limie Shaklee

    Jun 03. 2014

    buat keje jangan bertangguh,,hihih..
    note to myself 🙂

    bestnya klau ada mesin lipat kain hihihi

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 03. 2014

      mesin lipat kain tak ada.dulu saya permah buat entri “lipat barang kecil” cuba sis rujuk entri itu.saya harap kerja mengemas dan menguruskan rumah sis akan lebih lancar 😉

      Reply to this comment
  7. Hero Borneo

    Jun 03. 2014

    memang best juga cara suri kemas rumah!

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 03. 2014

      itu cara mudah kena buat pantas lagi kalau lambat susah nak hadap blog kraf menjahit bagai heeee

      Reply to this comment
  8. encikarman

    Jun 03. 2014

    kemas rumah ni yg malas nih…

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 03. 2014

      kerja wajib kita buat.selalu ini kerja orang perempuan buat.itupun kalau mereka sihatlah heeee insyallah kerja rumah tak akan tertangguh-tangguh

      Reply to this comment
  9. Hafizul

    Jun 03. 2014

    Huhhh memang penat buat ini kerja..terbaiklah suri..hehe

    Reply to this comment
  10. Sya Isya

    Jun 03. 2014

    terfikir pula. kenapa payung terjun pula ya suri. kerja-kerja rumah memang banyak. dari celik mata sampai pejam mata rasa cam tak habis, lebih2 lagi kalau ada anak kecil.

    Reply to this comment
    • Suri

      Jun 03. 2014

      sebab payung terjum naik dan turun sahaja.begitu juga kerja rumah kalau nak buat mestu hari itu wajib di buat itu kalau kita sihat, ia ibarat cam payung terjunlah..

      ah..letih.saya klu penat akan tidur dalam 30 minit pastu up balik kerja rumah mana yang tertinggal tak pun saya buat menu petang.penat dari kerja dok opis heee

      Reply to this comment
  11. Fiza Rahman

    Jun 03. 2014

    Memang tak boleh bertangguh bab kemas mengemas ni. Kalau tak memang bertimbun lah ☺☺

    Reply to this comment
  12. ema

    Jun 03. 2014

    kerja yang suka akak tangguh lipat kain;..mesti nak lipat hari minggu depan tv..hehehe

    Reply to this comment
  13. Siti

    Jun 03. 2014

    huuu.. nak sapu sampahlah benda paling malas nak buat… =.=

    Reply to this comment
  14. puteri kasih

    Jun 04. 2014

    hati hati jangan payung terjun itu terbelit..hehe

    Reply to this comment
  15. puteri kasih

    Jun 04. 2014

    sebelum masuk tidur…puteri nak ajak suri jalan jalan esok naik volks dan singgah kedai digi ye…hehe 🙂

    Reply to this comment
  16. zara

    Jun 18. 2014

    Sesuai sangat tips ni untuk saya..rumah kami mmg kalah homestay..weekend je penuh..sedara mara rajin bertandang..jata orang murah rezeji..aaminnn..

    Reply to this comment

Leave a Reply