Cara Dan Persediaan Ibu Bapa Sebelum Anak Menghadapi Peperiksaan Bagi Usia Lima Tahun

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini sudah masuk dua hari dia akan menjalani ujian peperiksaan pertengahan tahun 2014. Hati risau berbaur berdebar-debar mulai terasa getarannya. Mujur juga ada doa ini dan kemudian susuli doa penenang sini 🙂

Jubah Gigi Boya! 

Dua minggu sebelum ujian berlangsung para ibu bapa telah  sedia maklum.

Bagaimanakah cara dan persediaan ibu bapa sebelum anak menghadapi peperiksaan bagi usia lima tahun 🙂 macam mana tu…??

Ya. Ia hanyalah ujian biasa. Tidak memerlukan penekanan emosi dan desakan yang melampau untuk mereka tapi kita sebagai ibu bapa persediaan dari aspek  mental dan sokongan perlulah kita berikan kepada mereka 🙂 tanpa rasa jemu dan culas.

Kekuatan dan semangat anak-anak sebahagiannya hadir dari kata-kata perangsang dari kedua ibu bapanya.

Jadi untuk persediaan ini beberapa pelan tindakan boleh di lakukan:-

  • Berikan dia latihan asas seperti menulis huruf dan nombor putus-putus. Biasanya sambungan huruf dan nombor putus-putus atau titik-titik bersambung ini bertujuan untuk memahirkan mereka menulis dengan betul.
  • Ujian abjad. Anda menyebut huruf B dan anak menulisnya di atas kertas.
  • Ujian nombor. Anda menyebut nombor 9 dan anak menulisnya di atas kertas.
  • Asas mengira. Mengajar dia mengira bilangan dengan betul. Cara membuat kiraan tolak dengan mudah dan sebagainya.
  • Latihan mengenal saiz benda besar dan saiz benda yang bersaiz kecil. Supaya anak anda dapat membandingkan dua benda yang sama tetapi berbeza dari segi fizikalnya.
  • Selalu membuat ujian mengenal dan mengecam warna.
  • Latihan tubi membaca a e i ou. Membaca ba, bi bu dan sebagainya.
  • Latihan ayat lazim iaitu ayat hafazan ayat seribu dinar, ayat kursi, doa dhua, surah 4 Qul,  selawat syifa dan surah asas lain (ia bergantung pada sesetengah taska/tadika).

Ilmu dunia perlu di tuntut walaupun ia hanya sementara begitu juga ilmu akhirat perlu berjalan dengan seiring.

Homemade Sepasang Baju Melayu & Jubah Empayer

  • Bacaan sebelum, semasa solat, sehingga selesai solat. Ambillah bacaan tersebut secara rawak dan perdengarkan kepada mereka dan minta mereka baca di hadapan anda. Untuk amali solat ajaklah anak anda lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda terutama doa cara mengambil wuduk sebelum dan selepas mengambilnya.

  • Sesekali lepaskan dia membuat aktiviti yang digemari seperti membuat cup kek bersama ibu, mewarna, kraftangan, menari, bermain dan sebagainya supaya mereka tidak berasa tertekan dan terlalu emosi.

Kita tidak mengharapkan keputusan yang terbaik tapi cukup kita mengajar mereka asas dan kefahaman itu adalah penting.

Cara dan persediaan ibu bapa sebelum anak menghadapi peperiksaan bagi usia lima tahun. Tidak semua aktiviti atas dilakukan sementara menunggu hari ujian pertengahan tahun atau ujian akhir tahun bakal tiba barulah kita  lakukan.

Tidak sama sekali.

Apa penting ulangkajilah pelajaran itu setiap hari supaya daya ingatan mereka cukup kuat. Insyallah daya kemantapan semasa mereka hadapai peperiksaan ini nanti akan dapat anak-anak jalani dalam keadaan tenang.

Saya bukan seorang guru yang terbaik di mata anak. Tapi saya berusaha untuk menjadi serba boleh dan terbaik di hadapan mereka.

Kita sebagai ibu bapa sudah tentunya inginkan yang terbaik untuk mereka. Hanya keyakinan, dorongan dan usaha yang berpanjangan sambil diiringi doa untuk mereka moga anak-anak ini akan dapat melaluinya dengan baik.

Ayuh kongsikan cara dan persediaan anda sebagai ibu bapa sebelum anak menghadapi peperiksaan bagi usia lima tahun ke atas. Semoga perkongsian ini dapatlah kita memperbaiki tahap pembelajaran anak dengan lebih baik lagi. Wahualam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Advertisement

43 Responses to “Cara Dan Persediaan Ibu Bapa Sebelum Anak Menghadapi Peperiksaan Bagi Usia Lima Tahun”

  1. Hero Borneo

    May 21. 2014

    saya amat percaya dengan cara dan teknik yang dinyatakan ini..anak-anak kita boleh memperolehi keputusan cemerlang

    Reply to this comment
    • Suri

      May 21. 2014

      semua ibu bapa ada perancangan yang terbaik untuk anak-anak mereka 🙂

      up date entri:-

      * membaca dan ulangkaji penulisan alif, ba setiap hari
      *Bahasa english ucapan memperkenalkan diri, mengenal jenis-jenis cuaca, menekanan juga kepada mereka mengenal tubuh badan manusia

      Reply to this comment
  2. Sis Vee

    May 21. 2014

    panduan yang berguna tapi sis masih single nih … jumpa olay dipagi hari …

    Reply to this comment
  3. Anim

    May 21. 2014

    tahniah cahaya. disebalik seorang anak yang hebat, pasti ada seorang ibu yang kekuatannya mengalahkan lelaki… sabar, tekun, penuh idea, teknik dan doa..
    saya percaya semua ibu mempunyai keinginan begitu…
    cuma ujian dan rezeki anak yg Allah berikan kepada kita, berbeza-beza kan?

    Reply to this comment
    • Suri

      May 21. 2014

      kesabaran harap dan doa mesti adakan sis anim. barulah jadi anak soleh bukan harap dunia tapi lengkap di akhirat.

      kekadang saya malas nak ajar tapi dia akan tanya kenapa tak buat itu ini. sampai naik pusing di buatnya. selalunya dalam seminggu mungkin hari sabtu atau ahad dia akan holiday tanpa baca buku 🙂

      Reply to this comment
  4. puteri kasih

    May 21. 2014

    sebelum pergi sekolah buat exam…bagi makan nestum dulu yer 🙂

    Reply to this comment
  5. ema

    May 21. 2014

    anak perempuan senang nak ajar sebab dia ikut jer..tapi anak lelaki kena banyak sbar sikit..ada jer alasannya walaupun kecik lagi.

    Reply to this comment
  6. akubiomed

    May 21. 2014

    Jangan beri tekanan kepada anak kerana terlalu mudah untuk memahami tekanan. Asalkan anak gembira dengan apa yang dipelajari.

    Reply to this comment
  7. KesumaAngsana

    May 21. 2014

    KA kalau anak2 kecil2 lgi ni mmg x bagi tekanan, yg penting sntiasan beri sokongan, lg2 bila nak periksa ajak anak2 main cikgu2 sekali hehehe

    Reply to this comment
    • Suri

      May 21. 2014

      tu best tu sis ckp kita cikgu padahal kita ajar dia buat keje sekolah heee..

      dekat sini hari2 ada keje sekolah sampai 4 muka surat pastu tambh dengan buku latihan 2 muka surat tulis2 huruf or nombor tu..

      itu pun kita anggap tu sbg ulangkaji 😉

      Reply to this comment
  8. Raudzah

    May 21. 2014

    Singgah malam sambil isi tabung Downy di sini…

    Reply to this comment
  9. Ammar

    May 21. 2014

    Tips yang berguna untuk ibu bapa. Kalaulah sy ada anak. hehehe

    Reply to this comment
  10. Manan Qayyim

    May 21. 2014

    Anak buat saya pun tengah exam kt PASTI

    Reply to this comment
  11. Lyn™

    May 22. 2014

    Panduan yang sangat berguna bagi ibu bapa yang masih punya anak yang berusia 5 tahun. Tapi anak saya yg bongsu pun dah berusia 10 tahun. ( Rindu saat waktu dia masih boleh diulek dulu. Sekarang dah besar – dah busuk. Tak best ).

    Reply to this comment
    • Suri

      May 22. 2014

      alah peluk dan kucuplah dia kita maisha da masa lagi untuk menjaga mereka selagi hayat masih tersisa 🙂

      Reply to this comment
  12. Hafiszan Kamarudin

    May 22. 2014

    Kita sebagai ibu bapa harus memberi yang terbaik kepada anak

    Reply to this comment
    • Suri

      May 22. 2014

      benar itu antara hadiah yang terbaik dalam kehidupan. Bukan untuk riak tapi untuk bekalan dunia dan akhirat 🙂 wahualam.

      Reply to this comment
  13. Aimi Shaklee

    May 22. 2014

    yang penting,anak2 happy dan tak stress. bila diorang happy senang nak hadam ilmu dan yang paling best, diorang sendiri yang ada inisiatif untuk belajar 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      May 22. 2014

      ya mereka ada usaha nak belajar sendri itu buat kita terharu. terkadang saya letih dia buats aya naik semangat bila dia pegang buku dan selek latihan tubi.kekedang kita tak paksa dia sendiri yang buat.

      dekat itu boleh buat saya tersenyum rasa lega. idak saya bising2 itu ini 😉

      Reply to this comment
  14. syaifuddin alias

    May 22. 2014

    insyaAllah akan satu ketika anak-anak akan cepat “tangkap” apa yg dibelajar..hehe

    Reply to this comment
  15. zara

    May 22. 2014

    Seriusly??saya baru tau 5 tahun pun dah ade exam..anak pertama baru 4 tahun..anyway bagus tips-tips ni..betul juga bukannya perlu ajar anak sahaja, amalan2 rohani juga perlu kan..comel kakak buat karipap sebelah tangan je 😉

    Reply to this comment
    • Suri

      May 22. 2014

      ada sis.masa saya hantar anak usia 4 tahun tak ada cuma pratikal sahaja. bila 5 tahun memang ada tapi ujian biasa sahaja tak sukar mana 🙂

      tapi makan masa 4 hari jugalah sehari ada dua kertas ujian.

      haa kami buat karipap sardin.dia suka bab menyebuk …exsyen jer pastu kata lenguh lah buh…boleh tak benda ni biarkan pastu dia golek2 sendiri.. 🙂

      Reply to this comment
  16. Denaihati

    May 22. 2014

    tip yang bagus untuk anak kita, 5 tahun banyak kerenah terutamanya buat yang dia tak minat.

    Reply to this comment
  17. Moms Avenue

    May 23. 2014

    Sangat berguna.. tak pernah ambil tau pun sebelum ni.. hehehe..

    Reply to this comment
  18. sop

    May 23. 2014

    5 tahun dah betul2 sedia?
    kalau upsr atau spm lagi dasyat persediaan kan?
    sop biasanya biar je utk lihat hasil dibelajar dr tadika atau sekolah 🙂

    Reply to this comment
    • Suri

      May 25. 2014

      dia yang nak sekolah biarkan saya tak paksa.kalaua da kerja rumah kita kata ada kerja rumah dia sendiri tunjuk pada kita.malam itu dia selak buku itu ini. kita berikan sokongan sahaja 🙂

      Reply to this comment
  19. nOesuhaimi

    May 23. 2014

    anak2 sekarang untung..mak ayah kecik2 dah jadi guru yg excellent..bagus suri..stress tengok olay tu…hehehe

    Reply to this comment
  20. Hafizul

    May 25. 2014

    Huruf dan nombor putus-putus tu memang suka tengok si anak buatkan…asyik jer dia duk sambung titik tu..hehe

    Reply to this comment
  21. limie Shaklee

    May 26. 2014

    best entry ni.. anak saya baru 2 tahun ++..

    boleh jadi panduan untuk saya nanti

    trima kasih

    Reply to this comment

Leave a Reply